AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Wednesday, October 3, 2012

Sarah Aisyah warded last week....


Ni memang tabiat mak Ila okey.... 
Tenggelam lalu timbul. 
Hahahaha..... 

Dalam waktu terdekat ni ... macam2 yang jadi. 
Ada kisah sedih dan kisah gembira.... 

27/9 yang lepas, anak mak Sarah Aisyah kena warded gara2 semput.
Ni insiden pertama buat dia. 
Kalau tengok dia tu, macam tak caya je nak kena warded bagai. Dia menten cergas bermain. 
Cuma merengek jek la sikit. Plus perut yang turun naik apabila bernafas.


Ni aksi kali pertama Sarah Aisyah kena neb. Meroyan tahap hebat!!! Tak makan pujukan. Glamor la kejap. Badan dikeraskan.... Menolak-nolak badan!! Dan paling tak leh tahan, lagi ado nama dia panggil --- ad, kakak, kodek, mama, opah!!!! Hihihi. Mintak tolong gamaknya eh.                  


Asalnya dia selsema biasa jek. 
 Then  jadi batuk plak. 
Mmmm bila jadi batuk, haruslah ada kahak. 
Budak2 kan memang tak reti buang kahak. 
Ditambahkan lagi, maknya ada asthma juga, aiiii langsung kena sempot jugak la si Sarah Aisyah ini. 
Sian jugak..... 
Kata doktor pakar Tropicana Medical Centre itu - Dr Anushree, paru2 anak mak ada infection. Owhhhh serius terkejut. 
Dalam masa yang sama, macam2 la mak fikir. Infection dari apa? Mak hari2 vakum umah jugak.... Habuk dari jiran sebelah yang sedang reno umah ke? Wallahu'alam. 
Tapi itu andaian doktor jek.

Kat hospital, anak mak akan diberi neb gas setiap 4 jam. 
Tak lupa jugak neb prevention dan ubat. 
 Alhamdulillah hasilnya at last dalam masa 24 jam dia disahkan stabil. 
Dan dia pun dah tak takut dengan mesin nebulizer itu. 
Siap nak pegang sendiri lagi... 
Hihihi.... 
Servis hospital ni memang tip top. 
Makanan pun sedap2. Ekekeke.... 
Makanan bukan sahaja dijamu buat pesakit, bahkan buat penjaganya juga. 
Aiiishh mak yang kebetulan baru memulakan misi diet kembali, langsung ngelat la. 
Tak makan kang membazir kan? :)) 
Jadi mak pun makan..... 
Hahahaha. 


Aksi Sarah Aisyah sepanjang dok di hopital. Bila sihat sket, mula la aktif balik.... huhu. Kebetulan bilik kami tu berhadapan dengan playground nurseri. Aishhh asik nak ke situ jek la pun!! 


Ni waktu nak buat payment. Hikmah di sebalik ayah tak berhenti Malakoff, ni lah dia. Kalau tak, jenuh jugak la nak bayar. Pengubatan kami di hospital ni memang menggunakan benefit ofis ayah. Bil 24 jam warded adalah sekitar seribu lebih jugak. Huh. Tak pe, janji baik anak.... 


Walaupun dah balik, mak menten kena rawat Sarah Aisyah seperti yang diarahkan. 
Harap, insiden ni tak berulang kembali..... 
Serius hidup kami sekeluarga sedikit kelam kabut bila ada yang sakit macam ni. 
Mujur suami boleh cuti. 
Dia la yang menguruskan anak yang sekolah sepanjang mak meneman Aisyah di hospital. 
Bila huru hara macam ni, terasa jugak senangnya jika ada maid. Hihihi..... 
Time tu jek la mak rasa ok... time lain tak pasti la lagik. Hahaha. 
Mak kena bawak Sarah Aisyah follow up check up Isnin depan... 
Harap semuanya ok la hendaknya. 
Amin.

Tu jek la nak cakap.... 
Malam nanti mak jot down citer gembira plak. 
Da da..... 


2 comments:

  1. ila, nak menunggu anak2 besar macam tu lah kan... semoga cepat sihat dan semoga sabar

    ReplyDelete
  2. klo anak2 sakit kita sbg mak mmg tk lena nk tido kn... risau sesgt....

    http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/

    ReplyDelete