AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, February 10, 2013

Adamtifsyah di Planetarium Negara.

Ini adalah catatan pertama mak sejak mak privatekan blog mak....
Blog ini diprivatekan atas arahan ayah atas sebab keselamatan.
Huhu.....
Selamat Hari Raya Cina buat semua kaum Cina Di Malaysia.
Mak sekeluarga memang tak balik kampung la.
Malas betul nak bersesak-sesak.
Lagipun, ayah sibuk dengan aktiviti outstation start minggu depan ni.
Maka berehat di rumah itu lebih menenangkan......
Jadi kami hanya jalan-jalan dekat-dekat aje....
Pergi pagi, balik petang :)
So destinasi hari ini adalah, Planetarium Negara.
Hehehe.....
Yang sebenarnya, mak memang ketandusan idea nak ke mana......
Huhu....
Ni pun hasil perkongsian rakan blogger yang mencadangkan Planetarium sebagai tempat menarik dan sesuai buat anak2.....
Tu yang pergi tu :)
Kali terakhir mak pergi ke sini ketika mak belajar di Pusat Matrik UIAM Lembah Pantai.....
Ketika itu, mak memang muda remaja, slim gila pastinya; lebih kurang 18 tahun gitu.
Auwwww :)
Hihihi....
Rasa baru jek lagi.
Sekarang mak dah pun 32 tahun.....
Tak sangka betul mak akan melawatnya dengan anak empat.
Hahahaha......

Ini adalah peta lokasi Planetarium Negara
Planetarium Negara di buka setiap hari bermula pada jam 9.00am sehingga 4.30pm.
Ia ditutup pada hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidil Adha sahaja. 
Kami sampai di Planetarium sekitar jam 1010 pagi.....
Kami antara pengunjung terawal.....
Semangat betul !!
Sebelum dapat mendapat ilmu di sini, kami perlu bersenam dahulu!!
Hahaha....
Untuk sampai ke pintu masuk Planetarium dari car park, kami perlu menapak banyak gila tangga!!
Planetarium terletak di atas bukit.....
Manakala, carparknya di bawah bukit!!
Memang masak laa..... terbakar kalori aaaa....
Hahaha...
Dan pastinya, mak orang yang paling belakang mendaki :))
Slow-slow pun.....janji sampai :)
Peace yarwl.....
Bagi yang letih, ada kerusi untuk berehat disediakan.....
Kalau tak silap, ada dalam 8 port persinggahan kot.....
Hihihi....
Convenient kan? :)


Sampai2 di atas tu, ayah terus membeli tiket.
Tiket perlu dibeli jika anda mahu melihat tayangan di situ.
Jika tidak, tak perlulah membeli tiket.
Segalanya percuma sahaja.


Excited betul anak4 mak!!!


Apa yang ada di sini?
Macam-macam ada......
Dah nama pun planetarium, haruslah info tentang angkasa lepas kan :)
Banyak eksperimen yang interaktif di sini....
Apa itu zuhal... bumi...matahari,... musytari.... etc
Dan pastinya juga jejak jaya angkasawan Malaysia, Dato Dr Muzaffar!
Jadi, jika mahu ke sini membawa anak2, pastikan anak itu sudah faham tentang dunia galaksi.
Jika tidak, matlamat tak sampai .....

Antara aksi anak4 yang mak sempat abadikan dalam lensa mak ........
Lets the picture tell the sweet moment ........
Taraaaaa....
*
*
*
*


Tekan butang di control board untuk gerakkan robot itu......


Ahaaaaa!!! Both Syawal dah jadi angkasawan. Hihihi


Syawal Azhad sedang mencuba eksperimen interaktif.......


Ingin merasa tornado udara di Marikh...... seluklah tangan dalam kotak ini :)


Sarah Awatif & Syawal Adham dengan patung angkasawan.....


Yeahhhhh.......


Tekun menonton video latihan angkasawan Malaysia.....


Replika kapsul kapal angkasa...... Beginilah cara untuk duduk di dalamnya..... Huh!


We are best fren - Sarah Awatif & Sarah Aisyah :)


Ayah sedang diberi penerangan tentang program cilik sempena cuti sekolah Jun nanti..... Terbuka untuk kanak-kanak darjah 4, 5 dan 6 sahaja....


Katil di dalam kapal angkasa :) Yeahhh


Tandas di dalam kapal angkasa...... Hahaha..... Teruja betul anak4 mak :))


Aisyah tenit pun tak lepaskan peluang untuk beraksi dan mencuba :) Hihihi.....


Mak pun nak bergambar jugak :) Hihi.... Mak in zariya suit and tudung Aidijuma snake - 003 :) Promote la plak!!!!


Di dalam auditorium ..... Anak3 mak time ni memang excited!! Tak sabar nak menonton.....


Ni lah rupa tayangannya.... Gambar ini hasil gugelan......


Aksi di balai cerap Planetarium......


Mak dan Sarah Awatif


Setia meneropong :)


Ayah pun...... tak lepaskan peluang!! Hahaha.....


Bergambar sebelum balik :)


Anak4 pun nak bergambar sebelum balik :))


Dalam perjalanan pulang, anak4 masih bercerita tentang tayangan di auditorium itu.....
Habis hati betul!!
Jadi lah tu....
Kami pun pulang.....
Menyambung urusan rumah tangga yang belum selesai....
Esok plak kita jalan...
In shaa Allah....

Da daaaaa