AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Lempeng Susu Cair Mat Gebu Yang Sedap.


Weekend yang busy giler. 
Terutamanya buat anak3. 
Sabtu sekolah ganti..... Ahad pula sukan sekolah. 
Haaaa tu dia! 

Hari ni mak nak cerita pasal makanan lagi. 
Patutnya ini entry semalam..... 
Tapi sebab malas nak jot down, maka jadilah cerita hari ni yer.

Petang semalam mak masak lempeng. 
Mmmm teringat mak lempeng ibu mertuaku di Jerteh tiba2. Tu yang tercetus idea melempeng buat makan petang bersama keluarga. 
Kebetulan dalam peti sejuk ada plak gulai kawah frozen yang ayah tapau beberapa minggu yang lalu dari Restoran Anis Puteri Pantai Dalam. 
What a perfecto combination! 
Memang marbeles. 

Orang yang paling happy bila ada projek masak2 ni pastilah cik minah tecit Aicah. 
Tu dia..... Tak sure membantu atau menyibuk. 
Hahahaha..... 


 Mak try resepi lempeng mat gebu. 
Bukan tak tahu buat lempeng; tapi memang hobby mak untuk gugel setiap resipi terlebih dahulu sebelum buat. 
Manalah tahu kan...... kot2 dengan hasil gugelan itu, lempeng mak makin sedap. 
Kihkihkih..... 

Resepi lempeng Mat Gebu :- 


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair 
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), opti0nal ----- mak memang tak bubuh.
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah ---- mak pakai gulai kawah frozen.

P/S - mak tambah planta satu setengah sudu makan. 

Cara-caranya :-

1) Putar semua dalam mixture / blender. 
2) Panaskan pan. 
3) Kaup 1 senduk 1 biji lempeng. 
4) Tunggu garing sket dan terbalikkan. 
5) Siap. 



Adunan yang telah diputar. 


Belum masanya untuk dibalikkan. Tunggu dolu. 


Okey, balikkan la. 


Yezza...... 


Done. 


Tara ............ 


Wajah2 kesayangan makan lempeng. Sold out!


Selamat mencuba juga...... 
Kuih tradisi, mudah, sedap dan lazat. 
Yezzza... 




Monday, June 16, 2014

Roti Jala @ Roti Kirai Mudah


Ahaaaaaaaaaaaa!! Serangan rajin tulis blog dah mari. 
Hahaha..... 
Perkara biasa ok... Tak pelik pun. 

Petang ni mak rajin masak. 
Sebenarnya ini kuih tertunda semalam. 
Semalam lagi anakanda sulung dah request roti jala @ roti kirai wat makan petang. 
Tapi ntah apa yang mak busykan ntah le..... langsung tak sempat buat. 
Anakanda memang nampak sangat sedihnya. 
Tu yang mak gigihkan diri untuk menjala jugak petang ni.
Kebetulan pula ada lagi sedikit baki kari ayam semalam. 
Haaaa..... jala jangan tak jala. 

Roti jala hari ini lain dari kebiasaan sebab mak guna acuan botol. 
Selalunya mak dengan acuan konvensional mak tu. 
Hahaha..... 
Dengan acu lama tu memang asik la menambah air kat resepi roti jala sedia ada sebab adunan tak nak keluar. 
Hahahaha..... 
Dengan acuan botol ini, adunan tak nak keluar tak de masalah. 
Kita picit aje perut botol....
Konpem keluar. 
Mudah benar!! 

Botol ni mak beli di kedai MR Diy dengan harga rm 2.50
Botol 3 lubang pun ada dijual. 
Tapi mak beli yang ni je dolu. 
Nanti2 dah boring, mak beli yang tu plak ok. 


Tara ...... bancuh adunan. Buh dalam botol dan panaskan pan. 


Jalaan pertama..... tak ok. Terlebih picit! Hahaha... 


Jalaan kedua ok sket dari yang mula..... Tapi ada putus2...... dot2 plak... 


Jalaan ketiga...... ni semakin ok..... Kira ok la tu. 


Membuat roti jala setelah lama tak buat, memang mula2 tu kekok. 
Selalunya mula2 yang tak cantik tu bedal masuk perut seniri jek dolu. 
Hahahaha. 
Practice make perfect. 
Sekejap dah siap...... 
Memang menjala dengan botol jimat masa dan mudah. 
Yezzzaaaa. 




Ni resepi roti jala mak. 
Mak pun belajar dari blogger2 jugak. 
Tapi mak edit sket ikut tekak mak sekeluarga. 
Kihkih.... 

Resepi roti jala @ roti kirai mudah. 

2 cawan tepung gandum 
1 cawan santan / susu low fat / susu fresh milk
2 cawan air kosong 
1 sudu marjerin 
sedikit gula sesedap rasa
sedikit serbuk kunyit untuk kuningkan adunan / pewarna kuning
1 biji telur 

Blender / putar semua kedalam mixture.
Masukkan ke dalam botol. 
Panaskan pan. 
Kirai roti bentuk bulat2 dan tak putus2 macam ubat nyamuk tu..... 
Tunggu 2 minit. 
Then angkat buh dalam pinggan besar dan lipat segera. 
Siap. 

Haaaaa itu macam.... 
Mudah! 

Sedap dimakan dengan kari ayam. 
Hari tu ku try makan ngan kurma ayam.... 
Macam tak berapa nak masuk. 
Hahahaha...... 


Bye-bye acuan lama. Boleh bagi girls main2. Kihkih.....


Ini lah anakanda yang nak makan roti jala tu...... haaa tu dia. Setambun okeh! 


Habis dah seround...... dia tambah lagi. Puas hati mak menjala. Yeah..... 


Okey la..... Tu jek. 
Nanti mak cerita lagi. 
Da daaaaaaaaaaa.


Wednesday, September 4, 2013

Resepi Kuih Limas Yang Sedap dan Set Langsing Shaklee.


Ini memang entry tertangguh!!
Entry ini tentang projek masak memasak mak Sabtu hari tu.
Nak jadikan cerita, kuih yang mak masak ni dah pun mak buat untuk kali kedua semalam sempena menyambut kepulangan ayah dari Algeria.
Ayah ke Algeria pada 25 Ogos yang lalu......
Kiranya hampir 10 hari lah ayah tak de bersama kami di sini.
Mujur ada opah dan tok yang sudi menemankan kami anak beranak.....
Terima kasih :)
Apa yang pasti, mak rasa sangat rindu pada ayah.
Anak4 lagi lah!! Siap melompat-lompat apabila nampak ayah di depan pagar.
Huhu........
Alhamdulillah perjalanan ayah dipelihara Allah.


Okey, berbalik tentang cerita kuih masakan mak.....
Kuih kali ini adalah kuih LIMAS......
Ahaaaa pernah dengar ke???
Ada yang pernah, dan ada yang tak pernah.
Ni antara kuih kegemaran mak okey :)
Mmmmmm sangat sedap jika kena gaya membuatnya.


Kuih limas sama rupanya dengan kuih tepung pelita.
Apakah perbezaan antara dua kuih ini?
Kuih tepung pelita dibuat daripada tepung beras.
Manakala kuih limas adalah dari tepung gandum.
Tepung pelita agak lembik teksturnya.
Manakala limas agak padat dan keras sket teksturnya.
Lain2 adalah sama ya.


Lagi satu kuih yang ala2 kuih limas ni adalah kuih tako.
Haaaa apa plak bezanya??
Sarang kuih tako dibuat daripada daun pandan..... manakala limas pula dibuat daripada daun pisang.
Tako juga berbentuk empat segi sama.
Limas pula berbentuk empat segi tepat.
Tako ada aksesori (sengkuang cina) di dalam kuih tetapi limas tidak ada apa2.
Dan lagi, tako dibuat dari tepung hon kwe manakala limas dari tepun gandum.


Info menarik yang mak taak pasti sejauh mana kebenarannya.....
Limas banyak terdapat di Perak.
Tepung pelita pula di Pantai Timur.
Manakala tako pula di selatan tanahair.
Mak hanya buat konklusi dari pengalaman mak yang dah banyak kali pindah dan jalan2 ke negeri orang ya....
Mungkin teori ini benar atau salah, Wallahu'alam.


So hari ni, mak nak share resepi kuih limas; kuih tradisi Perak.
Senang jek ok.
Cuma awal2 cakap la.....
Kuih ni memang tinggi kalori.
Hahahaha.
Jadi pada yang nak berdiet tu, pandai2 korang laah ok!


Bahan2 yang diperlukan ........ Ooopss santan tu, guna 3 kotak ok.


Daun pisang untuk membuat sarang kuih limas. Mak tak sempat nak snap gambar cara membuatnya sebab opah yang buat bersama cucu2nya. Sedar2 dah siap :)


Mama aka opah tiada resepi khusus untuk membuat kuih limas.
Mmm jadi, mak apa lagi, gugel la.
Mak mencuba resepi secara asasnya dari blog e-nalovelykitchen.
Macam biasa, mak modified sket ok :) Hihihi

So resepi yang tertera adalah resepi yang telah mak modified la :)
Taraaaa ............
*
*
*
*
*
RESEPI KUIH LIMAS

Bahan Lapisan Bawah:
1 kotak santan pekat @ santan kara.
1 1/2 cawan air perahan daun pandan yang sudah diblender.
(daun pandan nak guna banyak mana tu sukati korang le. janji hijau! :))
1 cawan tepung gandum  
2 sudu besar gula

Cara-cara:

Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis.
Masukkan gula, tepung gandum dan pewarna hijau jika perlu dan kisar sebati. Ketepikan.
Bahan Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat @ 2 kotak santan kara
1/2 air kosong
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh garam
Cara-cara:

Satukan semua bahan, kisar dan ketepikan. Jika tidak menggunakan pengisar, adunan perlu ditapis supaya tidak berketul. Ketepikan.
Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Letak 1 sudu kecil gula pasir dalam acuan. (jangan catu gula ok)
  3. Tuang adunan lapisan bawah (warna hijau) separuh acuan.
  4. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
  5. Angkat dan tuang adunan atas.
  6. Kukus lagi selama 10 minit.
  7. Sedia untuk dihidangkan ketika panas atau disejukkan dulu di dalam peti ais. Selamat mencuba


Ni masa baru nak mula..... Baru nak buh gula ye. Notes ---- tak payah la nak catu gula. Sebab, bila gula yang ni dicatu menjadi separuh, kuih kita akan jadi kering dan sedikit keras. Gula dibawah ini berfungsi untuk buat kuih kita lembut dan agak basah2. Aaaaa itu yg buat sedap tuh! Kalau kurangkan gula, dia tak berapa nak basah kan..... Mmmm bila jadi macam tu, kuih limas kena tukar nama jadi kuih talam :) Hahahahaa.....


Ni la rupa kuih limas yang sudah dimasak.... Sedap dimakan bersama teh o. Kalau nak sejuk, buh dalam peti pun okeh.


Keratan rentas kuih limas......


Haaaa apa lagi.....
Tiada alasan dah untuk kawan2 tidak mencuba.
Sedap o.....
Cuba try.


Ahaaaaaa!!!
Sebelum terlupa.
Makan benda bersantan memang la sedap ye.
Sedap nikmat gitu......
Tapi, pada yang rasa terlebih makan..... atau sememangnya dia sedang berdiet tapi tak mampu mengawal rasa nak membedal limas mak ni haaaa..... Dun worry okey...
Dapatkan .............
*
*
*
*
*
*



ATAU




ATAU




Hahahahaha......
Jangan tak tahu, ketiga2 ni boleh membantu membuang lelemak tadi......
Ia juga ada fungsi lain ok.....
Fungsi yang pasti memberi manfaat buat tubuh badan kita.


Jika pitih berkepuk-kepuk, boleh dapatkan ketiga-tiganya.
Jika pitih berkepuk je, boleh dapatkan dua....
Jika ada pitih je, dapatkan satu pun dah ok.
Jika tak nak dapatkan, haaaaa pergilah pusing padang ataupun berlari sejam..... Tapi korang ada masa ke weh? Hahahaha.
Only then kalori yang dah dimakan itu terbakar.
Hahahahaha.


Mana nak dapat ye???
Boleh roger mak ok.....
Jangan tak ingat ok....
Mak kan ke Shaklee distributor.
Hihihi.....
Roger sini ya....


Shaklee id : 956846
fb - Ila Razali
0123982250
COD - SHAH ALAM, DENAI ALAM, KOTA DAMANSARA, TUDM SUBANG, BUKIT SUBANG DAN KAWASAN SEKITARNYA SERTA KL SENTRAL (WORKING DAYS ONLY).

Jika anda si Johor Bahru @ Pontian,
Boleh contact
fadzilah hasan
fb - fadzilah hasan
0127110459
COD - PONTIAN, TANJUNG BIN, BENUT, PEKAN NANAS DAN KAWASAN SEKITARNYA.

Daaaa daaaaa
Nanti kepoci lagik.



Saturday, January 12, 2013

Resepi Kek Batik Mudah / Resepi Ikan Singgang Aye @ Tongkol / Resepi Karipap Keledek Sedap @ Kurmapap :)

Panjang gila tajuk entry mak pagi ni !!!
Hahahaha....
Tak pernah-pernah update blog di pagi Sabtu, tapi hari ini mak update ok :)
Pinggan masak memasak tak basuh lagi penuh dalam sinki tu haa!
Tak pe, own sweet time, so mak nak update dolu le.
Entry kali ni memang marathon masak-masak semalam dan pagi ini.... :)
Bila mak masak-masak. memang sah la idak diet!!
Kwang-kwang.
Seniri ingat la.....
Petang semalam, mak wat kek batik milo.
Entah apa demam ntah la !!
Plannya nak makan-makan sambil tengok maharaja lawak mega malam tadi :))
Memang gila..... tak ingat langsung akan berat badan yang menakutkan tuh!!
Huhu....
Alasan lain buat kek batik ni adalah sebab nak habiskan stok butter yang ada.
Hihihi......
Kali ni, resepi bukan resepi yang mak selalu buat.
Saja mencari kelainan tekak....
Jadi, hasil carian gugel, mak berkenan untuk try resepi dari blog dapur Malaysia.
Sempoi btul caranya.
Komen mak ---- sedap.
Tapi dia agak kurang lembab dari resepi kebiasaan mak tu.
Mungkin kerana guna butter separuh je instead of seketul....
Ok lah kan.... sebab less fat sket.
Hihihi
Ni lah rupanya sebelum kek batik mak ni dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Resepi kek batik mudah ni. Source - http://dapurmalaysia.com/resepi-kek-batik/

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo (MAK GUNA SERBUK MINUMAN COKLAT DUTCH LADY)
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara :-
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Malam tadi plak, mak wat ikan singgang aye @ tongkol.
Tak pastilah tongkol hitam ke putih!!
Mak memang tak kenal.
Hihihi.....

Menu ni kegemaran anak-anak dan ayah.
Mak belajar resepi ni pun dengan mak mertua mak......
Dah kahwin ngan orang pantai Timur, lauk ni sokmo wujud di dapur mak ......
Memang lauk diet o....
Lauk orang tak sedap mulut pun sesuai jugak......
What ever, mak memang suka lauk nih.....




Resepi ikan singgang aye @ tongkol :-

2-4 potong ikan tongkol/kayu/aya (ikan lain pun boleh juga)            
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3-4 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cili padi ikut citarasa
Serbuk pati ikan bilis secukup rasa
Air ( agak2 - kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)
Gula kerek @ nisang (mak lupa nak bubuh daaa)
Cara-caranya :- 
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan - ikan, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih yang telah dihiris/diketuk, asam keping, garam dan ajinamoto ke dalam periuk tadi.
  3. Rebus sehingga ikan betul2 masak, seterusnya campakkan cili padi ke dalam periuk. Then sayur bendi. Boleh terus hidangkan. Makan semasa panas. Simpan esok lusa semakin sedap :))
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dan pagi-pagi ni plak, mak buat kurmapap :)
Patutnya pojek semalam....
Tapi, malas beno semalam.....
So mak tunaikan request boys pagi ni ok......

Kenapa namanya kurma?
Sebab intinya kurma keledek dan bukan kari keledek :)
Anak4 mak kata kari pedas.....
Kurma ok la....








Resepi macam biasa, mak akan guna resepi http://hanamemories.blogspot.com :)
Sedap dan mudah.
Dan yang paling utama, resepinya adalah dalam kuantiti yang sedikit je.
Tu yang best tu.....
Konpem makan dan habis trus.

Cara nak membuatnya adalah :-

Bahan-bahan

250g tepung gandum (2cwn penuh)
2 sudu besar minyak msk
2 sudu besar butter@marjerin
garam
air
Bahan inti.
1 biji keledek - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan ikan bilis
2 sudu makan serbuk kurma
hirisan daun sup
garam dan gula
air

Caranya :-
  • Utk membuat kulit karipap - Panaskan@microvawekan minyak, butter@marjerin, shortening sehingga menjadi 1/4 cawan.Masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan garfu (sbb minyak panas) sehingga menjadi crumble. Bancuh air dan juga garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.

  • Utk membuat inti - Blend@kisar bwg besar, bwg putih dan ikan bilis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan skali garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.

  • Ambil adunan tepung tadi. Canai. Terapkan dengan mulut cawan besar atau apa2 terap yang bulat. Ambil satu, masukkan inti dan kelim seperti biasa. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan. Pastikan api sederhana sahaja. Angkat dan toskan.

  • Siap dihidang.



Ahaaaa siap !!!!
Okey la, mak nak pi MPH Ikano Power Centre beli buku rujukan anak3
Senang nak buat revision....
Nanti cakap lagi...
Da daaaaa.




Thursday, January 10, 2013

Resepi Donut Lembut, Mudah Dan Sedap.


Dah lama tak buat kuih ......
Lagi lama tak main dengan yis dan breadmaker.
Alasan utama, mak malas dan lagi poyo, mak sedang jaga badan.
Yer sangat ler tu!!
Malangnya sampai la ni tak de kekuatan dan keazaman nak slim melim.
Mana hilangnya semangat gaban mak macam tahun 2007 dolu ntah ler.

Petang ni mak wat donut :)
Ni pun sebab anak mak Awatif yang request dari semalam lagik.
(Abaikan soal jaga badan, yang penting permintaan anak selagi boleh mak nak tunaikan).
Ingatkan Awatiff dah lupa dengan permintaannya itu.....
Tapi oowhhhh masih ingat rupanya!
Mmmmm sebab mak tak tahu nak bagi alasan apa dah, so mak gigihkan diri, buat jugak.

Ni resepi baru.
Resepi donut yang selalu mak buat tu pakai susu segar.
Tapi mak baru perasan yang mak tak de stok susu segar la plak..... :(
Jadi, terpaksa la gugel resepi donut lembut yang baru dan hanya menggunakan barang2 yang sedia ada.
Dan akhirnya dapat jua.....
Bahkan lebih senang bahan dan caranya dari yang mak biasa buat tu.

--------------------------------------------------------------------------

Ni resepinya :-

COPY PASTE DARI MYRESEPI - ALKEPON.

Bahan-bahan ( 5 - 7 biji )

  • 1 cawan (250ml) Tepung gandum
  • 1 sudu teh margerin/mentega (suhu bilik)
  • 1 sudu susu pekat manis ( jika tiada, boleh ganti: 1sudu susu tepung + 1 sudu gula)
  • 1 sudu teh yis (tak kesah jenama apa pun)
  • 1/4 cawan air suam2 kuku (jgn terlampau panas)
  • secubit garam (sikit je taw)
  • Gula

Cara-cara

  1. letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika
  2. Gaulkan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam sehingga sebati
  3. Pastikan tiada ketulan2 besar, kemudian masukkan air suam barcampur yis tadi
  4. Uli atau gaul sampai sebati lebih kurang 15 minit (saya taknak tangan kotor, jadi saya gaul guna senduk je)
  5. Biarkan adunan selama 30 minit, adunan akan kembang 2 kali ganda
  6. Setelah dibiarkan, uli semula adunan selama 5 minit. Kemudian bentukan donut mengikut citasara masing2. Pastikan tangan dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit
  7. biarkan donut tadi selama 10 minit (agak2 dia jadi kembang balik)
  8. Panaskan minyak (serdahana), bolehlah goreng donut tersebut. (jangan simpan lama-lama sangat, nanti terlampau lembik.
  9. Lepas goreng boleh terus tabur gula halus. Kalau taknak letak gula pun boleh.

------------------------------------------------------------------------- 

Mak guna breadmaker.
Jadi semua buh sekali sederap :) Mulakan dengan yang cecair dan berakhir dengan tepung.
Lagi mudah ....


Aksi Sarah Awatif yang jakun nak ngadap doh berpusing. Almaklumlah, dah lama sangat breadmaker ni tak bekerja :) Dok tersimpan kemas dalam kabinet mak yang putih lepuk ni :)



Doh yang sedang diuli oleh mesin pada kelajuan yang laju...... Selepas diuli, langsung diperap sekitar 40 minit lebih. Lepas tu ready la untuk direkabentukkan.



 Ni pembantu cilik mama yang menyibuk..... :) Orang dah siap ready doh, dia masih nak lenyek2 dan uli2 doh :))

  

Doh ready untuk ditebuk..... Then digoreng :)



Hasilnya..... nyam nyam :)



Aksi dua beradik makan donut. Aisyah makan 5 biji :)) Kakak, sebijik jek.... Mak pun sebijik. The rest simpan untuk boys dan ayah selepas balik sekolah.


Masak donut sesekali ok la....
Kalau selalu2 haru jugak....
Risau silap2 mak yang jadi donutnya.
Hahaha....

Okey, cukup hari ini.....
Esok plak kita sok sek :))
Da daaaaa



Tuesday, July 31, 2012

Sosej Roll


Hari ni hari kedua kami berbuka puasa tanpa ayah di sisi. 
Ayah outstation Pulau Pinang.
Dan kini ayah berada di Lumut plak. 
Insyaallah esok baru ayah pulang. 
Kami semua rindu akan ayah.... 
Especially mak :)) 
Hihihi

Bila ayah tak de bersama.....
Mak memang hilang semangat nak masak! 
Jadi untuk hari ini, mak just masak untuk anak4 mak - sambal telur dan sayur su un masak air.
Sempoiii kan!! 
Mak berbuka puasa dengan baki bihun goreng girls tengahari tadi jek.
Lau tak makan bazir plak....
Tak pasal2 jadi sahabat syaitan!! 

Selepas balik sekolah tadi, tiba2 je anak mak Azhad request sosej roll.
Jadi mak yang tak pernah buat sosej roll pun gigih la membuatnya.
Hairan juga mak ni..... macam mana la dia ni boleh kenal sosej roll ? 
Katanya kat sekolahnya ada jual.
Disebab sekarang puasa, jadi katanya lagi dia dah lama la tak beli. 
Hihihi....ayat saiko kesian gitu anak mak ni!! 
Ok ok .... mak buat ok. 

Mak pun merujuk kawan mak aka owner igloo mama blogspot. 
Kebetulan dia baru 4 hari lepas buat sosej roll juga. 
Katanya, jika tak nak minyak, goreng jek roti tu trus. 
Tak perlu salut apa2 pun. 
Mak pun goreng seketul begitu.....
Mmmm Azhad kata, ini bukan kuih sekolah ni!!
Kuih sekolah ada gerutu2....
Owhh man! Mak blur sekejap. 
Sib baik la tetiba tringat resepi roti goreng Ha Sue...
Apa lagi.... mak pun blender la tepung + marjerin + kunyit + garam....
Aaaa salut lalu goreng. 
Alhamdulillah hasilnya baru kena dengan kuih bayangan Azhad itu. 
Huhuhu.....
Tu baru sorang anak punya kerenah ok... 
Mujurlah lagi tiga anak mak tak de hobi suka request merequest ni...
Lau tak jenuh jugak la nak layan!




Cara2nya :- 
- belah sosej di tengah2.... rebuskannya dan ditos. 
- Golek roti gardenia sehingga leper...
- Bungkus gulung tikar si sosej tu atas roti gelek tadi. 
- Gamkan hujungnya dengan campuran tepung gandum dan air. 
- Biar sekejap. 
- Blender tepung gandum + marjerin + garam sket + kunyit + air. 
- Salut roti dengan tepung yg telah diblender ini. 
- Goreng. 
Senang gila!!! 

Ok la mata mak dah berat sudah....
Sambung esok plak. 
Da da,...

Friday, April 24, 2009

Resepi Kuih Tempek....


Hahaha .... ada 3 orang gang2 yang dah request resepi nih. Tu Suha, Farahana dan Anis... karang korang nyesal request simple menu nih. Hahahaha!! Mmm ni resepi amat mudah. Sangat lah sesuai dibuat time kita malas + nak jimat + diet. Hahaha.... Aku just copy paste je laa dari otai masak aku nih ek .... sama je.

Bahan-bahan :-

2 cawan tepung - (anggaran je ni)
1 cawan kelapa parut
Air - ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak ukt mgoreng

Cara-cara :-
- Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair. Agak2 mcm nak buat cekodok.
- Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.
- Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis / kari/ susu manis / gula merah / gula biasa. Ikut selera masing2 laaa ek.