Lama tak updet gara2 modem streamyx aku terbakar. Huhuhu...... Sebab dah lama tak online maka sms pun banyak laa masuknya just bertanyakan khabar akan daku - oit dah bersalin ke?? Hahahaa!!! Aiseyman concern jugak yer kawan2 aku ni. Anyway thank you sangat2.....
Yang yernya mokcik masih tak bersalin2 lagi though hati ini memang udah tak sabar nak bersalin dah pun. Aku sangat sudah tak larat.....kaki kebas2.....duduk solat pun rasa tak selesa jugak....tido malam pun aku akan terjaga almost setiap waktu..... Mmmm dan yang paling penting time ni aku banyak rehat jek mengalahkan orang dalam pantang. Hahahaha!!! Tapi satu jek, aku masih kuat masak2. Ekekeke....walaupun menu2 simple tapi layanz je laaa ek. Alhamdulillah.
Persediaan nak berbaby baru semua udah beres. Hatta ubat2 aku pun dah settle jugak. Wahhh rasanya nak dapat anak bongsu ni sama ghairahnya dengan nak dapat anak sulong la. Hahaha!! Mungkin sebab aku tahu esok2 tader lagi peluang manis begini buat aku suami isteri. Tu yang macam ner tak larat atau dugaannya pregnancy kali ni, aku tetap happy jugak. Dan masanya hampir tiba nampaknya. Mmmm dan aku sah2 laa tak sabar nak menatap dan mendukung wajah princess bongsu Shariff Harun ni. Anak aku yang ini adalah anak aku yang paling aktif dalam rahim aku. Mmm mungkin termakan kurma banyak sangat agaknya. Huhuhu..... Hope dia tak jadi hyperaktif laa hendaknya yer. Aminnn.
Anyway, gambar untuk kali ini adalah koleksi makanan kesihatan aku semasa dalam pantang nanti. Punya laa semangat!!! Tapi tu laaa, aku ni memang spesis perempuan yang bersemangat pun!! Hahaha!!! Misi aku kali ni adalah untuk repair apa yang dah loose, tergeleber, kecut etc. Hahaha....Komen2 suami aku memang aku amik particular sangat though komen tu lawak2 jek. Hahahaha..... Aku perlu sihat selepas ni untuk jaga 4 anak aku alone since aku plan nak terminate maid aku after aku habis pantang. So, badan mesti sihat dan kuat!!! Hehehe..... Jadi untuk badan yang dah banyak kali operate ni sah2 laaa out. Nak tak nak memang kena spend duit sket...so that leh laa repair2 sket. Dan yang penting adalah bersenam.... Bila body fit....insyaallah body akan sihat semulajadi. Dan lagi yang paling penting baru laaa will look younger. Sekarang ni aku memang nampak tua jek rasanya aihh!!! Hahahaha!!! Tambah2 lagi tader mood nak grooming langsung2!!! Huhuhu.......
Mmmm okey laaa...aku dah bebel macam kan pakar kesihatan laa plak.... Okey laa chow dolu!! Nanti esok lusa aku bebel lagi naaa..... Da da ...Ta ta.......
Ini supplement yang leh diambil sejak awal pregnancy lagi. Tapi aku pun baru jek amik. Khasiatnya macam2 laaa. Leh laa google. Tapi main point aku amik adalah untuk bagi sakit pinggang aku yang keterlaluan ini reda dan antibodi aku kuat sket during operation nanti. Mmm macam2 kemungkinan leh jadi kan. Dalam pantang pun nak amalkannya jugak, Insyaallah. Yang menariknya suami aku pun tumpang sekaki jugak. Hehehe......
No comments:
Post a Comment