Apa plak nak story hari ni??
Ada something yang menarik dan istimewa nak aku share......
Gara2 nak memenuhi impiannya bini,
Hubby terpaksa laa jual kereta kesayangannya.
Sian plak..... Huhu...
Tapi sebenarnya aku memang dah bebel lama suh hubby let go.
Dah rasa membazir pun ada...
Bukan kerana nak reno rumah pun....tapi kami memang limited cash lately
Jadi molek benar lah cairkan apa yang ada....
Kereta kesayangan hubby ni dah habis bayar lama dah.....
Tapi sebab kegunaannya tak sepenting dahulu kala
Jadi sah2 la bagus sangat kalau dijual aje....
Nak tengok iklan yang dibuat si suami .....?
Bukan kisah duit nak aku highlightkan kat sini sebenarnya.....
Tapi kisah ..........
Haaa kena baca sampai habis.... then baru tahu :)
Iklan hubby tu di up dalam mudah baru pagi semalam....
Dan Alhamdulillah, petang semalam dah pun dibeli orang....
Beli dengan cash plak tu...
Alhamdulillah!!
Terlalu murah rezeki hari semalam.....
Alhamdulillah...!!
Petang semalam hubby pun bertemulah pembeli tersebut
Kebetulan yer, pembelinya itu duduk di Kota Damansara jugak.....
Cuma berbeza seksyen sahaja.
Pertemuan jam 640 petang tu cuma sebentar.....
Pembeli tu on the way nak ke masjid berdekatan untuk iftar Ramadhan di sana.....
Aii dah nak beli kereta.....ingatkan nak lah dia tu tengok2 kereta tu kan....
Alih2 ..... dia trus berkata
"Aku tengok muka ko, aku tahu ko macam mana. Jadi aku memang jadi nak beli kereta ko!"
Then hubby pun bagitahu lagik.....
Kereta ni ada alpine system bla bla.....
Dia jawab lagik....
"Aku tak mau tahu bab2 tu...janji body cantik dan tak de accident.
Dan lagi, semua dokumen2 ni bagi adik aku jek yg settlekan sebab dia keje kat bank....
Dan lagi senang untuk ko yang busy kan?
Dan lagi ko amik laa duit kereta ni nanti dan settlekan lah apa yang ko nak settle tu segera."
Hubby pun terdiam .....terkejut agaknya.....
Aii terlalu mudah!!!
Pembeli tu seorang kaki masjid.....
Dari cerita hubby dia tu look cool dan lebih kepada percaya akan pilihan Allah untuk dia....
Maka terjual laa kereta kesayangan suami ku itu....,
Kereta tu dipakai sejak Azhad masih embrio....
Now dia dah nak masuk darjah satu dah....
Huh...
Terlalu cepat masa berlalu.....
Sedang kami menikmati juadah berbuka semalam.....
Aku memang perasan yang hubby nak cakap something pada aku ...
Apa dia ek....?
Tetiba terkeluar dari mulut dia.....
"Hari ni, hubby terasa betapa solat sunat tu makbullah."
Aku macam terkejut laa jugak....
Tak pernah2 hubby buat ayat2 yang ala warak gitu kat aku nih.....
Hihihi....
Aku pun tanya laa balik..... "apsal tu??"
Dia pun kata.....
"Kol 10 hubby solat sunat dhuha...dan solat wudhu.....
Then kol 1015 abang tu call nak beli kereta.....
Dan bila jumpa trus dia kata
"AKU TENGOK MUKA KO AKU TAHU DAH KO MACAM MANA".
Mmm dari statement abang tu,
Sah2 la dia rasa wajah suamiku itu wajah baik, berseri dan jujur.....
Kata hubby, mungkin itu berkat amalan solat wudhu'....
Dan tentang mudahnya dapat buyer yang nak beli cash tu.....
Kata hubby, itu mungkin berkatnya solat dhuha.....
Solat sunat wudhu memang akan menyerikan wajah mereka yang mengamalkannya.
Solat dhuha plak memang akan memurahkan rezeki mereka yang mengamalkannya.
Amin.
Tu jek story aku hari ni....
Demi Allah bukan nak tunjuk yang aku ada banyak duit ke atau warak ke apa ke ek...
Tapi lebih kepada nak share macam mana Allah buka laluan rezki pada orang yang beramal padanya....
Mmm sebenarnya kisahnya hubby itu....
Bagi peringatan buat aku jugak....
Aku lebih banyak masa nak tunaikan solat2 sunat ni.....
Tapi malangnya tak plak aku buat betul2....
Lebih kepada ikut mood aku jek...
Huhuhu....
Dan lagi apa yang penting dan apa yang aku nampak laa.....
ISTIQAMAH LA PADA APA YANG KITA LAKUKAN......
Insyaallah apa yang kita nak memang dimakbul Allah.
Amin.....
NAK REZEKI MURAH SOLAT LAH DHUHA....NAK MUKA CUN DAN CANTIK SOLAT LAH WUDHU...... YANG PENTING MENGADU PADA DIA YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI..... BERKAH HIDUP DUNIA AKHIRAT .....