AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Thursday, May 31, 2018

Happy birthday Hubby dan Sarah Aisyah.


Awatif exam fekah dan tauhid. 
Kat SKTBS dia exam maths dan TMK. 
Aisyah pulak exam maths dan sains. 
Huhuhu. 
Harapnya ok belaka la anak2 ni menjawab exam. 
Bulan puasa ni mak mampu guide sket2 je.

Hari ini juga hari bersejarah family ni... 
Hari ni birthday ayah yang ke 41 dan Aisyah yang ke 8. 
Rasa baru je lagi type dan rakamkan kisah pregnancy mak itu... 
Happy birthday kesayangan mak :)
Mak sentiasa mendoakan kalian dengan doa2 yang baik. 
Semoga Allah panjangkan umur, sihat, murahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, semakin kaya, semakin hensem dan jelita dan tercapai segala hajat yang diingini. 
Memandangkan ini bulan puasa, mak tak berapa banyak idea nak sambut besday ni macam mana. 
Otak beku dan banyak fikirkan hal lain. 
Huhuhu. 
Hari tu, ada Aisyah bayangkan surprise besday dia. 
Dia nak kami tutup lampu dan jerit surprise Happy birthday Aisyah. 
Hahahahaha... kemain hoi!
Puasa la Aisyah. Exam plak. Tak tau nak surprise macam mana. 
Selalunya kami akan makan2 meriah dan surprise gitu2 aje sempena besday. 
Hanya pada waktu petang tadi barulah mak dapat idea nak buat aktiviti apa sempena besday. 
Hahahaha. 
Jom kita pi KL Sentral jumpa ayah kat sana! 
Anak2 memang excited la. 
Kami park car di Kwasa Sentral dan naik MRT ke KL Sentral. 
Ayah tunggu kat sana. 

Memandangkan plan ni plan terkejut, jadi mak tak de buat any restaurant reservation. 
Gamble je. 
Jadi pastilah semua restoran dah penuh. 
Kami buka puasa air sahaja dulu, then terus solat maghrib. 
Selepas itu barulah kami ke Nu Sentral untuk makan. 
Anak4 memilih untuk makan di restoran kegemaran mereka, Fish Manhattan. 
Layan je la. 

Mak and girls bergambar sempena tunggu MRT.

Wajah2 excited nak makan2 besday.

Sedang gembira bersembang, tiba-tiba staff restoran busy nak buat surprise birthday kat ada satu meja tu. Bukan meja kami. Terus puteri bongsu dirundum sedih. Dia nak jugak hihihi. 

Dah sedih, terpaksalah mak bawak keluar hadiah birthday. Hahaha. 

Ahaaaa ayah plak bawak keluar hadiah. Hahahah.


Hahaaha..... sedih lagi tu. Tapi dalam hati happy sebab dapat smiggle tu. Kan ... kan... kan.... 

Wefie dengan abe Ad dulu. 

Tak mau snap pic jugak lagi..... Hahahaha. 

Lapar. Penni and salmon jadi pilihan. 

Antara hidangan yang diorder. 


Mak yang over kenyang sebab kena jadi penyelamat makanan. 



Supper kek malam ni. Kek Besday ni dibakar oleh auntie Fidot kesayangan Aisyah. Thank you sangat.

Mak Jemahs sopink baju raya di Thaheerah Denai Alam.


Ahaaaaa! dua hari berturut-turut mak Jemahs bangku batu pi sopink together. 
Lokasinya di Butik Thaheerah Denai Alam. 
Dekat sangat. Tu pasal mudah je nak repeat. 
Semalam pergi, mak beli selai je. 
Pastu bila balik asyik teringat la plak. 
Ikut hati nak jalan-jalan dan beli online sehelai baju lagi. 
Tapi ntah kenapa, tiada perasaan btul la. 
Ayah suruh bininya pakai jubah tahun ni. 
Beria-ria dia berkempen tau. 
Tak pernah2 ayah berminat untuk suggest bininya pakai baju apa. 
Tu yang hati ni berbelah bahagi aje nak beli baju ke tak.... nak beli paten apa.... kat mana.... design macam mana.... bla bla bla.  
Sudahnya pagi ni, jom gang..... Kita pi Thaheerah lagi. 
Mak akur dengan cakap ayah sudahnya nampaknya. 
Yehaaaaaaaa....... 

Balik dari Sra, kami ke butik terus. 
Bila mak sopink bawak budak, pastinya leh bayang betapa havocnya butik itu kan. 
Hahahahaha..... sememangnya meriah. 
Berlari, tergolek, terbaring, ketawa, nangis hahahahaha. 
Tak kisah lah tu. 
Janji depan mata mak. 
Nak anak terkawal, mak bagi phone kat anak. 
Maka, macam2 gambo ada terakam dek anak dalam phone mak ni haaa. 
Hahahahaha. 
Cantik-cantik dan memorable jugak gambar yang Aisyah snap. 
Nak tergelak btul la! 
Hahahahaha. 

Kami sopink 2 helai sorang. 
Salah satunya kami beli design yang sama. 
Ahaaaaaa, nanti raya kami wefie ok. 
Ala2 team marhaban lorong gitu. 
Tapi hakikatnya marhaban ilekk..... meraban ado la. 
Hahahahahahahahaha. 


Mak Dot sedang mentry dress. Sambil try, sambil fikir nak beli ke tak tu. Hahahah. 

Mak Aida dok belek dress corak tu plak. Dia memang particular dalam memilih warna. Warna kusam? Nooooo ok. And why am I look so serious ahahaha. 

Deretan skirt yang boleh dipadankan dengan blouse.

Ahaaaaaaa

Mak Jemahs dah bayar. Sempat lagi menjemah. Hahahahaha. 

Selepas semua dah setel buat pembayaran, mak Aida ajak snap pic. Taraaaaaa. 

Gelagat anak2 yang menunggu....... 

Sempat wefie ok. Ingat mak je pandai wefie. Anak pun ok. 

Khusyuknya hoi,...... hahahaha.