Dari Deerland, kami ke sini.
Cuaca jam 11 lebih pagi memang terasa bahang kepanasannya.
Kelihatan banyak kereta di tapak parking.
Ye laaa.... dah nama pun cuti public holiday kan. Harus la.
Nak masuk sini free of charge sahaja.
Tapi, kita boleh menyumbang jika kita mahu ye.
Waktu operasi pusat ini ialah seawal jam 10.30 pagi.
![]() |
| Memang tak perlu bayar untuk masuk, tapi kita perlu isi borang sebelum masuk. |
![]() |
| Haaaa tu dia borangnya. Jenuh lah jugak nak isi. Jadi suruh ayah je setelkan ok kihkih. |
![]() |
| Dah siap isi borang, kita akan diberi sticker. Haaaa tepek la baju kita ok :) |
| Perbandingan Mamot > gajah asia > gajah pygmy. Gajah tetap lagi besar dari kita. Yeah. |
Disebabkan kami datang hampir jam 12 tengahari, show yang bermula jam 10.30 - 12 tengahari iu sudah tamat.
Jadi kawasan itu telah pun ditutup dan pekerja telah mengarahkan kami ke pondok gajah baby di sebelah sana.
Kami pun berjalan ke sana dengan rasa terujanya.
Tak dinafikan cuaca memang panas.
Bagi pengunjung yang ada anak kecil, better la bawak payung atau topi.
Untuk informasi :-
10.30 - 12.00 - aktiviti dekati gajah
1 -1.30 - tayangan di bilik tayang
2.00 - gajah mandi
2.45 show gajah.
Di sini, untuk pegang gajah, kita perlu memberinya makan.
Makanan boleh dibeli di warung yang berdekatan.
Ada tebu, kacang dan pisang.
Tebu rm 3 seikat.
| Haaa teruja anak2. Mak pun jugak hahaha. |
| Gajah ni milih makan hahaha. bosan dah kut tebu. Kalau bagi kacang, laju je dia |
![]() |
| Haaa at last dapat jugak mak pegang gajah! Lembut. Kihkih.... |
| Penat bagi gajah makan, kami punn berehat di bawah pokok. Mmm jom wefie la Awatif. Belakang tu ialah pondok gajah. |
![]() |
| Sekitar pondok gajah. Ada warung jual air dan makanan gajah. |
![]() |
| Haaa ada pondok kosong. Jom masuk untuk rest sat dan santap. |
![]() |
| Ni lah masanya makan bekal sandwich. Mujur bawak bekal.... memang lapaar. Air bawak tapi tak cukup. Sebab cuaca panas terik. So kena beli jugak. |
![]() |
| Ada juga cafeteria di sini. Namanya Cafe Jumbo. Penuh. |
Kami tak tunggu gajah mandi dan show.
Dah tak larat. Hahaha.
Tengok melalui gambar je la.
Baby pun dah ngantuk dah.
So kami pun beredar pulang.
Next time datang lagi, Insyaallah.










No comments:
Post a Comment