AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Tuesday, August 27, 2013

Wanita dan SHAKLEE - GLA COMPLEX memang tak dapat dipisahkan.


Siapa kat sini tak teruja dengan iklan jamu yang testimoninya kebabooom???
Siapa yang tak teruja??
Tak minat ke?
Tak tergugat iman tu???
Mmmm.....
Ko memang hati batu le kalau macam tuh!
Hahahaha.....
Kalau dah tengok promo share kat fb hari2...... rasanya hati yang batu boleh cair.
Kan?? Betulkan....
 
Lalu anda pun membelinya.......
Macam mana le tak terjebak kan....?
 Testimoni mantop perabis....!
Lagi tak tahan ayat ala2 macam ni kuar :) ------ Uikssss siapa yang tak sayang asben dik non oiii ??? Nak ketat la.... nak tutt mantap la..... mmmm macam2 lagi lah!!
Jadi, apa lagi??? Inbox .... pm.....
Hahahaha!!
 
Kalau dah beli tu, haruslah uols pun makan.... makan dan makan ........
Tetapi dalam masa yang sama, hati kecil tu tertanya juga.
Eh tak pe ke? Tak de effect hati ke? Memang ok ke? Atau ini hanya bisikan hati yang tak perlu kita layankan? Bla bla bla bla......
Kata peniaga, eh semuanya beres.....
Tapi long term effect, tak siapa yang tahu kan???
Tapi, tak semua jamu tak ok ya...... Mak refer khusus untuk jamu import ya.
Ikut kawan2lah prefer yang mana kan........
 
Situasi ini, dah banyak kali berlaku kat mak tau!!
Mak memang suka makan supplement...... Dan sentiasa tercari2 apa yang terbaik......
Yang pastinya, memang banyak unsur pembaziran berlaku kat sini ya.
Sehinggalah mak bertemu dengan Shaklee @ cek li @ cak li .... kihkihkih...
Punca bagaimana mak bertemu dengannya nanti mak story ok!!
Alhamdulillah, dengan Shaklee mak yakin....
Satu dunia pakai ok! Dikhabarkan Dr Mahathir pun amik ....
Ahaaaa admin bukanlah fanatik....
Tapi inilah kenyataannya tau.
 
Tepuk dada.....Tanya selera!
Jika ada rasa macam yang mak rasa, bertukarlah pada yang lebih selamat dan terbukti.
Kita tak tahu apa yang jadi akan datang.....
 
So, sebelum mak ke pasar restock peti, mak nak share supplement ala2 iklan jamu gitu!
Ni memang khusus untuk wanita2 di luar sana......
Pendek kata, teman baik kita la.
Haaa apa lagi kalau bukan ...... GLA COMPLEX!
Baca jangan tak baca ok.....
 
 
 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Antara khasiat yang terbukti adalah ia menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Ini kerana, asid gamma linolenik (GLA) sememangnya digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE :-

•Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
•Membantu meningkatkan kesuburan
•Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
•Membantu dalam menangani menopus
•Menguatkan kuku dan rambut
•Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
•Membantu menangai ekzema
•Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
•Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
•Menguatkan imuniti tubuh
•Memperlahankan proses penuaan
•Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
•Mengawal kencing manis dan darah tinggi
•Mengawal kolesterol
•Untuk fungsi saraf
 
 
Okey, tu jek ok....
Mak tak janjikan sesuatu yang indah.
Kalau makan sekian sekian, ulos jadi cun..... bla bla....
Apa yang penting, adalah istiqamah ok.
Haaaa tu lah keywordnya ok!
Buat yang dah 30 an macam mak ni lagi la WAJIB untuk tekun dan istiqamah ya.
Kihkih......

So.........
Jik nak tahu lagi dan lagi tentang gla complex ni.... atau in case ada yang nak membeli, silalah email ok....
Kalau malu nak email, sms pun boleh....
Kalau sms pun malu / malas, wassup jek ok.....
Hahahaha....
Mak nak pi pasar dah ni....
Nanti mak kepoci lagi ya.
Da daaaaa.....
 
arzalilarazali@gmail.com
0123982250
Shaklee id - 956846
Boleh pos ke mana2 dan COD Denai Alam dan sekitarnya.

Thursday, April 25, 2013

Wet Kitchen Mak Sebelum Dan Selepas Renovasi.

 
Ahaaaa..... ngam2 10 hari tak update belog.
Hohoho.....
Mak sihat jek.... tapi macam biasa la malas tahap cipan tenuk betul la!! Hahaha.
Masa mak dalam 10 hari ni, banyak terbuang dengan tengok tv dan kisah kemas dan punggah aje :)
Huhu....
 
Alhamdulillah reno make up wet kitchen mak yang bermula 5/4 selesai pada 17/4.
Reno jiran yang berkongsi dinding dengan mak plak siap dua hari kemudiannya.
Walaupun sedikit lambat dari yang dijanjikan oleh abang Indon itu, tapi tak kisah la.....
Yang penting siap :)
Syukur banyak2.... Alhamdulillah.
Dapo ni 98% adalah idea my engineer, encik Sarip :)
Mak ikut jek....
Dari layout, tile, kaler, susun atur dan macam2 lagi adalah idea ayah....
Kebetulan time kena fikir2 ni mak demam kronik, jadi mak memang serahkan bulat2 pada ayah. '
Mak hanya pilih kitchen cabinet ikea je.
Hihihi....
Sempoi.
 
Ok, untuk kenangan di kala hari mendatang, mak nak abadikan wajah wet kitchen mak sebelum diberi nafas baru.....
Taraaaaa....
 
SEBELUM...........
 

Pemisah antara umah mak dan jiran batu separuh..... Serius kurang privacy.
 
 
Ni dinding depan pintu mak...... Umah mak ni design terbuka. Konsep ni kurang mesra aurat la..... Jadi, mak mintak ayah naikkan bata juga....

Haaaa tengok!! Ni rupa belakang ketika kerja2 renovasi sedang dijalankan. Dah macam tsunami! Huh.
 
*
*
*
 
SELEPAS........
 
Tiang ni memang tak boleh buang. Kalau buang, alamatnya roboh la rumah :) Ini dinding pemisah umah mak dan jiran yang telah dinaikkan bata. Ayah buat table top --- satu sinki basuh pinggan dan lagi satu sinki ala2 bilik basuh asrama untuk mak basuh baju :) Kabinet putih tu, cabinet diy ikea cap udden. Really recommended by mak..... murah, solid dan kemas.
 
Mesti ada tempat sidai baju di sini untuk kegunaan di kala hujan :) Hari cerah, mak sidai kat jalan belakang; luar rumah :)
 
Close up sket..... Tiada pintu untuk table top bawah sebab budget larik sudah :))
 

Dan ini, dinding depan pintu depan..... Jadi, mak ada privacy untuk berdiri di depan pintu tanpa tudung sket :) Lebih terpelihara.....
 
 
No more renovation in the house, Insyaallah.
Terima kasih hubby.
Kamu memang orang yang main peranan penting dalam reno ni......
Jasamu dikenang :)
Hahahahaha....

Tukang paip..... tukang cat.....wireman...... tukang basuh..... :) tq dear.

 
Semoga ini dapat memberikan idea pada mereka yang memerlukan......
Ok laaaa....
Nanti cakap lagi ok....
Daaaaaa.
 


Monday, April 15, 2013

Sabtu di Ikea Malaysia.

Alhamdulillah kami sekeluarga sudah sihat sepenuhnya.
Minggu lepas, semua anak3 mak sekolah penuh.
Tiada yang cuti sakit....
Alhamdulillah.
Dan mak pun dah kembali sihat macam biasa.
Tapi sepanjang minggu lepas mak malas tak sudah.
Hahahaha.
 Malas dan serabut o!!
Umah mak dah mula make up wet kitchen sejak Jumaat 5/4/2013.
Hajatnya tak nak mula lagi.....
Kerja2 reno kali ni diawalkan atas permintaan jiran mak.
Jiran mak kejar waktu nak bersalin :)
Reno wet kitchen ni memang melibatkan umah dia memandangkan tembok batu dinaikkan antara umah dia dan umah mak.
Sebelum ni hanya gril yang memisahkan wet kitchen kami berdua.
Jadi, sebelum dia sibuk dengan nak menyambut orang baru, maka kerja2 reno pun dimulakan lebih awal dari yang mak planned.
Dan...... sepanjang hari hingga ke pagi ini, umah mak didendang dengan bunyi ketuk2.... bunyi zzzz mesin pemotong tile.
Habuk ada juga walaupun kerja2 reno di bahagian belakang.
Pili air ditutup untuk laluan kerja2 piping selama beberapa hari.
Jadi memang tak masak2 lah mak sepanjang minggu!! Huh.
Nak jadikan cerita,  
Bukan umah mak dan jiran mak aje yang reno ok....
Jiran mak sebelah kanan juga reno!!
Maknanya tiga biji rumah reno serentak....
So boleh bayang tak macam mana??
Ado pening .....
Dapo basah kami memang tak siap lagi.....
Tapi Sabtu yang lepas kami sekeluarga belum apa2 dah semangat soping2 kat ikea :)
Ni namanya orang yang tak sabo!!
Hahahaha....
Family mak memang akan jenguk ikea setahun sekali..... Dan selalunya di bulan April.
Hahahaha....
Asal April je, tabung dah penuh.
Jadi, boleh la dapatkan apa yang teringin selama setahun nih.
Ngeee :)

Mak dah buat list apa nak dibeli sejak hari Khamis lagi.
Beli apa yang kami listkan.....
Alhamdulillah ikea memang tak padat dengan orang....
Jadi kerja2 membeli mak dipermudahkan.
Alhamdulillah.
Nanti wet kitchen dah siap, langsung fixkan aje....
Mudah.

 Aisyah si penjaga besen TROFAST :)


Ahaaa...... ayah tak nak bergambar!! Dalam trolley, ada rak kasut plastic trones 6 unit dan storage mainan kid - Trofast. 


Nak balik dah..... Tunggu ayah amik car.


Bebudak dua orang ni sempat dok main gayut2 kat sini :)


Sampai je umah, mak dan ayah pakat2 lena dolu.
Ahaaaaa :)
Malam2 ayah pun apa lagi....
Fix situ dan sini....


Ini ready made diy kitchen cabinet ikea brand UDDEN. Mak beli 3 biji untuk digantung di wet kitchen mak nanti.


Ini lah rupa trofast..... Bagus rak ni.... basic sistem storage. satu besin penuh dengan lego.... satu lagi cooking utensil.... satu lagi hot wheel aje.... bla bla bla......

Ahaaa.....
Tinggal lagi nak fix apa yang patut.
Cepatlah abang indon weh.
Daku letih dah tak buka tingkap dapo lebih seminggu dah.
Haahaha.....
Patutnya hari ni leh siap semua dah....
Sikit jek lagi tuh.
Nanti dah siap semua, mak share wet kitchen mak sebelum dan selepas.
Kat gugel, ramai orang share dapo je.
Tapi sikit orang share akan wet kitchen.
Leh la mak nyibuk2 join rating search wet kitchen tu nanti.
Hihihi...
Ok laaa dadadadada......

Thursday, April 4, 2013

3 jam di The Little Big Club, Hello Kitty Town Johor.


Mak masih demam....
Begitu juga ahli keluarga yang lain.

Patutnya hari ni mini renovation wet kitchen mak dah pun bermula.
Mana pergi batang hidung si indon nih, wallahu'alam.
Harap esok mula lah kot.....
Mula lambat.... siap pun akan lambat la....
Mak memang dah lemas dengan dry kitchen mak....
Lagi ada barang dari wet kitchen sumbat situ!
Huh.....

Abaikan kisah indon yang hilang....
Mak masih dengan entry basi mak....
Kisah melawat Hello Kitty Town di Puteri Harbour.
Ayah sayang akan anak4nya....
Anak nak apa2 .... seboleh2nya dia akan tunaikan.....
Dan kali ni ayah tunaikan impian girls nak melawat Hello Kitty....
Ini pun kebetulan kami ke Johor.
Jika saja2 rasa memang tak jejak lagi.

Pusat ni berada di dalam bangunan.....
Ala2 shopping mall gitu.
Hello Kitty town ni terbahagi dua ....
Satu hello kitty....
Dan lagi satu the little big club.
Harga tiket dengan mykad adalah rm 50 seorang.
Ayah belikan tiket untuk entrance The Little Big Club sahaja.
Total kami 5 beranak rm 250.... Aisyah foc.
Jika kami masuk Hello Kitty tu, makanya ayah kena add lagi rm 250 laaaa
Owhhhhh tak sanggup!

Mereka yang teruja.

Happy la.... ayah dah beli tiket.....

Kami bergambar di pintu gerbangnya aje :) Masuk idak :)

Yang ni lah yang kami masuk itu :) The Little Big Club.

Apa yang ada dalam ni???
Pendek kata tempat main2....
Ada la macam tempat main kanak2 kat Berjaya Times Square tu jek.....
Cuma bezanya, kat sini ada character kartun yang budak4 ni selalu tonton kat playhouse Disney....
Bob the Builder, Bunny, Angelina Ballerina, Pingu, Thomas..... etc.


Ni macam site pengambaran Bunny and Friends.......

Awatif dan Ballerinanya :)

Dengan truk Bob The Builder.

Dengan mascot Bob The Builder :)

Ada lagi gambar kenangan kat sini....
Tapi ntah kenapa, tak dapat nak upload.
Asyik error aje.
Jadi hanya ni jek la yang dapat di kongsi di sini .....

Lain2, ada juga permainan macam bas gila, car langgar, helicopter terbang, keretapi Thomas, buaian pusing dan macam2 lagi lah.....
Anak mak enjoy especially Awatif dan Azhad.
Si Adham time ni dah ada tanda2 tak sihat.....

Rasanya ni jek la sekali mak ke sini.... :)
Hahaha....
Sekali fikir macam tak berbaloi aje harga tiket dan apa yang ada.....
Tapikan, kalau fikir macam tu, aisshh tak merasa la plak nak jalan2 sini kan......
Anak punya pasal kira ok lah....
Layanzzz.
:)
Yang penting mereka gembira......

Ok lah....
Cukup tara ni....
Esok lusa plak kepochi lagi.
Daaaaaaaa .



Wednesday, April 3, 2013

Jumpa BFF Di Johor dan Family Day Dinner Banten Staf.

 
 
Tak jadi la nak update kisah Jerai ....
Kira part 1 tu part penghabisan ler.
Aci ya....
:)
 
Mak hari ni demam.....
Awatif pun demam dan sakit mata sikit.
Adham dah baik demam dan dah mula ke sekolah tadi..... tapi malam ni demam kembali lagi.
Ayah sakit mata tahap kronik...
Aisyah sakit mata tahap mild dan sembelit !!
Hanya Azhad je yang sihat....
Alhamdulillah.
Sesekali sakit berjemaah nikmat juga rasanya.
Kenapa nikmat??
Cuti dilanjutkan.....
Mak pun amik kesempatan berehat....
:)
Haaa bila lagi kan??
 
Okey, ni entry basi.....
Sabtu yang lalu, mak dan anak4 ikut ayah outstation tergempar ke Johor.
Bukan kena masuk site pun....
Tapi ayah kena jadi mc majlis sempena family day team opis yang kena migrate ke Banten, Indonesia.....
Huh... Malakoff kini melebarkan sayap ke negara garuda itu.....
Alhamdulillah.
Jadi, mak dan anak4 kiranya menumpang jamuan orang la.
Hahahaha....
Tak kisah la....
Walau tak ke Banten, kami pun part of opis family kan...
Hihihi....
 
Kami bertolak pagi Sabtu.
Sebelum check in di La Grandeur Palm Resort Senai, mak sempat melawat BFF mak di Pulai Indah.
Bestnya laaaa!!!
Mak tiba di rumahnya sekitar jam 3.30 petang.
Walaupun sekejap jek kami kepochi, tapi cukup la untuk menghilangkan rasa rindu yang ada.
Kawan mak, Zaiti Amirah ni kawan sedorm, sekelas sekolah menengah..... kawan sematrik... kawan seuia..... dan kami juga berkahwin dengan lelaki yang mencari rezeki di company yang sama....
Alhamdulillah!
Tak lupa juga pada kak Fadzilah Hasan........
Dah alang2 bertemu Zaiti, mak dan Zaiti pun menjemput kak Ilah untuk memeriahkan majlis.....
Haaaa siapa plak kak Ilah @ Fadzilah ni???
Hihihi...
Dia isteri kepada kawan ayah....
Senior kepada kawan uia mak....
Dan rakaniaga tshirt muslimah mak :)
 
Zaiti berbaju biru.... Kak Ilah berbaju hijau....
 
Anak-anak kami yang bermain bersama...... :)

Ayah dan suami kak Fadzilah, Dino :)
 
Zaiti masak laksa ok!!
Dan yang syioknya......dia buat kuih serimuka!!
Heboh betul dia yang serimukanya tak jadi.....
Aisshhh mak rasa sedap jek.
Cukup segala2nya!!
Hebat kawan mak nih.
 
Lebih kurang 4.40 petang, kami pun beransur pulang.....
Ayah ada tournament boling dan game dengan staf2 Banten di hotel.
Kami check in hotel sekitar jam 5.15 petang.
Ayah hanya teman kami anak beranak ke bilik aje....
Pastu langsung dia menghilang dengan staf2 yang lain.....
Huh.
 
Sesudah jam 8.30 malam, acara ditunggu pun tiba.....
Suasana dinner yang santai....
Makanan terlalu banyak...
Rezeki semua yang hadir....
Alhamdulillah.
 
Ayah dan Aidil.... Both of them adalah mc majlis dinner malam tuh.

Meja ni penuh dengan isteri2 staf yang terlibat..... Ramai yang akan ditinggalkan sementara :(

Ayah yang beraksi..... Meja depan ni adalah staf2 yang akan ke Banten itu. All the best for them.....
 
Kontrak mereka di sana, tentatively dua tahun juga.....
Ramai juga isteri2 yang mengambil keputusan untuk bersama anak2 tinggal di Malaysia sahaja....
Ini gara2 persekolahan anak2 dan macam2 tanggungjawab lain.
Jauh di sudut hati mak memang kagum juga pada mereka...
Sangat tabah!! 
Kalau mak di tempat mereka, mak tak pasti lah bagaimana....
Tetapi, bila Allah menjadikan kita orang yang terpilih, maka pastinya kita adalah mereka yang mampu menempuh segala cabaran yang bakal mendatang.....
Moga pahala buat mereka yang berjihad demi keluarga tersayang.
AMIN.
 
Mak dan anak4 masuk bilik awal dari orang lain.
Adham dah mula macam nak demam.....
Dia asik sejuk jek...
Huh.
Masuk je bilik, mak pun buat susu untuk anak4.....
Tea untuk mak.....
Dan tanpa sedar, tahu2 mak terlena....
Sedar2 dah pagi....
Bila ayah balik malam tadi pun, mak tak tahu laaa.....
Letih betul!!
 
Esok paginya, ayah masuk bilik taklimat sebentar untuk staff Banten.
Ayah dengar sekejap jek....
Lebih kurang jam 1030, kami pun check out pulang.....
Sebelum pulang, kami singgah di rumah staff ayah, Azizi di Bukit Indah....
Mmmmm bila dah sampai sini, kesempatan diambil untuk melawat LEGOLAND!!
Dekat jek....
MasyaAllah.... panas nya laaa!!
Tak sanggup mak...
Mak tak de niat nak jejak kaki ke situ pun....
Hanya berniat untuk ke sana apabila anak bongsu mak dah sekolah dan dah matured sket.
Hahahaha....
By the time Insyaallah semua development kat situ dah siap ......
 
Then kami ke Hello Kitty Land.....
Mmm mak ingat ayah nak pusing2 aje....
Tup2 ayah ajak lepak.
Apalagi, girls bila tengok pink2 ni memang meroyan la....
Ngamuk nak masuk juga....
Nak tak nak, ayah pun beratur la untu membeli tiket......
Ahaaaa....
Apa jadi plak???
Esok ok....
Sekarang mak ngantuk sudah :)
 
Da daaaaaa
 
 

Wednesday, March 27, 2013

The Regency Jerai Hill, Kedah Part 1.

 
Owhhhh banyaknya kain nak kena hanger dan lipat!!
Semalam sahaja, baju2 basuhan adalah empat bakul besar!!
Tak masuk lagi yang nak kena gosok.
Huh....
Tu la dia, kerja rumah ni jika tertangguh walau satu hari pun..... pasti akan jadi double dan triple esok lusanya....
Tahu2 mak penat.
Letihnya Allah yang tahu!
Tapi tak pe..... jalan punya pasal jadi terpaksa la tahan semua rasa.
Yang penting happy....
Lipat slow2....
Janji sebelum Jumaat siap semua tuh.
Hihihi.....
 
Gara2 waktu senggang mak yang terhad, mak nak jot down secara ringkas percutian mak ke Gunung Jerai tempoh hari.
Resort ni mak booking by phone juga.
Boleh call sini - 04-4667777 jika berminat nak ke sana.
Harga yang ditawarkan ketika di telefon adalah rm 258.88 untuk bilik family.
Tapi, masa check in, kami diberi harga offer rm190 sahaja.
Sebenarnya ini adalah harga tawaran buat rakyat Kedah sahaja --- rm190 untuk mana2 bilik :)
Tapi, tak tahu la mengapa, kakak ni bermurah hati untuk offer kami juga....
Alhamdulillah rezeki.
Terima kasih kakak resort :)
 
Mak sekeluarga terus ke Gunung Jerai melalui PLUS Highway. Masuk dari Sungai Petani U dan keluar di Gurun.
Mmmm sangatlah tak jauhnya! :)
Dah sampai situ, ayah lajak ke pekan Guar Chempedak sebentar untuk membeli makan kudap2 buat anak4nya.
Risau anak4 lapar kat puncak gunung plak kan..... payah plak.
Then, patah balik ke kaki Gunung Jerai......
Kami lepak sebentar di kaki gunung tu....
Makan2 kudap2 yang ayah beli dan ke toilet qadha hajat mereka2 yang berkenaan.
Hahahaha....
Sambil2 tu, mak apa lagi, tangkap gambo le :)
 
 
Gunung Jerai dari atas fly over pecan Gurun. 
 

Sekitar kaki Gunung Jerai...... Kat sini ada parking lot disediakan khas pada mereka yang tak nak memandu kereta hingga ke puncak. 
 
 
Perjalanan ke atas adalah sejauh 12 kilometer sahaja.
Jalan untuk ke atas memang jauh lebih baik jika di bandingkan dengan Tapah dan Bukit Fraser.
Anak mak tak sempat muntah pun.
Hahaha......
Sepanjang nak ke puncak, kami bertembung dengan ramai cyclist.
Gigihnya mereka kayuh basikal!!
Mak tak de la....
Hihihi....
 
Kami sampai di puncak sekitar jam 12 tengahari.....
Owhhhh tak boleh check in lagi ok.
Check in jam 2 petang.
Haaa apa lagi ...... kami pun posing sana sinun la dolu!!
Anak4 dan mak memang excited.
Excited gara2 teruja dengan pemandangan yang cantik dengan cuaca sejuk berangin gitu!!
Ayah je yang tak excited sebab ayah dah ke sini awal bulan Februari yang lepas sempena training Malakoff Prai.
Kat sini, boleh kata semua angle kami nak snap picture!!
Yang paling nampak gila bergambar ialah Sarah Awatif.......
Kalau tak, susah juga nak senyum dia tuh.....
Kali ni, dia yang jadi volunteer nak jadi model gambar mak.
Hihihi.....
 
Mak suka suasana di sini.....
Di sini, mak lupa akan kerja seharian mak.... lupa akan facebook.... lupa akan tshirt muslimah trendy dan macam2 lagi la.....
Yang mak tahu time tu, mak happy especially bila tengok anak4 mak happy.
Puas hati betul rasanya!!
Gunung Jerai memang tempat yang tenang bagi kami yang serabut di Kuala Lumpur.
Tak caya???
Aaaaa kena pergi then rasalah apa yang mak rasa :)
 
Okey lah, mak upload gambar scenery jek dolu....
Mak nak sambung kerja2 mak yang tertangguh tuh.... 
Esok2 atau malam2 nanti, mak upload aksi anak4 mak....
Banyak lagi tak review ni.... hihi.
Ok ya.... dadaaaaaa.
 
 
Pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Subhanallah.....!! Tengok live lagi best! Nampak bendang sawah yang menghijau dan Selat Melaka. Lokasi ini pernah dijadikan tempat video klip kumpulan Tropika ---- Cinta Pantai Merdeka :)


Batu penanda aras di tebing gunung :)
 

Depan cafeteria dan lobi resort.


Antara jenis2 accommodation yang ada di sini --- ini adalah premier room. Chalet family gitu.....
 
 
Chalet premier dari depan. Ni adalah jenis bilik yang kami sewa.
 

Ini pula executive room.....


Dan ini pula swimming pool. Penuh ooo dengan pengunjung yang datang. Anak mak terjun dua kali. Hihihi.....
 
 
Nanti sambung................ :)

Tuesday, March 26, 2013

Satu Malam Di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.

 
Hohoho......
Mak dan ayah nampaknya masih tak habis mood cuti-cuti sempena bulan perkahwinan sedekad.
Aci tak?? Hihihi....
Jadi kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan bersama anak-anak2 sempena cuti sekolah yang terhad ini.
Plan asalnya, ayah nak cuti seminggu.
Kononnya nak cuti2 ke utara Malaysia then lajak ke Pantai Timur @ balik kampong ayah.
Tapi apakan daya......
Tetiba jek ayah kena attend training kat Pullman Putrajaya yang akan bermula malam ni hinggalah  lewat petang Khamis.
Jadi.......
Rombakan rancangan pun berlaku.....
Penyudahnya, kami hanya jalan2 ke utara Malaysia, lalu pulang kembali ke Shah Alam; tempat mencari rezeki dan menimba ilmu.
 
Cuti-cuti utara kali ni adalah ke Kedah Darul Aman....
Terlalu lama mak tak jejakkan kaki ke Kedah.
Tak tahu la kenapa........
 
Percutian kali ni adalah selama 3 hari 2 malam.
Malam pertama, kami menginap di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Aaaaaa taste mak masih taste orang zaman lama okeh!!
Masih sudi menetap di rangkaian Seri Malaysia walaupun banyak lagi pilihan yang lebih baik.
Tapi sebenarnya, family room hotel lain dah penuh.
Jadi, tak perlu pening2..... Booked je apa yang ada.
Janji dapat rehatkan badan barang semalam.
Alhamdulillah.
 
Kali ni, mak booking bilik hotel melalui phone call jek.
Payah oooo!!
Jenuh mendail....
Bukan hotel ni jek yang payah angkat telefon..... hotel lain di Sungai Petani pun!!
Jenuh dok berzikir dan berdoa baru dapat.
Mak tempah family room.
Harga yang ditawarkan adalah sebanyak rm190 include breakfast untuk 3 orang.
Ayah hanya bayar breakfast extra untuk Adham sebanyak rm6.50.
Anak mak yang lain semua free.
Alhamdulillah.
 
Kami bertolak dari Shah Alam sekitar jam 10 pagi.
Kami sampai kat hotel sekitar jam 3.30 petang.
Dari PLUS Highway, kami exit di Plaza Tol Sungai Petani Utara.
Mak teruja dengan pembangunan di Sungai Petani itu!
Dalam fikiran mak, SP tu kecil jek.....
Rupa2nya, pesat membangun!
Mall sahaja ada lebih dari empat!
Semua rangkaian kedai berjenama ada di Sungai Petani.....
Hebat!
 
Kami melewati bandar sepintas lalu aje.
Dah tak sabar nak baring-baring di dalam bilik hotel.
Hihihi....
Setelah terlepas simpang dan u turn, akhirnya kami tiba di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani.
Lokasi dia ke dalam sedikit dari jalan besar itu.
Ia terletak berhadapan stesen keretapi dan bersebelahan dengan pasar besar Sungai Petani....
Aaaaa area yang agak sibuk jugak la ye.
Tapi tak kisah la....
 
Masa kami sampai tu, parking yang terhad itu penuh semuanya.
Kebetulan ada kursus BTN plak kat hotel tuh.
Jenuh la ayah dok pusing-pusing....
Alhamdulillah ada juga visitor yang keluar waktu tu.....
Jadi apa lagi..... park la :)
 

 
 
Macam biasa, bila sampai hotel, mak suka tangkap gambar.....
Hahahaha....
Biasa la, nak buat travel review kan....
Haaa snap jangan tak snap :)
 

Sarah Aisyah depan lobi.
 

Sementara menunggu ayah check in, kita lepak sini dulu.
 

Sarah Awatif.
 

Azhad dan Adham.....
 
 
Masuk je bilik, pakat2 baring trus :)
Ayah sempat lelapkan mata dalam 2 jam lebih.
Mak plak layan Hindustan....
Anak layan ipad dan telefon.
Hihi....
 
Sekitar jam 6 petang, aktiviti rutin apabila tido hotel - terjun kolam.
Kali ni mak tak mandi....
Hanya budak4 je.
Kolam untuk kanak-kanak pun kecil aje.
Ok la untuk anak4 mak lepas gian.
Tapi untuk budak4 ni, saiz bukan ukuran...
Yang penting, masuk air berenang!
Hahahaha....
 






 
Malam tu, plannya nak makan di Pengkalan Ikan Bakar Sungai Petani....
Tapi terlepas simpang lah plak!!
Tak koser la mak nak u turn.... u turn dan u turn lagi....
Last2 kami makan je kat warung Siam tepi jalan ---- Marina Tomyam kalau tak silap la; bersebelahan dengan D Vista Hotel.
Gambar tak amik ok.....
Sebab kami semua pun pakat2 kebulur.
Hahahaha...
Rasa?? Ok laaa.
Sedap juga :)
 
Esoknya, sesudah breakfast....
Kami pun checkout.
Sebelum check out, snap gambar terakhir dolu.... 
 
 


 
 
Tak tahu la bila plak akan ke sini lagi....
Wallahu'alam.
Ahaaaa berapa bintang nak bagi untuk hotel ni??
Kata anak4 hotel ni best!!
So, komen mak, sama jugak la kot and not bad.
So mak bagi 3 bintang.
 
Perjalanan kami diteruskan ke Gunung Jerai plak.....
Next entry :)
 
Da daaaaaaa