AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, March 10, 2013

Restock Stok Peti Dan Masak2 Tengahari Ahad.

 
 
Apabila pagi Ahad menjelma......
Rutin mak adalah ini ........
*
*
*
 

 
 
Apakah itu???
Restok stok peti sejuk untuk stok seminggu atau lebih :)
Pagi ni mak shopping kat pasar tani Kampung Melayu Subang.
Mak beli ikan tongkol seekor (dah selamat direbus dengan garam dan asam)....
Mak beli ikan kembung, lala, dan udang. 
Mak beli ayam dua ekor di kedai pemborong ayam sebelah Restoran Pakcu.
Ayam kat situ, memang segar2 kerana disembelih pagi ini di situ dan dijual.
Mmmm buat bakar ke apa ke memang marbeles la :) Yum yummy....
Semua stok yang dibeli tadi perlu dibersihkan sebelum masuk freezer....
Huh....
Penat jugak tau!!
Tapi jika tak buat, nanti mak sibuk plak esok lusa....
Harus jadual terganggu.
Jadi, letih-letih pun settlekan jugak la.
:)
 
Sesudah siap, mak pun sibuk masak-memasak plak......
Sedar tak sedar, keluarga mak ni dah terlalu lama tak makan tengahari Ahad di rumah.
Huh.....
Ayah plak tak berapa sihat lately....
Asik pening kepala..!!
Tengok cara ayah hari ni, macam nak suh mak masak2 jek.
Hihihi......
Maka mak pun masak jek la apa yang ado.
Maka hasilnya ini .....
*
*
*
 
Lala masak pedas.... Nak resepi leh jenguk blog kak Hana.
 

Kailan goreng ikan masin ...
 

Ayam goreng "pasti sedap".
 
 
Nikmat plak makan beramai-ramai ni :)
Usai makan... basuh pinggan plak.
Hihi....
Tahu2, sakit pinggang plak eh.....
Tengok jam dah pukul 2.00 petang.
Haaa apa lagi, waktu untuk lepak2 tengok tv sambil2 betul2kan urat2 pinggang nih.
Kebetulan ada filem si Salman Khan plak eh kat channel 952.
Ekh Tha Tiger tajuknya.......
Haaa layan.....
Lama jugak tak tengok dia ni beraksi.....
 

 
 
Mak tengok Hindi sambil susukan anak bongsu mak...
Sedar2 dia dah terlena....
Alhamdulillah....
Aman umah mak buat sementara waktu.
Hihihi.....
 Petang ni tatau lagi apa aktiviti kami.....
Jogging pun best kan.....
:)
 

Saturday, March 9, 2013

Redeem Voucher Groupon Kat The Manhattan Fish Market IPC.

 
Assalamualaikum......... :)
Busy ke hari ni??
Bagi mak Sabtu Ahad adalah hari yang agak sibuk.
Kenapa sibuk???
Ini adalah hari mak mendobi pakaian sekolah, kasut, gosok baju, dan macam2 lagi.....
 
Alhamdulillah kerja2 yang dijadualkan dah pun beres 70%.
Tinggal lagi kerja2 gosok menggosok.
In shaa Allah malam ni siap lah hendaknya.
 
Usai basuh2 baju dan basuh ruangan wet kitchen, mak pun siap2 la nak keluar.
Hari Sabtu, dapur memang tak berasap ok :)
Mak rasa happy hari ni sebab hari ni mak nak jalan2 pakai baju dan tudung baru!!
Hahahaha.... macam kanak2.....
 
Taraaa...
*
*
*
 
 
 
Semangat mak posing macam budak2 remaja tau... !!
Walhal, mak nak berumur dah wehhh :)
Sesekali menyengalkan diri :)
Ok lah kot kan??
Jenama baju tshirt muslimah mak hari ini adalah Muslimah 4U dan tudung bawal aidijuma safari :)
Jika berminat nak membeli juga, boleh la ke kedai online mak kat fb - Tshirt Muslimah Modern & Trendy :)  
 
Jalan2 hari ni tak ke mana pun.....
Mak nak belanja anak4 mak lunch kat Ikano.
Semalam, mak beli baucer makan2 kat groupon.
Haaaa ini adalah pertama kali mak beli baucer makan2 melalui groupon!!
Selalunya barang2 aje....
Hihihi.....
Lokasi makan2 adalah di The Manhattan Fish Market :)
Lama benar tak santap di sini.....
Tu yang bila tengok offer groupon terus mak beli.
Memang banyak save laaa jugak.
Biasanya, kalau makan kat sini memang kena dalam rm 100++ .....
Dengan groupon kali ni, bayar rm66 dan makan :)
 
 
 
 
Mak beli dua offer groupon.
Yer laaa anak ramai kan :)
Offer ni adalah untuk dua orang makan....
Risau plak tak cukup.
 
Mak sempat snap gambar makanan :)
Sedap la jugak....
Kebetulan dah memang lapar :)
 

Lala creamy....
 

Diet Salad....
 
 
Giant Platter..... Tak sangka ia dihidangkan dengan nasi!!! Huh.... Ada fish, ikan, cendawan dan sotong goreng....
 

Ini Scallop Americana....... Big plate !! Huh!


Pencuci mulut :)
 
 
Overall, semua menu hidangan tengahari ini sedap.......
Cuma,
Hidangan ini terlalu banyak untuk keluarga mak laaa!!
Sedap2 pun memang tak larat dah nak habiskan....
Last2 kami bungkus bawak balik untuk dimakan malam nanti.
Hihihi.
Kalau memang kaki makan dan berselera besar, hidangan ini memang amat sesuai.....
 
Time kami santap ni, ada 4 meja order menu yang sama.....
Redeem groupon jugak lah agaknya :)
Ada yang berdua....
Ada yang ramai....
Yang berdua tu, mak tatau la macam mana nak habiskan.
Hahahahaha....
Sangat banyak ok.
Serius!!
 
 
Sarah Awatif Tasnim :)
 
 
Okey, mak dah kenyang :) Nak balik dah ok :))




Thursday, March 7, 2013

‎10 Makanan Paling Cepat Menggemukkan Di Malaysia.

SEMUANYA MAK SUKA!!! Owhh!! ............


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Monday, March 4, 2013

Diet Atkins :)

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet.
 Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com

Sunday, March 3, 2013

Dua Hari Satu Malam di Bayou Lagoon Resort, Melaka.

 
Alhamdulillah mak sekeluarga telah selamat sampai di baiti jannati....
Sambil2 menunggu baju didobi, mak mengambil kesempatan untuk update apa yang patut dolu ok :)
Wah!! Banyaknya baju nak kena dobi ni!!
Tu la dia......
 
Semalam, mak sekeluarga bercuti ke Melaka.
Mak tak pasti berapa kalikah kami sekeluarga keluar masuk ke Melaka.....
Hihihi....
Dan kami pun tak tahu, kenapa kami suka sangat melawat negeri ini, Wallahu'alam.
Mungkin kerana resort2nya yang affordable dan dekat dengan Kuala Lumpur agaknya.....
Tu yang asyik check in di negeri Melaka :)
 
Percutian kali ini, bukanlah sempena anniversary sedekad mak kelmarin.
Tapi, rasanya lebih kepada nak melayan anak4 yang ditinggalkan seminggu lebih gara2 ayah yang sibuk outstation last week.
Kebetulan Azhad pun baru sudah habis peperiksaan sekolah agama.....
Jadi apa lagi? Book la....
 
Destinasi pilihan kami kali ini adalah di
BAYOU LAGOON RESORT, BUKIT KATIL, MELAKA.
 
 
(gambar ini carian gugel)
 
 
Kenapa ke sini?
Hihihi....
Percutian kali ni, disertai opah dan tok.
Jadi, tempat penginapan apartmentlah yang lebih jimat dan sesuai dengan bajet yang diperuntukkan.
Lagi pula, resort ini resort baru.
Kalau tak silap, baru 6 bulan ia beroperasi.
Jadi pastinyalah, resort ini bersih dan cantik....
Dan lagi, resort ini ada kolam mandi yang cantik juga....
Sesuailah tu dengan anak4 mak yang sedang membesar.
Langsung, mak pun booked resort ni thru agoda.com.
Mak tempah apartment dua bilik ....
Gara2 lewat membuat tempahan dari tarikh bercuti, caj dikenakan makin tinggi la..
Caj kali ini adalah sebanyak rm430 (dah campur tax bagai. Ada bekpes 4 orang).
Mmmm mak klik jek la.
Notes ---- Jangan fikir tentang duit jika nak bercuti.
Kalau fikir, memang tak pi jalan mana2 la.
Hahahaha....
Setuju tak?
:)
 
Kami bertolak dari Shah Alam jam 11.30.
Kami melawat rumah sepupu di Linggi.....
Dan sampai di resort sekitar jam 3.20 petang.
Ok lah tu..... check in time resort ini adalah jam 3 petang.
Apartment resort ini ada 12 tingkat.
Terletak di sebelah Kampung Tun Razak (kalau tak silap la) dan dikelilingi kawasan kediaman terancang.
Projeknya masih lagi dalam fasa pembinaan...
Yang dah siap ni boleh dikatakan baru dalam 1/4 aje.
 
Kat sini, mak dan tok dapat snap sekitar 60+ gambar.
Tapi mak hanya share sket jek la.
Selebihnya, hanya untuk tatapan peribadi.
Jom layan......
 
 
Wajah2 ceria anak2 mak....
 

Posing sementara menunggu ayah check in.....
 

Letih lari2 tadi..... lepak sini la kejap :) Hihi....
 

 Kami dapat menginap di level dua. Ini pemandangan dari balkoni bilik kami.
 

Dapo....
 

Ruang tamu. Tv ada astro :) 
 

Living hall apartment kami.
 
 
Usai solat asar, kami sekeluarga terjun kolam....
Best kata anak4!!!
Melihatkan aksi mereka yang gembira, rasa berbaloi belanja mereka jalan2 sini....
Mak dan ayah memang tak lepaskan peluang terjun kolam jugak.
Hahaha...
Siap main slide lagi ooo!!
Umur bukan halangan ok :)
Opah lepak di kerusi....
Tok plak jadi cameraman...
Hihihi....
Sakan la kami mandi manda!!
Cuaca tatkala mandi, redup.
Anginnya plak.....serius sejuk.... dan kuat!
Nyaman betul la.....
Waktu kami mandi tu, ramai pelancong dari Jepun.....
Dan yang kelakarnya, ramai plak Jepun2 tu yang geram dengan Sarah Aisyah!! 
Siap dok kerumun dia !! Sib baik Aisyah tak nangis :)
Mak nak tanya macam2, depa tak pandai cakap English....
Layanz jek la...
Teringat kat anak2 depa kat kampong halaman agaknya kot....
Hahaha.
 

Azhad dan Adham.
 

 

Opah, Azhad dan Awatif
 

Adham dan Awatif
 

Kasih adik, tidakkan putus walaupun sedang mandi kolam. Hahahaha...
 

Anak2 perempuan mak yang dah kesejukkan..... Aaaa kena bungkus. Mak, ayah dan boys, masih berendam...


Gambar ini, diambil dari kerusi lepak kami tuh.... Yang dah siap tu - Amari Villa.
 

Keadaan kolam dari kerusi lepak kami....
 

Tok, opah dan girls....
 

Kolam kedua yang bersebelahan dengan kolam utama. Kolam ni best.... Air suam ok.... Tapi ia agak dalam buat anak2 sebaya anak mak. Hati2......


Gambar girls bungkus..... Sejuk!!
 
 
Pagi Ahad, sesudah sarapan, kami terjun kolam lagi....
Kali ni, memang tak snap gambar.
Betul2 mandi :))
Sekitar jam 1130, kami pun check out...
Sebelum bertolak, sempat lah mak snap gambar kenangan yang terakhir.....
 

Anak4 mak dan opah beraksi depan lobby :)
 
 
Overall .....
Percutian ekspress kali ni mak rasa puas hati...
Komen anak4 mak ---- BEESSSSTTT!! Dan nak datang lagi! Hohoho.....
In Shaa Allah yer anak4.
Thanks to ayah yang sponsor segala2nya....
Thanks berjuta kali kerana mampu menggembirakan anak4, isteri dan ibu bapa though mak tahu yang ayah penat.
Semoga pahala buat ayah.....
Amin....
 
Moga ketemu lagi ya Bayou Lagoon Resort...
Da daaaaa...
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, March 1, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Sedekad

 
Sekejapnya hari ini berlalu.... !!
Kalaulah hidup ni macam cerita kartun tu, rasanya mak tak nak hari ini berlalu pergi....
Owhhh !!
 
Ayah baru balik dari outstation tengahari tadi.
Rindu betul mak pada ayah!! Anak4 apatah lagi.....
Bukan main riang bila nampak kelibat ayah :)
Dari hari Sabtu yang lalu, ayah sibuk....
Ke Gunung Jerai lah... then ke Tanjung Bin lah.... then ke Lumut lah....
Nasib baiklah opah dan tok ada di sini....
Tak la mak dan anak4 lonely sangat...
 
Hari ini juga adalah "hari dalam sejarah" buat mak dan ayah....
Tiap-tiap tahun mak tunggu.....
Alhamdulillah dan syukur pada Allah SWT, mak diberi kesempatan melayari hidup berumah tangga dengan ayah ....
Pejam celik, sedar tak sedar,  sepuluh tahun sudah kami bersama.
Aish..... rasa baru lagi kami kahwin.
Rasa baru jugak mak belajar memasak....
Dan rasa baru lagi mak bercinta....
Dan yang pastinya, mak masih tak jemu2 bercinta dengan ayah.....
Hihi....
(Ayat boleh pengsan @ muntah hijau nih!!)
Hahahaha......
Happy Annivesary Ayah :)
 
 
Usia kad ini adalah 10 tahun ++.
 
 
Mak dan ayah tak de budaya menyambut anniversary beria pun...
Selalunya, kami beli kek - potong dan makan bersama anak4 dan malamnya makan di restoran mana2.
Kali ni lain sket.
On the way balik dari outstation tadi, ayah beli Tiramisu sempena anniversary ni....
Sebelum solat Jumaat, kami makan beramai-ramai....
Berebut-rebut anak mak nak memotong kek tuh .....
Aduhaiii ...
 
Jadual makan2 di restoran di awalkan ke sesudah solat Jumaat.
Sebabnya ayah ada perlawanan bowling dengan staff opisnya malam ni.
Tapi yang bestnya, kami makan berdua jek :)
Boys ke sekolah kebangsaan.... Girls plak tinggal di rumah bersama opah dan tok.
Kalau ikutkan, mak nak bawak girls sekali...
Tapi, opah yang suruh tinggal.
Hihihi....
Aaaa apa lagi, jom dating :)
Happy jugak tau!!
Tapi mak memang tak leh berpisah ngan anak4 le....
Macam mana nak romantika de amour pun, otak tetap teringat kat anak4 sebab sangat2 terasa yang mak kekurangan sesuatu.....
Ibarat pakai baju tak pakai kain gitu......
(Sedap pepatah mak ni :))
"Kalau ada Azhad mesti dia suka...
Kalau Adham mesti dia nak rasa itu ini....
Aisyah nangis ke?
Apa yang Awatif buat gamaknya?"
Hohoho....
Missed them so much.
Haaaa itu lah dia....
 
Waktu yang limited itu, kami peruntukkan sepenuhnya di restoran sahaja.
Restoran pilihan kali ni, The Chillis di Citta Mall....
Owhhh mak bab ni memang follow ayah jek.
Mak kan orang dapo jek....
Memang tak berapa pandai dengan kedai2 makan yang pelik2.
Hahahaha....
Kami mengambil masa yang agak lama jugak ....
Mungkin sebab hidangan yang diorder adalah yang bakar membakar....
Maka banyak lah  masa kami nak berpandang-pandangan.....
I lap u ...
U lap me ....
Hahahaha!!!
 
Mak order Chicken Citrus with prawn grill....
Ayah plak South West lamb steak......
Ok laaa sedap jugak!
Tapi makan sesekali ok la...
Kalau sokmo2 jenuh la nak bayar!
Hihihi.... 


 

 
 
Kami balik sekitar jam 5.10 petang....
Opah dah siap menu petangnya -  goreng cempedak :)
Semerbak bau rumah mak dengan cempedak goreng....
Yummy.
 
Ayah plak mengambil kesempatan berehat sebentar....
Ayah take nap depan tv bersama anak2 perempuannya.
Mak plak lepak2 tengok pangako sayo.
Hihi....
 
Jam 630 mak pun macam biasa, fetch boys from skul....
Balik tu, tengok ayah dah stanby depan rumah untuk bertolak ke Berjaya Times Square - bowling tournament.....
Ayah gigih suruh mak tengok video trainingnya kat Lumut ....
Setelah bye bye ayah, mak pun tengok la....
 
Owhhhhhh !!!
Patut lah beria nak mak on lappy.....
Rupanya ayah buat surprise kat mak !!!
Dalam laptop mak, ayah selitkan anniversary kad buat mak :))
Owhhh
I am so surprised....
And so happy!!!
Tq hubby........
 
 




Now dah jam 1130 malam....
Mak masih mode happy....
Satu hari di dalam mode nostalgia yang indah memang membuatkan mood hari ini stabil.
Terima kasih Ya Allah......
Terima kasih kerana memberi aku kesempatan bahagia di dunia ni....
Terima kasih jua kerana pinjamkan aku insan baik yang ceria dan memahami aku....
Semoga insan itu diberi rahmat Allah dari mu selalu.....
Panjangkanlah jodoh aku dan dia....
Tambahkanlah rasa kasih sayang di antara kami....
Tingkatkanlah rasa iman dan kesabaran dalam jiwa kami....
Damaikanlah hati kami....
Redhoilah kami.....
Bantulah kami agar berjaya mendidik zuriat kami agar berjaya di dunia dan akhirat.
Amin Ya Allah.....
Amin Ya Allah.....
Terima kasih Ya Allah.