Selamat pagi diari.....
Hari ni ahad....
Ahaaaa.... macam biasa lah... salah satu cara menikmati cuti hujung minggu ialah dengan tido selepas subuh dan sarapan lambat.
Hahahaha.
Sejak habis UPSR, ahad kami memang macam ni.
Nobody need to go to tuition class.... so apa lagi, zzzzz kihkih.
Enjoy our leisure time sebelum Adham pulak tolak gear untuk UPSR 2017.
Semalam, satu rumah tak proper dinner.
Just makan apa saja yang ada di dalam rumah.
Kids memilih untuk makan roti canai frozen sahaja.
Haaa mudah!
Ibu dan bapa pulak just menikmati kopi susu.
Tak tahu la kenapa ntah..... semalam, rasa kenyang jek.
Tak de nafsu nak makan malam jugak.
So bangun pagi ni, tu diaaaa craving tahap jebon la!!
Jadi mak Ila pun intai kabinet kut2 ada apa yang boleh dimakan.
Yesss bihun.
Bihun ni Awatif's favourite.
Tapi ayam daging tak defrost lagi....
Mmmm its ok... mak buat rampai telur dan fish ball aje la.
Taraaaa....
Maka terhasillah bihun singapore bertelur with cili api potong bercuka.
Mudah je.... siap dalam 10 minit.
Nak makan begitu pun boleh...
Tapi nak lagi yummy buh la cili api bercuka itu.
Sedap okeh.
:)
Okey laaa happy sunday semua.
Bahan-bahan :-
Bihun separuh bungkus (ngam2 family mak Ila)
bawang putih 3 ulas racik
fish ball
telur 2 biji (scramblekan okey)
daun sup daun bawang
black pepper
pasti sedap sket
garam
minyak
Cara-cara :-
1) Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2) Buh fish ball. Kacau sehingga garing sedikit.
3) Buh pasti sedap dan garam dan balack pepper.
4) Buh air sket untuk larutkan serbuk2 tadi.
4) Then buh la bihun dan telo scramble tadi, Kacau.
5) Buh daun sup daun bawang dan kacau.
6) Siap.
Resepi cili api bercuka :-
1) Potong cili api
2) Buh kicap manis / masin - ikut suka la.
3) Buh cuka.
4) Kacau dan siap.

No comments:
Post a Comment