31 December 2014.....
Hari terakhir untuk tahun 2014.
Hari ini hari terakhir orentasi tadika TBF Sarah Aisyah.
Usai hantar dia, kami sekeluarga makan roti canai di restoran Alif; sebelah Hotel Pontian yang glamor itu.
Setel makan sarapan, kami terus ke sekolah SK Rimba Terjun.
Hari ini hari beli buku dan hari bayar yuran PIBG.
Pastinya anak3 mak excited nak ke sekolah baru mereka yang hanya terletak di belakang rumah sewa kami itu.
Semua urusan di buat di kantin sekolah.
Sampai2 ke kantin, kami terus ke meja label tahun 5. Kemuadian ke meja tahun 4 dan 2.
Guru kelas memang menanti parents datang di meja yang telah ditetapkan.
Segala pembayaran buku2, PIBG dan baju2 sukan diselesaikan di sini.
Kemudian, guru akan bagi buku2 yang dibeli terus.
Hanya ke kedai buku untuk ambil tshirt dan seluar sukan.
Dan the best part, jadual kelas tahun depan siap diberi hari ini juga.
Wahhhhhh..... sangat efisien plak mak rasa jika dibandingkan dengan SKTBS.
Mungkin sekolah ini anak murid sikit. Jadi banyak urusan mudah untuk pihak sekolah siapkan lebih awal.
Semoga guru2 di sini semangat untuk mendidik anak3 mak yang dahagakan ilmu.
Mak di rumah pun turut membantu anak3 mak untuk lebih maju.
Dan anak3 mak sendiri perlu ada rasa lebih rajin untuk rajin belajar.
Itu yang selalu mak sematkan dalam diri anak3 mak......
Kuatkan semangat.... mesti boleh..... !!
Macam biasa, mak suka snap gambar untuk buat kenangan.
Nampaknya, hanya mak yang berbuat demikian di sini.
Jika di SKTBS, snap2 gambar ni perkara biasa di kalangan ibu bapa dan guru2.
Hahahaha.....
Mak tak kisah..... pelik pun pelik la.
Janji gambar mak sentiasa ada kenangan untuk dilihat apabila anak3 besar nanti.
Selesai urusan di SKRT, kami pun pulang.
On the way nak pulang tu, kami terjumpa jiran sebelah rumah.
Jiran pun bukan orang lain pun..... rakan sekerja opis ayah jugak. Hihi...
Tapi sekarang beliau bertugas di Banten Indonesia dan akan balik lebih kurang 2 minggu sekali gitu.
Macam2 yang kami kepocikan.....
Sedar2 dah pukul 1050 pagi..... time to fetch Sarah Aisyah.
Letak buku dalam rumah dan terus keluar rumah pulak.
Hahahahaha....
Busy nya aihhhh.
Selepas ambil Sarah Aisyah, kami jalan2 ke pekan Pontian lama.
Ayah duplicate kunci dan remote rumah.
Then kami lepak menikmati cendol Pontian yang sedap gila!!
Haaaaa mak tangkap gambar lagi.
Hahahaha....
Kenyang bercendol, memang buatkan kami skip lunch.
Tapi sebelum balik ke rumah tadi, mak sempat tapau pizza hut double untuk anak4 makan jika mereka lapar.
Sambil menunggu pizza siap, kami jalan2 dan beli2 sekitar Mr diy dan kedai2 dalam plaza tu.
Di rumah, kami suami isteri masing2 sambung kerja masing2.
Huhu....
Pindah rumah memang banyak koje weh.
Penat tapi syok!!
Alhamdulillah urusan bertukang ayah untuk toilet2 berjaya di siapkan.
Malamnya mak request kat ayah makan2 di kedai ketupat Pontian.
Ya Allah sedapnya!!
Patut laa gang opis KL jika outstation ke Tanjung Bin, suka benar lepak kedai ni.
Memang sodap!
Sepanjang makan2 di sini, kami dihidangkan dengan lagu2 raya.
Hahahaha...... unik sangat!
Juadah di kedai ini, adalah ketupat yang di makan dengan lontong, lontong kering, kuah kacang, rendang, kurma, kari dan sayur campur.
Kita pilih la nak makan dengan apa.
Sangat sedap!!
Nampak Ad.....
Dia memang penggemar ketupat kuah kacang.
Nikmat tengok dia makan.
Mak kata, nak lagi sedap, kuah kacang tu Ad tambah dengan serunding.
Memang meletopsss.
Yummmmm yummy!!
Selesai makan, kami pun balik.
Ingatkan ada slot Kasih Berbisik di TV3..... tapi tak de le plak....
Mmmmm sudahnya mak pun setelkan kerja2 buku anak3.......
Cop nama.... tulis nama..... balut....
Banyak sangat.....
Mak sempat setel separuh.....
Dan selebihnya sambung esok...
Huhu.....
Selamat tahun baru.......
Moga tahun 2015 kita semakin jadi lebih baik dan indah.
Moga tahun 2015 kita semakin jadi lebih baik dan indah.
Malam ini, genap setahun kami laki bini kena denggi.....
Sangat la nostalgia rasanya.
Huhu.....

















