Tu dia agak lama tak jot down.
Macam biasa, mak malas ok.
Sabtu dan Ahad (21 - 22 Sep 2013) mak sekeluarga jalan2 ziarah ke Batu Pahat.
Ahaaaa lain dari yang lain ok.
Betul2 punya ziarah ok!
Sebab kami langsung tak melencong ke mana2 pun sepanjang perjalanan tu.
Mak sekeluarga pergi melawat ke rumah kawan baik mak kat UIAM dolu, Suriani Mamat yang kini bertugas sebagai pegawai kastam di Batu Pahat petang Sabtu tu.
Tujuannya, nak lepaskan rindu dan nak melawat kembar yang comel itu :)
Pagi Ahad pula ke rumah anak usrah mak kat UIAM, Diyana Abas di Sri Gading.
Tujuan utama adalah seek info PHD dari suaminya yang merupakan pensyarah di UTHM.
Hohoho......
Perjalanan ziarah ni kami mulakan pada pagi Sabtu sekitar jam 10.30 pagi.
Kami berhenti makan late breakfast aka early lunch di R&R Dengkil.
Then tak berhenti-henti sehinggalah sampai ke destinasi.
Ayah exit Yong Peng (u) dan melalui Parit Yaani untuk sampai ke Batu Pahat.
Pemandagan di kiri kanan jalan adalah sawit, kampung2 dan parit2; sama seperti nak ke Pontian gitu.
Mak tak pernah jejak kaki ke Batu Pahat walaupun pernah menetap di Johor tiga tahun.
Huhu.....
Kami sampai ke hotel yang kami tempah sekitar jam 3 petang.
Mak dah tempah bilik pada hari Selasa yang lalu.
Hotel pilihan kali ni adalah budget hotel - Mokri's Hotel.
Ok la..... Not bad ya.
Hotel ini terletak di Cendana Pura.
Cendana Pura ni well known as area township termahal di situ.
Hihi.....
Mak tempah bilik keluarga pada harga rm 120.
Tapi sesampainya kami kat situ, staff tu beritahu yang bilik kami tu dah pun dia beri pada keluarga terdahulu yang datang tengahari tadi.
So yang tinggal, hanyalah bilik keluarga yang berharga rm 140.
Apa beza dua bilik ni?
Berbeza dari segi bilangan tandas dan peti sejuk.
Bilik rm 120, tiada peti sejuk dan satu tandas sahaja.
Disebabkan malas dah nak kisah, so amik je la apa nan ado.
Janji boleh tido je.
Hihihi.
Girls di depan hotel.
Pemandangan sekitar hotel.
Usai mak solat jamak zohor asar, mak pun keluar sebentar ke 7 eleven membeli kekudap untuk anak4 ni.
Sekitar hotel Mokri ni memang terdapat banyak restoran, kedai2 dan butik.
Jadi, sementara kami keluar, boleh la ayah berehat dan tidur sekejap.
Tapi cuaca yang agak panas, buatkan kami rasa malas nak berjalan lama2 di luar.
Beli air mineral, mister potatoes dan junk food lain, then kami pun balik ke bilik............
Dan apa yang pastinya, ayah tak dapat nak lelap dengan kualitinya sebab anak4 mak excited tahap gaban!! Hahahaha.....
Cakap dan ketawa tak berhenti....
Main2 kuda la.... buaya la.... hantu la..... ekekekeke.
End up ayah pening :)
Itulah rupa bilik sewaan kami..... sekitar hotel..... Hotel ni tader cerek dalam setiap bilik. Tapi ada coway untuk kegunaan tetamu.
Ahaaaaaa...... ni antara aksi yang mak sempat snap ya. Riuh!!
Lebih kurang jam 5 petang, kami pun keluar.
Destinasi yang dirancang petang itu adalah ke rumah Suriani Mamat di Perumahan Kastam, Batu Pahat.
Suriani ni ibu beranak kembar.
Kembar tak seiras - Damia Afiqah dan Damia Afifah.
Apa yang menariknya, sorang muka ayah. Dan lagi sorang muka maknya.
Subhanallah.
Sewaktu kami datang, babies ni baru jek tido.
Mmmm tapi as expected, dah ramai2 ni, memang babies tak leh nak lena tara mana la.
Hahahaha.
Riuh !! Semua suara kuat2 pun satu hal.
Jadi babies tak tido lama seperti kebiasaannya.
Ad Am Tif Syah di persekitaran perumahan kastam Batu Pahat :)
Adik yang terjaga dari tidur. Kakaknya masih lena di ulik intan. Anak2 mak gilir nak riba dia. Dia plak sporting jek. Redho jek dengan apa yang tetamu dia buat. Hahahaha. Anak4 mak tu excited dengan baby sebab dah lama keluarga kami tak de baby. Baby nan ado pun dah besar dah.
Tak lama plak tu, baru lah kakaknya bangun. Kakak lebih mesra alam. Tersengih2!!
Close up ibu branak kembar :) Zaman dolu2 kami tak pernah pikir pun yang dia akan ada anak kembar. Itu lah rezeki Allah swt.
Sekitar jam 640 petang, kami pun bergerak pulang ke hotel.
Mandi2 solat2 dan bersiap untuk dinner plak.
Dinner kali ni dekat je.
Hanya jalan kaki dari hotel sewaan kami itu, dan sampai.
Mak memilih untuk makan2 di Steamboat dan Grill Polkadot.
Buffet rm 20 dewasa dan rm8 kanak2.
Boys je yang kena charge.
Girls makan free :)
Rasa?? Auwww sedap jugak.
Banyak pilihan ok.
Lebih kurang 200 jugak la.
Ada segala jenis bebola, daging, mentarang, kepah, lala, ketam, ayam bbq, daging, bubur, nasi putih, nasi goreng, mee, salad, etc
Yang paling menjadi pilihan anak4 mak adalah aiskrimnya,
Aisyhhh dok ngulang tu ntah berapa kali daaa.
Aiskrim skali dengan topping yang pelbagai.
Hihi......
Kalau membazir, kena denda ok.
Alhamdulillah kami tak kena denda.......
Of course lah tak kena sebab mak kan penyelamat keadaan....
Hahahaha.
Setelah sejam lebih makan2, then kami pun pulang ke bilik.
Kat bilik ayah layan bola la plak.
Anak2 dah start letih. Begitu juga mak.
Kami pun tidur tak lama selepas tu!!
Ayah tidur jam berapa pun mak tak sure ok.
Sedar2 udah subuh ..........
Nanti sambung lagi.
Nak pi masak lunch :)






































