Happy birthday Awatif!
Alhamdulillah hari ini Sarah Awatif Tasnim dah sembilan tahun.
Umur 9 tahun tapi saiz 7 tahun.
Kenit pendek comel aje...
Hahahaha.
Hari ni juga ialah hari last peperiksaan di SRI Iqrak Al Hafiz.
Paper tajwid yang susah nak score.
Hukhuk.
Semoga Awatif boleh jawab dengan baik.
Mak tak ajar Awatif untuk exam sekolah agama kali ini sebab mak busy yang ntah apa-apa.
Hahaha.
Kebetulan opah masih ada di sini, jadi opah le yang ajar.
Opah memang pandai tajwid dari dulu lagi.
Sabtu pagi baru opah tok nak balik ke Ipoh.
Insyaallah.
 |
| Tangkap gambar sempena birthday ke 9. |
Ayah cuti hari ini.
Cuti sempena anakanda ulang tahun atau sebab tension kat opis ke apa wallahu'alam.
Hahaha...
Tak kisah la tu.
So pagi ni, mak ngan ayah pagi2 dah lepak kedai Ulam Desa makan sarapan pagi bersama.
Syawal Azhad pun tak ke sekolah hari ini.
Hari ini ada pertandingan menjahit batu seremban.
So sah-sah la dia tak masuk.
Jadi dia decide nak berehat di rumah aje.
Awatif dah dok canang birthday dia tak lama lagi since last few weeks.
Canang ada makna tu. Hehehe...
Risau sangat dia kut-kut mak bapak ni terlupa akan tarikh istimewa bagi dia.
Dia request hadiah meow ok.
Hohoho....
Memang best kalau ada pet.
Mak pun suka juga.
Tapi bila memikirkan masalah bau dan bertambahnya workload mak sehari-hari, jadi rasanya tidak ada itu lebih baik.
Hahahaha....
Bukannya malas.
Tapi better elak masalah2 yang mungkin terjadi akibat daripada membela haiwan.
Pagi-pagi lagi kami dah wish happay birthday kat Awatif kenit.
Then, mak pun inform Awatif yang tahun ni tiada sambutan birthday perseorangan.
Nanti kita sambut sekali dengan birthday boys on 13 Nov.
Bukan lama lagi pun.... kan?
Dia memahami dan menerima dengan hati terbuka though nampak la riak muka tu sedikit berubah.
Hampa agaknya....
Langkah dia ke sekolah petang ni, memang nampak berat dan malas.
Hati tak berapa girang dan redho kut.
Hahaha.
Hari ini tak boleh ponteng sekolah sebab hari ini hari pemulangan buku teks tahun 3 dan dapat buku teks tahun 4.
Mak suka dia rasa begitu ok.
Jahat mak ni aih.... Hahahaha....
Sebab cadangnya nak surprisekan dia balik sekolah petang nanti hehehe.
Baru lah surprise tu penuh kejutan ye dak? :)
Jam 2 petang, mak Ila dan ayah ke Giant Shah Alam.
Bukan berdua aje ye.....
Adham dan Awatif pun join sekali.
Blur nak beli hadiah apa untuk anakanda.
Tup-tup dapat idea untuk belikan beg sandang jalan-jalan untuknya.
Kan hari tu dia teringin nak beg piko-piko mak Ila.
Sebelum dia cakap nak pinjam beg piko mak tu ke sekolah atau jalan-jalan, baiklah belikan satu untuk dia.
Hahahaha....
Kebetulan beg soft my little pony dia tu, zip dah tak berapa ok.
Alhamdulillah kami jumpa beg yang sesuai...
Beg tu ayah yang pilih.
Warna merah.
Then kami pun masuk ke dalam giant.
Mak ternampak bear besar yang sale untuk hari ini.
Apa lagi..... mak tanya ayah boleh ke nak beli ini....
Ayah setuju je.
So ok settle bab hadiah.
Alhamdulillah.
Beli bear lagi baik daripada beli meow hidup.
Hahahahaha.
Sebabnya bear tak berak dan tak busuk serta tak de bau.
So ok laaaa.
Ooopsss tak boleh balik lagi.....
Anakanda bongsu nak beli peti sejuk.
Hahahaha..... peti sejuk mainan.
Dia tengah gila kumpul koleksi barang dapur mainan.
Fenin kepala mak nak.
Kalau tak beli nanti ngamuk.
So layan kan aje la.
Mmmmm abang Am pun sibuk jugak nak membeli.
Katanya, hujung tahun ni, semua orang bawak mainan pi sekolah.
So, kad uno jadi pilihan untuk bermain bersama kawan-kawan.
Hahahaha....
Paw jangan tak paw ayah tu :)
Balik dari Giant, terus kami ke rumah kak Linod untuk ambil kek yang mak tempat Isnin lalu.
Kek red velvet jadi pilihan birthday celebration kali ini.
Di rumah, mak pun berbincang dengan Ad Am bilakah waktu terbaik nak surprise Awatif.
Hahahahaha.....
Bab ni yang excited memberi idea of cause la Ad.
Ayah memang tak membantu langsung.
Ayah memang bertindak as banker aje.
Bab ni dia follow aje.
Hahahahah.
Setelah dapat keputusan sebulat suara, mak pun busy di dapur masak nasi minyak sempena birthday anakanda.
Last 2 years, dia memang request nak makan apa on her birthday.
KFC!
Last year pulak, dia request nak makan spagetti bolognaise.
Tahun ni tak request nak makan apa-apa.
Tapi request hadiah.
Kihkih....
So memandangkan nasi minyak ialah makanan kegemaran Awatif, jadi mak pun masak nasi minyak untuknya.
Okey, jom layan gambar sempena birthday tadi....
 |
| Lukisan birthday wish daripada abang Ad. Apa-apa perasaan, luahkan di white board. Haaa gitu.... |
 |
| Red velvet by Linod Sweet tooth. Rasa kek ni subhanallah mantop gila. |
 |
| Posing sat sementara menunggu Awatif pulang dari sekolah. Dok standby kat pintu.... Lepas snap pic ni, kami dok dalam gelap. Awatif buka pintu rumah, kami pun menjerit surprise.... happy birthday Awatif. Hahaha. Menjadi ok!! Best! |
 |
| Eh pinky pie pun ada nyibuk. Hahahaha. |
 |
| Wajah happy Awatif. Tahun ni dia berjaya control rasa terharunya. Hahaha. terus sandang beg galas jalan-jalan. |
 |
| Yummy cake. Nikmat rasa! |
 |
| Hahaha.... happy beno Sarah Aisyah ni haaaa. Hadiah dari mak dan ayah.... Alhamdulillah. |
 |
| Hadiah dari tok dan opah..... yeay.... |
 |
| Lepas solat isyak santap nasi minyak. |
 |
Taraaaa.... licin alhamdulillah.
|
Alhamdulillah......
Berakhirnya satu kenangan hari ini.
Thank you ya Allah atas nikmat kasih sayang yang kau beri.
Moga rasa kasih sayang kami ini berpanjangan.
Amin.
To my Awatif, moga membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dan berbakti kepada orang tua.
Moga Allah sentiasa memelihara dirimu....
Redho kami sentiasa bersamamu anak....
We love you....