AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, December 9, 2009

Tadika Anak dan Kudap-Kudap hari ni

Hari ni patutnya ada miting kat opis tapi aku tak pi. Yeeehaaa. Bukan sebab malas ke apa, tapi keter aku ada bunyi2 sket. Macam tak konpiden nak bawak jauh2. Jadinya settle apa yang patut dari rumah je laaa. Hehehehe..... So dalam kol 11 pagi tadi, selepas tidurkan Awatif aku pun pi daftarkan anak kat tadika.

Mmm kalau dolu pi Genius Aulad, tapi kini aku alihkan angin anak aku ke sekolah cap lain plak. Nama new tadika ni Tadika Cahaya Taqwa. Hihik sound warak gila namanya. Aku tetap memilih Islamic oriented since itu tanggungjawab aku as Islamic parents. Rasa bersalah pada anak aku jika aku hantar ke tadika sekular kerana itu hak mereka untuk dapat pendedahan Islam di peringkat awal melainkan tiada pilihan lain di kediaman tu. Lagipun aku pun dolu dibesarkan di sekolah Islamic jugak..... so plan aku anak3 aku pun begitu laa hendaknya.

Sebab aku beralih tadika tu adalah quite peribadi. Lagipun GA registration for 2010 dah penuh. Cepat gila!!! Ramai yang minat nak hantar anak ke sana nampaknya. Tapi pendapat aku, walau se gah mana tadika tu, jika kita as parent terlepas pandang progress anak kita; rasanya resultnya akan lagi truk dari tadika cap biasa. Except kalau the child memang really genius laa. Jadi, the main point here, ajar anak sendiri jauh lebih afdhal @ manfaat dari kita dok kisahkan tadika mana bagus atau mana yang tak bagus. Tadika hanya bagi guideline dan pastinya syllabus each tadika bagus2. Tapi untuk dia bagi perhatian pada setiap anak muridnya pastinya payah since student lain pun ramai kan. Jadi tinggal lagi kita as ibu bapa laaa yang berusaha nak anak kita di letakkan di level mana.

Anak2 aku berat hati nak tukar sekolah ni sebenarnya. Habis nak wat macam ner? Hati maknya kata this is the best kindy setakat ni di mana ayah pun tak terbeban dengan monthly tadika yang banyak. Aku mai sini after direkemen by my customer. Anak2 kureng sket since depa dah biasa sekolah ala2 rumah kedai yang beraircond satu bangunan. Yang ni plak lot kediaman yang diconvert ke tadika. Mmm tapi selepas take around depa ke kelas2, at last depa pun ok. Baru rasa enjoy dan nampak the real class. Dan kebetulan time aku datang tadi, tadika tu sedang pasang air cond. So soal tader air cond tu aku dah settle laa ngan si Azhad yang banyak kira ni. Huhuhu...... Tapi apa yang penting, diharap ilmu yang dipelajari tu boleh dimanfaat sebaik mungkin. Mama akan menyokong @ membantu anak2 mama dari rumah. Semoga berjaya wahai anak2ku.....!!


Ni gambar aku songlap je dr webnya. Hihihi....Lupa nak snap tadi.

Dan sesudah mendaftar, aku pun pi bayar bil kat pejabat pos Giant Kota Damansara. Balik tu, trus masak lunch. Mmmm kalau ikut aku, aku nak rileks je dolu. Tapi maid aku ni tak abis2 dok tanya "akak.....daging?"(baca dalam slang cina cakap melayu - ala2 sengau sebut akak tu....hahaha) Ish rimas aku ler. So masak aje laa. Dia tolong2 jek. Tengah2 masak tadi terpikir plak, agaknya minah ni lapo ler...tu yang concern beno bila laaa "AKAKNYA" ini nak masak. Hahahaha!!! Pasal ketandusan idea, aku masak daging masak itam yang sempoi aje. Masakan ni aku belajar dari internet thru fotopages kak hanieliza. Sedap, senang dan konyang....kira ok laa untuk kami sekeluarga. Hihihihi.......

Daging masak itam


Bayam tumis al bodos aje......


Pasal lepas layan cd cerita papadom, jadi aku pun goreng laa papadom. Hahaha!!!


Dan yang ni kekudap aku tengok sinetron indon tadi. Marbeles!!! Sedap tul mak buyong ratah...kruk...krukkk!!! Pening maid aku tengok.....tersengih2 je tgk bos makan pelam.

Dan ni coleknya. Dibuat oleh hubby. Dia memang pakar colek2 ni.

Monday, December 7, 2009

Tiara Beach Resort, Umrah & Denai Alam

Minggu lepas aku and asben bawak anak3 makan angin ke Tiara Beach Resort Port Dickson. Ni kira nak merasuah anak3 lah ni since tak lama lagi aku and hubby nak fly far away for two weeks. So destinasi kali ini dekat dan unik, lain dari yang lain. To those yang visit here, memang purposely untuk mandi manda gitu. Aku and family sekadar nak merasa keseronokkan yang dicerita oleh kawan2 lain yang berkunjung ke sana. Dan hasilnya, biasa2 aje. Hahahhaha!!! Di kesempatan itu, sempat visited mak saudara hubby yang stay just 4km apart from the resort. Kenyang perut kami dengan nasi ayam hidangan Mok Chek itu. Hehehee.

Bilik kat situ okey, cukup laa untuk tidur dan berehat. Aku dapat sewa thru this web page - http://pmcresort.blogspot.com/. Tu pun secara kebetulan sedang mengoggle info tentangnya. Since rega yang dioffer lebih murah, so aku tanpa pikir panjang redah jek. Hehehe..... Satu gambo pun aku tak snap since banyak masa dihabiskan dengan berendam. Malas nak take care the camera and other item, jadi kami tinggalkan aje dibilik. So tader kenangan kat sana. Tapi tak kisah la, coz aku pasti akan berkunjung lagi next time. Tapi bila tu not sure. Insyaallah tunggu anak3 lebih matured then tak laa letih sangat nak monitor. Kalau tak, ada yang terjerit, terlolong, ada yang terlebih berani mandi.....pening akhak aihh!! Ekekeke.

Malam kat situ really happening. Ada tayangan cinema di tengah2 apartment, demo orang makan api di tengah2 kolam, fashion show, singing competition etc. Yang yernya semua tu buat tido aku terganggu coz ia tamat agak lewat. Huhuhuhu. Bilangan pengunjung sah2 laaa macam semut. Yer laa masing2 nak entertain anak2 sempena cuti sekolah. Macam ner pun, komen aku tak laa se gah like others. Bagi aku the best place for me is still my home. Bebas untuk beribadat, mandi, etc. Hehehe.... Moralnya, kena hias our bedroom nicely then baru leh rasa gitu. Ekekeke...... Apa2 aje laa cik ila ni ek.......

Kami sampai di KL around 11 a.m. Quite early actually since ada banyak benda nak buat. Huhu. Sampai di umah, tidurkan anak, around 1230 aku and hubby keluar berdua ke PKNS Shah Alam untuk membeli sedikit sebanyak barangan keperluan nak ke Umrah hujung bulan ni, Insyaallah. Kalau jadi pi laa...kalau tak dok umah aje. Dan cerita tentang perasaan aku? Tader perasaan. Aku sendiri tatau....samada aku happy, bersedia, rileks atau apa saja. Serius tatau, Biar waktu yang menentukan. Harapan aku hanya moga ada kebaikan selepas ini. Itu aje.

Kat kedai tu, hubby beli baju jubah, pagoda, kopiah, seluar etc. Aku plak jubah putih, telekung sepasang, stokin etc. Plan aku nak beli telekung lagi 3 thru online yang sah2 jauh lebih murah. Hahahaha!!! Shopping with hubby only really make me enjoy. Banyak time save since tak payah nak layan kerenah bebudak yang kadang2 loghat nak layan. Hehehe..... Yang penting settle.

Then, aku singgah di Denai Alam tengok progress umah kami. Dan it really make me IMPRESSED!!!! Uwaaaa.....tak sabo nak pindah!!! Jemu menyewa. Jemu mendeko umah orang. Tentatively siap by February. Tapi pas2 renovate umah, mahu makan masa jugak tu. Huhuhuhu..... Before that just make sure we have enough money to implement the deco that we want. Tapi tak laa major reno since aku dah serik dah. Dulu umah kat sg buloh, reno beria. At last kami kena transfer to Johor. Mmm so kena berpada-pada. Takut it happend again.

Denai Alam Landmark. I like!!!!

Aiyaa....tu mokcik labu daaa. Nak pi intai toilet bilik anak lelakinya udah beres ke lum!

Bilik anak perempuan. Toiletnya udah beres....

Toilet azhad & adham.

My bedroom.

Ni hall atas. Snap this pic since hubby plan to make mini attic @ his workstation upstairs. Inspired by his collegue house at Prai; Mr Fadhul Kamal.

Dan setelah puas meronda di Denai Alam, kami pun balik ke rumah. Tapi before to singgah kat restoran Ayam Kampung. Waaahhh puas aku makan. Segala yang berangin aku bedal - nangka & pucuk paku. Hehehehe. Dah kenyang2 kami pun balik. Take a nap. Around 6 kuar ke giant plak....shopping susu anak3. Dan aku sempat mentapau pizza baru kat sini. Eh lagi yummy from pizza hut. No wonder laa jiran tetangga aku ramai yang order this pizza delivery. Memang sedap. Murah laaa compared to Pizza Hut. Hehehehe!!


Friday, December 4, 2009

Me and my future baby.

Hehehe.....setelah lama menyepi, harapnya aku pas ni rajin laa mengupdet diari online aku ni. Ekekeke.....!! Banyak story yang aku missed to jot down actually. Huhuhu...... So entry pepagi buta ni special dedicated to my new baby yang sedang membesar dalam rahim aku ni. Hope catatan aku ni akan jadi kenangan buat dia esok2. Hahaha!! Yer yer je aku ni lah. Ntah ntah time dia nanti blog ni dah outdated dah kan!! Ekekeke....

Khabar aku sejak pregnancy ni pastinya terlebih sihat. Dah ala2 labu + buyong pun ada. Aku ni kalau pregnant memang facing drastik weight increasing!! Hahaha!! Ramai jugak yang dah mula menegur - eh ko ni makin kembang laa!! Hehehe.....Aku ni bila dengar orang cakap macam tu, automatik aku senyum je. Tak marah2 since gemuk aku ni gemuk pengorbanan. Eh yer ker?? Ayat macam nak sedapkan hati pun ada. Hahhaha!! Tak kisah lah tu. Yang yernya baju cute mute aku tak leh pakai daaa. Aku dah kena kuarkan stok baju aku saiz L, XL!! Huhuhu...... Yang pastinya lepas deliver nanti aku nak all out project slimming ni. Bukan untuk kecantikan tapi untuk kesihatan.

Ada perubahan lain yang jelas menampakkan kepregnancian aku ni, muka aku yang dah lama tak tumbuh jerawat mula menumbuh laa plak. Bukan jerawat besar2 tu tapi ni spesis jerawat nasi!! Tekstur kulit muka aku jadi tak rata disebabkan itu. Jenuh aku dok buh macam2.....sama jek. Sah laa gangguan hormon!! Ia akan hilang lepas pantang nanti. Insyaallah. Usually, kalau kena sindrom macam ni, anak yang akan kuar adalah anak bapak. Ekeke!! Aku tingin nak timang baby girl. So that Awatif akan ada gang. Tapi my instinct macam kuat je aku will deliver baby boy. Hahaha....Mmm makin manjalah si Awatif kalau benar tekaan aku ini.

Tentatively, aku will deliver this baby on 12/6/2010. Tapi since aku will undergo c-section as usual, usually date akan awal 2 weeks from actual due date. So aku plan nak bersalin on 31/5/2010. Mmmm same besday with his @ her beloved dad. Hubby, bini bagi extravaganza present on ur 33th besday. Hahaha...... Payah nak dapat tu tau!!

According to the gynae, this is my last pregnancy. Insyaallah. Mmm rasa baru je aku bersanding!! Dah empat dah anak aku ni haaa!! Cepat benar masa berlalu. Tak sangka betul. Hehehe..... Umur pun dah genjak angka lain dah next year! Pregnancy kali ni though accident yang sebenarnya disengajakan really make me enjoy laa. Mungkin sebab aku tahu this is the last one. So ia amat membantu dari segi emosi, mental dan sikap aku sehari-hari. Hehehe..... Tak sangka aku akan menamatkan bab2 baby at the age 30. Actually at the age 29 since aku lahir bulan disember kan!! Walaupun sekarang c-section leh go till 6 baby, tapi aku tak mahu amik risiko. Aku dah rasa sangat bersyukur dengan empat zuriat kurniaan Allah ini. Lagipun aku tahu bukan senang nak mendidik.....lebih2 lagi bila dah masuk sekolah. Aku perlu bimbing dan ajar anak aku sepertimana mama coached me old days. Kerana bimbingan mamalah, aku yang level otak biasa2 je leh jugak berjaya though cara dia disiplinkan time belajar aku dolu really make me mental. Hahahaha!!! Tapi aku salute my mum. Thanks mama......

Okey laa, tetiba plak rindu kat my mum. Hehehe..... Okey, back to the story. Kat sini, for the first time my future baby nak interprem. Hehehe!! Baby ni dok terlangkup pandang ke bawah actually. Alhamdulillah dah lengkap semuanya -kaki dan tangan dah tumbuh. Terlompat2 dia dok dalam tu. Really touching!! So gang2.....mana2 yang plan nak berbaby, cepat2 usahakan. Hope leh lalui detik2 manis ni. Serius best. Aku sentiasa doakan kalian. Amin. Dan yang paling jongosnya, aku tak tahu exactly aku ni dah pregnant berapa bulan. Hahaha....Masa anak sulong dolu, tak pernah tak tahu. Hatta hari pun aku ingat. Tapi baby ujung ni serius aku rileks terover dos. Terukkan. Tapi kalau tak silap, around 3 month gitu laa. Hehehe. Tak kisah laa ek adik....janji ko sihat yer!! Hehehe.......


Saturday, November 14, 2009

Besday Awatif, Ad & Am 2009.

Haaaa actually semalam my sons besday. Hari ni baru aku berkesempatan menyambut besday anak3 ni. Nostalgia jugak aku rasanya.....yer laa rasa baru lagikan!! Hehehe.....Alhamdulillah kini depa dah 5 tahun dan 4 tahun. Dua beradik ni same besday date cuma lain tahun jek. 13/11/2004 dan 13/11/2005. Huhuhuhu......Aku terpeknen again masa Azhad baru berumur 3 bulan. Ngeh ngeh ngeh.....!! Memang berani gila.....yer laa aku ni ibu czer. Ekekeke.....tapi kuredah jua kerana kuyakin Allah mengetahui sebab musababnya.

Rasa baru jek lagi aku post entry tentang besday depa last year. Aii cepatnya masa berlalu kan?? Subhanallah. Serius sekejap tul!! So as promised, we celebrated jugak besday anak3. Besday Awatif (3/11/2007) diqadho sama dengan besday abang2nya. Jimat kos. Hahaha. Very simple celebration.......just jemput Ma Chik, Pa Chik dan Faheem. Hehehe...... Menu aku for today, mee jawa, honey dew, kek blueberry cheese. Itu aje.....











Wednesday, November 11, 2009

Progress Maid Kemboja Aku

Hai....lama sudah daku tak bersiaran. Aku sibuk dengan kisah bibik aku tu dan jugak kisah property aku yang Alhamdulillah macam nak laku. Hakhakhak......

Dalam facebook je pun ramai gila yang dok tanya aku tentang maid ni aihh. Ada jugak yang add aku as a friend pasal nak tahu lanjut tentang ni. Hahahaha!!! Yang kelakarnya ada jugak yang dok tanya; Puan Ila ni tokey agensi bibik ke? Ketawa beso mokcik laaa. Hahahaha..... Aku hanya real estate agent cum online entrepreneur jek. Tak lebih dari itu. Memang laa kalau jadi bos bibik2 indon & kemboja ni macam loaded, tapi kita tak bebas mental since maid2 ni macam2 perangai. Kalau okey, agen akan dipuji. Tapi kalau jongos @ bengong @ gatal ke apa, agen jugak dituduh @ dimarah @ dimaki as penipu etc. Jadinya buat property jauh lebih enjoy dari tokey bibik. Hehehehehe....

Okey yer, ni nak story balik tentang si bibik kemboja aku tu laa. Dah seminggu dah dia dok sini. Dan komen aku apa yer??? Bibik keje tip top. Tak payah aku nak bebel banyak. Dia ni spesis pandai cari keje. Aku tunjuk jek. Tu yang aku kata bahasa bukanlah penghalang utama antara dia dan aku. Bibik suka makan ikan goreng. Kalau ayam atau lauk2 orang kaya ni kureng sket. Sib baik laa ikan goreng je yg dia kenan. Kalau tak poning jugak. Hehehe..... Pendek kata aku rasa jauh cambodian ni jauh lebih baik dari indon laa. Kenapa aku kata gitu? Antara sebab2 yang aku sempat terpikir time aku karang blog aku ni :-

1) tader mesyuarat tingkap dgn bibik lain. kwsan umah aku mostly org pakai bibik indon. ptg2 @ tghr (bergantung pd presiden kelab bibik kata kol brp) mmg ada perjumpaan.

2) kemboja lebih jujur. tak curi tulang mcm indon.

3) lebih ringan tulang.

4) lebih senang nk suh buat itu ini. depa ni lebih ikut kata @ arahan kita.

5) tak menjawab. abis nk menjawab mcm ner? depa hanya tahu vocab melayu yg basic dan related dgn keje2 umh je. kalau tak fhm, depa sengih je laa. hahaha. dan kita akan terang blk dgn perlakuan as example.

6) dhoif penampilan. tapi utk secure rumah tangga kita ok laa...sgt sesuai. Hakhak.

7) kemboja ni niat dia mmg btul2 nk keje. tu yg aku pun tak byk songeh sgt.

Tapi tu laa, pokok pangkalnya sebenarnya hati kita jugak la. Kalau nak memveto ngan maid pun biar bertempat laa hendaknya. Setakat sket2 kurang tu adat laa. At least ada jugak orang nak tolong kita buat keje umah. Aku bukan nak menangkan bibik aku tu. Tapi pasal aku ada pengalaman banyak as full housewife yang bertanggungjawab, jadi aku tahu penat ke taknya macam ner. Nampak senang, tapi tuhan yang tahu, Subhanallah.

Lagi satukan, selagi kita tahu dan leh terima yang manusia tu ada kekuatan dan kelemahan, pasti urusan bibik ni settle. Yang selalu konflik majikan dan maid ni tentang keje kureng la....keje tak sampai standard la apa la. Yang penting bagi peluang dolu. Bimbing dan ajar. Tapi kalau masih tak faham, barulah kita pelangkung. Hahahahaha!!!! Tak laa, aku main2 jek. Hehehehe.

Wednesday, November 4, 2009

Welcome Mariyas, the Cambodian Maid

Hehehehe....hari ni no sad entry k. Hari ini hari yang busy buat aku sefamily. Pagi2 buta as usual, aku attend meeting kat company. Around 1 o'clock tamat...trus shoot balik ke rumah. Dalam kol 2 lebih baru laa aku dan family ke KLIA untuk pick up si Mariyas the bibik Kemboja itu. Huhuhu......macam2 benda berlegar2 dalam kepala otak aku. Ntah rupa mana laaa. Tapi based on tarikh lahirnya (kalau tak tipu ler), insyaallah minah ni okeis. Hehehehe...... Aku amik dia based on my instinct after istikharah. Tak tahu kenapa dalam banyak2 calon, aku pilih dia.Ada laa hikmahnya tu kan......tinggal lagi nak explore jek. Dia ni muda lagi. Tapi nampak tak laa muda beno. Hehehe.

Okey, kami sampai di KLIA lebih kurang dekat kol 3 gitu. Trus hubby enter imigresen room dimana dalam room ni penuh dengan foreign worker yang sedang menunggu majikannya. Aku ngan anak3 ni dok lepak laa kat luar sampai pening since lama laa jugak menunggunya. Awatif laa yang tak mahu langsung dok diam. Dia buat KLIA tu macam rumah dia jek. Tergolek2 .....sabo je laaa. Dalam kol 4 gitu baru settle. Dan baru laaa aku jumpa Mariyas for the first time. Hahahaha!!! What is my expression @ expectation @ impression yeah???? Guess????

Dia nampaknya memang muka sian laa. Dress code dia memang nampak beno laa dhoifnya. Hanya bawak satu beg galas, berseluar panjang, bertudung indon dan bertshirt lengan panjang. Dalam biodatanya cerah gila!! Sah2 ler lighting teknik tu. Hahahaha!! Live, dia ni golap laa jugak. Macam orang kena sunburn pun ado!! Hahaha...jahatnya majikan ni ek....hehehehe. Tapi serius cakap laa, memang sian jek rupanya laa.... Ala2 wajah kudut gitu......Harapan aku ek....semoga siwajah kudut ini leh tolong aku sedikit sebanyak, Insyaallah.

Pasal aku tak makan tengah hari lagi, aku pun singgah laa kat Dengkil. Hubby belanja makan satay. Mariyas tak mau makan coz mabuk perjalanan agaknya. Aaaa risau jugak dia muntah!! Huhuhu..... Pas makan, kami pun balik terus. Dan nak jadi story yer gang2.....satu adegan yang tak pernah kuduga gitu!!! Tak sangka terjadi !! Tak tercapai akal ku kata si Elyana, the singer!! Hahahaha!! Tengah2 aku nak buka gate umah, si Mariyas terkucil!!! Uwaaaaaa!!! Awat laa dia tak nak habaq??? Takut sangat dengan wajah aku ke??? Dia memang tak reti cakap sangat tapi at least bagitahu in sign language pun okey. Tapi adakah dia dah bagitahu tapi aku yang tak faham...ntah laaa. Tatau aku. Hubby bebel sekejap.....Yer laa tu kan keter kesayangan dia. Dan aku plak diam je laaaa....... Mungkin aku terkejut kot!! Hahahaha!! Malas nak panjang2 story, majikan ni memang alwiz positif. Redho je laaa. Next time we should more alert. Masuk2 je rumah, dia pengsan sebentar. Agaknya mabuk angin tahap kronik gitu........huhuhu.

Cabaran seterusnya, after dia mandi, nampaknya dia kini okeis. Hehehe.....Dan yang kelakarnya, aku suruh dia mandi lagi since aku tatau dia tu dah mandi ke belum. Mak aiii punya laaa payahnya nak convey such message to me and also me to her. Huhuhu....Mujur laaa, dia dapat idea tunjuk kat aku tualanya yang basah itu. Hahahaha!! Aku as usual, memang ketawa laaa. Aku rasa aku macam jongos jek tak faham bahasa. Hahaha......Then aku pun masak. Tanpa suruh, dia leh faham apa yang aku suruh dia buat. Potong itu ini......lulus laaa bab tu. Alhamdulillah. Pas makan, dia ni rajin laa plak. Habis sinki kulat aku diberusnya lah.... Okey laa tu. Hehehehe...... Dah tu aku trus suh dia tido. Esok new lesson for me and her will begin. Hopefully okey laa. Kalau tak mokcik memang leh kurus laaa. Hahahaha!!

Moral of the story, aku perlu banyak bersabar. Seriusly need to patient 100%. Aku perlu accept yang dia ada kekurangan jugak. Dan yang penting, aku memang tahu dia ni mahu belajar. Alhamdulillah. Harapnya berterusan laa sampai esok lusa. Amin. Esok hubby ke Tg Bin. So nak kena bangun pagi. Okey laa.......chow dolu. Letih badan aku ni. Rest time. Da da .........

Tuesday, November 3, 2009

Doa Aku ..............


Hari ni tatau laa aku samada hormon aku yang tak stabil atau apa. Tapi hatiku memang benar2 sedih.

Ya Allah, tak pernah lagi aku rasa sedih macam ni. Hati aku bukan setakat sedih tapi hatiku sayu ...... sayu yang teramat sayu ...... subhanallah tak reti aku nak gambarkan bagaimana sayunya hatiku ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang hati aku rasa......!! Hatiku rasa kecewa yang teramat sangat ....... Tak tertahan dah aku nak manahan air mata ini. Dari malam tadi air mataku gugur dengan mudahnya.... Tu tandanya hatiku teramat sayu....... Ya Allah ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku......!!

Kenapa yer, saat aku rasa bahagia tapi cabaran ini yang mendatang? Aku terlalu ingin panjatkan kesyukuranku di rumahmu Ya Allah.. Aku bersyukur kerana limpahan rezeki dari Mu buatku sekeluarga. Alhamdulillah .... tapi bantulah aku Ya Allah..... Bantulah aku laksanakan niat baik aku itu Ya Allah...... Bukakan pintu hati orang yang aku sayangi agar dia memahami apa niat aku sebenarnya! Agar dia fahami keadaan aku Ya Allah. Aku perlukan kekuatan dari Mu supaya aku kuat..... Tapi aku lemah dengan keadaan aku yang sayu ini. Banyak benda penting tak terungkai pabila aku begini. Ya Allah hanya engkau yang fahami aku.......Bantu lah aku Ya Allah......!!!!