AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Kisah Aktiviti Sosial. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aktiviti Sosial. Show all posts

Saturday, January 20, 2018

Majlis Aqiqah Anak Ju Are.


Kisah pertama yang dicatat di tahun 2018.
Tiba-tiba je mak terpanggil untuk kembali mencatat segala kenangan di blog yang usang ini. 
Alhamdulillah hari ini mak berjaya ingat akan email dan password untuk log in  blog sendiri. 
Huh..... 
Nampak sangat mak dah tua. 
So many story and fact that loss from my mind already!

Hari ini mak sekeluarga memenuhi undangan kawan sekolah menengah, Azura Ahmad.
Lokasi rumahnya di Nada Alam, Pajam. 
Nada Alam ni ialah projek perumahan by Seri Pajam yang memang terkenal dengan affordable price offered. 

Azura ni was my classmate when I was in form one till form 3. 
Last time I met her was in 1997. 
If I not mistaken, it was during last day SPM around Nov 1997. 
Setelah itu, mak memang tak pernah bertemu dengannya. 
Mujurlah ada facebook dan wassup apps yang membolehkan masyarakat hari ini keep in touch with frens. 

Disebabkan mak ada kelapangan, jadi mak sekeluarga pun hadir majlis aqiqah anak bongsunya.
Ahmad Rayyan Darwisy Bin Roslan nama diberi.
Jemputan mak terima melalui wassup grup puteri smkasas for last two weeks. 
Bukan selalu ada jemputan makan2 pun. 
Tapi apa yang menarik perhatian mak adalah untuk bertemu kawan lama yang berbelas tahun tak jumpa. 
Sebelum usia semakin tua, mak memang berhajat untuk bertemu dan bersembang dengan rakan2 lama. 
So nostalgic apabila dapat mengimbas kenangan lama yang kadang2 kita sendiri pun dah lupa. 

Btw, tu Juare and family..... 
Thank you for the invitation. 
Nice food and of course nice chit chat walaupun sekejap. 
Semoga kita ada rezeki untuk bersua kembali. 
Amin. 

Ini memori tadi yang sempat mak abadikan......... 

While otw ke Pajam. Hehehe. 

Swafoto with my girl Awatif. 

My family table. Heiiii betul2 depan table kambing golek. Hahaha. 


So yummy!

Nampak tak keterujaan masing2 sebab dah lama tak jumpa.




 
My asben and Rahim, Zetty's asben. 
  



Last but not least, my ootd la kan hahahaha. Mix and match blouse, skirt dan tudung lama serta baru aje. 

Thursday, October 13, 2016

Breakfast with BFF Aida Zairina.


Ini hari terakhir UPKK berlangsung. 
Kesempatan diambil oleh mak untuk berjumpa kawan lama, Aida Zairina :)
Kebetulan pula, Awatif pun masih cuti sekolah agama sempena exam UPKK ni. 
So apa lagi..... ada kesempatan, mak grab je la waktu yang ada. 

Ayah plak cuti hari ni. 
Nak rehat katanya. 
Tapi tu laaa.... cuti-cuti pun tetap kena hadap laptop juga. 
Email kena reply juga. 
So mak rasa term cuti tu macam tak sesuai la. 
Mungkin better ditukarkan aje kepada working from home. 
Hehehehe. 

Ini kali pertama mak jumpa Aida sejak pindah Shah Alam semula. 
Masing2 sibuk dengan urusan masing2. 
Alhamdulillah akhirnya dapat jua spend masa 3 jam bersama Aida. 

Cadangnya nak sarapan di restoran milik Aida dan suami, Lawang. 
Tapi Lawang kini dibuka jam 10 pagi. 
Sedangkan mak dating dengannya jam 9 pagi. 
Jadi Aida telah membawa kami ke salah satu restoran kesukaan suminya, Hatinie di seksyen 10. 
Wow hahahaha. 
Sarapan like a king betul.... 






Ahaaaaa mak Ila sempat jugak lah snap2 gambar. 
Kihkih.... sukati je kan.
Dari Hatinie langsung ke Vista Alam.
Di sini terletaknya restoran Lawang di bahagian bawah dan Homestay Lawang di bahagian atas.
Aida bawak mak pusing2 tinjau sekitar Vista Alam facilities.
Bestnya..... ada pool dengan scenery yang memukau.
Ada badminton court dan playground yang hebat.
Awatif sempat main di playground.
Sorang2 pun jadi cik minah tu.
Hahahaha.

Banyak yang mak Ila dan Aida bincangkan. 
Tentang cabaran hidup, anak dan sekolah, sekolah agama, sekolah rendah, tuisyen, ppd pun ada dan macam2 lagi la. 
Next year, anak sulung Aida pun akan ambil UPSR. 
Debaran anak sulung mengambil peperiksaan Upsr memang mak tak dapat nafikan lain macam sket rasa cuaknya. 
Rasanya cuak mak dari anak kut hahahaha. 
Mak Ila pun ada anak UPSR tahun depan. 
Hukhuk..... 
Mak Ila dan Awatif balik ke Denai lebih kurang jam 11.45 pagi. 
Sampai di rumah Awatif terus mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan. 
Moga ada rezeki bertemu lagi, kawan. 
Tq for breakfast treat :)





Sunday, February 9, 2014

Aqiqah Anak Filah @ Mini Reunion 302A Kolej Zainab Al Ghazali IIUM Lembah Pantai 1998.

 
Ahaaaaa....... !!
Hari ini memang hari mengimbas kisah lama......
Suka betul....
Banyak kisah2 lama diingati....
Sangat nostalgia!
 
Hari ni mak sekeluarga telah ke rumah sahabat lama zaman matrik; Wan Noorul Hafilah ke majlis aqiqah anak keenamnya; Khadijah Aulia.
Hebat kan..... Enam sudah!
Tumpang gembira buat mereka sekeluarga....
Alhamdulillah.
Lama betul mak tak jumpa Filah ni.
Last kami bertemu semasa mak bersalinkan Azhad.
Dia sekeluarga melawat mak yang dalam pantang di Ipoh.
Huhuhu.....
Maknanya dah 10 tahun la kami tak jumpa.
Huh!
Cepatnya masa berlalu...............
 
Kesempatan yang ada ni, mak ambil untuk berjumpa teman2 lama.
Tapi masing2 dah ada komitmen yang banyak. Jadi tak dapat la berjumpa semua.
Hanya mak dan Niza je yang berkesempatan untuk hadir ke majlis Filah di kediamannya di Laman Seri.
Kebetulan plak ada waktu terluang kan......
Haaaa apa lagi, sakan la kami bercerita.
Hihihi.....  
 
Lebih kurang sejam lebih jugak mak lepak di rumah Filah ni.
Tapi, tetap tak puas borak jugak.....
Nak lama lagi....
Macam2 nak diceritakan.... nak diimbas.....
Slot tadi hanya baru mukaddimah je.
Hahahaha......
Windunya rasa!!!
Tak dapat berlama2 gara2 Aisyah dah mengamuk....
Tak caya tengok la gambar.
Sakan menjerit.
Hahahaha......
 
 


Tapi tak pe la.......
Ini baru permulaan perjumpaan.
Lepas ni kita arrange semula.
Aisyyyhhh tak sabo plak aihh!
:)
*
*
*
*
*
*
Berdiri - Niza dan Ikeen. Duduk dari kiri - Ezza, Epa, Mak, Gee. Filah tak de dalam gambar sebab dia jadi camerawoman.
 
Nostalgia betul rasa tengok gambar ni tau.......
Windu sangat!
 


Tuesday, February 4, 2014

Sekitar Majlis Aqiqah 5 sepupu di Jerteh 31 Januari 2014.

 
Masih mood bercuti sempena raya Cina kah?
Anak4 mak semua dah bersekolah kembali Isnin semalam.
Hanya ayah je yang masih bercuti sebab KL hari ni hari wilayah.
Dan hari ni, segalanya seperti biasa.
 
Khamis 30/1 yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung halaman ayah di Jerteh.
Kepulangan kali ni adalah sempena majlis aqiqah lima sepupu pada 31/1/2014.
Mereka adalah......
Anak bongsu mak - Sarah Aisyah.
Anak kedua ma chik - Raisya Haneen.
Anak pertama mak ude - Nor Asyifa Khalisya.
Anak pertama dan kedua ma long - Mia Arissa Najwa dan Nia Ariana Nadhira.
Anak3 mak yang sebelum ni aqiqah dengan menumpang lembu majlis perkahwinan mak3 saudara je.
Tapi untuk kali ni, nampaknya perlu buat majlis khas sebab Insyaallah lambat lagi majlis perkahwinan akan diadakan kembali di rumah ni.
Hihihi.....
Jadi, pakat2 kongsi la sorang sikit duit 4 beradik yang terlibat ni.
Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya.
 
Disebabkan ini majlis aqiqah anak bongsu mak, jadi mak merajinkan diri untuk tangkap gambar buat kenangan akan datang.
 
 
Aki, Pak Chik dan Ayah menunggu gang2 sembelih pagi2......
 

Tu lembu aqiqah. Saat2 akhir seekor lembu......


Kanak2 yang tak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktiviti sembelih lembu. Sarah Aisyah, Mia Arissa dan Sarah Awatif.
 

Mak Ude dan Asyifa Khalisya......

 
Raisya Haneen dan Ma Chik.



Girls yang excited tengok lembu. Belakang adalah Tok Yah.
 

Suasana melapah.....
 
 

 Katuk jangan tak katuk :)
 
 
Ni plak suasana di dapur. Penuh dengan saudara mara dan jiran2 mai menolong apa yang patut.
 

Gulai kawah..... singgang tulang......
 

Panaroma dari wet kitchen nenek.... Mak Ude dan Tok Ma (adik nenek).
 

Aksi mak2 saudara (adik beradik nenek) sarapan pagi. Makan sambil gossip. hahaha.
 

Ni 3 sepupu yang macam belangkas..... hihihi....
 

 
Kemuncak majlis adalah selepas solat Jumaat.
Gang Jemaah masjid yang dijemput hadir ke rumah untuk solat hajat bersama-sama dan berselawat serta cukur jambul anak Ma Long yang baru, Nia Ariana Nadhira.
Dia baru berumur 5 hari je waktu majlis ni dibuat.
Comel kan......
Baik betul dia hari tu.....
Tak nangis pun.....
Macam tahu2 je hari ni majlis dia.
 
 
 
 

Ni je gambar yang sempat di snap ok. Sebab time ni penuh ngan kaum Adam je. Ni pun Ma Chik yang amik. Sure dia pun segan nak beria-ria jadi camerawomen. Hahahaha....... Janji ado....
 
 
Dengan berakhirnya majlis ni, maka semua cucu nenek sudah pun selesai diqeqahkan....
Alhamdulillah.
Ok la.... cukup tara ni....
Moga jadi kenangan.....
 
 

Monday, September 23, 2013

Semalam di Mokri's Hotel, Melawat Suriani dan Makan2 di Steamboat & Grill Polkadots.


Tu dia agak lama tak jot down.
Macam biasa, mak malas ok.


Sabtu dan Ahad (21 - 22 Sep 2013) mak sekeluarga jalan2 ziarah ke Batu Pahat.
Ahaaaa lain dari yang lain ok.
Betul2 punya ziarah ok!
Sebab kami langsung tak melencong ke mana2 pun sepanjang perjalanan tu.
Mak sekeluarga pergi melawat ke rumah kawan baik mak kat UIAM dolu, Suriani Mamat yang kini bertugas sebagai pegawai kastam di Batu Pahat petang Sabtu tu.
Tujuannya, nak lepaskan rindu dan nak melawat kembar yang comel itu :)
Pagi Ahad pula ke rumah anak usrah mak kat UIAM, Diyana Abas di Sri Gading.
Tujuan utama adalah seek info PHD dari suaminya yang merupakan pensyarah di UTHM.
Hohoho......


Perjalanan ziarah ni kami mulakan pada pagi Sabtu sekitar jam 10.30 pagi.
Kami berhenti makan late breakfast aka early lunch di R&R Dengkil.
Then tak berhenti-henti sehinggalah sampai ke destinasi.
Ayah exit Yong Peng (u) dan melalui Parit Yaani untuk sampai ke Batu Pahat.
Pemandagan di kiri kanan jalan adalah sawit, kampung2 dan parit2; sama seperti nak ke Pontian gitu.
Mak tak pernah jejak kaki ke Batu Pahat walaupun pernah menetap di Johor tiga tahun.  
Huhu.....


Kami sampai ke hotel yang kami tempah sekitar jam 3 petang.
Mak dah tempah bilik pada hari Selasa yang lalu.
Hotel pilihan kali ni adalah budget hotel - Mokri's Hotel.
Ok la..... Not bad ya. 
Hotel ini terletak di Cendana Pura.
Cendana Pura ni well known as area township termahal di situ.
Hihi.....  


Mak tempah bilik keluarga pada harga rm 120.
Tapi sesampainya kami kat situ, staff tu beritahu yang bilik kami tu dah pun dia beri pada keluarga terdahulu yang datang tengahari tadi.
So yang tinggal, hanyalah bilik keluarga yang berharga rm 140.
Apa beza dua bilik ni?
Berbeza dari segi bilangan tandas dan peti sejuk.
Bilik rm 120, tiada peti sejuk dan satu tandas sahaja.
Disebabkan malas dah nak kisah, so amik je la apa nan ado.
Janji boleh tido je.
Hihihi.


Girls di depan hotel.


Pemandangan sekitar hotel.


Usai mak solat jamak zohor asar, mak pun keluar sebentar ke 7 eleven membeli kekudap untuk anak4 ni.
Sekitar hotel Mokri ni memang terdapat banyak restoran, kedai2 dan butik.
Jadi, sementara kami keluar, boleh la ayah berehat dan tidur sekejap.
Tapi cuaca yang agak panas, buatkan kami rasa malas nak berjalan lama2 di luar.
Beli air mineral, mister potatoes dan junk food lain, then  kami pun balik ke bilik............
Dan apa yang pastinya, ayah tak dapat nak lelap dengan kualitinya sebab anak4 mak excited tahap gaban!! Hahahaha.....
Cakap dan ketawa tak berhenti....
Main2 kuda la.... buaya la.... hantu la..... ekekekeke.
End up ayah pening :)


Itulah rupa bilik sewaan kami..... sekitar hotel..... Hotel ni tader cerek dalam setiap bilik. Tapi ada coway untuk kegunaan tetamu.


Ahaaaaaa...... ni antara aksi yang mak sempat snap ya. Riuh!!


Lebih kurang jam 5 petang, kami pun keluar.
Destinasi yang dirancang petang itu adalah ke rumah Suriani Mamat di Perumahan Kastam, Batu Pahat.
Suriani ni ibu beranak kembar.
Kembar tak seiras - Damia Afiqah dan Damia Afifah.
Apa yang menariknya, sorang muka ayah. Dan lagi sorang muka maknya.
Subhanallah.
Sewaktu kami datang, babies ni baru jek tido.
Mmmm tapi as expected, dah ramai2 ni, memang babies tak leh nak lena tara mana la.
Hahahaha.
Riuh !! Semua suara kuat2 pun satu hal.
Jadi babies tak tido lama seperti kebiasaannya.


Ad Am Tif Syah di persekitaran perumahan kastam Batu Pahat :)


Adik yang terjaga dari tidur. Kakaknya masih lena di ulik intan. Anak2 mak gilir nak riba dia. Dia plak sporting jek. Redho jek dengan apa yang tetamu dia buat. Hahahaha. Anak4 mak tu excited dengan baby sebab dah lama keluarga kami tak de baby. Baby nan ado pun dah besar dah.


Tak lama plak tu, baru lah kakaknya bangun. Kakak lebih mesra alam. Tersengih2!!


Close up ibu branak kembar :) Zaman dolu2 kami tak pernah pikir pun yang dia akan ada anak kembar. Itu lah rezeki Allah swt.


Sekitar jam 640 petang, kami pun bergerak pulang ke hotel.
Mandi2 solat2 dan bersiap untuk dinner plak.
Dinner kali ni dekat je.
Hanya jalan kaki dari hotel sewaan kami itu, dan sampai.
Mak memilih untuk makan2 di Steamboat dan Grill Polkadot.
Buffet rm 20 dewasa dan rm8 kanak2.
Boys je yang kena charge.
Girls makan free :)


Rasa?? Auwww sedap jugak.
Banyak pilihan ok.
Lebih kurang 200 jugak la.
Ada segala jenis bebola, daging, mentarang, kepah, lala, ketam, ayam bbq, daging, bubur, nasi putih, nasi goreng, mee, salad, etc
Yang paling menjadi pilihan anak4 mak adalah aiskrimnya,
Aisyhhh dok ngulang tu ntah berapa kali daaa.
Aiskrim skali dengan topping yang pelbagai.
Hihi......
Kalau membazir, kena denda ok.
Alhamdulillah kami tak kena denda.......
Of course lah tak kena sebab mak kan penyelamat keadaan....
Hahahaha.




Setelah sejam lebih makan2, then kami pun pulang ke bilik.
Kat bilik ayah layan bola la plak.
Anak2 dah start letih. Begitu juga mak.
Kami pun tidur tak lama selepas tu!!
Ayah tidur jam berapa pun mak tak sure ok.
Sedar2 udah subuh ..........


Nanti sambung lagi.
Nak pi masak lunch :)


Wednesday, April 3, 2013

Jumpa BFF Di Johor dan Family Day Dinner Banten Staf.

 
 
Tak jadi la nak update kisah Jerai ....
Kira part 1 tu part penghabisan ler.
Aci ya....
:)
 
Mak hari ni demam.....
Awatif pun demam dan sakit mata sikit.
Adham dah baik demam dan dah mula ke sekolah tadi..... tapi malam ni demam kembali lagi.
Ayah sakit mata tahap kronik...
Aisyah sakit mata tahap mild dan sembelit !!
Hanya Azhad je yang sihat....
Alhamdulillah.
Sesekali sakit berjemaah nikmat juga rasanya.
Kenapa nikmat??
Cuti dilanjutkan.....
Mak pun amik kesempatan berehat....
:)
Haaa bila lagi kan??
 
Okey, ni entry basi.....
Sabtu yang lalu, mak dan anak4 ikut ayah outstation tergempar ke Johor.
Bukan kena masuk site pun....
Tapi ayah kena jadi mc majlis sempena family day team opis yang kena migrate ke Banten, Indonesia.....
Huh... Malakoff kini melebarkan sayap ke negara garuda itu.....
Alhamdulillah.
Jadi, mak dan anak4 kiranya menumpang jamuan orang la.
Hahahaha....
Tak kisah la....
Walau tak ke Banten, kami pun part of opis family kan...
Hihihi....
 
Kami bertolak pagi Sabtu.
Sebelum check in di La Grandeur Palm Resort Senai, mak sempat melawat BFF mak di Pulai Indah.
Bestnya laaaa!!!
Mak tiba di rumahnya sekitar jam 3.30 petang.
Walaupun sekejap jek kami kepochi, tapi cukup la untuk menghilangkan rasa rindu yang ada.
Kawan mak, Zaiti Amirah ni kawan sedorm, sekelas sekolah menengah..... kawan sematrik... kawan seuia..... dan kami juga berkahwin dengan lelaki yang mencari rezeki di company yang sama....
Alhamdulillah!
Tak lupa juga pada kak Fadzilah Hasan........
Dah alang2 bertemu Zaiti, mak dan Zaiti pun menjemput kak Ilah untuk memeriahkan majlis.....
Haaaa siapa plak kak Ilah @ Fadzilah ni???
Hihihi...
Dia isteri kepada kawan ayah....
Senior kepada kawan uia mak....
Dan rakaniaga tshirt muslimah mak :)
 
Zaiti berbaju biru.... Kak Ilah berbaju hijau....
 
Anak-anak kami yang bermain bersama...... :)

Ayah dan suami kak Fadzilah, Dino :)
 
Zaiti masak laksa ok!!
Dan yang syioknya......dia buat kuih serimuka!!
Heboh betul dia yang serimukanya tak jadi.....
Aisshhh mak rasa sedap jek.
Cukup segala2nya!!
Hebat kawan mak nih.
 
Lebih kurang 4.40 petang, kami pun beransur pulang.....
Ayah ada tournament boling dan game dengan staf2 Banten di hotel.
Kami check in hotel sekitar jam 5.15 petang.
Ayah hanya teman kami anak beranak ke bilik aje....
Pastu langsung dia menghilang dengan staf2 yang lain.....
Huh.
 
Sesudah jam 8.30 malam, acara ditunggu pun tiba.....
Suasana dinner yang santai....
Makanan terlalu banyak...
Rezeki semua yang hadir....
Alhamdulillah.
 
Ayah dan Aidil.... Both of them adalah mc majlis dinner malam tuh.

Meja ni penuh dengan isteri2 staf yang terlibat..... Ramai yang akan ditinggalkan sementara :(

Ayah yang beraksi..... Meja depan ni adalah staf2 yang akan ke Banten itu. All the best for them.....
 
Kontrak mereka di sana, tentatively dua tahun juga.....
Ramai juga isteri2 yang mengambil keputusan untuk bersama anak2 tinggal di Malaysia sahaja....
Ini gara2 persekolahan anak2 dan macam2 tanggungjawab lain.
Jauh di sudut hati mak memang kagum juga pada mereka...
Sangat tabah!! 
Kalau mak di tempat mereka, mak tak pasti lah bagaimana....
Tetapi, bila Allah menjadikan kita orang yang terpilih, maka pastinya kita adalah mereka yang mampu menempuh segala cabaran yang bakal mendatang.....
Moga pahala buat mereka yang berjihad demi keluarga tersayang.
AMIN.
 
Mak dan anak4 masuk bilik awal dari orang lain.
Adham dah mula macam nak demam.....
Dia asik sejuk jek...
Huh.
Masuk je bilik, mak pun buat susu untuk anak4.....
Tea untuk mak.....
Dan tanpa sedar, tahu2 mak terlena....
Sedar2 dah pagi....
Bila ayah balik malam tadi pun, mak tak tahu laaa.....
Letih betul!!
 
Esok paginya, ayah masuk bilik taklimat sebentar untuk staff Banten.
Ayah dengar sekejap jek....
Lebih kurang jam 1030, kami pun check out pulang.....
Sebelum pulang, kami singgah di rumah staff ayah, Azizi di Bukit Indah....
Mmmmm bila dah sampai sini, kesempatan diambil untuk melawat LEGOLAND!!
Dekat jek....
MasyaAllah.... panas nya laaa!!
Tak sanggup mak...
Mak tak de niat nak jejak kaki ke situ pun....
Hanya berniat untuk ke sana apabila anak bongsu mak dah sekolah dan dah matured sket.
Hahahaha....
By the time Insyaallah semua development kat situ dah siap ......
 
Then kami ke Hello Kitty Land.....
Mmm mak ingat ayah nak pusing2 aje....
Tup2 ayah ajak lepak.
Apalagi, girls bila tengok pink2 ni memang meroyan la....
Ngamuk nak masuk juga....
Nak tak nak, ayah pun beratur la untu membeli tiket......
Ahaaaa....
Apa jadi plak???
Esok ok....
Sekarang mak ngantuk sudah :)
 
Da daaaaaa