Sekolah anak-anak cuti sejak Jumaat hingga Selasa bersamaan 28 Okt - 2 Nov 2016.
Cuti kali ini ialah sempena perayaan Deepavali yang diraikan oleh kaum India di negara kita.
Happy Deepavali buat semua yang menyambutnya.
Kesempatan kami ambil untuk pulang ke kampung Ipoh.
Kebetulan ada jemputan kahwin anak dua pupu yang rapat di Kuala Kangsar.
Rasa macam dah lama juga kami tak pulang ke kampung.
Bila anak-anak dah bersekolah tahap dua, jadual anak-anak memang penuh hingga Sabtu.
Tuisyen la.... karate la.
Hanya ahad sahaja; hari yang kami ada untuk settlekan segala yang patut bersama-sama.
Sepatutnya kami pulang ke Ipoh hari raya haji yang lepas.
Tapi kami tak balik gara-gara bercuti ke UK.
Huhu...
Opah dah ingatkan kami seminggu sebelum tarikh kenduri berlangsung.
Risau sangat opah jika kami terlupa untuk hadirkan diri since sedara mak Ila yang ni antara yang banyak membantu dari segi tenaga dan wang semasa kenduri kahwin mak Ila last 13 years ago....
Jadi kena la balas balik... dengan datang ke kenduri anak sulungnya yang berkahwin dengan orang Terengganu juga.
Hahaha.
Alhamdulillah dan tahniah buat pengantin dan keluarga.
Mak Ila kalut langsung lupa snap gambar.
Huhuhu...
Kami pulang ke Ipoh pada hari Sabtu pagi dan terus ke kenduri tersebut.
Then tidur di rumah mama di Ipoh satu malam dan pulang ke Shah Alam keesokkannya.
Hahahahaha.
Kejap sangat kan!
Anak yang cuti, bapak tak cuti ok.
Jadi sebagai solusinya, mak Ila mengajak opah dan tok pulang bersama ke Shah Alam.
Hahahaha.
Satu malam mana cukup nak sembang kan.
At least 3 ke 4 hari baru puas.
Kihkihkih...
Mujur opah tok pun sporting so ok laaa :)
Alhamdulillah.
Perjalanan pulang Ipoh - Shah Alam penuh sesak dengan penyokong Kedah yang nak ke stadium aje. '
Rasanya lebih 30 buah bas lah yang kami nampak.
Huhu.....
Tapi berbaloilah sebab Kedah menang piala Malaysia.
Tahniah.




























































