Hari ini macam biasa la.... rutin harian mak sehari-hari.
Anta...amik....anta.... ngajar.... haaa tu task rutin mak.
Subjek wajib revise adalah matematik.
Hari2 anak2 mak kena buat matematik.
Paling malas 5 soalan pun jadi la.
Janji otak ada latihan kira2 dan anak2 tak lupa.
Adham hari ini menghafaz doa qunut hingga habis.
Ok lah.
Tapi masih kena improve banyak lagi supaya hafazan tak tersangkut-sangkut lagi.
It's ok anak....
Practice make perfecto yeah.......
Hari ini mak buat revision Arabic dengan Ad.
Mmmm tinggi jugak silibus tahun 4 sekarang ni ya.
Anak mak belajar ilmu yang mak belajar semasa tingkatan 1 dan 2 gitu.
Huh.
Mujur laaa Ad jenis terang hati jugak.
Senang la juga nak cerita.
Tapi satu hal yang mak rasa bersyukur sebab mak ada basic arab jugak.
Kalau tak, memang agak payah nak buat revision dengan anak ni tau.
Mufrodat baru ---- dikal hubub = dedak ayam, al 'ashab = rumput.
Towuusun = merak. Hamamatun = merpati.
Hari ini buka sempoi sangat.
Lauk ikan tongkol pindang dengan kuih talam dan murtabak yang mak beli di kedai Pak Ron je.
Plan nak goreng sayur.
Tapi tup tup, sayur dah layu lebam dalam peti.
Huh.
Nak keluar memang malas dah la.
Jadinya, santap apa yang ada je la.
Girls mak memang suka lauk rebus2 macam ni.
Memang berselera mereka makan.
Termasuklah mak ni haaa.
Tapi boys..... pakat2 buat muka frozen!! Huh.
Makan pun lembab slow je.
Sebabnya, lauk macam ini bagi boys memang tak menyelerakan.
Selera boys nak lauk yang santan seperti kari, masak lemak, gulai dan macam2 lagi.
Mak bukan tak tahu.....
Tapi mak memang dah muak dah rasanya lauk bersantan2 ni.
Rasanya, terlalu banyak lauk bersantan yang mak telan sepanjang bulan puasa ni.
Huhuhu......
Tak sihat ok....
Takut ad effect nanti2 je.....




















.jpg)







.jpg)










