AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Koleksi Masakan dan Santapan Aku. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Masakan dan Santapan Aku. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

Resepi Pizza Roti Gardenia Yang Sedap.


Malam ni dah malam kedua ayah outstation ke Indonesia... 
Mak makin malas campur blur nak masak apa.
Huhuhu. 
PMS pun ye jugak. 
Letih jadi cikgu Patimah Leman pun yer jugak. 
Akibatnya malas masak. 

So mak pun ajak Azhad makan kat mamak je.
Bab makan-makan ni kena tanya dia. 
Sebab dia yang agak memilih sikit hahaha.  
Dia kata ok lepak mamak, tapi dari riak muka tu macam tak ok plak hahahaha. 
Jemu dah kut. 
Dan lagi satu, sebab perut pun bukanlah lapar tahap kronik. 
So nak ke mamak pun malas. 
Hahahah. 

Ntah macam mana, Ad ajak buat piza gardenia. 
Adham yang malas ke dapur tu pun punya la excited. 
Nak buat jugak! 
Kata depa, resepi tu dah belajar masa KRS di SKRT dulu. 
Kihkih..... 

Kebetulan semua barang ada. 
So mak pun potong segala yang patut... 
Then Ad dan Am buat pizza gardenia. 
Mak just panaskan oven. 
Dan basuh pinggan. 
Yeehaaaa. 
Cara nak buat memang sangat mudah. 
Next time kita malas2 lagi, memang boleh lah buat pizza gardenia lagi. 
Yeah. 
Tq sons. 
Licin dalam masa tak lebih 30 minit tau! 
Laku ok. 


Bahan-bahan yang diperlukan :-
Cheese mozarella
Cheddar cheese
Sosej 
Cendawan tin 
Bawang besar yang dimayang 
Sos spagetthi prego 
Roti Gardenia. 

Cara-cara membuatkan :- 
1) Sapu minyak atas pan oven. 
2) Susun roti gardenia atas pan itu. 
3) Ratakan sos prego atas roti itu. 
4) Tabur sosej. 
5) Tabur bawang, cheddar, cheese dan mozarella. 
6) Masukkan dalam oven dan bakar selama 10 minit dengan api atas bawah 180 darjah celcius. 
7) Nak rasa lebih kick.... jangan lupa mayonis dan sos cili ya. 





Sunday, October 9, 2016

Resepi Udang Goreng Berkari.


Tengah hari ni kami tak keluar. 
Ayah busy dengan presentation slide finding pasca intebiu untuk CEO.
Busy dengan blognya pun ye jugak. 
Hahahaha. 
Jadi, untuk lebih mudah, better la mak merajinkan diri mak untuk masak aje lunch hari ni. 
Mudah . 

Resepi hari ini ialah resepi udang goreng kari. 
Lauk ni, selalu mak masak tiap kali mak malas. 
Sebab resepi ni terlalu mudah yet sedap. 

Okey, bahan-bahannya ialah :- 
Udang
Serbuk kunyit
Serbuk kari 
Bawang besar potong bulat
Daun kari 
Bawang putih racik. 
Sedikit cili boh
Sedikit pati ikan bilis

Cara-caranya :-
1) Basuh udang. 
2) Perapkan udang dengan serbuk kari, cili boh dan pati ikan bilis. Mak perap 1 jam. 
3) Panaskan minyak.... 
4) Tumis bawang besar dan bawang putih racik tadi. 
5) Masukkan daun kari. 
6) Masukkan udang yang diperap tadi. 
7) Buh garam. 
8) Kacau sehingga masak. Udang masak tak lama. Sekejap aje ye. 
9) Then angkat... makan panas-panas. 


Sayur kacang panjang carrot goreng dengan telur sahaja. 

Resepi bihun singapore bertelur with cili api potong bercuka.


Selamat pagi diari..... 
Hari ni ahad.... 
Ahaaaa.... macam biasa lah... salah satu cara menikmati cuti hujung minggu ialah dengan tido selepas subuh dan sarapan lambat. 
Hahahaha. 
Sejak habis UPSR, ahad kami memang macam ni. 
Nobody need to go to tuition class.... so apa lagi, zzzzz kihkih. 
Enjoy our leisure time sebelum Adham pulak tolak gear untuk UPSR 2017. 

Semalam, satu rumah tak proper dinner.
Just makan apa saja yang ada di dalam rumah. 
Kids memilih untuk makan roti canai frozen sahaja. 
Haaa mudah! 
Ibu dan bapa pulak just menikmati kopi susu. 
Tak tahu la kenapa ntah..... semalam, rasa kenyang jek. 
Tak de nafsu nak makan malam jugak. 

So bangun pagi ni, tu diaaaa craving tahap jebon la!! 
Jadi mak Ila pun intai kabinet kut2 ada apa yang boleh dimakan. 
Yesss bihun. 
Bihun ni Awatif's favourite. 
Tapi ayam daging tak defrost lagi.... 
Mmmm its ok... mak buat rampai telur dan fish ball aje la. 
Taraaaa.... 
Maka terhasillah bihun singapore bertelur with cili api potong bercuka. 
Mudah je.... siap dalam 10 minit. 
Nak makan begitu pun boleh... 
Tapi nak lagi yummy buh la cili api bercuka itu. 
Sedap okeh. 
:)
Okey laaa happy sunday semua. 


Bahan-bahan :-
Bihun separuh bungkus (ngam2 family mak Ila)
bawang putih 3 ulas racik 
fish ball 
telur 2 biji (scramblekan okey)
daun sup daun bawang 
black pepper
pasti sedap sket 
garam 
minyak 

Cara-cara :-
1) Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih hingga naik bau. 
2) Buh fish ball. Kacau sehingga garing sedikit.
3) Buh pasti sedap dan garam dan balack pepper. 
4) Buh air sket untuk larutkan serbuk2 tadi. 
4) Then buh la bihun dan telo scramble tadi, Kacau. 
5) Buh daun sup daun bawang dan kacau. 
6) Siap. 

Resepi cili api bercuka :-
1) Potong cili api 
2) Buh kicap manis / masin - ikut suka la. 
3) Buh cuka. 
4) Kacau dan siap. 

Friday, October 7, 2016

Resepi Nasi Minyak Mudah.


Cuaca hujan dari subuh hingga ke tengahari. Nyaman je rasanya.
Lunch tadi, mak masak nasi goreng adabi je. 
Licin Alhamdulillah. 

Malam ni mak masak nasi minyak. 
Cadangnya nak buat hari rabu lagi. 
Tapi gara-gara kena ceri berry hari tu, terus mak pun batalkan niat aje. 

Azhad volunteer nak tolong mak. 
Mak pun ajar le dia cara potong timun dan lobak untuk dibuat acar rampai. 
Hahahaha.... bagus pun dia sudi nak buat. 
Sebabnya mak memang malas sket nak potongnya. 
Bercinta ok :) 
Tq la anak.... 
I love you. 





Macam biasa, mak memang pengguna setia resepi dari Azie Kitchen. 
Ini resepinya ye.... 
Mak edit sukatan supaya sesuai dengan ahli keluarga - 6 dewasa 4 kanak2.
Okey, selamat mencuba. 

Nasi Minyak Azie Kitchen
Bahan bahan:-
2 1/2 cawan setengah beras basmathi - basuh dan tos
2 1/2 air
1 pot beras susu cair
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris nipis
3 helai daun pandan - tak bubuh sebab tak de.
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Sedikit garam
1 sudu minyak jagung
1 sudu besar minyak sapi
Cara cara:-
1) Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis bahan penumis dan bawang besar serta bawang putih sehingga wangi. 
2) Masukkan beras yang telah ditos dan digoreng seketika. Masukkan susu cair, garam dan sedikit pewarna. Akhir sekali tambahkan air secukupnya. 
3) Masakkan dengan menggunakan rice cooker sehingga nasi masak.

Resepi Ayam Merah Ila 
Bahan-bahan:-
Ayam separuh - digoreng dengan kunyit. Sebelahkan
Bawang besar 1 biji - blend
Bawang merah 2 biji - blend
2 ulas bawang putih - blend
2 cm halia - blend
2 sudu sos tomato 
2 sudu sos cili
2 sudu cili boh puteri 
2 sudu cili kering blender
garam 
gula @ madu
4 sekawan - bunga cengkih, pelaga, kayu manis dan lawang
Cara cara:-
1) Tumis 4 sekawan. 
2) Masukkan bahan blender. Kacau hingga naik bau. 
3) Masukkan cili blender. Kacau.
4) Masukkan cili boh dan sos-sos. 
5) Masukkan air sedikit. Kacau. 
6) Masukkan garam dan gula. 
7) Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau dan tunggu sekejap. Ayam merah ni sedap jika manis sedikit ya.  

Resepi Acar Rampai @ Jelatah
Bahan-bahan :-
Carrot - potong panjang 
Timun - potong panjang
Bawang besar - potong bulat
Cili potong bulat
garam 
gula 
cuka 
sedikit belacan
Cara cara:-
1) Satukan garam, gula, sedikit belacan dan cuka. Boleh dikacau hingga larut. Mak Ila buh dalam blender mini aje :)
2) Then campurkan semua sayur dengan kuah cuka yang diblender tadi. 
3) Kacaukan dan rasa. 

Resepi Sambal Belacan
Bahan-bahan :-
Cili merah 
Cili api
Sedikit belacan 
Garam 
Gula
Jus limau 
Cuka sikit. 
Cara-cara :-
1) Blender semua dan rasakan. Hahaha. Mudah. 

Thursday, October 6, 2016

Resepi Daging Kambing Panggang.


Beg tangan mak Ila dah sampai. 
Yeah...... 
Tq la ayah sebab sudi sponsor beg tangan yang dah lama mak skodeng kat ig tu. 

Jadi, mak Ila masak best sket lah malam ni. 
Upah untuk ayah. 
Hahahaha. 
Next time leh sponsor lagi le kut. 
Hahahaha. 

Resepi kegemaran daging kambing bakar mak Ila ialah resepi daripada blog ciklaili.com.
Resepinya mudah dan menggunakan bahan2 yang memang dah ada di dapur kita sentiasa. 
Kambing mak ni tak de kuah2 cicah. 
Sebabnya orang dalam rumah ni memang tak berapa dengan kuah tu. 
Depa lagi suka cicah dengan sos nandos. 
Haaa mudah sangat le koje mak ni ha kan! 
:)

Cara-caranya :- 
Resepi Daging Kambing Panggang
(untuk hidangan 6 orang)
oleh : ciklaili.com


Bahan-bahan :
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis

3 sudu madu 
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa


Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam.
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.



Merasmikan pemanggang ajaib saiz XL yang dibeli di Langkawi cuti sekolah pertengahan lalu. Syiok. 

Yeahhh yummy.....



Sunday, October 2, 2016

Resepi Sandwich Sardin Yang Boleh Dikatakan Lazat. Hahaha.


Ni kisah bekal nak dibawa ke Kuala Gandah plak. 
Sebenarnya malu nak cakap tau. 
Rasanya ni 1 st time kut mak Ila buat proper sardin sandwich. Hahahaha. 
Last time buat secara proper zaman tingkatan 3 kut. 
Kalau tak silap untuk subjek kemahiran hidup. 
Kihkih. 
Selama ni, selalu makan roti colek baki sardin je. 
Mak tak berapa on dengan sandwich sebenarnya. 
Tapi boleh je naak makan.... cuma bukanlah peminat tegar sandwich. 
Tapiiiii..... 
Anak4 dan asben mak Ila peminat sandwich kaw2 ok. 

Tahun lepas kawan JK1M#5  kawan mak Ila; si Erma Juliana memang expert buat sardin colek roti ala2 sandwich. 
Wallahhh serius yummy. 
Perfecto! 5 bintang!
Nak nak pula makan selepas workout kan. 
Memang sedap nikmat tak hengat la. 
Hahaha. 
Mak pernah tanya resepi kat dia. 
Katanya buh kacang tin dan cili api. 
Ooooo... 
Mak tanya dia last year ok. Hanya hari ini baru try. 
Sabo je la yek. 

Okey, basic resepi sandwich mak hari ini ialah resepi Azie Kitchen. 
Tapi macam biasa la.... mesti ada modified. 
Mak modified style Erma Juliana.
Hahahaha. 
Jom tengok resepi sandwich mak Ila hari ni.... jom.  


Bahan-bahan yang diperlukan :- 
Timun slice, setin kacang panggang, limau nipis sebiji, bawang merah, bawang besar, serbuk lada hitam, cili merah, tomato dan of coz sardin 2 tin. 

Cara memasak sandwich sardin :- 

1) Mayang bawang merah halus2. 
2) Potong bulat bawang besar dan cili merah. Then, lenyek sardin dengan garpu.
3) Squeeze limau untuk dapatkan jusnya dan sebelahkan. 
4) Panaskan minyak. 
5) Tumiskan bawang merah mayang tadi. 
6) Masukkan sardin lenyek tadi. 
7) Kacau dan bubuh garam, lada hitam, cili merah dan bawang besar bulat. 
8) Bubuh pula jus limau. 
9) Bubuh kacang panggang. Mak Ila ambil kacang sahaja. Sos tak ambil. 
10) Keringkan sardin tadi sehingga tak berapa basah sangat. 
11) Dah agak kering, tutup le api. Cedok dalam mangkuk dan sejukkan. 
12) Okey ambil roti dan potong tepi2nya. 
13) Ambil planta dan sapu nipis ke atas roti. 
14) Ambil sardin tadi dan bubuh atas roti. Sukati lah nak buh banyak ke sikit ke. Sukati ye. 
15) Then buh timun. Kalau ada tomato buh la juga. Kalau nak buh salad pun boleh. Nak buh cheese pun boleh. 
16) Haa apa lagi, ambil roti lagi sebelah dan kapitlah roti yang telah dibubuh sardin tadi. 
17) Jika nak potong tiga segi ke 4 segi ke... haa potong. Tak nak potong pun tak pe. 
18) Buh la atas pinggan ke tupperware. 
19) Hidangkan...... 

Haaa siap :) 




Usai tengok gajah, kami pun makan sandwich. 
Ohoiii nikmat jugak ye makan bawah pondok. 
Licin Alhamdulillah. 
Nanti boleh buat lagi. 
Hahahaha.... 

Resepi Nasi Lemak Basmathi Yang Enak.


Pagi ini seawal 5 pagi mak Ila dah bangun. 
Bukan qiyammm hoi. 
Tapi nak masak2 untuk family mak Ila. 
Cadangnya hari ini kami sekeluarga nak ke Kuala Gandah. 

Menurut google map, perjalanan ke sana sejauh 126 km dari Denai Alam.
Kuala Gandah ialah tempat pemeliharaan dan perlindungan gajah yang terletak di kawasan hutan Lanchang. 
Jadi, better isi perut kenyang2 ye anak4. 
Baru lah tak cranky meragam merengek yang ntah apa2 tu. 
Hihihi.... 
Jadi mak pun masak nasi lemak. 
Kebetulan pula, ada lebihan sambal tumis yang dimakan bersama laksa mee semalam. 
Macam biasa, nasi lemak resepi Azie Kitchen tetap menjadi pujaan hati mak. 
Mak modified sket untuk rasa lebih lemak dan lebih kalori. 
Hahahaha. 



 

Barang-barang yang diperlukan ialah santan kotak sekotak, halia, bawang merah, daun pandan, susu cair (mak tak letak sebab out of stock), serai sebatang (tak letak sebab tak de stok), garam dan gula.
Mak terpukau dengan keenakkan nasi lemak food truck di Denai Alam yang menggunakan beras basmathi. 
Sejak merasai nasi lemak peniaga itu, mak memang menggunakan beras basmathi untuk memasak nasi lemak. 

Cara memasak nasi lemak wow :- 

1) Rendam beras basmathi 2 pot selama 20 minit. 2 pot ni ngam2 saiz family mak Ila. 
2) Sementara itu, mayang bawang merah 2 biji dan halia nipis2. 
3) Ambil daun pandan di belakang rumah 3 helai, basuh dan simpulkan. 
4) Ketuk serai sebatang. 
5) Selepas 20 minit, toskan beras. 
6) Panaskan minyak sedikit. 
7) Tumis bawang merah dan halia tadi sebentar. 
8) Masukkan beras basmathi yang telah ditos itu. 
9) Goreng sebentar dan campak serai ketuk tadi.
10) Jika tadi 2 pot nasi, jadi pastikan cecair 2 pot juga dan ditambah 1 cawan santan. Ini memang sukatan asas nasi. 
11) Mak Ila modified untuk sukatan air ni ye .... 2 pot nasi + (1 cawan air + 1 cawan susu cair) + 1 cawan santan. 
12) Bubuh garam untuk rasa lebih berlemak 
13) Campakkan daun pandan untuk bau yang wangi. 
14) Kacau sebentar dan tutup api. 
15) Pindahkan periuk ke rice cooker. 
16) Tunggu..... 
17) Kacau sesekali supaya tiada mendakan santan di bahagian atas nasi sahaja. 
18) Dah siap, hidang dan makan le. 



Siap :) 
Kami anak beranak sarapan pada jam 7.15 pagi hari ini. 
Alhamdulillah. 
Usai makan, mak Ila pun buat sandwich sardin untuk dibawa bekal ke Kuala Gandah. 

Okey, selamat mencuba masak nasi lemak versi ni. 
Insyaallah memang akan masak dan masak lagi..... 
Bye..... 


Friday, January 2, 2015

Nasi Arab Taif Denai Alam.


Ayah kerja opis KL pagi ni...... 

Mak mengambil kesempatan untuk berehat sepanjang hari. 
Hahaha.... 
Penat travel wehhh. 
Sakit badan2 nih!! 

Tengahari kami makan roti dan maggi in mug je. 
Ayah ada tinggal duit..... tapi mak malas betul nak keluar. 
Mujurlah anak4 beres je.... 

Disebabkan tak makan tengahari proper.....
So dinner kami beria!!
Kami makan di kedai nasi Arab Taif Denai Alam. 
Kedai ni baru je dibuka bulan lepas.... 
Lokasi kedai di Baulevard Denai Alam..... 

Nasi pilihan kami adalah nasi Arab Mandy set F (small) RM 55. 
Ada lamb dan chicken. 
Free air sejug. 



Memang sedap!!
Ayam tu unik. 
Siap ada rempah sambal plak tu, 
Kebiasaannya, kami makan roasted biasa je. 
Nasi pun lembut..... 
Mak bagi 4.5 bintang. 
Yeahhhhh.............. 

Licin.... 
Kenyang dan Alhamdulillah. 


Wednesday, December 31, 2014

Beli Buku Di SKRT, Cendol, Ketupat Pontian dan Balut buku ^_^


31 December 2014.....
Hari terakhir untuk tahun 2014. 
Hari ini hari terakhir orentasi tadika TBF Sarah Aisyah. 
Usai hantar dia, kami sekeluarga makan roti canai di restoran Alif; sebelah Hotel Pontian yang glamor itu. 

Setel makan sarapan, kami terus ke sekolah SK Rimba Terjun. 
Hari ini hari beli buku dan hari bayar yuran PIBG. 
Pastinya anak3 mak excited nak ke sekolah baru mereka yang hanya terletak di belakang rumah sewa kami itu.

Semua urusan di buat di kantin sekolah. 
Sampai2 ke kantin, kami terus ke meja label tahun 5. Kemuadian ke meja tahun 4 dan 2. 
Guru kelas memang menanti parents datang di meja yang telah ditetapkan. 
Segala pembayaran buku2, PIBG dan baju2 sukan diselesaikan di sini. 
Kemudian, guru akan bagi buku2 yang dibeli terus. 
Hanya ke kedai buku untuk ambil tshirt dan seluar sukan.
Dan the best part, jadual kelas tahun depan siap diberi hari ini juga. 
Wahhhhhh..... sangat efisien plak mak rasa jika dibandingkan dengan SKTBS.
Mungkin sekolah ini anak murid sikit. Jadi banyak urusan mudah untuk pihak sekolah siapkan lebih awal.  
Semoga guru2 di sini semangat untuk mendidik anak3 mak yang dahagakan ilmu. 
Mak di rumah pun turut membantu anak3 mak untuk lebih maju. 
Dan anak3 mak sendiri perlu ada rasa lebih rajin untuk rajin belajar. 
Itu yang selalu mak sematkan dalam diri anak3 mak...... 
Kuatkan semangat.... mesti boleh..... !!

Macam biasa, mak suka snap gambar untuk buat kenangan. 
Nampaknya, hanya mak yang berbuat demikian di sini. 
Jika di SKTBS, snap2 gambar ni perkara biasa di kalangan ibu bapa dan guru2. 
Hahahaha..... 
Mak tak kisah..... pelik pun pelik la. 
Janji gambar mak sentiasa ada kenangan untuk dilihat apabila anak3 besar nanti. 




Selesai urusan di SKRT, kami pun pulang. 
On the way nak pulang tu, kami terjumpa jiran sebelah rumah. 
Jiran pun bukan orang lain pun..... rakan sekerja opis ayah jugak. Hihi... 
Tapi sekarang beliau bertugas di Banten Indonesia dan akan balik lebih kurang 2 minggu sekali gitu. 
Macam2 yang kami kepocikan..... 
Sedar2 dah pukul 1050 pagi..... time to fetch Sarah Aisyah. 
Letak buku dalam rumah dan terus keluar rumah pulak. 
Hahahahaha.... 
Busy nya aihhhh. 

Selepas ambil Sarah Aisyah, kami jalan2 ke pekan Pontian lama. 
Ayah duplicate kunci dan remote rumah. 
Then kami lepak menikmati cendol Pontian yang sedap gila!! 
Haaaaa mak tangkap gambar lagi. 
Hahahaha.... 


Kenyang bercendol, memang buatkan kami skip lunch. 
Tapi sebelum balik ke rumah tadi, mak sempat tapau pizza hut double untuk anak4 makan jika mereka lapar. 
Sambil menunggu pizza siap, kami jalan2 dan beli2 sekitar Mr diy dan kedai2 dalam plaza tu. 

Di rumah, kami suami isteri masing2 sambung kerja masing2. 
Huhu.... 
Pindah rumah memang banyak koje weh. 
Penat tapi syok!! 
Alhamdulillah urusan bertukang ayah untuk toilet2 berjaya di siapkan. 

Malamnya mak request kat ayah makan2 di kedai ketupat Pontian. 
Ya Allah sedapnya!! 
Patut laa gang opis KL jika outstation ke Tanjung Bin, suka benar lepak kedai ni. 
Memang sodap! 
Sepanjang makan2 di sini, kami dihidangkan dengan lagu2 raya. 
Hahahaha...... unik sangat! 
Juadah di kedai ini, adalah ketupat yang di makan dengan lontong, lontong kering, kuah kacang, rendang, kurma, kari dan sayur campur. 
Kita pilih la nak makan dengan apa. 
Sangat sedap!!



Nampak Ad..... 
Dia memang penggemar ketupat kuah kacang. 
Nikmat tengok dia makan. 
Mak kata, nak lagi sedap, kuah kacang tu Ad tambah dengan serunding. 
Memang meletopsss. 
Yummmmm yummy!! 

Selesai makan, kami pun balik. 
Ingatkan ada slot Kasih Berbisik di TV3..... tapi tak de le plak.... 
Mmmmm sudahnya mak pun setelkan kerja2 buku anak3....... 


Cop nama.... tulis nama..... balut.... 
Banyak sangat..... 
Mak sempat setel separuh..... 
Dan selebihnya sambung esok... 
Huhu..... 


Selamat tahun baru.......
Moga tahun 2015 kita semakin jadi lebih baik dan indah.
Malam ini, genap setahun kami laki bini kena denggi..... 
Sangat la nostalgia rasanya. 
Huhu..... 



Sunday, June 22, 2014

Lempeng Susu Cair Mat Gebu Yang Sedap.


Weekend yang busy giler. 
Terutamanya buat anak3. 
Sabtu sekolah ganti..... Ahad pula sukan sekolah. 
Haaaa tu dia! 

Hari ni mak nak cerita pasal makanan lagi. 
Patutnya ini entry semalam..... 
Tapi sebab malas nak jot down, maka jadilah cerita hari ni yer.

Petang semalam mak masak lempeng. 
Mmmm teringat mak lempeng ibu mertuaku di Jerteh tiba2. Tu yang tercetus idea melempeng buat makan petang bersama keluarga. 
Kebetulan dalam peti sejuk ada plak gulai kawah frozen yang ayah tapau beberapa minggu yang lalu dari Restoran Anis Puteri Pantai Dalam. 
What a perfecto combination! 
Memang marbeles. 

Orang yang paling happy bila ada projek masak2 ni pastilah cik minah tecit Aicah. 
Tu dia..... Tak sure membantu atau menyibuk. 
Hahahaha..... 


 Mak try resepi lempeng mat gebu. 
Bukan tak tahu buat lempeng; tapi memang hobby mak untuk gugel setiap resipi terlebih dahulu sebelum buat. 
Manalah tahu kan...... kot2 dengan hasil gugelan itu, lempeng mak makin sedap. 
Kihkihkih..... 

Resepi lempeng Mat Gebu :- 


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair 
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), opti0nal ----- mak memang tak bubuh.
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah ---- mak pakai gulai kawah frozen.

P/S - mak tambah planta satu setengah sudu makan. 

Cara-caranya :-

1) Putar semua dalam mixture / blender. 
2) Panaskan pan. 
3) Kaup 1 senduk 1 biji lempeng. 
4) Tunggu garing sket dan terbalikkan. 
5) Siap. 



Adunan yang telah diputar. 


Belum masanya untuk dibalikkan. Tunggu dolu. 


Okey, balikkan la. 


Yezza...... 


Done. 


Tara ............ 


Wajah2 kesayangan makan lempeng. Sold out!


Selamat mencuba juga...... 
Kuih tradisi, mudah, sedap dan lazat. 
Yezzza...