Sedar atau tak, dah 6 hari puasa eh....
Kejap jek.
Erkkkk kenyang sudah :)
Mak baru sudah sahur Alhamdulillah.
Pagi ni, anak2 dan ayah sahur nasi goreng ayam instant keluaran Adabi.
Mak just minum air 2 liter dan vitamin b complex serta vitamin c.
Cukup lah......
Macam biasa, entry mak memang lewat sehari.
Hahaha....
Berbuka semalam, mak sempaat jugak main masak2.
Mak buat ayam bakar lada hitam mayonaise.
Mak perap ayam malam kelmarin lagi.
Jadi kiranya perapan mak tu hampir 24 jam jugak la.
Ekekeke....
Rasa ok jugak.....
Ayah laju jek ngadap :)
Lagi sedap dimakan bersama sos Nandos Peri-Peri..... :)
Jika kita google resepi ini.....
Memang ramai la pakar2 blogger masakan yang mengongsikannya.
Dan yang kelakarnya.....semua ayat sama!!
Hahahahah.... sah2 copy paste :)
Dan mak pun tak tahu ayat resepi ini hak milik original siapa.... hahaha.
Hari ni mak pun nak menambahkan bilangan mereka yang copy paste ok...... hihi.
Bahan-bahannye ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)
Jika berkenan..... buat lah....
Memang tak menghampakan.
Itu menu encik suami dan anak4....
Untuk mak hanya la sup sayur ok.
Day 2 diet detoks adalah menu sayur day.
Dengan kata lain, fiber day.
Makanlah unlimited sayur tak kiralah mentah atau masak.
No oil.... no coconut ....
Hihihi.....
Bagi mak tak de masalah kembang tekak lagi setakat ni.
Sebab mak pun masih bersemangat meneruskannya...
Ada lagi 5 hari untuk complete program.....
Perut betul2 berehat dari memproses makanan berat.
Tapi, element penting dalam diet ni adalah air.
Mak akan pastikan mak minum sahur sebanyak 2 liter...
Berbuka hingga jam 12 malam nanti lagi 2 liter.
So complete lah 4 liter = 8 gelas.
Jika air tak cukup......
Memang akan rasa terliur nak cuit itu ini kat dapo tu!!
Hihihi....
Tak caya try la.
Jika air tak cukup......
Memang akan rasa terliur nak cuit itu ini kat dapo tu!!
Hihihi....
Tak caya try la.
Okey lah..... subuh sudah....
Waktu untuk mengabdikan diri pada yang Esa.....
Nanti cakap lagi...
Da da...........