AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Kisah Sakit. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sakit. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Azhad Appendic Ke?


Malam tadi, adalah hari yang kelam kabut.............
Usai dinner dan solat maghrib, kami sekeluarga ke wad kecemasan Tropicana Medical Centre.
Huhuhuhu....
Kali ni, bawak Syawal Azhad yang dah 3 hari sakit perut. 


Hari Selasa petang yang lepas, Ad dah mengadu yang dia sakit perut.
Ingatkan biasa2 je dan mungkin dia terlampau letih sekolah pagi dan petang.
Malam tu dia tido awal...... Tak pernah seawal itu......
Hari yang sama juga Adham the 2nd demam.
Jadi malam tu dua2 boys mak memang tido awal sebab tak berapa sihat.

Esoknya Rabu Ad tetap ke sekolah kebangsaan seperti biasa.
Pulang dari sekolah dia masih mengadu yang perutnya sakit......
Lagi nampak lain sebab dia tak lalu nak makan.
Selalunya Ad memang makan nasi lagi banyak dari ayah.
Hahahaha........
Petang Rabu tu ayah balik awal dan bawa Ad ke klinik.
As expected, doctor kata anak mak ada angin jahat dalam perut......
So makanlah ubat nan diberi itu....

Pagi Khamis tu Ad tetap ke sekolah seperti biasa.
Tapi balik dari sekolah, dia masih mengadu benda yang sama.
Mak macam risau plak sebab macam ada unsur2 appendic je!
Semalam dia ngadu bawah pusat..... hari ni plak ngadu belah kanan pusat.
Huhuhu.....
Mak pun gugel apa2 yang patut....
Tak kurang juga bertanya kawan2 yang pernah facing situasi yang sama.
Rata2 menasihatkan untuk bawak ke hospital untuk lebih kepastian.....
Jadi ........ ke hospital lah kami......
Mak tak turn up jazzercise class la malam tadi kerana temankan anak mak ni.
Mak tunggu di luar wad kecemasan bersama adik3 yang lain.
Hanya ayah yang masuk bersama Ad.

Menurut dr kat wad kecemasan, Ad ni 99% appendic dan memang kena tahan wad malam ni.
Dan lagi takut, memang kena operate malam ni.
Huhuhu....
Jadi, Ad kena puasa 4 jam dan start didrip air.
Mak trus berdebar-debar tapi tetap control.
Macam2 terbayang!!
Anak3 yang lain pun langsung diam je bila diberitahu tentang ni.
Tapi apa2 pun, kena tunggu doktor pakar yang incharge tentang ini.


Di katil wad kecemasan.


Drip dolu......


Debar tu.... tapi cool!


Yang ni? Hahaha..... Senyuman manis mampu meredakan jiwa yang sedang risau dan penuh debaran....

Sementara menunggu doktor pakar sampai ke wad kecemasan, mak pun pulang ke rumah.
Tujuan pulang adalah untuk ambil apa yang patut2.
Dalam kereta, Adham the 2nd yang special buat hal.
Dia nangis teresak2 syahdu sangat !!!
Mak yang tengah memandu ni, memang a bit terganggu dengan emosi anak mak yang ni.
Bila ditanya kenapa tu??
Katanya dia sedihkan Ad.....
Risau kan Ad.......
Lagi sadis, dia takut Ad mati!!
Owhhhh la anak.......
Mak yang macho memang terjebak jugak la join Adham bersyahdu2.
Huhuhu......
Tapi at last mak berjaya juga explain kat dia sekian sekian tentang fakta appendic.
Alhamdulillah..... dia faham.
Lebih kurang jam 930 malam, kami sampai di rumah.
Mak pun balik mandi, solat, kemas apa yang patut dan buat susu anak2.
Ayah temankan Ad.....
Dalam sejam selesaikan apa yang patut, mak sampai kat hospital kembali sekitar jam 1040 malam.
Selalunya time macam ni mak memang dah lena.
Hahahaha.
Tapi malam tu, tak ngantuk langsung.
Dalam otak ingat kat Ad.....
:(
Sekita di lobi kecemasan. Wajah Adham yang risau........


Dan lebih kurang 10 minit kami berempat di luar, ayah pun wassup.....
"Keajaiban telah berlaku. Ad kembali normal"
Alhamdulillah!! Syukur sangat.
Kata ayah, setelah several test by the specialist - test darah, appendic test yang ala2 yoga dan beberapa lagi, nampaknya punca utama so far Ad sakit perut bukanlah gara2 appendic.
Antara test ala2 yoga tu adalah kena melompat setempat..... pigeon post..... lunges etc.
Jika appendic betul2 memang automatic pesakit akan menjerit sebab tak leh tahan oooo.
Kata doktor, tonsil Ad bengkak....
So ada kewujudan bakteria kat situ dan mungkin telah menyerang limpa dan system usus.
Dan based on ujian darah, memang sel darah putih basophil ke apa ntah naik.
Dan jika ia naik, memang menunjukkan ada unsur2 parasit dalam badan.
Parasit di sini dirujuk kepada cacing!!!
Haaaaa yang tu agak pelik laaa
Anak mak mana main pasir tanah2 ni.
Heran btul la....
Huhuhu....

Doktor kata, kalau nak stay ward satu malam pun boleh....
Nak balik pun boleh.
Ayah yang busy dengan kerja opis pilih untuk pulang.
Jadi, pulanglah kami.
Hihihi.....
Doktor suh Ad completekan antibiotik 3 hari di rumah..... dan datang semula Isnin jam 1015 pagi untuk lihat perkembangan Ad.


Ad yang ngantuk.... Adham busy inteviu sahabat gaduhnya.... Ad sakit ke... Ad nangis ke? Ad sejuk ke.... Ad takut ke...? Hihihi.....


3 botol antibiotik...... satu ubat cacing yang kena amik esok dan 3 biji ubat selsema.


Kami sampai di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam....
Anak4 semua bergelimpangan tertidur dalam kereta kecik viva mak.
Hahaha......
Penat jugak !! Tapi lega sebab hati tak risau......
Alhamdulillah............
Terima kasih Ya Allah.

Dan pagi Jumaat ni, Ad tak ke sekolah kebangsaan.
Mungkin hanya pergi ke sekolah agama.
Anak2 yang lain sekolah macam biasa.....
Alhamdulillah.................



Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri 2014 Part 5.

Sabtu 4 Jan 2014.........
Subuh tu completelah sudah pengambilan antibiotik mak.
Begitu juga ayah.
Pagi2 kami dah bersoksek tentang nak balik umah.
Rasanya kami ni dah ok.
Sambung berehat di rumah la plak.......
Rindu kat anak4.
Huh.
Sekitar jam 10 pagi, kami dilawati oleh Dr Dennis.
Ensem o!! Hahahaha. Sangat bersopan plak tu.
:)
Dr Wan on leave. Jadi Dr Dennis terpaksa cover kerja Dr Wan hari ni.
Dan Alhamdulillah, kami boleh discharge.
Tapi kami kena attend follow up minggu depan.
Ayah dapat mc dua minggu.
Berita gembira ni diberitahu kat keluarga di rumah.
Nenek, aki dan mok ude sekeluarga nak pulang ke Terengganu jap lagi.
Tapi sebelum pulang, nak singgah kat hospital sebentar.
Mak chik sekeluarga pun ada sekali.
Opah dan anak4 tunggu di rumah je.
Dalam kol 12 lebih proses2 untuk discaj settle.
Adik beradik pakat2 tolong bawak barang.
Almaklumlah kami pun bukan sihat sangat lagi.
Bil yang dikenakan memang best!!
Ayah dalam 8k lebih. Mak plak 7k lebih.
Haaahahahaha............
Nasib lah kan.
Tapi Alhamdulillah semua ni dibayar oleh opis ayah.
Jadi ok la.
Kami sampai di rumah sekitar jam 2 petang.
Kami berehat depan tv @ tidoq bersama keluarga.....
Hilang rasa rindu!!
Maghrib tu, mak sembur nyamuk kat umah atas.
Harus lah sembur!!
Mak dan ayah fobia tahap gaban ooo.
Memang kami dah declare perang dengan nyamuk.
Ni mujur lah mak ayah yang kena.
Tak leh bayang kalau anak2 yang kena.....
Sian sangat!!
Settle menyembur Shieldtox langsung pening tahap kroniksss!!
Mak tak leh berdiri ..... semua lampu pusing..... bila baring pun kita rasa terbalik-balik...... dan lagi truk rasa nak muntah sangat!!
Mak dah jadi pening macam nyamuk yang disembur!!
Huhu.....
At last mak muntah jua.
Masa nak muntah tu azab jugak!!
Tengah muntah tu pun mak rasa mak dok tergolek2 di awangan.
Adoiiii aaaa.
Ayah yang tolong mak..... urut..... gosokkan belakang.
Ayah padamkan lampu bilik tidur dan suh mak tido.
Kata ayah, ni symptom vertigo.
Huh......
Mak memang tak de pengalaman pening gila macam ni.......
Truk rasa!! Pening pregnant pun tak truk. Huhu.
Sian kat anak4.
Malam tu depa tido dengan opah dan tok lagi sebab mak tak mampu nak bangun.
Tq my mama and abah.
Alhamdulillah, bangun esoknya pening kronik tu dah hilang.
Tapi tetap ada rasa sket2 lagi.
Menurut sahabat mak yang pernah kena denggi, rasa pening @ weng ni akan hilang selepas 2 minggu.
Wahhhhhh.......
Maka bersabarlah.
Hari ni genap 2 minggu mak dan ayah discharge sepital.
Alhamdulillah sihat sudah.
Alhamdulillah.
Semoga catatan mak hari ni dapat memberi info berguna pada mereka yang memerlukan.
Masa mak ayah demam denggi hari tu, blog blogger2 lah yang banyak membantu kami memahami apa itu denggi.
Pengalaman hari tu memang tak dapat kami lupakan.......
Nanti2 mak story apa tindakan mak dan ayah sesudah denggi.
Ok da daaaa.

Sekian...............


Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri + Kencing Tikus 2014 Part 4.

 
Hari keempat di bilik 655 Ward Sapphire ............
Jumaat 3 Jan 2014
 
Hari2 termenung di tingkap wad...
Dalam hati akan bertanya bila nak sihat.... bila boleh discharge..... apa cerita anak4.... bla bla bla.......
 
Macam biasa pagi2 amik darah lagi......
Huhu.... Lebam tangan tak payah cer ok.
Air pun masih di drip lagi.
 
Pagi tu, mak banyak bercakap ngan nenek.
Macam2 la kami cerita.
Hilang rasa risau akan sakit mak .......
 
Tengahari tu Dr Wan melawat lagi.....
Alhamdulillah katanya ayah semakin sembuh.
Doktor dah arahkan untuk buka drip.
Dan kejap lagi, ayah akan keluar icu dan kembali ke wad ni.
Happynya mak!!
Platlet ayah dah naik.....
Dan naik banyak berbanding mak........
Wah.....
Mak naik..... tapi agak slow.
Doktor kata tu normal......
Jadi tak perlulah risau.
Tapi..........
Ada penyakit baru plak!! Report baru keluar pagi tu.
Mak sebenarnya ada kencing tikus!! Arghhhhhhh
Trus pening pas dengar tuh.
Lagi pening, Dr kata bacaan hati mak masih tak cantik lagi..........
Doktor kata, antara hikmah di sebalik demam denggi adalah mak tahu yang mak ada kencing tikus dalam badan.
Dan Alhamdulillah ia di peringkat awal dan boleh diubati dengan antibiotik.
Uhukkkkk.!!
 
Dalam otak trus berfikir macam2......
Aaaaa sudah, tak balik lah aku!! Macam mana dapat ni? Ajal nak jemput aku kah macam Din Beramboi dolu? Bla bla bla.......
Macam2 persoalan !!
Jadi, drip memang tak dapat dicabut lagi.
Sebab mak perlu completedkan antibiotik sehingga esok.
Tiba2 rasa stresss.
Uwaaaaaaa.
 
Aki yang dihantar pak ude datang ke hospital tengahari tu.
Aki dan nenek temankan kami berdua di ward.
Malam tu mak chik sekeluarga datang menjemput nenek dan aki pulang ke rumah mak.
Tapi satu hal sebelum mereka pulang............
 
Mangrib tu tiba2 nurse masuk ke bilik dan kata ayah perlu di drip antibiotik lain plak.
Sebab......
Darah putih ayah naik overshoot dari paras normal.
Jika overshoot, ada tendency yang ada jangkitan kuman dalam badan.
Jadi, darah ayah kena diambil 2 botol untuk tahu macam mana tindak balas darah ayah dan antibiotik.
Ada la besar sos nandos kecil. Huhu....
Dan yang kesiannya, tangan ayah kena dimasukkan drip kembali.
Nampak sangat tersiksa dan sakit.
Sebab tangan ayah memang payah nak cari urat.
Huhuhu.....
Time tu ayah memang nampak sangat gagal mengawal emosi.
Mungkin dia rasa sedih dan sakit tak selesa dicucuk dan amik darah lagi dan lagi.
Dan mungkin dia rasa sedih sebab esok mungkin tak dapat discharge lagi.
Kali ni antibiotik Meropenem digunakan.
Lagi sekali akan dimasukkan subuh nanti.
 
Usai hal tu, kami pun siap2 untuk tidur.
Sebelum tido, kami tetap berdoa moga ada berita baik esok hari.....
Insyaallah.
Mmmmm nak balik..... nak balik.......

 


Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri 2014 Part 3

 
Busynya Sabtu dan Ahad...... !!
Busy dengan koje dobi.... kemas dan macam2 lagi.
Huh.
 
Ok, sambung balik kisah denggi :)
Ni kisah hari Khamis 2 Januari 2014.
Hari ni hari pertama persekolahan sessi tahun ni.
Dan.......
Semua anak3 mak masih tak mulakan persekolahan gara2 mak ayah yang sakit ni.
Ayah dah beritahu semua sekolah yang berkenaan tentang hal ni.
Huhu....
 
Pagi2 jam 6 pagi Subuh, macam biasa nurse akan masuk cek suhu, amik darah dan bagi drip ubat antibiotik.
Antibiotik yang di on dalam badan mak ni namanya Rosephin.
Setel tu langsung mak kena early breakfast.... sebab jap lagi kena puasa 4 jam.
Mak nak kena x ray dan scan.....
Pagi tu bekpes mak sangat simple.....
Sekut 4 segi dan milo panas je.
Ahaaaa tak lupa juga, jus betik untuk naikkan platlet kembali.
Hati berdebar-debar ya Rabbi!!
Tapi, tak de la mak dok bebel bagai. Mak lebih cenderung kurang bercakap......
Huhu.....
 
Keluarga dari Jerteh otw ke hospital tempat kami menginap ni.......
Moga kehadiran keluarga tersayang sedikit sebanyak meredakan gundah hati kami berdua.
 
Ok....
Hari tu adalah hari ketujuh sejak mak demam.
Kata doctor, hari ketujuh demam adalah hari recovery dari demam denggi.
Alhamdulillah mak memang dah tunjuk sign2 positif.  
Antaranya demam mak dah beransur kebah.
Sejak malam tadi, suhu badan mak naik sket2 je.
Badan mak dah naik bintat2 merah.
Lagi jelas jika ke toilet; di bawah lampu oren toilet tu..... ahaaaaa lagi la nampak.
Bukan tu jek ok.
Tapak tangan sangat le miangnya.
Kulit satu badan sangat lembut macam bayi.
Jangan Tanya kenapa......
Sebab....
Mak tak tahu alasan kedoktoran dari gejala denggi ni.....
^_^
 
Tentang ayah plak......
Ayah plak, hari tu adalah hari keenam.
Maksudnya, hari ni adalah hari klimaks denggi buat ayah.
Kenapa mak panggil hari klimaks?
Hari keenam adalah hari yang selalunya platlet kita jatuh sejatuh2nya.
Dan hari ni kalau tak kena gaya, macam2 boleh jadi.
Jadi, berdoalah banyak2 moga keadaan tak semakin truk.
 
Dalam jam 10 pagi tu, mak pun disorong ke bilik xray dan scan.
Pes time ooo mak dok atas keter sorong tuh !! Hahahaha.
Mak tak leh berdiri lama2 sangat sebab ada rasa pening.
Dengan kata lain, hilang imbangan badan.
Huh.
Dari wad turun ke bilik xray ni, macam2 yang mak fikir dalam otak.
Eh paru2 ni memang bocor ke..... bla bla bla bla bla....
Hanya zikir dalam hati moga yang baik2 aje di dengar pas ni.
Setel xray, scan plak.
Sementara menunggu doctor yang incharge menscan datang, mak sempat jugak seek info dari nurse bertugas.
Kenapa kena scan?
Nurse tu macam pick up je mak takut... risau....
Dia kata, tak de apa.... hanya nak tengok denggi ni ada kesan buruk kat hati, perut dan buang pinggang mak tak....
Tu jek.
Dan hasilnya, Alhamdulillah normal semuanya.
Dalam 10 minit kemudian, mak pun disorong ke wad kembali dengan rasa yang lebih tenang.....
Alhamdulillah.
 
Jam 12 lebih tengahari,
Dr Wan pun datang melawat......
Platlet mak statik.... tapi disebabkan sel darah putih dah naik, Insyaallah platlet pun akan naik tak lama lagi.
Hasil scan dan xray juga ok.
Tentang bintat2 badan ni, katanya ni sign yang mak memang dah recovery phase......
Jadi tak perlu risau.
Cuma teruskan minum air dan makan.
Ok lega.....
 
Tapi, ayah...........
Platlet ayah drop sehingga 32.... darah pekat walaupun ayah minum air banyak dan ayah masih demam.
Dr Wan arahkan ayah dipindahkan ke wad icu.
Huhu....
Melihatkan keadaan ayah, masih bertenaga memang buat mak heran jugak la.
Tapi disebabkan doctor dah arahkan begitu, jadi redho jek la.
Kata nurse bertugas, Dr Wan memang extra precaution.
Perkara2 yang ada kemungkinan berlaku, sebolehnya dielakkan.
Jadi, masuk la icu untuk dimonitor dengan rapi.
Sedih rasa!
 
Dalam jam 230 petang, ayah dipindahkan ke wad icu.
Tinggallah mak sorang2 di wad tu.
Tak lama kemudian, nenek dan aki pun sampai.....
Nenek yang risau trus melawat anaknya di icu.
Sekitar jam 3 lebih petang barulah melawat mak di tingkat 6.
Dari cerita nenek dan aki, nampaknya mereka kini lebih bertenang.
Kebetulan time nenek dan aki sampai kat icu wad tu Dr Wan ada.
Jadi Dr Wan dah ceritakan keadaan ayah secara terperinci.
Tak sekronik yang dalam bayangan mereka.
Mak cabut drip tangan mak sekejap dan melawat ayah dalam kol 5 tu.
Nenek teman sebab keadaan mak yang masih pening tu memang sepatutnya tak leh jalan2.
Tapi mak nak pi tengok jugak.
 
 
Wajah menten ceria ok. Punya la banyak wayar2. Huhu. Sian tengok ayah. Dah la sejuk! Dia demam plak. Mujurlah dia tabah orangnya.
 
 
Dalam wad icu ni, rasanya ayah la yang paling segar sekali.
Sebelah ayah stroke.
Ada jugak denggi dalam icu ni. Lagi worse dia tu disahkan ada kencing tikus jugak.
Huh.
Selesai cakap2 ngan ayah, mak pun pulang ke wad..
 
Malam tu, katil ayah kosong.
Mak ditemani nenek aka mak mertua mak.
Jadi tak la riso sangat.
Hahaaha.....
Hospital kan terkenal dengan kisah yang macam2.
Ngeee.....
 
Aki dan mak ude sekeluarga pulang ke umah mak.
Dapatlah mereka berjumpa dengan anak4 mak.
 
Malam tu, mak tidok lena betul.
Tak tahu la mak berdengkur ke idak.
Nasib la.
Hahahaha......
 
 

Friday, January 17, 2014

Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri 2014 Part 2.

 
Ok sambung balik.......
 
Dalam wad tak de benda lain....
Amik darah.... cek suhu badan setiap 4 jam.... drip air berbotol2....
Rasanya ada dalam 20 botol jugak dari day 1 hingga ke day 4. 
Sekali sehari di subuh hari kena inject antibiotic.
Pasrah jek la.
 
Doktor Wan hari2 pesan...
Tolong paksa diri makan.
Selagi kita makan dan minum Insyaallah kuman denggi dalam badan akan kalah.
Jadi, kami suami isteri saling memberi semangat untuk makan.
Tak de istilah kira kalori saat ni....
Makan lagi dan lagi.....
Ikutkan, memang tak lalu.
Cuma paksa makan untuk sihat.
Minum memang berliter2.....
Hehehe....
 
2nd day warded, platlet kian drop.
Pasrah je.....
Dalam kol 10, BFF mak Aida dan Hashim datang melawat.
Macam2 dibawaknya.
Ada jus oren, sekut, kiwi dan yang paling penting jus betik.
Macam2 yang kami bincang..... kebetulan Aida pun pernah kena denggi lebih kurang dua bulan yang lalu.
Thanks my frens....
Bakti korang memang kami kenang sampai bila2.
Jus betik korang tu memang banyak jasanya.
Syukran jazilan!
 
 
Sejam kemudian, anak4 mak datang dengan opah dan tok.
Anak4 takut tengok mak dan ayah kena drip..... Huh
Mak sayu sangat time tu.
Tapi memang kutahan jua.
Adalah sejam lebih depa kat ward tu. Macam2 aksi ada. Main tv ward, main panjat katil.... tinggikan katil... rendahkan katil. Hahaha.... layan jek.
Kebetulan time tu doktor datang melawat time tu.
Apa lagi....
Doktor pun bagi laporan bacaan darah la... hati la.....
Hohoho......
Platlet memang makin turun.....
Lagi truk, doktor kata ada kebocoran berlaku dalam paru2. Walaupun tu biasa berlaku jika denggi, tapi mak tetap risau jugak!!
Then paras bacaan hati mak tak ok.
Ada macam bengkak sket.... lebih kurang gitu la ayatnya!!
Puncanya hati tu bengkak sebab terlampau makan ubat demam dan supplement2 sebelum ni.
Uwaaaaa mak sangat risau!! Langsung rasa pening dan bisu tak bercakap.
Huh.
Jadi, doktor stop segala ubat demam untuk mak supaya hati dapat berehat.
Kalau rasa nak demam, banyak2kan mandi.
Jadi esok mak kena x ray dan scan hati, buah pinggang dan perut.
Hukhuk.
 
Ayah tak de apa.....
Tapi....
Platlet ayah jatuh lagi merudum dari mak.
Tu yang agak merisaukan.
Jika jatuh lagi.... memang esok ayah pindah ke icu.
Mak speechless.....
Macam2 dok mikir.....
Uwaaaaaaaaaaaaaa.
 
Mendengarkan tu..... opah dan tok tahu yang mak dan ayah makin risau.
Jadi, mereka pun pulang dahulu supaya kami dapat berehat.
Sayu rasa tengok anak4 pulang......
Apakan daya.....
Mak dan ayah perlu sembuh......
:(
:(
 
Report doktor tadi, langsung mak update ke wassup anak beranak Jerteh.
Mmmm risau nenek dan aki di kampung nun!!
Lagi nenek risau bila ayah mohon nenek dan aki solat hajat dan baca yassin kat kami.
Huhu....
Lewat malam tu, kami dikhabarkan yang mok ude sekeluarga dan nenek aki akan turun KL melawat.
Sebelum tido mak doa moga esok ada berita yang baik2 je......
Huhuhu.....
 
 Okey, nanti sambung lagi :)
 
 


Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri 2014 PART 1

 
Alhamdulillah mak masih bernafas di bumi Allah ..........
Lamanya tak update!!
Bukan tak de cerita... Tapi macam biasa la; malas nak type... karang.
Hahaha!!
 
Terlewat kah untuk ucapkan selamat tahun baru?
Dah 17 hari dah......
Pembukaan awal tahun ni, mak sekeluarga menyambutnya dengan kelam kabut.
Mak dan ayah admitted sepital gara2 dengue.
Hohoho.....
 
Mak sakit dan rasa tak okey sejak 24 /12 lagi.
Ingatkan sakit2 badan tu normal.... kebetulan mak nak mai period.
Cuma sakit lenguh kali ni, agak teruk especially di bahagian pinggang!! Sakit betul!!
Mak siap booking tukang urut..... siap tepon tukang bekam....
Dengan harapan reda la sket sakit badan ni.....
Tapi semuanya cancel bila kemuncak sakit tu tiba; Mak demam!
Mak pergi klinik kat belakang umah ni je.....
Makan lah ubat yang doctor bagi tu.... tapi, paracetamol pun amik masa nak kebah.
Dan ada hari yang tak tahan, memang mak telan panadol extent jugak!!
Gigil2 macam mat gian tak dapat tutttt.
Huhuhu.....
Bukan demam sepanjang masa ok.
Mak akan mula demam menjelang malam dan subuh.
Waktu2 lain, sihat ok. Siap boleh gonyoh jamban lagi! Jalan2..... dan macam2 aktiviti.
Selera makan memang hilang la.
Masa tu pun, mak dah syak yang mak ni kena denggi sebab memang lain macam jek.
Kebetulan lorong umah mak ni dah 3 orang yang denggi....
Mmmm lagi la terasa2!!
 
  
 
 
Setelah completed antibiotik klinik belakang tu; dan malangnya demam masih tak ok, at last ayah ajak mak ke klinik Dinar di Subang Perdana yang boleh buat dengue blood test - platlet count.
3 hari mengulang klinik tu.....
Opah dan tok telah mak panggil ke mari.
Mak memang rasa penyudahnya mak akan kena admit sepital je.
Mujurlah, opah dan tok tak busy.
Boleh la tengok2kan cucu4 sementara mak dan ayah tak sihat.
 
Hasil check up di klinik Dinar tu.....  
Bacaan platlet mak 159 untuk hari pertama dan kian turun hinggalah 72 pada 31/12!!
Ayah pun buat jugak ok.
Ayah ngadu sakit2 badan..... ada jugak demam... tapi dia kuat dan tak ngadu.
Mungkin sebab tak nak mak riso.
Mak memang tak larat dah.
Bacaan platlet ayah mula2 cek tu 206..... tapi beberapa hari later, bacaan dia 90++.
Dan akhirnya, Dr klinik tu bagi kami reference letter....
Kami pilih Tropicana Medical Centre sebab hanya hospital tu je anak sulung mak hafal selok belok jalan.
Boleh la dia guide opah tok masa nak visit kami nanti.
Sebenarnya, demam denggi tak semestinya wajib akan admit hospital ya.
Akan kena admit bila platlet cecah < 100 dan keadaan pesakit nampak lemah.....
Dan lagi, demam denggi memang tak de ubat spesifik lagi.
Huhu....
 
Dari klinik langsung trus ke hospital.
Memang dah bawak beg siap2.
Sampai di hospital sekitar jam 10 lebih pagi.....
Kami jumpa doctor sekitar jam 1 tengahari.
Tu baru jumpa doktor ok.
Blom warded lagi....
Punca lambat sebab kami admit guna insurans @ gl. Jika paid by cash, sat je....
Huhu.....
 
Time menunggu tu memang sabo je la.
Tapi sebab kami tak larat, jadi kami memang menunggu dengan pasrah tanpa komplen apa2.
Cuma kerana waktu menunggu yang agak lama, mak yang tak larat tu memang tak teragak-agak untuk bantai tidok atas kusi menunggu tu.
Bukan tidok duduk ok.
Tidok baring trus!!
Lantak le nak kata apa.....
Mak demam... tak makan... rasa nak muntah....
Yang mak tahu... mak nak tido.
Hahahaha....
Ayah tetap sabar... tetap nampak kuat....
Tapi, mata dan muka ayah merah menyala ok.
Ayah memang tahan rasa tak larat dia.
Huhu....
 
Kami jumpa Dr Wan.
Dr dari Alor Star ni memang ramah dan penuh info.
Katanya ni kes pertama dia, suami isteri yang sehati sejiwa.....
Denggi sama2.
Hahahaha......
Dan bila ditanya kami dari mana? Langsung Dr kata, kawasan umah kami ni memang kawasan panas denggi.
Huh. Sebabnya kawasan ni masih under construction.
Cuaca hujan panas memang time yang baik buat nyamuk2 membiak.
Huhu.....
Sewaktu consultation tu, Dr Wan menerangkan macam mana perjalanan denggi ni.....
Menurut dia, demam denggi amik masa 7 hari.
Paling kronik adalah hari keenam.
Huhu....
Dan dikatakan esok lusa platlet kami akan lebih jatuh dan kritikal.....
Huhu.... berdebar rasa!!
Ayah ada tekanan darah yang sangat rendah.
Memang boleh tumbang!! Tapi sebab ayah kuat semangat.... dia masih bertahan.
Ayah kena drip di wad kecemasan hingga 4 petang.
Dan mak menunggu di waiting room.
Huhu.... sempat la lelap dua tiga round!!
Mak kena kejut dek nurse emergency room atas arahan ayah.
Huhuhu...
Ayah risau sebab mak tak lunch lagi. Duit dan beg semua kat ayah.
Mmmm tapi tu la. Mak memang tak lapo ok.
Yang mak tahu....
Nak tidok ... tidok....
:)
 
 
Bersiaran dari emergency room. Ayah masih tersenyum... Tapi mak tahu, deep heart dia serabut.... risau.... etc. Kenapa mak snap pic ni? Mak memang serabut tepon ayah asik email masuk dari collegue dia. Tak cukup dengan email.... vibe ... wassup. Kebetulan tepon dia mak pegang, jadi, mak snap gmbar dan update collegue ayah tu. Haaaa terkojut depa!! Rupanya ayah tak inform yang dia tak feeling well. No wonder la. Pastu baru senyap. Hihihi.....
 
 
Mak ni bila tengok ayah kena drip kat wad kecemasan macam ni langsung kurang rasa sakit.
Mungkin sebab nak bagi ayah semangat dan tak risau tentang mak.....
Ayah keep asking mak, bini ok ke? ok tak? ok tak?
Hihihi
Lagi satu sebab, mungkin mak dah tido beberapa round.
Tu la pasal!
 
Around jam 5 petang, kami pun masuk ward.
Bilik 655.....
Wad yang sama suami isteri.
Maka bermalam tahun baru lah kami bersama di hospital........
Hanimun 2014  ^_^
Masuk je wad, apa lagi...... start la amik darah.... cek suhu..... sukat air kencing.... minum air banyak2....sukat jumlah air yang kita minum.....  bangkit kencing setiap jam..... pergi toilet dengan bawak drip air tuh ok.......  bla bla bla......
 
 
 
 
Dan ni adik ipar datang. Dia sekeluarga adalah tetamu pertama kami..... :) Masih boleh senyum2...... hahahaha........
 
 
Ok la.... sambung malam karang plak kisah denggi ni.
Mak nak masak lunch :)
Da daaaaaa
 


 
 


Sunday, March 17, 2013

Sakit Seminggu......

 
Genap seminggu tak jot down apa2.....
Tiada apa yang menarik berlaku.... sekadar rutin harian yang sentiasa tiada hujungnya.
 
Ke mana mak menghilang seminggu ini?
Tak ke mana pun :)
Mak ada hibernate dalam rumah.....
Family mak sakit silih berganti.
Bermula dengan Sarah Awatif..... then ayah....then mak.... then Sarah Aisyah dan Syawal Adham.
Alhamdulillah Azhad kuat.
Hanya dia seorang yang terselamat dari virus sakit tekak, batuk dan demam ini.....
Dua orang anak mak - Aisyah dan Adham kena nebulizer.....
Huh!!
Nasib baik terkawal....
Kalau tak, memang kena admit hospital juga rasanya.....
 
 
Ubat ayah ..... Mak tak pi klinik pun. Mak pakai ubat ayah je :) Sebab peyakit kami lebih kurang.
 

Ubat anak-anak..... Ubat batuk hurix tu emak punya :)
 
 
Usah mengeluh bila Allah uji kita dengan kesakitan......
Tapi bersyukurlah kerana Allah pilih kita untuk diberi pahala percuma pada kita.
Alhamdulillah.....
Yang penting kita redho .....
In shaa Allah segalanya akan kembali baik seperti biasa.
Aaaa lagi satu........
Kita sakit bukan kerana tak makan supplement!
Tapi sakitnya kita adalah atas kehendak Allah....
Apabila ia atas kehendak Allah, tiada apa pun yang dapat melawan...
Maka redho dan beristighfar .... moga pahala milik kita.
 
Dan petang ini,
Mak rasa anak mak semua dah sihat, Alhamdulillah....
Jadi sesudah solat asar, kami pun melepak di space u8.
Kesian plak anak4 mak tak keluar ke mana2......
Jadi mak suruh ayah belanja anak4 mak main di sana....
Bukan main seronoknya la hai :)
Melayang duit ayah rm15 petang ni.
Hihi....
Nasib lah.
 

Awatif dan Adham.


 


Aisyah :)


 
Esok dah kembali ke sekolah....
Kena semangat lah....
Esok adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula......
Yahoooo!!!
Ke manakah kami cuti kali ini???
Rahsia :)
 
Ok la..... jom tido...
Esok sekolah :)
Daa daaaaa......
 


Wednesday, October 3, 2012

Sarah Aisyah warded last week....


Ni memang tabiat mak Ila okey.... 
Tenggelam lalu timbul. 
Hahahaha..... 

Dalam waktu terdekat ni ... macam2 yang jadi. 
Ada kisah sedih dan kisah gembira.... 

27/9 yang lepas, anak mak Sarah Aisyah kena warded gara2 semput.
Ni insiden pertama buat dia. 
Kalau tengok dia tu, macam tak caya je nak kena warded bagai. Dia menten cergas bermain. 
Cuma merengek jek la sikit. Plus perut yang turun naik apabila bernafas.


Ni aksi kali pertama Sarah Aisyah kena neb. Meroyan tahap hebat!!! Tak makan pujukan. Glamor la kejap. Badan dikeraskan.... Menolak-nolak badan!! Dan paling tak leh tahan, lagi ado nama dia panggil --- ad, kakak, kodek, mama, opah!!!! Hihihi. Mintak tolong gamaknya eh.                  


Asalnya dia selsema biasa jek. 
 Then  jadi batuk plak. 
Mmmm bila jadi batuk, haruslah ada kahak. 
Budak2 kan memang tak reti buang kahak. 
Ditambahkan lagi, maknya ada asthma juga, aiiii langsung kena sempot jugak la si Sarah Aisyah ini. 
Sian jugak..... 
Kata doktor pakar Tropicana Medical Centre itu - Dr Anushree, paru2 anak mak ada infection. Owhhhh serius terkejut. 
Dalam masa yang sama, macam2 la mak fikir. Infection dari apa? Mak hari2 vakum umah jugak.... Habuk dari jiran sebelah yang sedang reno umah ke? Wallahu'alam. 
Tapi itu andaian doktor jek.

Kat hospital, anak mak akan diberi neb gas setiap 4 jam. 
Tak lupa jugak neb prevention dan ubat. 
 Alhamdulillah hasilnya at last dalam masa 24 jam dia disahkan stabil. 
Dan dia pun dah tak takut dengan mesin nebulizer itu. 
Siap nak pegang sendiri lagi... 
Hihihi.... 
Servis hospital ni memang tip top. 
Makanan pun sedap2. Ekekeke.... 
Makanan bukan sahaja dijamu buat pesakit, bahkan buat penjaganya juga. 
Aiiishh mak yang kebetulan baru memulakan misi diet kembali, langsung ngelat la. 
Tak makan kang membazir kan? :)) 
Jadi mak pun makan..... 
Hahahaha. 


Aksi Sarah Aisyah sepanjang dok di hopital. Bila sihat sket, mula la aktif balik.... huhu. Kebetulan bilik kami tu berhadapan dengan playground nurseri. Aishhh asik nak ke situ jek la pun!! 


Ni waktu nak buat payment. Hikmah di sebalik ayah tak berhenti Malakoff, ni lah dia. Kalau tak, jenuh jugak la nak bayar. Pengubatan kami di hospital ni memang menggunakan benefit ofis ayah. Bil 24 jam warded adalah sekitar seribu lebih jugak. Huh. Tak pe, janji baik anak.... 


Walaupun dah balik, mak menten kena rawat Sarah Aisyah seperti yang diarahkan. 
Harap, insiden ni tak berulang kembali..... 
Serius hidup kami sekeluarga sedikit kelam kabut bila ada yang sakit macam ni. 
Mujur suami boleh cuti. 
Dia la yang menguruskan anak yang sekolah sepanjang mak meneman Aisyah di hospital. 
Bila huru hara macam ni, terasa jugak senangnya jika ada maid. Hihihi..... 
Time tu jek la mak rasa ok... time lain tak pasti la lagik. Hahaha. 
Mak kena bawak Sarah Aisyah follow up check up Isnin depan... 
Harap semuanya ok la hendaknya. 
Amin.

Tu jek la nak cakap.... 
Malam nanti mak jot down citer gembira plak. 
Da da..... 


Friday, July 30, 2010

Serangan Ekzema @ Eczema

Sayunya hati aku ini .....
Anak sulung aku Ad terkena serangan ekzema kronik sejak sebulan lebih ini .....
Mmmm asalnya ruam2 biasa di celah pelipat lutut dan tangan.
Alih2 ekzema itu benar2 mengganas....
Dan akibatnya Ad sangat menderita!!
Tak boleh panas, tak boleh terlalu kering kulitnya....
Pendek kata kulitnya perlukan jagaan manja dan rapi kini.
Pakar kulit udah diterjah....klinik biasa lagi laaa berkali-kali...
Tapi hasilnya zero!!
Huhuhu.....


Ekzema ni berpunca dari darah.
Ia tak berjangkit macam kudis buta tu.
Cuma pesakit memang akan gatal yang teramat sangat especially jika berpeluh2.
Ekzema ni penyakit genetik sebenarnya.
Lebih2 lagi jika parents tu ada asthma dan resdung lagi laa berpotensi ada kids yang ada ekzema.
Haaa aku ada asthma....
Hubby ada resdung kronik.....
Harus laa ek.
DAN ...........
Aku kesalkan puncanya.....
Antara puncanya adalah kegagalan aku breastfeed anakku si Azhad ni laaa
Maka sakit ekzemanya ini sangat liat nak ilang dari badannya itu.
Yer laa antibodi tak kuat gara2 zat susu ibu yang kuat tak cukup dalam badannya.
Pernah semasa usianya 4 bulan....
Aku ke klinik bayi di Jerteh Terengganu gara2 ruam pipi Azhad yang payah nak hilang.
Aii masuk2 bilik DR tu trus dia kata...ni penyakit budak tak susu ibu lah ni!!
DR tu very Islamic actually....
Jadinya, aku siap diberi tazkirah agama betapa pemberian susu ibu dititikberatkan dalam Al Quran....
Dan hanya kita yang tidak sedar dan tahu .......!!
Walhal apa yang terbaik untuk bayi itu,
Amat mudah diberi .....
SUSU IBU!!
Mengingatkan peristiwa itu..... ,
Aku memang berazam akan breastfeed semua anak2 aku ekslusif....
Tader istilah campur sudah!!
Dan hasilnya .....
Tiga anak ku yang "nenen"....
BEBAS SAKIT KULIT @ EKZEMA!!


Kata para DR yang kami refer, ekzema boleh hilang ketika usia kian meningkat....
Tapi terpulang pada antibodi orang tu jugak laa....
Mmm kalaulah aku breastfeed Azhad dulu sepenuhnya pastinya dia mampu melawan.
Ni sebab susu tin yang lebih....jadi amik masa lah jugak proses pemulihannya ini.
VERY SLOW!!
MENYESAL SUNGGUH!! ARGHHH!!


Sejak keadaan anakku ini kronik....
Aku very particular akan makanan yang diambil.....
Hal rumah pun kena amik berat!!
No dust .....
Carpet kena vakum everyday .....
Mmmm agak letih laa jugak.....
Tapi dari ia kian melarat .... jadi buat aje.
Ikan selar, kembung etc tak leh makan....
Haii pendek kata nak ikan mahal2 jek
Aduhaiiii
Nasib baik laa si Giant tu suka buat offer ikan2 mahal ni .....
Kalau tak kopak jugak eh!!
Sabun mandi tak boleh sembarangan...
Perlu pakai sabun yang kaya dengan pelembap....
Eucerin, Rosken, Sebamed, polytar ...
Tu antara yang sesuai untuk ekzema.
Huh kesimpulannya pesakit ekzema memang higly maintenance,
Perlu lebih pada cara nak prevent dari cure!
Tak kisah...janji anakku tak derita.
Sayu!!!


Satu usaha lagi aku tak try ....
Dikhabarkan oleh sepupu...
Ada satu klinik pakar kulit di Kuala Kangsar yang bagus untuk ekzema ni.
Doktor itu doktor veteran....
Klinik pun ala2 70 an gitu....hahaha....
Tapi ramai jugak pesakit dari luar Perak yang datang...
Dan ramai jugak yang ok....
Teruja mendengarkan itu....
Next time balik umah mama, boleh laa pergi.
Hari tu dah pi.....
Tapi klinik tu tutup plak aihh.
Tak de rezki kata orang......


Anyone ada petua atau experience hope leh share dengan aku....
Pening, risau, sedih laaa
Pabila lihat anakku yang kulit sebersih kulit hero Thailand bertukar merah2 begini....
Kalau perempuan, harus kurang value hantaran kahwinnya....
Hahahaha.....
Apa yang jadi pasti ada hikmahnya...
Harap kronik kali ni tapi esok okey trus....
Kasi kuar habis-habis.......
Insyaallah!!!
Ni gambar keadaan Azhad....
Kronik kan.....



Tangan kanan......

Kaki kanan.....

Kaki kiri .....


Kena tidur macam ni tau untuk elak dia garu kronik!! Sedih aku tengok.