AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Sunday, October 2, 2016

Deerland Park, Kuala Gandah, Pahang.


Gara-gara mengikut saranan cikgu Limie BH Didik di program ibu bapa baru-baru ini, mak sefamily sampai ke Kuala Gandah. 
Hahahaha.... semangat kan! 
Ini namanya jalan-jalan dekatkan anak dengan sains. 
Mudah nak jawab KBAT nanti ok. 
:)

Jalan-jalan kami sefamily kali ini disertai adik ipar mak Ila sefamily. 
Bak kata orang, jalan-jalan sesama keluarga boleh merapatkan hubungan silaturrahim dan lebih meriah. 
Syiok tengok gelagat anak4 sendiri dan anak sedara. 
Nampak sangat happynya tu. 

Perjalanan dari Denai Alam ke Kuala Gandah mengikut google map adalah lebih kurang 1 jam 52 minit. 
Awal pagi-pagi mak dah siapkan sarapan dan menu bekal. 
Ini penting supaya tiada siapa pun yang akan merengek tak tentu hala dan mengganggu kegembiraan jalan-jalan kami hari ni. 
Hahaha. 
Bak kata orang, perut kenyang hati riang. 
Setelah selesai semua tepat jam 8.20 pagi, kami memulakan perjalanan. 
Deerland Park Kuala Gandah menjadi tempat pertama yang kami lawati hari ini. 
Mak Ila beritahu adik ipar sekeluarga untuk tunggu di depan Deerland pada pukul 10.30 pagi. 
Jadi, sukati lah nak keluar rumah jam berapa pun. 
Yang penting by 10.30 am, mesti dah ada depan Deerland. 
Kihkih.... Mudah kan... 
Lebih kurang jam 10.05 kami pun sampai. 
Kami ialah pengunjung kedua yang tiba pada hari itu. 
Tak lama kemudian, kereta adik ipar pun tiba. 
Kami dibenarkan masuk awal dari waktu buka sebenar Deerland. 



Deerland Park Kuala Gandah ialah milik persendirian. 
Jadi ada fee yang dikenakan sebelum kita dibenarkan masuk ke dalam. 
rm 3 untuk kanak-kanak 3 - 11 tahun dan rm 6 untuk dewasa. 
Selepas bayar, kita akan diberi sticker. 
Haa lekatkan di baju sebagai tanda yang kita dah bayar. 
Hehehe. 

Point pertama masuk ialah rusa @ deer. 
Kita akan melalui pondok kecil dahulu sebelum kita dapat tengok rusa face to face. 
Di pondok ini, kita diminta untuk memberikan kupon makanan rusa. 
Kupon tu diberi semasa pembelian tiket di kaunter tadi. 
Bagi kupon then dapatlah ubi keledek semangkuk. 
Hahahaha. 
Banyak jugak ubi dalam mangkuk tu. 
Seronok lah rusa dapat makan. 
Disuap plak tu! Haha. 

Rusa disini nampak jinak dan mesra manusia. 
Bukan main excited anakanda bertujuh.
Mula-mula tu macam takut juga ye. 
Mmmm mana tak takutnya! Rusa ni jelir lidah semasa mengambil makanan dari kita. 
Hahahaha. 
Haiwan herbivor memang begitu. Allah dah ciptakan kumpulan haiwan ini tiada gigi di hadapan atas. Hanya ada gigi di bawah sahaja.
Jadi penggunaan lidah yang terjulur itu, amat penting untuk mengambil makanan. 
Tapi tu la.... bila tersentuh tu, geli jugak kahkahkahkah. 







Terdapat juga haiwan lain di sini..... Antaranya ialah.... 

Kucing Leopard.
 

 

Sepasang ular yang boleh kita sentuh. Kata pekerja taman ni, ular ni jinak sebab telah dibela sejak kecil. Hukhuk. Mak sempat sentuh. Rasanya? Hahaha.... Macam pegang kulit moyang gitu.
Hedgehog bukan porcupine. Adham kata, durinya tajam macam pisau!

Azhad memang berani pegang-pegang binatang eksotik sejak kecil lagi. Ini kalau tak silap dragon iguana kut. Mak sentuh jugak. Kulitnya kasar dah keras dan lembut di bahagian bawah.

Yang ni mak memang geli. Uwaaaaa. Kulit lembik macam pegang puding. Errr.
Otw kami keluar, terjumpa owner Deerland Park ni. Ramah orangnya. 

Sebelum keluar, kita makan aiskrim dulu yek. Yummy btul. Mak Ila beli fridge magnet satu buat kenangan. 


Selpie dulu sebelum naik car ye. 
Hahahaha. 
Lebih kurang 45 minit di Deerland, kami pun gerak ke pusat konservasi gajah. 
Anak7 dah tak sabar semua nak tengok gajah live. 
Yeehaaaaaa. 

No comments:

Post a Comment