AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, September 12, 2013

Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Sempat Kami Lawati Kali Ini.

 
 
Baru ada masa nak update blog ok.
Minggu ni mak sibuk sikit dengan urusan yang entah apa2.
Hahahahaha!!
 
 
Anak3 mak direhatkan dari ke sekolah sempena UPSR yang bermula Selasa kelmarin.
Hari ni, hari terakhir mereka bercuti.
Esok sekolah macam biasa ok.
Apabila tak sekolah, apa lagi..... jadual mak memang lari la.
Umah riuh rendah sepanjang petang!!
Hahahaha.
Mak yang dah terbiasa buat kerja rumah dengan bantuan opah kini rasa sangat letih lagi huru hara.
Dengan kata lain, mak hilang skill bekerja dengan efisien gitu!!
Huh....
Memang amik masa untuk kembali di landasan jadual kerja harian yang betul....
 
 
Okey, sebelum cerita mak ke Cameron semakin basi; adalah baik jika mak jot down secara ringkas apa yang terjadi.
Nak cerita ke??? Mmm tengok gambo jek la.
Bukan ke gambar lebih pandai bercerita? :)


Destinasi pertama kami di Cameron kali ini adalah ladang teh.
Kami ke sini selepas solat asar @ selepas drebar aka ayah tidur beberapa jam.
Hihi.....
 Datang ke sini waktu petang memang terasa lebih sejuk.
Angin pun kuat.....
Mak dan anak4 tak lepaskan peluang amik gambar ok.
Rasanya ni kali ketiga kami beraksi di sini.
Dan rasanya kali nilah yang paling best.
Sebabnya anak4 dah besar dan dah faham apa itu teh..... macam mana teh dihasilkan dari daun.... bla bla...bla......
 

 
Then, kami menghabiskan masa yang ada petang tu di Taman Pertabalan Tanah Rata.
Hahahahaha......
Lain dari yang lain kan :))
Ini adalah taman permainan dan rekreasi kat sini.
Lokasinya depan hotel Century Pines dan di selekoh masuk ke Puncak Arabella.
Anak4 mak excited macam kan Shah Alam tak de taman permainan oooo.
Mungkin lah kot..... sebab kat sini, taman permainan zaman lama.
Masih ada besi2 gayut..... Macam zaman mak masa kecik2 ......
Haruslah anak4 mak tak pernah jumpa.
Hahahaha.....
Yang pasti memang happy betul budak2 ni.
 
 
 
Jam 7 malam, kami balik ke apartment untuk solat maghrib dan mandi manda.
Lebih kurang jam 8 lebih malam, kami pun keluar ke pekan Tanah Rata untuk santap.....
Tak tahu nak makan di mana sebab kedai yang biasa kami santap tu tutup lah plak.
Huhu.....  sudahnya ayah pilih gerai food court paling tepi sekali.
Lokasinya berhadapan starbuck gitu.....
Dan....
Sangat sedap!! Kedai Kelate harus laaa.....
Kami order - tomyam campur, sup campur, telo dar dar, cendawan tiram dan air mengikut pilihan masing2.
Licin semua kami makan.
Next time, boleh la datang lagi ke kedai ni.
Usai makan, kami jalan2 di kedai sekitar situ....
Dan hasilnya, anak4 "mengepow" ayahnya topi.... kasut.....
Hahahah.... amik kaw.
 

 
 
Malam tu kami sekeluarga lepak je kat depan tv.
Opah ngan tok dok heboh ---- sejuk bebeno!!! Hahahaha.....
Kata ayah, sejuk macam ni adalah sejuk tahap normal kat UK.
Jadi, cuba bayangkan tahap sejuk kat UK macam mana???
Ada berani??
Hahahaha.
 
 
Cerekarama malam tu - Walau Air Mata Darah.
Mmmm bestlah jugak.
Kami tonton hingga jam 12 lebih sambil2 menikmati milo panas.
Then, kami pun tido..... caj tenaga untuk esok plak.
*
*
*
*
*
*
*
 
 
Esok pagi, sekitar jam 9 lebih, kami dah checkout.
Destinasi berikutnya adalah ke kebun strawberry.
Kali ni, kami melawat kebun strawberi Muslim di Taman Sedia Ada.
Kebun yang menjadi pilihan adalah kebun REZEKI ika......
Lokasinya sederet dengan Rose Chalet...... hujung sekali......
Sangat happening sebab budak4 excited memetik.
Hahahaha........
Sebelum memetik, kami diberi penerangan cara2 memetik yang betul dan serba sedikit tentang ilmu penanaman strawberi.
Kesimpulan yang mak boleh dapat adalah buah stroberi sangat manja.
Jika ada kekuatan mental dan fizikal, boleh la mengusahakannya ok.



Dari situ, kami beredar ke Kea Farm.
Kami singgah kat kompleks cendawan kat selekoh bukit Kea Farm tu.
Kalau nak harap jalan2 kat gerai2 Kea Farm, rasanya ayah memang tak nak.
Hahahahaha.....
So kat sini lebih selesa.
Kat sini lebih kepada one stop centre.
Ada kedai sayur, cenderamata, bantal, stroberi pun ada.
Apa yang unik kat sini adalah kebun cendawan.
Anak4 mak belajar sesuatu kat sini......
Cara pembiakan kulat....cendawan.
Tu dia.... tekun tengok pelbagai cendawan kat sini.

 
Mak hanya memberi penerangan.....
Dan yang pastinya mak memborong cendawan segar dan asparagus.
Murah ok jika dibandingkan belian di Jaya Grocer :)
 
 
Dari situ kami pun bergerak pulang.
Plan asal nak singgah ke Lavender Park - kebun bunga tuh.
Tapi ntah kenapa, macam malas plak.
Opah ngan tok pun tak kisah.....
Mungkin mereka pun letih kot.
So, Lavender ni insyaallah kami visit dengan aki dan nenek Jerteh plak.
Hahahaha......
Bila tu, wallahu'alam.
Ada rezeki, pasti pergi.  
 
 
Kami langsung bertolak pulang ke Ipoh.
Dalam perjalanan pulang, kereta kami senyap sunyi.
Semua di belakang tu lena diulik mimpi.
Hahahahahaa.
Kami tinggalkan opah dan tok di rumah sepupu kami di Taman Meru.
Kebetulan sepupu tu buat makan2 sket hari tu.
Opah dan tok balik ke Kuala Kangsar diambil oleh adik bongsu mak.......
Kami langsung pulang ke Shah Alam petang tu juga..... dan selamat sampai di sini jam 4.00 petang.
Sampai2 je, ayah kata, sedap jika ada cucur bawang.
So mak pun apa lagi..... goreng la cucur bawang buat minum petang kami sekeluarga.....
Hihi....
 
 
Mak rasa puas hati dengan jalan2 kali ni.....
Puas kerana berjaya tunaikan hajat opah dan tok.....
Moga jalan2 kali ni, memberi kegembiraan pada mereka.
 
 
Okey la....
Mak nak sambung buat kerja....
Sementara duk kepoci ni, berderu-deru mesej masuk untuk kedai muslimah mak......
ok la....
Nanti cerita lagi ya.
 
 
Daaaa daaaaaaaaaaaa :)

No comments:

Post a Comment