AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, May 31, 2010

Sat lagi nak bersalin dah & Happy Birthday Hubby

Alhamdulillah, kini telah tiba waktu dan ketika yang kunanti2!! Semalam adalah last check up aku...... Suppose aku akan dioperate on 3 June 2010. Tapi melihatkan keadaan aku yang agak sarat dan kesian ini, Dr Zareena Bebe at last setuju jugak untuk operate aku hari ini. 31 Mei 2010 ini adalah tarikh 2 minggu awal dari tarikh bersalin aku yang sebenar. Doa aku moga operation kali ni selamat hendaknya. Mmm takut jugak actually!! Aku akan diadmit ke hospital selepas solat zohor. Insyaallah by 3.00 petang, semuanya akan settle. Dan emosi aku... tatau nak kata laaa!! Happy ada, sedih ada, tader perasaan pun yer jugak. Hehehehe.....

Kenapa aku rasa happy?? Hehehe.... happy laa jugak kerana semua sakit2 aku akan hilang insyaallah tak lama lagi. Aku juga berharap mood aku yang alwiz swing selama ini akan kembali stabil seperti dolu2. Tapi rasa sedih sangat kerana pengalaman manis ini takkan aku alami lagi. Ni gara2 final decison telah kuambil bersama suami untuk mengikat salur peranakan aku. Though dikatakan bersalin operation kini boleh hingga anak enam, tapi kami tak nak amik risiko tersebut. Semakin lama semakin lemah keadaan aku ketika mengandung. Huhuhu.... At least bersyukur jugak kerana dikurniakan Allah anak sendiri. Alhamdulillah. Tinggal lagi tugas untuk mendidik anak4 ku ini untuk menjadi insan kamil dan berjaya dunia akhirat. Mmm satu tugas yang pastinya menuntut kesabaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi!! Tapi tak per.....dengan bantuan dariNya diharapkan aku dan suami mampu berbuat seperti yang dirancang. Amin!!!

Hari ni juga adalah hari bersejarah buat suami aku. Hari ni genaplah umurnya 33 tahun. HAPPY BESDAY HUBBY!!! Unfortunately, this is the first year his besday celebration without cake. Tapi fortunately hubby akan menggendong baby baru di hari jadinya!! Pastinya ini hadiah termahal dan bermakna buat suami tercinta. Haaa jimat lah duit cake tahun depan yek. Hehehe...... And to my baby, mama harap you'll be cool like ur father laa hendaknya. Hehehe.... Nak macam mama pun okey. Tapi mama ni ada penyakit angin kus kus..... hahahaha....!!! Tapi apa yang penting, hati mahu baik!! Baru hati akan bahagia. So to my hubby...... ni kek hubby for this year. Hahaha!!!


Selamat Hari Jadi Yang ke 33 buat hubby!! Hehehe...dapat kek dummy jek tahun ni. Hahaha!



and the most memorable present for you on the 33th birthday is



Align Center Bukan gambar sebenar. Hehehe.....Ini gambar taken from google. Mine will be interprem soon.

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Ulang Tahun Pertunangan Yang ke 8, Shariffila.

Alhamdulillah aku masih sihat. Masih tiada tanda2 lagi untuk aku dimasukkan ke hospital nampaknya. Hehehe..... Though, aku memang mengharapkan situasi demikian; tapi disebabkan Insyaallah this is the last pregnancy, jadi kuambil peluang yang ada untuk lebih menghayati nikmatnya pemberian Allah SWT buat kaum hawa ini. Alhamdulillah...... Only 9 days to go!!! Semoga aku kuat semangat hendaknya. Amin.

Blog ini lama tak kuupdet gara2 aku disarankan untuk banyak berehat oleh gynae. Cewah!! Jadi aku banyak tidur dan layan anak3 yang sibuk dengan exam lately. Tapi yang sebenarnya aku memang tader story menarik nak kukongsi kat sini pun. Cuma peristiwa terbaru yang berlaku last week adalah mak mertua ku datang KL. Alhamdulillah adik ipar aku si Sapik ex Alam Shah itu, telah pun selamat mendaftarkan dirinya untuk program Asasi Sains setahun di Kampus UITM Puncak Alam, Shah Alam. Harapan kami, moga dia akan lebih berjaya dan cita2 untuk terbang ke negara orang seperti hubbyku itu kesampaian. Amin. Tahniah buat beliau!!

Hari ni, story aku lebih kepada kisah nostalgia aku dan suami aku. Hehehe..... Gara2 mensorting @ mempackaging barang untuk pindah, maka terjumpa lah kami akan album lama. Mmmm so nostalgic!!! Hehehe... Baru2 kawin dolu memang kuingat akan tarikhnya. Tapi bila anak dah macam keretapi ni, aku kian lupa....hinggalah terjumpa akan album pertunangan itu. Tapi wajah kami dalam tu memang amatlaaa kelakar campur kesian pun ado!! Hahahaha!!!! Wajah suci gitu....!! Hahahaha...... Sudah 8 tahun peristiwa itu berlalu..... Kami bertunang pada 25 Mei 2002. Di hari yang sama, mama buat majlis khatam Quran dan bersunat adik lelaki aku, Saiful Anuar. Dan tak kusangka, 8 tahun dari tarikh bertunangnya aku dan suamiku itu aku sudah ada anak 4!!! Hahahaha!!!!

So today, aku nak share wajah kami dedolu..... Buat hubby aku yang dicintai, thanks coz to be tunang yang baik buat daku though sesekali agak degil. Hahahaha!!! Hubby kini bukan tunang aku jek....tapi dia adalah kawan baik aku, kawan jahat aku, suami dan bapak kepada 4 beloved kids. Thank you yer Mr Shariff. Moga kasih kita kian berpanjangan. Amin!!!


Gambar ni diambil pada 3/8/2001. Mmm maknanya aku berusia 21 tahun time ni. Lokasi biarlah rahsia. Hehehe.....


Berdebar!! Tatkala ni ibu mertua menyarungkan cincin ke jari menantunya. Hehehe......


Ni lah wajah suci pasangan Shariffila. Gila panas time nih. Sorang mata ke lain.....sorang lagi kepala teleng. Hahaha!!!


My family..... Sekarang ni paling pendek among adik beradik.....aku laa. Hehehe....


Hantaran aku buat bakal suami aku. Orang Perak ni kalau bertunang, memang bagi manis2 manisan jek. Barang2 tu nanti kawin baru bagi. Hehehe.....


Aku dan Masrahha. Dia laa yang tolong2 make up kan aku. Tolong itu....dan tolong ini....


Dan ni gang uiam. Thanks for coming.


Friday, May 14, 2010

Wajah Anak3 Sehari Selepas Dilahirkan.

Rajin laa plak mak buyung sekarang ni!!! Hari2 nak updet blognya eh. Hehehe..... Tapi tu laa tader story yang menarik pun. Gara2 aku tak keluar ke mana2 pun, minda aku amat beku dengan kisah2 nostalgia dan yang ada sekitar rumah batu 2 tingkat ni je laaa nampaknya. Huhuhu.....

Kadang2 terfikir jugak dek akal aku yang udah tepu ini..... mmm cepat laa masa berlalu. Aku tak sabar nak bersalin, tak sabar nak pindah dan tak sabar untuk membereskan segala benda yang aku rasa buat otak aku ni rasa sempit. Hahahaa!!! Hah ayat pelik aku pun dah kuar.... sahih dah tu aku sangat blur + pening + jemu dengan situasi @ aktiviti aku sekarang. Tapi tak per, esok Sabtu..... nak paksa hubby bawak aku jalan2 jugak walaupun sebentar. Tapi nak ke mana yer?? Larat ke aku? Yang aku tahu sebelum bersalin aku nak makan fish and chip kat Ikano tu dan pizza. Hahaha!!! Truk betul kan?? Mengada sungguh plak tu..... Tapi tu laa sementara buyung ni laa nak makan2 high kalori pun. Esok2 sure kena particular bab nih. Kalau tak nanti aku akan labu dalam jangka masa yang panjang plak. Sure Encik Shariff tu bising. Ekekeke.......

Hari ni kisah nostalgia jek aku nak jot down dalam blog aku yang gelap ini. Lebih kepada kisah nostalgia dapat baby. Aii almaklumlah otak aku dok fikir kisah baby2 jek sekarang nih. Hehehe.... 7 tahun berkahwin, Alhamdulillah aku dimurahkan rezeki zuriat yang kerap laa jugak. Bukan tak merancang, tapi sudah tertulis di Luh Mahfuz aku akan ada anak ramai dalam usia yang muda. Hehehe..... Alhamdulillah. Jadi tak laa sunyi hidup aku suami isteri. Cuma letih tu hehehe sah2 tak dapat dinafikan. Hehehe.... Tapi, bila dikenang2 kembali nikmat betul laa rasanya!! Hehehe..... Aku pernah rasa menjaga baby yang sangat baik dan tak banyak ragam (Azhad), pernah juga menjaga baby yang tak henti2 menangis tanpa sebab hinggakan aku jadi trauma (Adham) dan pernah jugak menjaga baby yang sederhana (Awatif). Dan kali ni, tak tahu laaa style macam mana plak ragamnya. Tapi instinct aku kata, baby bongsu ini baby yang paling aktif yang akan aku ada. Haaaa tengok je laaa nanti. Hehehe.... Mama tak kisah laa wahai anak, yang penting ko sihat dan jadi anak yang soleh..... Alhamdulillah.

Okey laa, ni koleksi gambar anak2 aku dan hubby. Haaa nanti baby baru kuar, maka cukup laaa ruang. Hehehe..... So sweet bila dikenang2...... I like!!!!


Atas dari kiri Syawal Adham (3.3 kg) & Syawal Azhad (3.8 kg). Bawah yang paling tembam tu anak dara teman, Awatif Tasnim (3.5 kg). Hahaha...... Semoga anak4 ini bakal berjaya dibentuk menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amin....!! Maka akan tertunailah hasrat di hati ini.

Thursday, May 13, 2010

Packing Barang Untuk Pindah

Wah nak updet blog lagik hari ni. Awat laaaa aku rajin plak no?? Hehehe.... Sebabnya aku buhsan wa tatau nak buat apa. Dah tak larat nak baca buku....tak larat nak google2.....jadinya aku rasa best plak melepaskan apa yang otak aku fikirkan dalam blog aku yang gelap ini. Hehehe.....

Progress lagi 21 hari nak due ni - kaki aku sudah bengkak. Macam kaki pesakit untut pun ada. Mmm kaki aku ni macam kena masuk dek angin gitu..... Bila ditekan2 terasa bisa jugak laa. Nak nak time solat; mmm duduk pun sakit. Subhanallah...... Besar sungguh pengorbanan ibu kan. Bersakit-sakitan 9 bulan!! Moga anak yang kukandung ini fahami akan pengorbanan aku ini. Amin.

Aku and hubby la ni sudah bersiap sedia untuk pindah ke rumah baru. Mmmm though preparation kami memang laa sudah almost 80% done tapi kunci yang sepatutnya dapat around Februari....sampai la ni tak dapatnya. Huhuhu.... Aku actually sangat laa serabut since jadual yang sepatutnya running smoothly habis terkandas. Rumah yang kami sewa di Kota Damansara ini sudah pun dibeli orang. Atas jasa baik beliau, kuharap boleh laa kami menyewa until raya, hehehe..... tapi beliau pun punya impian nak renovate umah idamannya..... So kami hanya boleh duduk till 1/7/2010. Walaupun sebentar cuma, yang penting tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Jadi...... apakah maknanya itu??? Huhuhu..... Itu maknanya aku akan pindah time aku dalam pantang!! Uwaaaa!! Mmm tiba2 terlintas dalam kepala otak aku nih; aku pindah dengan kain batik, tshirt lengan panjang, bedak sejuk kat muka, badan bau minyak nona roguy, etc. Hahahahahaa!!! Memang gamble gila!!! Jadi kerana itu laaa, sebelum aku bersalin ni, aku dah beres apa yang perlu dibereskan. Takut2 esok lusa aku dan hubby kelam kabut dengan kerenah bayi yang tak tahu lagi macam mana perangainya kan.....!! Harap2nya okey laa hendaknya. Amin!!!



Haaa...ni koleksi baju. Banyak dah yang aku sorting buang @ hantar balik kampung. Tinggal sikit2 je. Aku standby all those things kat hall atas. By the time kena pindah, angkut aje laaa.

Haaa....ni kepala katil bilik aku, bilik tetamu dan katil anak2. Ekekeke....Semua sudah dicabut. La ni kami tido atas tilam spring yang dihampar atas parquet jek. Mudah.

Haaa...tu plak kerangka katil3 yang ado. Mesin jahit aku pun dah bungkus jugak. Mmm langsir umah baru pun tak jahit lagi.... Insyaallah akan dijahit selepas aku habis pantang nanti.

Harapan aku kunci rumah tu dapat laa tak lama lagi. Mungkin ada hikmahnya kunci tu dapat lambat kan?? Mmm apa yang aku realize, dengan time yang limited ni, aku tak laaa boros sangat memikirkan ke mana duit hubby nak kuhumbankan. Hahahaa!! Yer laa, main point sekarang bukan pada renovation yang modernizo ke apa sudah.....tapi lebih kepada dapat kunci, trus order grill then aku nak masuk!!! Kalau tak, mmmm tak tahu laa aku mana nak lepaknya esok2. Huhuhu......
Tapi bolehkan hati aku yang jahat ni tolerate?? Hati ini tetap jahat nak extent rumah aku dengan gaya ini...gaya itu. Aku ni tak selalu demand itu ini pada hubby. Tapi tentang soal rumah, aku memang amat particular since alomost 90% of my time will be spent at home. Jadi for sure laaa aku inginkan rumah yang sama as what I have been dream before. Tapi tu laaa masa tak mengizinkan. Macam ner hati jahatku ini tak setuju dengan suggestion hubby (dpt kunci, touch utk interior jek then msuk trus... extent umah yg perlu pakai MBSA approval tu buat bila kita dah duduk) tapi nampaknya itu adalah best solution setakat ini. Cuma hati jahat aku berkata - eh silap2 tak buat langsung!! Hahahaa.... Tapi tu laa, positifkan minda, then aku perlu ikut kata hubby je......Yang penting kita tak merempat just semata-mata nak buat major renovation. Huhuhu..... Tawakkal to 'alallah...... La tahzan.... innallahama'ana. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, May 12, 2010

Supplement Dalam Pantang

Lama tak updet gara2 modem streamyx aku terbakar. Huhuhu...... Sebab dah lama tak online maka sms pun banyak laa masuknya just bertanyakan khabar akan daku - oit dah bersalin ke?? Hahahaa!!! Aiseyman concern jugak yer kawan2 aku ni. Anyway thank you sangat2.....

Yang yernya mokcik masih tak bersalin2 lagi though hati ini memang udah tak sabar nak bersalin dah pun. Aku sangat sudah tak larat.....kaki kebas2.....duduk solat pun rasa tak selesa jugak....tido malam pun aku akan terjaga almost setiap waktu..... Mmmm dan yang paling penting time ni aku banyak rehat jek mengalahkan orang dalam pantang. Hahahaha!!! Tapi satu jek, aku masih kuat masak2. Ekekeke....walaupun menu2 simple tapi layanz je laaa ek. Alhamdulillah.

Persediaan nak berbaby baru semua udah beres. Hatta ubat2 aku pun dah settle jugak. Wahhh rasanya nak dapat anak bongsu ni sama ghairahnya dengan nak dapat anak sulong la. Hahaha!! Mungkin sebab aku tahu esok2 tader lagi peluang manis begini buat aku suami isteri. Tu yang macam ner tak larat atau dugaannya pregnancy kali ni, aku tetap happy jugak. Dan masanya hampir tiba nampaknya. Mmmm dan aku sah2 laa tak sabar nak menatap dan mendukung wajah princess bongsu Shariff Harun ni. Anak aku yang ini adalah anak aku yang paling aktif dalam rahim aku. Mmm mungkin termakan kurma banyak sangat agaknya. Huhuhu..... Hope dia tak jadi hyperaktif laa hendaknya yer. Aminnn.

Anyway, gambar untuk kali ini adalah koleksi makanan kesihatan aku semasa dalam pantang nanti. Punya laa semangat!!! Tapi tu laaa, aku ni memang spesis perempuan yang bersemangat pun!! Hahaha!!! Misi aku kali ni adalah untuk repair apa yang dah loose, tergeleber, kecut etc. Hahaha....Komen2 suami aku memang aku amik particular sangat though komen tu lawak2 jek. Hahahaha..... Aku perlu sihat selepas ni untuk jaga 4 anak aku alone since aku plan nak terminate maid aku after aku habis pantang. So, badan mesti sihat dan kuat!!! Hehehe..... Jadi untuk badan yang dah banyak kali operate ni sah2 laaa out. Nak tak nak memang kena spend duit sket...so that leh laa repair2 sket. Dan yang penting adalah bersenam.... Bila body fit....insyaallah body akan sihat semulajadi. Dan lagi yang paling penting baru laaa will look younger. Sekarang ni aku memang nampak tua jek rasanya aihh!!! Hahahaha!!! Tambah2 lagi tader mood nak grooming langsung2!!! Huhuhu.......

Mmmm okey laaa...aku dah bebel macam kan pakar kesihatan laa plak.... Okey laa chow dolu!! Nanti esok lusa aku bebel lagi naaa..... Da da ...Ta ta.......


Ini supplement yang leh diambil sejak awal pregnancy lagi. Tapi aku pun baru jek amik. Khasiatnya macam2 laaa. Leh laa google. Tapi main point aku amik adalah untuk bagi sakit pinggang aku yang keterlaluan ini reda dan antibodi aku kuat sket during operation nanti. Mmm macam2 kemungkinan leh jadi kan. Dalam pantang pun nak amalkannya jugak, Insyaallah. Yang menariknya suami aku pun tumpang sekaki jugak. Hehehe......


Haaa, yang ni set yang tak asing lagi laaa. Hahaha.... Macam bagus jek aku ni membelinya aihh!! Kenapa aku beli?? Sebab dia jual sale. Rm 2++ leh dapat dah!! Lagipun, sebab aku suka demam dalam pantang. Mmm kata orang aku ni mudah kena bentan laa jugak. Yang semangatnya, dok beli full set plak tu!!! Bila bukak2 tu, aku tahu dah hok mana akan kuperam nanti. Hikhikhik..... Tapi pil dan teh tu wajib laa makan. Kalau tak dalam pantang esok asik sejuk jek!!! Untuk orang czer, leh start pada hari ke 20.


Yang ni plak lagi macam bagus!!! Hahaha....Ni manjakani tulen. Aku ni baru belajar resepi dari kawan @ customer aku. Mmm dia pun bersalin czer. Katanya maknya akan suh dia telan sebijik sehari manjakani ni semasa dalam pantang. Manjakani ni diletakkan diatas tudung periuk nasi yang sedang panas, then buh madu, then buh habbatus sauda' lalu digentel menjadi makjun. Haaaa telan laa!!! Insyaallah sedap. Ekekeke.... Jadi aku for the first time nak try laa. Sebelum ni biasa makan yang proses jek. Haaa yang ni sah2 buat for the sake of my beloved husband. Hehehe....


Dan ini adalah rupa habbatus sauda'. Mmm aku beli di perkarangan Jabal Uhud semasa lawatan umrah ujung tahun lepas. Mmm makan ni pun sebenarnya udah cukup nak memanaskan badan. Habbatus sauda' dan madu adalah makanan sunnah Rasulullah. Jadi kalau bukan kerana dalam pantang sekalipun, amat laa bagus jika diamalkan. Mmm hati2 kalau makan terlebih habbatus sauda' ni......memang akan lawas gila!! Hahahaha.....






Monday, May 3, 2010

Kisahnya Homedec 2010 dan Baby Contraction.

Lama tak bersiaran gara2 sibuk kat benda2 yang aku sendiri tatau laa penting ke idak. Hahaha!!! Mmmm hari ni, aku nak jot down kisah panjang aku yang ghairah nak mendeko umah dan pregnancy terakhirku ini. Nampaknya udah nak sampai ke kemuncak klimaks!! Alhamdulillah syukur nikmat atas pemberian Allah kerana memberi peluang aku untuk rasa nikmatnya hamil dan bergelar ibu itu.

Cerita tentang rumah dulu yer.... ! Gara2 aku akan pindah umah baru tak lama lagi, for sure laaa hati aku gembira. Dah jadi tabiat, setiap kali aku pregnant we will moving out to a new house. Hahaha!!! Mmm tapi pindah kali ni amat happy since insyaallah ni umah terakhir untuk kami pindah. As usual, kebebasan menatarias rumah baru hubby akan serahkan pada aku bulat2. Dia hanya menyumbang idea sedikit sebanyak je. Hehehe.... Dan orang yang perlu membiayai segala perbelanjaan untuk impian aku jadi kenyataan sah2 laa hubby. Hahaha...... Thank you darling!! Tapi Alhamdulillah jugak kerana aku sentiasa ingat akan batasan berbelanja. Apa yang penting rumah itu selesa, cantik instead of gila membeli barangan dan material mahal yang belum tentu okey atau tidak. Konsep qanaah perlu ada, jadi baru laaa kita tak lupa dan hati takkan memberontak nak akan benda yang kita tak mampu. Jadi cukup sekadar ada.....

Cuma tu laaa, hati aku tetap besar jugak!! Untuk konsep rumah baru kali ni, aku nakkan konsep moden. Mmmm maka bertekad laa hati mak buyung ini untuk menjejakkan kaki ke homedec last week. Aku pergi pagi Jumaat since opis hubby pun memang cuti. Within 3 hours, aku and hubby leh complete all 5 halls. Mmmm gila semangat!! Yang ajaibnya aku ni laa. Though sarat tapi kerana hati berkeinginan kuat leh redah jek!! Tujuan aku bukan untuk memborong! Tapi lebih kepada seeking latest idea and concept macam ner nak hasilkan something yang lebih menarik. Tapi tu laa, sebab aku nih kaki beli magazines deko, jadi aku rasa homedec ni biasa2 je laa. Hahaha... Sebab apa yang ada dalam majalah, akan ada dalam homedec. Majalah yang aku maksudkan like renovation, in home, creative home, id design etc. Homedec punya rega pun tader laa menarik sangat kerana harga pun tak laa serendah mana. Tapi tetap ada jugak laa yang memang buat promotion kaw2!!! Kena cari.

Pendapat aku untuk mereka yang high taste then ok laa untuk merembat apa yang ada di homedec. Kerana to be high taste pastinya orang itu financial freedom. Aku plak memang high taste jugak.....tapi high taste style aku laa. Hahahaha!!! Aku akan cari substitute product yang lebih kurang sama dengan benda2 mahal ni tapi tak laa semahal yang golongan high taste can afford. Hehehe..... Jadi lah kan. Sekurang2nya bersyukur laa tetap ada daripada tak de......lagi laa sian. Alang2 datang, selepas survey pro and con, at last aku suh hubby booking hood, hob and oven cap TUSCANI. Mmm hopefully okey laa hendaknya sebab aku tak beli yang branded dasat punya sebab reganya sah2 mahal dari kat kedai tu. Yang penting bagi aku spec dia quite gud and latest design. So rembat aje..... Ekekeke...... Thanks yer ayah.....!!



Sekembalinya dari homedec, aku mula rasa nak demam laa plak. Yer laa cuaca panas. Kaki, perut aku rasa lenguh gila. Huhuhu..... Tapi buat biasa2 je laa since mulut aku ni tak abis2 dok buat sinopsis tentang homedec tadi. Hahaha..... Tapi bila malam menjelma.........

Satu perut aku sakit. Seriusly, aku tak selesa untuk berjalan, baby in the womb jadi aktif yang luar biasa, semua pergerakannya seriously tajam2 dan bisa buat aku..... mmmm ni memang tak seperti selalu. Sebab aku risau, then aku pun tido awal malam tu. Mmmm tapi tak boleh tido. Perut aku sangat laa tak selesa!!!! Mmmm my baby seem felt so stress. Tu yang ada rebellion and protest action from her..... mungkin sign to her mom, please don't be to active!!! I am tired too mum!!! Uwaaaaa sakit..... Pusing kanan tak ok....Kiri lagi tak ok. Sabo jek laaa.

Bila pagi menjelma, perut aku tetap sakit. Tak abis2 mengeras!! Mmm makin buat aku takut when white moucus keluar!! Aku ni though dah 3 kali bersalin, tapi memang tak pernah rasa sakit2 nih. Tu yang buat aku quite panik. Mmm tapi aku still sempat searching2 tenet tentang petanda kelahiran.... dan let say aku terbersalin sekali pun sah2 laa premature!!! Sebab risau then aku pun pi laa ke PUSRAWI mmm tapi no doctor. Then aku pun balik laa ..... positive thinking that all will be allright. Tapi takut aku kembali selepas baca statement my fren dalam facebook yang baru diczer at 35 week. Mmmm dia kena czer since previous scars dia sakit. Mmm bila DR operate, rupa2nya 2 layer womb dia udah terkoyak. Aii ngeri jugak.... Kawan ni deliver anak ketiga. Itu maknanya aku yang keempat ni makin berisiko laaa!! Aii sabo jek laa.

Esoknya Ahad, pagi2 lagi aku and hubby dah tercongok kat PUSRAWI. Mmmm today my gynae is on duty. Cerita punya cerita, at last aku kena buat CTG dan cek peranakkan. Huhuhu..... Ditakuti jalan nya udah ready. Mmmm tapi Alhamdulillah semuanya okey. Baby pun bergerak normal. Sah2 laa dia tired gara2 maknya tak hengat berjalan ke homedec!!! Ekekeke....Lain kali, sila beringat!!! Hubby tak larat nak larang dah sebab tahu aku tetap takkan dengar!! Mmmm ni dah kena, baru tahu.... hahaha!!!

Dr prescribed ubat penenang buat bayi agar dia tak memberontak untuk melihat dunia sebulan awal. Kena makan pagi dan malam selam 5 hari. Let say kejadian kelmarin berulang, alamatnya memang kena potong awal laaa. Tapi tu laa selagi baby in premature age, DR akan forward aku ke hospital Sg Buloh untuk amik case. Sebab sah2 baby aku kena incubate several days. Incubate kat privete ni kata DR tu mahu 1000 per day jugak. Kayap laa hubby itu macam. Kalau tak sakit then, follow aje apa yang dischedule sebelum ini.... Hopefully tader apa2 laaa hendaknya within 5 days nih.

Tapi aku tetap berdoa, by end of Mei, aku doakan sakit tu akan datang kembali. Jadi leh laa operate awal sket. Lagi cun 31/5.......same birth date with hubby. Hehehehe....... Apa yang pasti hubby memang telah memantau pergerakan aku. Aku tak leh pi soping..... aku tak leh jalan laju2 as usual..... aku perlu kurangkan aktiviti naik tangga...... pendek kata biar hubby laa buat belaka. Aku kini disarankan duduk dan baring2 berehat je. Hahaha..... Haaaa manja tak aku sekarang??


PUSRAWI Kota Damansara. Kalau baby leh sabar, kita akan bermalam di sini yer nak!! Tapi ....

Jika baby tak sabar sangat, no choice laa, sini laa kita tido anak beranak. Rega incubator kat private mahu 1000 per day. Kopak laa ayah ko nanti. Hahaha!!!


p/s - pregnancy kali ni macam2 dugaan aku facing. Dari awal sampai ke hujung. Kalau tak aku laa orang yang paling rileks bila pregnant. Kisah nak makan tido jek. Hahahha.... Kali ni dengan menderita sakit pinggangnya, dengan kejang kaki, dengan tader selera makan, macam2 lagi laa. Moga dilimpahi pahala buat aku hendaknya. Aminn!!!