4 minggu lepas mak sekeluarga skodeng Ford Intertrade City Damansara.
Nun dekat Sg Penchala.... depan dan seberang dengan Ikea semua tu.
Mak dari dolu2 lagi memang berkenan dengan Ford Fiesta (FOFI).
Car tu rasa sangat cute tapi masih mengekalkan imej sportynya.
Jadi tiap kali mak jumpa fofi, memang mak akan sebut - bestnya.... nanti nak beli car ni.
Mak biasa laaa.... suka cakap2 tapi tak semua yang mak cakap tu, masuk dalam hati ok.
Terutamanya yang related dengan duit2 ni.
Lagi le!!
Pertengahan tahun ini, Fofi didatangkan dengan rupa yang baru.
Hidung yang ala2 car mewah kata ayah.
Mula2 terjumpa car fofi imej baru di Tesco Shah Alam.
Owhhhh mak kata rasanya cantik lagi model yang lama lagi.
Tapi bila mak gugel2 selepas dua tiga hari tu, mak baru notis yang sebenarnya rupa fofi baru ni lebih cantik.
Yeahhhh.
Mak pun cakap pada ayah, eh macam cantik la fofi baru ni.
Ayah apa lagi, haaaa jom kita pi tengok kat mana2 showroom.
Mencari showroom pun satu hal ok.
Sebelum ke Sg Penchala, kami ke Shah Alam showroom.
Tapi, yang hampehnya, tak de kedai ford kat situ.
Bukan salah alamat.
Tapi mungkin dah tutup dan pindah.
Huhuhu.... Ford ni pun satu hal. Awat lah tak update kat web dia ntah!! Huhu....
Kecewa tak jumpa showroom trus buat kami pulang ke rumah and take nap.
Hahaha.....
Tapi mak gigih gugel jugak.
Dan akhirnya terjumpa area showroom yang mak familiar sangat.
Sg Penchala. Yeah......
Selesai solat asar, kami sekeluarga pun beredar.
Yesss jumpa!
Aicah dan Awatif ......
Hari kami visit showroom tu adalah hari pertama Ford launch Fofi special edition.
Cantik dan comel..... ada stiker belang2 gitu.
Badan special edition sebijik macam ecoboost. Tapi engine spec fofi biasa.
Special edition ni hanya keluar sekitar dalam 1000 unit je gitu.
Tapi ayah kurang berminat pada rupa luaran car.
Engin yang lebih diutamakan....
Jadi, banyak soalan dia pada salesman, Eric, adalah soalan untuk spec ecoboost je.
Huhu....
Ecoboost 1.0 dengan engin turbo.
Fofi biasa dan special edition adalah 1.5.
Harga plak ecoboost mahal sket je daripada yang fofi biasa.
Dan jika beli bulan ni, diskaun 9 ribu.
Huhuhu....
Yang edisi biasa, ada pelbagai warna.
Tapi untuk ecoboost, hanya ada tiga warna je.
Putih, hitam dan merah.
Tapi untuk diskaun 9 ribu ini, hanya stok putih dan merah sahaja.
Hitam sold out already dan hanya akan ready by Oktober.
Gambar gugel.
Gara2 pi showroom dan siap test drive lagi, memang buat ayah semangat nak tukar car viva mak tu dengan fofi.
Keputusan untuk membeli car baru memang lambat kami buat.
Kalau ayah, dah lama dah settlenya.
Tapi mak yang wat hal....
Macam2 mak fikir.
Tak pasti samada keinginan nak berkereta fofi ini sesuatu yang perlu dan wajar ditunaikan atau tidak....
Berbaloi ke?
Tak beban kat ayah ke?
Dan lagi sakit otak mak sebab keputusan ayah nak pi UK ke tidak tak confirm lagi.....
Huhhuhu!!
Jenuh mak lengah2kan..... tapi ayah tak nak lepaskan peluang diskaun itu.
At the end, mak serahkan je kat ayah.
Terpulang pada ayah nak beli ke tidak.
Sebab hanya ayah yang tahu kewangan ayah macam mana.
Tup2 satu hari tu, ada banker call mak untuk pengesahan nombor telefon.
Owhhhh dari situ mak tahu yang ayah jadi beli fofi......
Ikut je la....
He is the boss......
Ayah trade in car viva minggu lepas.
Dan petang tadi segala urusan jual beli dah selesai.
Alhamdulillah.
Tengahari ayah pulang ke rumah hantar odc.
Then kami bersama-sama ke Ford naik kembara.
Aicah ngantuk mata.....
Tido time dia kol 2 tu .... harus lah.
Hihi....
Mak balik awal sedikit sebab Aicah dah macam letih je.
Mak balik Denai dengan kembara..... Ayah pulak naik fofi dan kembali ke opis.
Hihihi...
Hari ni ayah balik awal.
Ayah yang ambil anak2 kat sekolah.
Mak tak masak untuk iftor hari ini.
Sengaja tak masak dan sengaja nak iftor di luar.
Tujuannya sebab nak merasa jalan2 naik fofi.
Hahahaha.....
So mak dah booking siap2 tempat makan di D Arab Cafe TTDI Jaya.
Haaa semangat ok!
Huh, Aicah je mampu senyum. Orang lain tak larat dah. Posa.
Gambar gugel. Haaaa ni la kedainya. Mak suka nasi arab kedai ni.... sebab nasi arab kedai ini memang ala2 nasi mandy yaman yang mak santap ketika otw nak masuk madinah dolu. Itu pertama kali mak makan juadah nasi arab seumur hidup. Nasi nya simple je. Tapi rasa leh tahan. Sebab tu lah rasa enaknya nasi mandy itu sentiasa dalam ingatan mak..... haaa nostalgia sat.
Taraaaaa.....
Mak yang drive car fofi balik ke Denai.
Mmmm komen mak, oooo memang rasa lain banyak la.
Hihihi.....
Harus lah lain. Sebab mak asik drive viva je kan...
Ce mak drive odc, mungkin tak terasa sangat kot.
Terasa sangat esp bab naik bukit, time potong car dan time nak masuk pecut kuar simpang.
Memang pick up gila.
Car ni banyak features.
Wat masa ni, mak baru study yang basic2 je.
Sebab tu je yang perlu nya kan....
Lain2 tak penting sangat pun.
Apa pun, tq to ayah yang busuk....
Sebab upgrade bas sekolah anak4 :)
Depa memang nampak happy pun.....
Alhamdulillah.
Habis satu hari dan jadi kenangan sampai bila2.