AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, December 30, 2012

Come back Quick Update & Opah Meninggal :((

 
 
Masya Allah...... 2 bulan lebih tak update blog!!
Sibuk apa ke jadahnya wallahu'alam :)
Bila main facebook banyak2, blog selalu dilupakan....
Begitu lah ceritanya!!
Konpem blog mak kehilangan peminat dan followers....
Asik tenggelam timbul tak sudah2 hihihi....
Tapi mak ni ado peminat ke??
 
*
*
*
 
Haaaa lain kan ayat awal kalam mak kali ni .... :)
Selalunya, typical ayat pembuka bicara bila blog lama tak berupdate ---- blog bersawang.... blog berdebu bla bla bla ... hihi.

 
Okey hari ni sebelum 2012 berakhir, mak nak update blog la.
Tak dapat la nak jot down segala kisah, cukup sekadar kisah2 penting yang latest.
Tapi sebelum tu, mak nak "menunjuk sket".... hahahaha!!! Aci tak??
Layanz jek ok ....

 
Alhamdulillah hampir dua minggu sudah mak bersiaran dengan lappy baru.
Tq to ayah yang sponsor lappy stellite buat mak.
So lepas ni, memang tak de alasan nak tension dek lappy hang la apa la.....
Lappy baru pastinya semuanya lancer, laju dan smooth :)
Alhamdulillah.

 
Okey, kembali kepada cerita sebenar yang nak disampaikan.....
Pada 27 Disember yang lepas, opah mak meninggal dunia.
Mak pernah jot down kisah dia tahun lepas.
Waktu tu arwah baru sahaja jatuh di bilik air....
Ni link kisah entry yang dolu --- kisah opah dan saka.
Dari tarikh entry tu, memang opah mak sakit hampir setahun setengah jugak la.
Macam2 cerita dan kisah opah sepanjang arwah sakit.

 
Untuk pengetahuan, saka opah mak ni dah pun lama dibuang.....
Jangan tanya mak samada saka ni akan telah dihapuskan atau dibuang atau diwarisi ke tidak .... sebab mak pun tak tahu.
Tapi kisah saka opah mak ni tak la macam cerita-cerita hantu yang ada dalam tv ni.
Hihihi.....
Tapi tetap ada takutnya jugak!! :)
Opah ni bukan aje saka.... tapi ada juga gangguan makhluk halus.....
Huhuhu....
Maka sepanjang dia sakit, memang kadang2 perangai yang dipaparkan bukanlah perangainya yang sebenar....
Cabaran dan pahala buat anak4 opah yang menjaganya sepanjang arwah sakit......
Bercakap memang senang, tapi bagi mereka yang melalui menjaganya yang tahu bagaimanakan perasaan sebenar.....
All emotion blend...
Tapi, la tahzan.... Janji Allah pada mereka yang berbakti pada orang tuanya sangat lah besar.
Tak semua orang diberi peluang untuk dapat pahala sebegini rupa kan........
Maka redho jek la dengan segala ketentuannya.

 
Kisah mistik ni kadang2 sukar nak dipercayai akal yang waras....
Tapi bila difikir2 ada benarnya.
Bagi mak, mak sekadar dengar jek la.
Nak taksub --- percaya / takut lebih2 memang tak koser la....
Sebab mak rasa, selagi mak tak lupakan Allah, insyaallah hidup mak sekeluarga selamat.

 
Sekarang, semuanya sudah selamat.....
Semoga roh opah ditempatkan di antara mereka yang beriman.
Alfatihah....... 
 


2 comments:

  1. puhh puhh puhhh tolong tiup debu hehehe....innalillahiwainna ilahirajiun, takziah atas pemergian opahanda tercinta. nenek anis pun lbih kurang sama dengan opah ila. hari tu ustazah datang tengok katanya ada saka. tapi dah buang. sekarang ni dah ok skit la. tapi dia masih takut nak duk sorang2. nampak api la, nampak orang nak bunuh dia la. kata ustazah, mungkin itu qarin.qarin suka kacau orang2 dah lanjut usia. umur nenek tu dah 90-an kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. opah ila ni saka dah buang...tapi ada 3 jin lain plak yg dok bertempek. huhu.... mmg dia sokmo ckp dia nmpk 3 org... 3 org ni sokmo tolong dia katanya. tapi kami tak caya sebab igtkan imaginasi dia aje. tp sebab dia asik mencarut, memaki hamun (sgt lain dr perangai kebiasaannya) tu yg rasa mcm ada penumpangnya. ni mintak tolong kwn sarip. dia ada kelebihan tu. bg nama.... then scan. mmg dr scan tu, mmg wujud 3 makhluk... huhu. jd, kwn ni buat apa yg patut.... wallahu'alam. dan dgn izin Allah, beginilah akhirnya.... Tenang bg opah.....

    p/s --- apa yg ila baca, saka ni though dah buang, bukan maknanya dihapuskan. tapi dia ada bergentayangan sekitar2 dekat2 tuan empunya badan. tu yang lebih baik, jgn dimulakan... tapi mcm kes opah ila ni, bukan dia yg nak pun. paksa rela jugak .... dah tok nenek dia yang mulakan.... huhu. org dolu2, biasalah.

    ReplyDelete