AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, March 12, 2012

Yes Captain @ Take Care Of Us Captain Korea Drama Link

What a rileks day !! 
Hihi....
Hari ini hari rehat. Hari cuti sekolah yang pertama bulan ini. 
Kami tak pergi ke mana-mana pun buat masa ni. 
Ayah busy dengan meeting2 pentingnya. 
Huhu. 
Mak plak nak kemas umah pun malas jugak la! 
Jiran belakang umah mak sedang renovate rumah. 
So music cuti-cuti sekolah ni.... tung tang ketuk2 itu ini..... 
Hohoho.... 
Harap cepatlah sudahnya eh!
Rasa macam lama sudah hilangnya ketenteraman di kediaman mak ni ha. 

Last Jumaat mak mertua mak sekeluarga datang bertandang ke umah mak ni. 
Mmm ni adalah kali pertama mereka bertandang ke sini. 
Bukan tak sudi datang lebih awal.... tapi masing2 sibuk dengan komitmen. 
Hanya cuti kali ini sahaja mereka berkesempatan. 
Mak ingat nak update kisah nenek dan cucunya makan angin mini weekend baru ni. 
Tapi rasanya nanti la eh.... sebab gambar2 yang disnap tempoh hari masih disimpan dalam pelbagai handphone dan kamera adik beradik :) 
Mak kena kumpul dulu ... hihi. 

So entry hari ni mak hanya nak share tentang drama korea yes captain lagik!! 
ekekeke..... gila metul la!! hihi. 

Sejak mak mertua mak dan famili ke rumah adik ipar mak petang semalam, tetiba terasa umah mak sunyi jek setelah 2 hari yang riuh gila. 
Ayah aka pakcik plak sibuk dengan badminton dan presentation slide meetingnya yang berlambak-lambak dalam organizernya itu. 
So mak rasa buhsan tahap gaban jugak la ehhhh.
Huhu. 
Jadi gara2 buhsan tu, tak pasal2 la jadi rajin google link cerita Yes Captain nih haa!!! 
Sebab rasa tak sabar betul la nak tunggu minggu ke minggu. :)
Tup tup terjumpa la plakkk! 
Ini dia .... Klik.. klik :) Almost episod ado!
Jadi nampaknya mak ado aktiviti lagho lagi satu :) ngabiskan ini plak eh..... 
Hihihi..... 

Apa lagi.... siapa yang boring2 leh la tengok jugak :) Best..... Berangan sekejap :))



p/s - lagu blog mak yang dimainkan oleh playlist ini adalah soundtrack drama ini..... What a romantic song kan!! Suka tau :)

Wednesday, March 7, 2012

Yes Captain Channel 393 :)




Ni kegilaan terbaru mak pepagi :) 
YES CAPTAIN siaran astro 393. 
Mak tak tahu waktu siarannya yang sebenar.  
Tapi untuk waktu yang sesuai dengan mak - selasa, rabu dan khamis jam 755 pagi - 850 pagi. 
Huhuhu. 
Sambil2 breakfast sambil2 melayan citer Korea nih. 
La ni baru siaran episod ke 9 jek.

Rasanya last drama Korea yang mak layan adalah Autum In My Heart. 
Kalau tak silap sekitar tahun 2002 lah kot....
Hahahaha. Gila lama!!
Zaman uia dolu tuh. 
Lepas tu ... mak pun tak tahu la apsal tak tengok2 dah cerita Korea sehinggalah tertengok si Yes Captain last two weeks. 
Cerita ni macam ala2 cerita ciyaki jepun masa zaman mak kecik2 atau drama Melayu Awan Dania :)
Dunia pilot kapal terbang, pramugari dan company penerbangan.

Hero cerita ini Ji Jin Hee sebagai kapten Kim Yoong Soon. 
Heroinnya plak Gu Hye Sun sebagai pembantu pilot Han Da Jin.... 
Mmmm biasalah kan pasti ada konflik cinta dalam kisah ni. 
Si kapten jatuh hati akan pembantunya..... 
Dalam waktu yang sama, kekasih lama kapten selaku ketua pramugari di situ nak kembali kepadanya. 
Dan lagi admin syarikat penerbangan pun ada jugak yang terminat dan terobses dengan si kapten nih. 
Huhuhu.....
Tapi rasanya yang paling comel pastilah kapten bersama pembantunya. 

Alamak... tak leh cerita dah. 
Baby aisyah dah ternangis plak.... 
Sambung esok plak
Da da......
Kalau minat jugak... jangan lupa menonton ya...!! 





Monday, March 5, 2012

Rahsia Surah Al- Kautsar.



<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, March 4, 2012

Ujian Formatif 1 2012


Hari ni mak masih tak baca novel. 
Huh rindunya la!! :)

Hari ni mak tak tahu apa yang mak buat sebenarnya. 
Nak kata kemas rumah? Tak juga.
Tengok tv pun tak juga rasanya.... 
Huhuhu. 
Malas sampai begitu skali eh!! 

Esok hari penting buat anak2 mak. 
Kalau last week exam di Iqra' Al Hafiz....minggu depan ni SK Tmn Bukit Subang plak. 
What a busy week and busy stress! 
Hihihi.... 
Sekarang ni, memang budaya agaknya! 
Bila anak yang nak exam, ibu yang stress :) 
Al maklumlah silibus kids zaman la ni memang tinggi. 
Ibu2 la yang  for sure akan risau terlebih.
Eh boleh ke anaknya buat.... faham ke anaknya itu..... keliru ke anaknya itu? 
Mmmm macam2 lagik la!

Ni jadual exam esok. 
Mmm mak tak sabar menunggu Jumaat!! 
Ekeke.... 
Minggu depannya yesss cuti sekolah is begin!! 
I love it.... 
Bukan anak2 je yang cuti.... 
Mak pun !! :) 




Kalau last year, Ad sorang je yang amik exam.....
Tapi tahun ni, adik Ad; Am juga. 
Mak sangat2 la tidak risaukan Ad. 
Sebab anak mak yang tu Alhamdulillah dikurniakan Allah otak yang baik. 
Dia pun jenis cepat pick up plus terang hati plus memang suka belajar dan yang paling penting dia matured. 
Though darjah dua, tapi cara dia berfikir macam budak besar. 
Mungkin faktor dia sebagai anak sulung banyak membantu. 
Tapi satu jek prob dia ni........
Lalai !!! 
Kadang2 tertinggal huruf la, terlupa titik la, tertulis huruf kecil besar la..... 
Huhu.... 
Jenuh dah bebel!! 

Kisah si Adham plak spesial sket. 
Dia ni sangat kanak2 pemikirannya. 
Huhuhu..... 
Banyak main jek. 
Tapi bukan main yang lasak2 ni dia master tapi main game!! 
Huhu. 
Penelitian mak, hati dia ni terang jugak. 
Tapi dia tak minat.....
Jadi kalau belajar tu nak cepat habis jek. 
Mmm kalau mood dia baik, habis soalan yang susah pun boleh dia buat. 
Mak amat risau dia datang mood malas dia time exam tuh. 
Langsung dia tak nak buat..... silap2 tidur trus. 
Anak mak yang ni lain dari yang lain. 
Diam, tak yakin diri, takut2 dan agak pasif. 
Huhuhu... 
Though satu perut kandungan pun, tapi perangai serius lain oooo. 

Apa2 pun, doa mak agar anak2 mak ni boleh buat ujian esok.
Yang penting buat habis baik. 
Cuma risau jugak......sebab kalau ikut tahun lepas, akan ada reshuffle kelas setiap kali sesudah ujian formatif. 
Huhu... 
Ad dah duduk kelas pertama. Kalau tak ok, boleh turun kelas lak... Haru tu! 
Am lak kelas last skali. Hihihi.... Harap ok la keputusannya. Boleh naik 1 kelas pun alhamdulillah. 
Amin. 

Esok plak nak cerita... 
Da da ...............

Saturday, March 3, 2012

Kek 9th Annivesary & Andai Itu Takdirnya Review Part One.


Entry tertunda....
Malas tahap gaban melanda jiwa mak malam tadi. 
Tak de apa yang istimewa berlaku...
Cuma malam tadi ada acara makan2 kek sempena annivesary ke 9 tu jek. 
Hihihi....

Kek kali ni mak tempah dari kawan lama mak kat UIA dulu, Naemah Mohd Yusop. 
Gara2 kerajinan dia mengupload gambar keknya di facebook, mak terpanggil untuk merasainya. 
Nak buat malas yer!! 
Tahun ni satu biji kek pun mak tak pernah bakar lagi. 
Tak tahu lah kenapa..... mungkin jadual padat dan yang paling tepat adalah mim alif lam sin :) 

Disebabkan mak bukanlah orang yang particular akan flavor kek; jadi mak hanya beritahu Naemah - ikut suka ko la... janji coklat :) 
So dia buatkan mak kek coklat moist. 
Sedap....sangat lembut!! Murah lagik!! Terkejut mak tau!
Seriusly boleh direcommend pada kawan2.....
Naemah pun tinggal tak jauh dari rumah mak.....sekitar Shah Alam juga.
Lagi lah mudah jika selepas ni mak nak tempah kek, cheese tart atau pastri etc. 
Jika ada yang berminat nak tempah kek dengan dia boleh la call direct Naemah - 0192191909 atau add fb nya Naemah Mohd Yusop. 
Thanks Naemah...... 



Dan hari ni mak tak keluar shopping pun. 
Hihi. 
Pakcik sibuk entertain client dari Arab. Jadi sah2 la mak dan anak4 hanya menghabiskan masa di rumah jek. 
Hari ni, anak2 mak tak nak baca buku pun. 
Walhal ujian formatif sekolah kebangsaan satu Selangor bermula Isnin ni. 
Mmm kata anak2 hari ni nak cuti.... esok baru start buat ulangkaji. 
Mak ikutkan aje. Sebab mungkin mereka pun stress dan letih sebab baru je tamat exam sekolah agama last week. 

Gara2 tak pi mana dan anak pun tak nak belajar...
Jadi mak banyak habiskan masa mak dengan membaca novel. 
Huhuhu..... 
Sepatutnya kemas2 rumah since mak mertua nak mai minggu depan. 
Tapi tu lah dia.... malas lagik. :)
Hihihi. 

Mak tatkala ni sedang menghabiskan novel ini ......
Andai Itu Takdirnya hasil karya Siti Rosmizah dan terbitan buku prima. 
Novel hasil karya seorang peguam ni betul2 hebat!! 
Mak betul2 dibuai perasaan.... 
Terasa sungguh betapa sedih, stress dan gembiranya watak dalam novel ini. 
Tahniah kak peguam....
Pena anda betul2 mengkagumkan saya...... 


Novel ini bukanlah novel baru. 
Infact ramai dah kawan2 mak yang membacanya. 
Mak dapat idea untuk membeli novel ini dari rakan facebook mak .....
Rasanya ada lebih lima orang yang mencadangkan mak untuk membacanya. 
Novel lama tapi dek kerana "novel terlaris" jadi ia asyik diulang cetak..... 
Jadi untuk kita dapatkan di kedai buku itu bukan satu masalah. 

Kat sini mak nak buat sinopsis dan review ringkas tentang novel hebat ini.

********************************

Kisah seorang gadis hebat selaku heroin - Nur Aleya Idris pastinya cantik, putih, lembut tapi kuat jiwanya.
Dia berasal dari kampung Ayer Paabas, Melaka merupakan graduan universiti terkenal di UK. 
Sejak dari awal zaman study dia sudah mencintai dalam diam (tapi tak pernah terfikir nak sampai berkahwin)  suami yang tersengaja dikahwininya - Syed Adam Aizril; seorang yang pastinya handsome, kaya playboy dan sentiasa prejudis akan orang miskin atas hasutan bondanya. 
Ada sebab mengapa bondanya begitu..... 
Actually since di UK lagi Aizril ni ada hati dengan Aleya.
Huhuhu.... Aleya antara top scorer batch dia... Cantik plak....for sure lah Aizril ada rasa adore jugak akan dia.
Tetapi kerana ego yang sangat tinggi dan rasa prejudisnya itu, perasaan itu diignore oleh Aizril walaupun dia tahu yang Aleya ada ciri2 wanita idaman semua lelaki. 
Balik je dari UK, Aleya bekerja di syarikat milik Aizril secara tak sengaja. 
Kesempatan ini, di gunakan Aizril untuk membalas dendam pada Aleya yang pernah memarahinya ketika membuat assignment bersama Aizril di UK dulu. 

Nak dijadikan cerita......
Aleya dan Aizril ditangkap basah kerana diperangkap oleh sahabat baik Aizril sendiri, Faizal. 
Hancur impian Aizril nak beristerikan sepupunya, Sharifah Emilin - gadis yang ngada2, tak tahu malu, gatal, merenyam, tak nak menyerah kalah dan merupakan junior setahun Aleya dan Aizril (ciri2 standard wanita kaya gedik gitu).
Aizril dan keluarganya merasakan Aleya sengaja memerangkap Aizril supaya dia yang susah itu boleh menumpang senang Aizril.
Aleya hilang segalanya. 
Hilang ibu, ayah, adik2 dan kampung halaman!!
Perkahwinan itu menyebabkan Aleya disiksa hebat oleh Aizril.......
Semua di lalui sendirian...
Hanya seorang jek yang membantunya iaitu sahabat dunia akhiratnya - Umairah. 
Tak lama kemudian mereka berdua dibantu oleh kawan study mereka; Ikram - yang tak lama kemudian jadi suami kepada Umairah.
Huh part ni memang air mata mak tak leh tahan.... 
Sangat sedih ok!!
Gila2 sedih.....
Emosi mak time nih betul2 di torture habis2an. 
Hihihi...... 
Aleya wanita hebat yang ada pegangan agama yang hebat tak mudah melatah..... 
Sabar ....
Semua dugaan dan cabaran yang melanda hanya pada Allah dia mengadu. 
Mak seriusly kagum akan watak Aleya ini. 

Mmm mak rasa cukup untuk part 1 ni. 
Mak sambung esok lak yer.... 
Hihi... 
Mak perlu offline untuk beri masa mak buat anak4. 

Okey.... 
Da da .... 






Friday, March 2, 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah --- Happy 9th Annivesary


Ni entry semalam sepatutnya!! 
Tapi semalam mak sangat letih kerana kelam kabut nak settlekan jualan diskaun 15% kedai online mak sempena annivesary mak yang ke - 9. 
Hihihi..... kebetulan lak tarikh annivesary tu jatuh di saat mak memang desperate nak guna cash untuk bayar supplier.
Mak kekurangan duit sket untuk biaya kos stok baju baru nak masuk lagi 2-3 minggu. Hihihi..... 
Alhamdulillah sale semalam benar2 membantu dan mak pun dah berjaya membayar supplier tersebut. 
Hanya hari ini jadual mak lebih rilek dan santai. 
Hari untuk rehatkan minda dan badan .... 
Sambil2 tu leh la layan blog kawan2 mak dan blog sendiri. 
Hihi..... 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan mak dan pakcik yang ke 9. 
Mmmm rasa baru jek kawin! 
Cepat benar masa berlalu. 
Dari slim hingga dah gedempol dah mak ni haaa..... hihi. 

Apa pun, 
Sempena hari barakah, mak sempat panjatkan syukur mak pada Allah SWT kerana lelaki yang muncul dalam petunjuk istikharah mak adalah lelaki yang sangat sesuai buat mak. 
Benar2 pelengkap hidup mak yang kekurangan!! 
Mak taufan dia cuaca normal... hahaha. 
Mak panas dia sejuk.... 
Mak panik dia cooool !! 
Mak malas dia rajin....
Mak becok dia hanya cakap bila perlu. 
Hihihi..... 
Banyak lagi.... malas nak type daaa. !!
 Mak juga berdoa semoga jodoh mak dan pakcik berpanjangan hingga ke akhir hayat. 
Moga pakcik dan mak lebih bersabar mengharungi hari mendatang yang tak pasti bagaimana rupa cabarannya, waallahu'alam. 
Mak harap juga moga iman mak dan pakcik kian bertambah walaupun mak tahu iman itu yazid wa yanqus (bertambah dan berkurang).
Mak berharap lagi agar umur mak dan pakcik panjang..... dipelihara keselamatan dunia dan akhirat.... 
dan ....
semoga apa saja yang kami buat sentiasa diredhoi dan diberkati Allah swt. 
Amin.... 

Mak tak masak beria pun semalam. 
Hanya buat laksa penang kesukaan pakcik aje. 
Hihi. 
Sangat2 busy!!
Minggu ini minggu peperiksaan sekolah KAFA. 
Minggu depan plak minggu peperiksaan sekolah kebangsaan. 
Disebabkan itulah, annivesary kami tak disambut dengan jamuan kecil apatah lagi jalan2 makan angin. 
Selepas semua yang penting selesai, barulah nak difikirkan ke mana mahu pergi .... 
Itu pun jika mahu :) hihi.... 
Tapi, malam ni insyaallah tetap jugak nak memotong kek. 
Wajib ada kek!! 
Cukup sekadar makan kami 6 beranak aje. 
Apa2 pun yang penting syukur, Alhamdulillah. 



Saat debaran - aku nikahkan dikau .................



Upacara pembatalan air sembahyang dibuat di rumah..... huhuhu... 
p/s - inai mak itam legam. inai pokok + inai jln mesjid india!! tahu2 itam legam. hahahah!!







The best moment in my life ............. :) Time ni tak ingat yang mak akan sit for final exam lagi seminggu setengah jek.... paper paling susah adalah semester ni lah!! huhu.



Mmmm what a wonderful day...... Windu sangat!! 



Note for the husband - 
I love you... 
Thanks because jadi husband saya yang baik lagi bersabar. 
Walaupun kini dikau kuat membebel akan daku, tapi aku tetap sayang akan dikau. 
Hope jodoh berpanjangan sehingga mati.... 
AMIN. 





Tuesday, February 28, 2012

Kegilaan Baca Novel.

Bulan Februari 2012, mak memang ada hobi pelik dan baru. 
Hobi ---- BACA NOVEL CINTA!! 
Dolu2 pun suka.... tapi agak bertahun sudah hobi ni di tinggalkan. 
Tup- tup eh suka la plak :D
Tak tahu lah kenapa... tapi tu lah yang terjadi. 

Semua ni mungkin berpunca dari drama bersiri Bicara Hati siaran Astro Prima setiap selasa agaknya. 
Hati ini terlalu penasaran untuk tahu apakah kesudahan drama yang mencuit hati batu mak ni. 
Sewaktu mak gila dengan drama itu, mak pun pulang ke kampung hubby di Jerteh. 
Nak jadi cerita terjumpa plak novel Bicara Hati simpanan adik beradiknya.


 

Wahhhh apa lagi!! Sakan membacalah!! 
Hati berbunga-bunga... indah hidup di alam khayalan.... berangan jika hidup ini seindah novel; wah romantik lagi bahagianya!! Hahaha. 
Tu la dia penangan novel cinta!! 
Sejak jadi hantu novel, mood mak rasa stabil jek... ekeke.
Hinggakan bila novel Bicara Hati ni tamat dibaca, mak rasa macam kehilangan sesuatu plak eh. 
Huhuhu!! Haru betul... 
Jadi inilah peluang untuk mak membeli novel lagi ... hihihi,.... 


Jadi, mak pun membeli dua buah novel lagi hasil tulisan Fauziah Ashari. 
Novel ni dibeli secara online dari penulisnya. 
Mmm siap dengan ada signature dan kata-kata puitis beliau lagik!! 
Huhuhu... terharu jugak kerana penulis mahu melayan kerenah pembaca amatur ni. 
Mak memilih novel ni selepas membaca review dari mereka yang telah membelinya terlebih dahulu. 
Cinta Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku.....
Owh best betul......!! 
Dua novel ni adalah kesinambungan Ombak Rindu yang telah difilemkan baru2 ini. 
Mmm novel yang buat mood mak turun naik!! 
Tapi tetap nak baca jugak sebab memang best.... 
Huhuhu... 
Tak tahu nak cakap apa.... Just to say - I love Hariz and Izzah. 
Hihihi.... 
Harap percintaam mak dan asben mak sekuat cinta Hariz dan Izzah .... amin. 
Untuk entry later2 mak wat lah sket review 2 novel ni ya!! 
Insyaallah.




Dan kini, mulai esok, bacaan baru mak adalah novel lama tapi hot - Andai Itu Takdirnya. 
Novel ini hasil nukilan Siti Rosmizah; peguam muda yang berbakat. 
Mak beli novel ni atas saranan ramai kawan2 facebook mak.... 
Mmmm dengar komen2 mereka yang novel ini mampu buat kita menangis, sedih, tak tidur malam etc memang buat hati mak nak membacanya sendiri. 
Okey, tak mau komen lebih2..... 
Nanti mak dah habis baca, mak try buat entry novel review.... 
Boleh la jadi info kat kawan2 .... 




Hihi..... 
Dalam sibuk2 mak ni, mak masih sempat membaca novel kan? 
Pelik tapi tu la dia .... 
Sambung di entry lain plak... 
Da da ............