Sabtu 4 Jan 2014.........
Subuh tu completelah sudah pengambilan antibiotik mak.
Begitu juga ayah.
Pagi2 kami dah bersoksek tentang nak balik umah.
Rasanya kami ni dah ok.
Sambung berehat di rumah la plak.......
Rindu kat anak4.
Huh.
Sekitar jam 10 pagi, kami dilawati oleh Dr Dennis.
Ensem o!! Hahahaha. Sangat bersopan plak tu.
:)
Dr Wan on leave. Jadi Dr Dennis terpaksa cover kerja Dr Wan hari ni.
Dan Alhamdulillah, kami boleh discharge.
Tapi kami kena attend follow up minggu depan.
Ayah dapat mc dua minggu.
Berita gembira ni diberitahu kat keluarga di rumah.
Nenek, aki dan mok ude sekeluarga nak pulang ke Terengganu jap lagi.
Tapi sebelum pulang, nak singgah kat hospital sebentar.
Mak chik sekeluarga pun ada sekali.
Opah dan anak4 tunggu di rumah je.
Dalam kol 12 lebih proses2 untuk discaj settle.
Adik beradik pakat2 tolong bawak barang.
Almaklumlah kami pun bukan sihat sangat lagi.
Bil yang dikenakan memang best!!
Ayah dalam 8k lebih. Mak plak 7k lebih.
Haaahahahaha............
Nasib lah kan.
Tapi Alhamdulillah semua ni dibayar oleh opis ayah.
Jadi ok la.
Kami sampai di rumah sekitar jam 2 petang.
Kami berehat depan tv @ tidoq bersama keluarga.....
Hilang rasa rindu!!
Maghrib tu, mak sembur nyamuk kat umah atas.
Harus lah sembur!!
Mak dan ayah fobia tahap gaban ooo.
Memang kami dah declare perang dengan nyamuk.
Ni mujur lah mak ayah yang kena.
Tak leh bayang kalau anak2 yang kena.....
Sian sangat!!
Settle menyembur Shieldtox langsung pening tahap kroniksss!!
Mak tak leh berdiri ..... semua lampu pusing..... bila baring pun kita rasa terbalik-balik...... dan lagi truk rasa nak muntah sangat!!
Mak dah jadi pening macam nyamuk yang disembur!!
Huhu.....
At last mak muntah jua.
Masa nak muntah tu azab jugak!!
Tengah muntah tu pun mak rasa mak dok tergolek2 di awangan.
Adoiiii aaaa.
Ayah yang tolong mak..... urut..... gosokkan belakang.
Ayah padamkan lampu bilik tidur dan suh mak tido.
Kata ayah, ni symptom vertigo.
Huh......
Mak memang tak de pengalaman pening gila macam ni.......
Truk rasa!! Pening pregnant pun tak truk. Huhu.
Sian kat anak4.
Malam tu depa tido dengan opah dan tok lagi sebab mak tak mampu nak bangun.
Tq my mama and abah.
Alhamdulillah, bangun esoknya pening kronik tu dah hilang.
Tapi tetap ada rasa sket2 lagi.
Menurut sahabat mak yang pernah kena denggi, rasa pening @ weng ni akan hilang selepas 2 minggu.
Wahhhhhh.......
Maka bersabarlah.
Hari ni genap 2 minggu mak dan ayah discharge sepital.
Alhamdulillah sihat sudah.
Alhamdulillah.
Semoga catatan mak hari ni dapat memberi info berguna pada mereka yang memerlukan.
Masa mak ayah demam denggi hari tu, blog blogger2 lah yang banyak membantu kami memahami apa itu denggi.
Pengalaman hari tu memang tak dapat kami lupakan.......
Nanti2 mak story apa tindakan mak dan ayah sesudah denggi.
Ok da daaaa.
Sekian...............
Pengalaman hari tu memang tak dapat kami lupakan.......
Nanti2 mak story apa tindakan mak dan ayah sesudah denggi.
Ok da daaaa.
Sekian...............





