Ini hari terakhir UPKK berlangsung.
Kesempatan diambil oleh mak untuk berjumpa kawan lama, Aida Zairina :)
Kebetulan pula, Awatif pun masih cuti sekolah agama sempena exam UPKK ni.
So apa lagi..... ada kesempatan, mak grab je la waktu yang ada.
Ayah plak cuti hari ni.
Nak rehat katanya.
Tapi tu laaa.... cuti-cuti pun tetap kena hadap laptop juga.
Email kena reply juga.
So mak rasa term cuti tu macam tak sesuai la.
Mungkin better ditukarkan aje kepada working from home.
Hehehehe.
Ini kali pertama mak jumpa Aida sejak pindah Shah Alam semula.
Masing2 sibuk dengan urusan masing2.
Alhamdulillah akhirnya dapat jua spend masa 3 jam bersama Aida.
Cadangnya nak sarapan di restoran milik Aida dan suami, Lawang.
Tapi Lawang kini dibuka jam 10 pagi.
Sedangkan mak dating dengannya jam 9 pagi.
Jadi Aida telah membawa kami ke salah satu restoran kesukaan suminya, Hatinie di seksyen 10.
Wow hahahaha.
Sarapan like a king betul....
Ahaaaaa mak Ila sempat jugak lah snap2 gambar.
Kihkih.... sukati je kan.
Dari Hatinie langsung ke Vista Alam.
Di sini terletaknya restoran Lawang di bahagian bawah dan Homestay Lawang di bahagian atas.
Aida bawak mak pusing2 tinjau sekitar Vista Alam facilities.
Bestnya..... ada pool dengan scenery yang memukau.
Ada badminton court dan playground yang hebat.
Awatif sempat main di playground.
Sorang2 pun jadi cik minah tu.
Hahahaha.
Dari Hatinie langsung ke Vista Alam.
Di sini terletaknya restoran Lawang di bahagian bawah dan Homestay Lawang di bahagian atas.
Aida bawak mak pusing2 tinjau sekitar Vista Alam facilities.
Bestnya..... ada pool dengan scenery yang memukau.
Ada badminton court dan playground yang hebat.
Awatif sempat main di playground.
Sorang2 pun jadi cik minah tu.
Hahahaha.
Banyak yang mak Ila dan Aida bincangkan.
Tentang cabaran hidup, anak dan sekolah, sekolah agama, sekolah rendah, tuisyen, ppd pun ada dan macam2 lagi la.
Next year, anak sulung Aida pun akan ambil UPSR.
Debaran anak sulung mengambil peperiksaan Upsr memang mak tak dapat nafikan lain macam sket rasa cuaknya.
Rasanya cuak mak dari anak kut hahahaha.
Mak Ila pun ada anak UPSR tahun depan.
Hukhuk.....
Mak Ila dan Awatif balik ke Denai lebih kurang jam 11.45 pagi.
Sampai di rumah Awatif terus mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.
Moga ada rezeki bertemu lagi, kawan.
Tq for breakfast treat :)








No comments:
Post a Comment