AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, March 27, 2013

The Regency Jerai Hill, Kedah Part 1.

 
Owhhhh banyaknya kain nak kena hanger dan lipat!!
Semalam sahaja, baju2 basuhan adalah empat bakul besar!!
Tak masuk lagi yang nak kena gosok.
Huh....
Tu la dia, kerja rumah ni jika tertangguh walau satu hari pun..... pasti akan jadi double dan triple esok lusanya....
Tahu2 mak penat.
Letihnya Allah yang tahu!
Tapi tak pe..... jalan punya pasal jadi terpaksa la tahan semua rasa.
Yang penting happy....
Lipat slow2....
Janji sebelum Jumaat siap semua tuh.
Hihihi.....
 
Gara2 waktu senggang mak yang terhad, mak nak jot down secara ringkas percutian mak ke Gunung Jerai tempoh hari.
Resort ni mak booking by phone juga.
Boleh call sini - 04-4667777 jika berminat nak ke sana.
Harga yang ditawarkan ketika di telefon adalah rm 258.88 untuk bilik family.
Tapi, masa check in, kami diberi harga offer rm190 sahaja.
Sebenarnya ini adalah harga tawaran buat rakyat Kedah sahaja --- rm190 untuk mana2 bilik :)
Tapi, tak tahu la mengapa, kakak ni bermurah hati untuk offer kami juga....
Alhamdulillah rezeki.
Terima kasih kakak resort :)
 
Mak sekeluarga terus ke Gunung Jerai melalui PLUS Highway. Masuk dari Sungai Petani U dan keluar di Gurun.
Mmmm sangatlah tak jauhnya! :)
Dah sampai situ, ayah lajak ke pekan Guar Chempedak sebentar untuk membeli makan kudap2 buat anak4nya.
Risau anak4 lapar kat puncak gunung plak kan..... payah plak.
Then, patah balik ke kaki Gunung Jerai......
Kami lepak sebentar di kaki gunung tu....
Makan2 kudap2 yang ayah beli dan ke toilet qadha hajat mereka2 yang berkenaan.
Hahahaha....
Sambil2 tu, mak apa lagi, tangkap gambo le :)
 
 
Gunung Jerai dari atas fly over pecan Gurun. 
 

Sekitar kaki Gunung Jerai...... Kat sini ada parking lot disediakan khas pada mereka yang tak nak memandu kereta hingga ke puncak. 
 
 
Perjalanan ke atas adalah sejauh 12 kilometer sahaja.
Jalan untuk ke atas memang jauh lebih baik jika di bandingkan dengan Tapah dan Bukit Fraser.
Anak mak tak sempat muntah pun.
Hahaha......
Sepanjang nak ke puncak, kami bertembung dengan ramai cyclist.
Gigihnya mereka kayuh basikal!!
Mak tak de la....
Hihihi....
 
Kami sampai di puncak sekitar jam 12 tengahari.....
Owhhhh tak boleh check in lagi ok.
Check in jam 2 petang.
Haaa apa lagi ...... kami pun posing sana sinun la dolu!!
Anak4 dan mak memang excited.
Excited gara2 teruja dengan pemandangan yang cantik dengan cuaca sejuk berangin gitu!!
Ayah je yang tak excited sebab ayah dah ke sini awal bulan Februari yang lepas sempena training Malakoff Prai.
Kat sini, boleh kata semua angle kami nak snap picture!!
Yang paling nampak gila bergambar ialah Sarah Awatif.......
Kalau tak, susah juga nak senyum dia tuh.....
Kali ni, dia yang jadi volunteer nak jadi model gambar mak.
Hihihi.....
 
Mak suka suasana di sini.....
Di sini, mak lupa akan kerja seharian mak.... lupa akan facebook.... lupa akan tshirt muslimah trendy dan macam2 lagi la.....
Yang mak tahu time tu, mak happy especially bila tengok anak4 mak happy.
Puas hati betul rasanya!!
Gunung Jerai memang tempat yang tenang bagi kami yang serabut di Kuala Lumpur.
Tak caya???
Aaaaa kena pergi then rasalah apa yang mak rasa :)
 
Okey lah, mak upload gambar scenery jek dolu....
Mak nak sambung kerja2 mak yang tertangguh tuh.... 
Esok2 atau malam2 nanti, mak upload aksi anak4 mak....
Banyak lagi tak review ni.... hihi.
Ok ya.... dadaaaaaa.
 
 
Pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Subhanallah.....!! Tengok live lagi best! Nampak bendang sawah yang menghijau dan Selat Melaka. Lokasi ini pernah dijadikan tempat video klip kumpulan Tropika ---- Cinta Pantai Merdeka :)


Batu penanda aras di tebing gunung :)
 

Depan cafeteria dan lobi resort.


Antara jenis2 accommodation yang ada di sini --- ini adalah premier room. Chalet family gitu.....
 
 
Chalet premier dari depan. Ni adalah jenis bilik yang kami sewa.
 

Ini pula executive room.....


Dan ini pula swimming pool. Penuh ooo dengan pengunjung yang datang. Anak mak terjun dua kali. Hihihi.....
 
 
Nanti sambung................ :)

Tuesday, March 26, 2013

Satu Malam Di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.

 
Hohoho......
Mak dan ayah nampaknya masih tak habis mood cuti-cuti sempena bulan perkahwinan sedekad.
Aci tak?? Hihihi....
Jadi kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan bersama anak-anak2 sempena cuti sekolah yang terhad ini.
Plan asalnya, ayah nak cuti seminggu.
Kononnya nak cuti2 ke utara Malaysia then lajak ke Pantai Timur @ balik kampong ayah.
Tapi apakan daya......
Tetiba jek ayah kena attend training kat Pullman Putrajaya yang akan bermula malam ni hinggalah  lewat petang Khamis.
Jadi.......
Rombakan rancangan pun berlaku.....
Penyudahnya, kami hanya jalan2 ke utara Malaysia, lalu pulang kembali ke Shah Alam; tempat mencari rezeki dan menimba ilmu.
 
Cuti-cuti utara kali ni adalah ke Kedah Darul Aman....
Terlalu lama mak tak jejakkan kaki ke Kedah.
Tak tahu la kenapa........
 
Percutian kali ni adalah selama 3 hari 2 malam.
Malam pertama, kami menginap di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Aaaaaa taste mak masih taste orang zaman lama okeh!!
Masih sudi menetap di rangkaian Seri Malaysia walaupun banyak lagi pilihan yang lebih baik.
Tapi sebenarnya, family room hotel lain dah penuh.
Jadi, tak perlu pening2..... Booked je apa yang ada.
Janji dapat rehatkan badan barang semalam.
Alhamdulillah.
 
Kali ni, mak booking bilik hotel melalui phone call jek.
Payah oooo!!
Jenuh mendail....
Bukan hotel ni jek yang payah angkat telefon..... hotel lain di Sungai Petani pun!!
Jenuh dok berzikir dan berdoa baru dapat.
Mak tempah family room.
Harga yang ditawarkan adalah sebanyak rm190 include breakfast untuk 3 orang.
Ayah hanya bayar breakfast extra untuk Adham sebanyak rm6.50.
Anak mak yang lain semua free.
Alhamdulillah.
 
Kami bertolak dari Shah Alam sekitar jam 10 pagi.
Kami sampai kat hotel sekitar jam 3.30 petang.
Dari PLUS Highway, kami exit di Plaza Tol Sungai Petani Utara.
Mak teruja dengan pembangunan di Sungai Petani itu!
Dalam fikiran mak, SP tu kecil jek.....
Rupa2nya, pesat membangun!
Mall sahaja ada lebih dari empat!
Semua rangkaian kedai berjenama ada di Sungai Petani.....
Hebat!
 
Kami melewati bandar sepintas lalu aje.
Dah tak sabar nak baring-baring di dalam bilik hotel.
Hihihi....
Setelah terlepas simpang dan u turn, akhirnya kami tiba di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Lokasi dia ke dalam sedikit dari jalan besar itu.
Ia terletak berhadapan stesen keretapi dan bersebelahan dengan pasar besar Sungai Petani....
Aaaaa area yang agak sibuk jugak la ye.
Tapi tak kisah la....
 
Masa kami sampai tu, parking yang terhad itu penuh semuanya.
Kebetulan ada kursus BTN plak kat hotel tuh.
Jenuh la ayah dok pusing-pusing....
Alhamdulillah ada juga visitor yang keluar waktu tu.....
Jadi apa lagi..... park la :)
 

 
 
Macam biasa, bila sampai hotel, mak suka tangkap gambar.....
Hahahaha....
Biasa la, nak buat travel review kan....
Haaa snap jangan tak snap :)
 

Sarah Aisyah depan lobi.
 

Sementara menunggu ayah check in, kita lepak sini dulu.
 

Sarah Awatif.
 

Azhad dan Adham.....
 
 
Masuk je bilik, pakat2 baring trus :)
Ayah sempat lelapkan mata dalam 2 jam lebih.
Mak plak layan Hindustan....
Anak layan ipad dan telefon.
Hihi....
 
Sekitar jam 6 petang, aktiviti rutin apabila tido hotel - terjun kolam.
Kali ni mak tak mandi....
Hanya budak4 je.
Kolam untuk kanak-kanak pun kecil aje.
Ok la untuk anak4 mak lepas gian.
Tapi untuk budak4 ni, saiz bukan ukuran...
Yang penting, masuk air berenang!
Hahahaha....
 






 
Malam tu, plannya nak makan di Pengkalan Ikan Bakar Sungai Petani....
Tapi terlepas simpang lah plak!!
Tak koser la mak nak u turn.... u turn dan u turn lagi....
Last2 kami makan je kat warung Siam tepi jalan ---- Marina Tomyam kalau tak silap la; bersebelahan dengan D Vista Hotel.
Gambar tak amik ok.....
Sebab kami semua pun pakat2 kebulur.
Hahahaha...
Rasa?? Ok laaa.
Sedap juga :)
 
Esoknya, sesudah breakfast....
Kami pun checkout.
Sebelum check out, snap gambar terakhir dolu.... 
 
 


 
 
Tak tahu la bila plak akan ke sini lagi....
Wallahu'alam.
Ahaaaa berapa bintang nak bagi untuk hotel ni??
Kata anak4 hotel ni best!!
So, komen mak, sama jugak la kot and not bad.
So mak bagi 3 bintang.
 
Perjalanan kami diteruskan ke Gunung Jerai plak.....
Next entry :)
 
Da daaaaaaa
 
 

Tuesday, March 19, 2013

Mini Bakeri Jiran Depan Rumah - http://nureimi.blogspot.com.

 
Ahaaaaa!!
Pagi ni, sedang mak menyiram pokok bunga di laman mak yang sekangkang kera itu, tiba2 jiran depan mak bagi mak something :)
Rezeki di pagi hari....
Alhamdulillah .....
 
 

 
Tu dia.....
Cheese tart!! Sedapnya la hai.....
Jiran depan mak ni memang tokey apam, tokey tart, door gift, kek moist, kek pisang, muffin etc.
Dengan kata lain; mini bakeri gitu.
 
Sebenarnya mak memang ada order kat dia semalam melalui laman social facebook.
Rasanya ni kali ketiga atau keempat mak order hasil bakerinya ini.
Hihihi....
Mak tanya dia samada dia nak buat tart ke tak.
Kalau yer, nak selit order jugak barang 10 ketul.
Hihihi....
Minimum order tart dengan tokey ni adalah 30 ketul....
Huh banyak tu untuk keluarga mak. Masak nak ngabiskan!!
Jadi, selit2 jek la sket2.
Hihihi....
Seketul rm0.60 sahaja.
 
Apsal mak tak buat je???
Hohoho...... Jangan sesekali tanya soalan itu....!!
Mak tak buat sebab mak takut mak yang makan paling banyak!! Bila nak slimnya kalau macam tuh???
Hahahaha.....
Jadi kita outsource aje.
Senang, sempoi dan mudah.
 
Tapi pagi tadi, dia bagi percuma aje :)
Alhamdulillah....
Terima kasih adik :)
Moga rezeki kamu pagi ni dan hari2 akan datang lebih murah.......
Oooops lupa plak.....
Jika ada pembaca yang teringin nak rasa, boleh lah ke blog jiran mak untuk info lanjut....
Klik link di bawah ni ok :)
 
Ok la....
Mak nak sambung menikmati cheese tart mini bersama nescafe panas.....
Nanti kepoci lagi...
Da daaaaa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, March 17, 2013

Sakit Seminggu......

 
Genap seminggu tak jot down apa2.....
Tiada apa yang menarik berlaku.... sekadar rutin harian yang sentiasa tiada hujungnya.
 
Ke mana mak menghilang seminggu ini?
Tak ke mana pun :)
Mak ada hibernate dalam rumah.....
Family mak sakit silih berganti.
Bermula dengan Sarah Awatif..... then ayah....then mak.... then Sarah Aisyah dan Syawal Adham.
Alhamdulillah Azhad kuat.
Hanya dia seorang yang terselamat dari virus sakit tekak, batuk dan demam ini.....
Dua orang anak mak - Aisyah dan Adham kena nebulizer.....
Huh!!
Nasib baik terkawal....
Kalau tak, memang kena admit hospital juga rasanya.....
 
 
Ubat ayah ..... Mak tak pi klinik pun. Mak pakai ubat ayah je :) Sebab peyakit kami lebih kurang.
 

Ubat anak-anak..... Ubat batuk hurix tu emak punya :)
 
 
Usah mengeluh bila Allah uji kita dengan kesakitan......
Tapi bersyukurlah kerana Allah pilih kita untuk diberi pahala percuma pada kita.
Alhamdulillah.....
Yang penting kita redho .....
In shaa Allah segalanya akan kembali baik seperti biasa.
Aaaa lagi satu........
Kita sakit bukan kerana tak makan supplement!
Tapi sakitnya kita adalah atas kehendak Allah....
Apabila ia atas kehendak Allah, tiada apa pun yang dapat melawan...
Maka redho dan beristighfar .... moga pahala milik kita.
 
Dan petang ini,
Mak rasa anak mak semua dah sihat, Alhamdulillah....
Jadi sesudah solat asar, kami pun melepak di space u8.
Kesian plak anak4 mak tak keluar ke mana2......
Jadi mak suruh ayah belanja anak4 mak main di sana....
Bukan main seronoknya la hai :)
Melayang duit ayah rm15 petang ni.
Hihi....
Nasib lah.
 

Awatif dan Adham.


 


Aisyah :)


 
Esok dah kembali ke sekolah....
Kena semangat lah....
Esok adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula......
Yahoooo!!!
Ke manakah kami cuti kali ini???
Rahsia :)
 
Ok la..... jom tido...
Esok sekolah :)
Daa daaaaa......
 


Sunday, March 10, 2013

Restock Stok Peti Dan Masak2 Tengahari Ahad.

 
 
Apabila pagi Ahad menjelma......
Rutin mak adalah ini ........
*
*
*
 

 
 
Apakah itu???
Restok stok peti sejuk untuk stok seminggu atau lebih :)
Pagi ni mak shopping kat pasar tani Kampung Melayu Subang.
Mak beli ikan tongkol seekor (dah selamat direbus dengan garam dan asam)....
Mak beli ikan kembung, lala, dan udang. 
Mak beli ayam dua ekor di kedai pemborong ayam sebelah Restoran Pakcu.
Ayam kat situ, memang segar2 kerana disembelih pagi ini di situ dan dijual.
Mmmm buat bakar ke apa ke memang marbeles la :) Yum yummy....
Semua stok yang dibeli tadi perlu dibersihkan sebelum masuk freezer....
Huh....
Penat jugak tau!!
Tapi jika tak buat, nanti mak sibuk plak esok lusa....
Harus jadual terganggu.
Jadi, letih-letih pun settlekan jugak la.
:)
 
Sesudah siap, mak pun sibuk masak-memasak plak......
Sedar tak sedar, keluarga mak ni dah terlalu lama tak makan tengahari Ahad di rumah.
Huh.....
Ayah plak tak berapa sihat lately....
Asik pening kepala..!!
Tengok cara ayah hari ni, macam nak suh mak masak2 jek.
Hihihi......
Maka mak pun masak jek la apa yang ado.
Maka hasilnya ini .....
*
*
*
 
Lala masak pedas.... Nak resepi leh jenguk blog kak Hana.
 

Kailan goreng ikan masin ...
 

Ayam goreng "pasti sedap".
 
 
Nikmat plak makan beramai-ramai ni :)
Usai makan... basuh pinggan plak.
Hihi....
Tahu2, sakit pinggang plak eh.....
Tengok jam dah pukul 2.00 petang.
Haaa apa lagi, waktu untuk lepak2 tengok tv sambil2 betul2kan urat2 pinggang nih.
Kebetulan ada filem si Salman Khan plak eh kat channel 952.
Ekh Tha Tiger tajuknya.......
Haaa layan.....
Lama jugak tak tengok dia ni beraksi.....
 

 
 
Mak tengok Hindi sambil susukan anak bongsu mak...
Sedar2 dia dah terlena....
Alhamdulillah....
Aman umah mak buat sementara waktu.
Hihihi.....
 Petang ni tatau lagi apa aktiviti kami.....
Jogging pun best kan.....
:)
 

Saturday, March 9, 2013

Redeem Voucher Groupon Kat The Manhattan Fish Market IPC.

 
Assalamualaikum......... :)
Busy ke hari ni??
Bagi mak Sabtu Ahad adalah hari yang agak sibuk.
Kenapa sibuk???
Ini adalah hari mak mendobi pakaian sekolah, kasut, gosok baju, dan macam2 lagi.....
 
Alhamdulillah kerja2 yang dijadualkan dah pun beres 70%.
Tinggal lagi kerja2 gosok menggosok.
In shaa Allah malam ni siap lah hendaknya.
 
Usai basuh2 baju dan basuh ruangan wet kitchen, mak pun siap2 la nak keluar.
Hari Sabtu, dapur memang tak berasap ok :)
Mak rasa happy hari ni sebab hari ni mak nak jalan2 pakai baju dan tudung baru!!
Hahahaha.... macam kanak2.....
 
Taraaa...
*
*
*
 
 
 
Semangat mak posing macam budak2 remaja tau... !!
Walhal, mak nak berumur dah wehhh :)
Sesekali menyengalkan diri :)
Ok lah kot kan??
Jenama baju tshirt muslimah mak hari ini adalah Muslimah 4U dan tudung bawal aidijuma safari :)
Jika berminat nak membeli juga, boleh la ke kedai online mak kat fb - Tshirt Muslimah Modern & Trendy :)  
 
Jalan2 hari ni tak ke mana pun.....
Mak nak belanja anak4 mak lunch kat Ikano.
Semalam, mak beli baucer makan2 kat groupon.
Haaaa ini adalah pertama kali mak beli baucer makan2 melalui groupon!!
Selalunya barang2 aje....
Hihihi.....
Lokasi makan2 adalah di The Manhattan Fish Market :)
Lama benar tak santap di sini.....
Tu yang bila tengok offer groupon terus mak beli.
Memang banyak save laaa jugak.
Biasanya, kalau makan kat sini memang kena dalam rm 100++ .....
Dengan groupon kali ni, bayar rm66 dan makan :)
 
 
 
 
Mak beli dua offer groupon.
Yer laaa anak ramai kan :)
Offer ni adalah untuk dua orang makan....
Risau plak tak cukup.
 
Mak sempat snap gambar makanan :)
Sedap la jugak....
Kebetulan dah memang lapar :)
 

Lala creamy....
 

Diet Salad....
 
 
Giant Platter..... Tak sangka ia dihidangkan dengan nasi!!! Huh.... Ada fish, ikan, cendawan dan sotong goreng....
 

Ini Scallop Americana....... Big plate !! Huh!


Pencuci mulut :)
 
 
Overall, semua menu hidangan tengahari ini sedap.......
Cuma,
Hidangan ini terlalu banyak untuk keluarga mak laaa!!
Sedap2 pun memang tak larat dah nak habiskan....
Last2 kami bungkus bawak balik untuk dimakan malam nanti.
Hihihi.
Kalau memang kaki makan dan berselera besar, hidangan ini memang amat sesuai.....
 
Time kami santap ni, ada 4 meja order menu yang sama.....
Redeem groupon jugak lah agaknya :)
Ada yang berdua....
Ada yang ramai....
Yang berdua tu, mak tatau la macam mana nak habiskan.
Hahahahaha....
Sangat banyak ok.
Serius!!
 
 
Sarah Awatif Tasnim :)
 
 
Okey, mak dah kenyang :) Nak balik dah ok :))




Thursday, March 7, 2013

‎10 Makanan Paling Cepat Menggemukkan Di Malaysia.

SEMUANYA MAK SUKA!!! Owhh!! ............


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri