AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Saturday, October 22, 2016

Clusia dan Aralia Elmina.


Alhamdulillah, ayah dah pun selamat pulang dari Indonesia. 
Ayah sampai jam 12.55 tengah hari semalam. 
Macam biasa, ayah one of the speaker - ultra supercritical plant di Indonesia Power and Electricity Conference 2016.
Ni je gambar yang dapat mak share tentang kerja ayah kat sana. 


 Pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah bangun lalu sarapan di Restoran Ulam Desa. 
Mak memang malas masak sejak dua menjak ni. 
Huh. 
PMS yang ntah betul ntah tidak. 
Hahahaha. 

Usai makan di sana, anak4 pakat2 tak nak balik rumah lah pulak. 
Adoiiiii........ 
Tapi nak ke mana ye? 
Petang nanti, ada tournament karate 2016. 
Mmmmm tiba2 dapat idea tentang nak jalan2 ke Elmina. 
Kebetulan, hari ini launching rumah semi d besar gila di sana. 
Penuh banner Tiana Elmina di sepanjang jalan utama Denai Alam ni. 

Kami bukanlah nak ke sales gallery Elmina. 
Apatah lagi nak intai lauching Tiana itu. 
Hahaha... ukur baju di badan sendiri la ye. 
Lagipun bukan keperluan untuk kami dah nak membeli rumah besar ratus2 ribu ini. 
Yang ada ni pun dah tak terkemas dah. 
Huh. 

Ini kali pertama mak dan family pusing2 Elmina. 
Sebelum ni, kami hanya lalu sahaja sementara nak ke Subang Bestari. 
Ok la not bad rumah di sini. 
Sime Darby tetap membina park yang cantik untuk komuniti di sini beriadhah. 
Rumah pertama yang kami lalui, biasa2 aje. 
Hahaha....... 
Bukan tak cantik, tapi design tu yang biasa kita lihat. 
Then, kami melalui fasa2 belakang pula.... 
Dan wowwwww. 
Cantiknya hingga menarik perhatian kami untuk singgah. 
Siap pi visit show house lagi! 
Hahaha. 
Rumah yang dimaksudkan ialah phase Aralia dan Clusia. 
Aralia menyamai design Mulberry Denai kalau tak silap. 
Tapi, bukaan dia memang besar la. 
Huhu. 
Atas cadangan guard Nepal yang friendly, kami terlawat rumah contoh Clusia. 
Hahahaha. 
Serius unplan! 


Type ni, besar gila. Tak payah dok corner lot dah rasanya. Car 4 buah boleh park serentak dalam pagar ni. Depan dan belakang rumah cantik. Macam double frontage pun ada. Harga sekarang ialah 1.3 - 1.5 juta. Hahahahaha. Fengsan. Rumah ni ada 5 bilik tidur dan 5 tandas. Wow. 



Nampak tak Ad yang excited itu? Hahahaha.



Wet kitchen.

Master bedroom yang wow!!

Snap from bilik ketiga tingkat atas, Yang banyak tingkap tu, tingkap master bedroom. Hahahaha. Mak teruja tengok rumah ni. Tapi dalam masa yang sama dok ngeluh.... banyaknya koje sunarti kena buat dalam umah ni. Penat huh!

Ini pula gambar dari master bedroom. Ruangan family yang dijadikan ruangan membaca oleh interior designer rumah ni. Again, mak memikirkan letihnya nak kena lap segala batang railing ni. Hahahaha. 

Tu je gambar yang mak sempat snap. 
Tak dapat tangkap banyak sebab mak sibuk berangan. 
Hahahaha. 
Then kami pun balik.... 
Tapi sebelum tu, snap gambar dulu.... 
Ini bukan Clusia type ya. 
Ini Aralia type. 
Phase Aralia, corner lot dia memang cantik! 
Terpukau lah jugak. 
Nanti kut ada nak buat rumah pencen kat kampung, boleh la tiru sikit2 design yang kita kenan. 
Yeahhhhh.... 
Jom balik masak ye!



No comments:

Post a Comment