AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, October 23, 2016

Ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor.


Hari ini kami tak ke mana-mana. 
Denai Alam ada gotong-royong untuk membersihkan dan membasmi tempat pembiakkan nyamuk denggi dan zika. 
Ayah yang pada mulanya bersemangat nak pergi tapi malangnya terlajak tidur. 
Penat outstation tak habis lagi tu. 
Mujurlah perwakilan teramai adalah dari lorong kami. 
Alhamdulillah. 

Hari ini kami sarapan dan makan tengah hari sekaligus. 
Sebab dah lewat kan...... 
Hehehehe. 
Kami makan di food court AEON Big Kota Damansara. 
Nasi ayam KD dan sup ani utara jadi pilihan kami sekeluarga,
Alhamdulillah kenyang. 
Then kami terus balik rumah berehat. 

Tapi macam boring le pulak tak ke mana-mana. 
Hahahaa. 
Tup-tup mak terasa nak bawak anak-anak ke perpustakaan Tun Raja Uda. 
Huh terlalu lama tak jejakkan kaki di sini. 
Last time ialah ketika Awatif konsert tadika Smart Reader. 
Hahahaha. 
Punya lah lama! 

Selepas solat zohor, kami ke perpustakaan tanpa ayah. 
Ayah nak berehat.
Penat balik dari Indonesia tak hilang lagi dan esok pagi-pagi ayah nak ke Johor pulak. 
Huhuhu..... 
Adham yang sememangnya tak berapa gemar keluar rumah memlih untuk temankan ayah di rumah.
Jadi tinggal lah mereka berdua.

Parking perpustakaan under construction. 
Punya lah payah nak dapatkan parking yang sesuai. 
Mak terpaksa pusing ulang-alik dua tiga kali juga. 
Dan Alhamdulillah akhirnya dapat parking depan-depan bangunan perpustakaan. 

Ke perpustakaan dengan anak-anak, ruangan yang dibenarkan masuk ialah ruangan kanak-kanak. 
Seronok datang ke sini. 
Macam-macam ada. 
Rasanya, daripada mundar-mandir di mall, baik la lepak di library. 
Ada sudut bercerita, sudut kinect x box, sudut internet, sudut tengok tv, lepak bawah pokok, mewarna dan macam-macam lagi. 
Seriously takkan boring. 
Banyak benda kids can explore here. 
Kanak-kanak under 12 tahun tidak dibenarkan ke tingkat atas. 
Asalnya mak bercadang untuk meminjam novel BI. 
Tapi, dah datang dengan anak2 yang tak boleh naik ke ruangan atas; jadi terpaksalah mak batalkan niat mak itu. 
Next time plak ye. 

Mak Ila sememangnya sudah membuka akaun pada tahun 2012.
Tapi hanya hari ini akaun itu diaktifkan. 
Hahahahaa. 
Mak juga telah membuka akaun untuk Azhad. 
Satu mykad @ mykid entitle untuk 10 buah buku pinjaman. 
Pinjaman boleh dibuat selama 3 minggu. 
Lewat pulang akan dikenakan denda. 
Dan jika ingin menyambung pinjaman, bolehlah membuat panggilan ke perpustakaan 3 hari sebelum tarikh terakhir yang tertera.
Mudah kan..... 
So apa lagi, jom ke perpustakaan - gedung ilmu hebat. 
Yeah. 

Ruangan yang memang menarik perhatian kanak-kanak :)

Khusyuk!
Aisyah ajak mama baca buku hehehe. 





No comments:

Post a Comment