AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Adham. Show all posts
Showing posts with label Adham. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

Happy Birthday Boys yang ke 12 dan 11


Happy Birthday to my beloved boys 13/11/2004 10.32 pagi & 13/11/2005 10.45 pagi. 
Same date but totally different characters. 
Semoga kalian panjang umur, dimurahkan rezeki, dipelihara Allah selalu, berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak baik serta soleh.
Hari ni tak leh gaduh2... tak leh lepuk2... tak leh nangis2 😊😊. 
Senyum je ok.
 Lau gaduh, confirm tak de present. Kihkihkih. 
Mama dan ayah sayang both of u. Happy birthday 12 & 11 anaks.



Azhad dan Adham macam mengharapkan surprise daripada kami ..... 
Tapi ntahlah.... 
Mak ngan ayah busy yang ntah apa-apa.... 
Jadi ayah kata, celebrate macam biasa then bawak kedai then pilih la apa yang korang nak beli.... ayah bayar je hahahaha. 
Heaven je dengarnya aih! 
Tapi budget hadiah besday anak-anak ialah rm100 seorang.
So let say nak beli harga lebih dari itu, pandai-pandailah korang ye. 

Ad Am di Jusco Klang. Item yang menjadi pilihan.... monopolu ultimate banking. Owh. 
 
Baker kegemaran mak pi holiday. Jadi terpaksalah kami beli kek ekspress aje. Kek oreo Secret Recipe manjadi pilihan boys. 







Thursday, October 27, 2016

Sukan Tahunan SKTBS yang ke 13 2016.


Minggu yang busy buat anak-anak. 
Raptai sukan lah, raptai persembahanlah, hari kanak-kanak lah dan hari ini hari sukan sekolah sktbs yang ke 13. 
Temasya sukan kali ini dilewatkan gara-gara gejala musim panas dan HFMD di sekolah hari tu. 
Jadi sukan yang sepatutnya bulan Julai telah dienjakkan ke hujung tahun. 
Mak rasa sukan tahunan selepas selesainya segala peperiksaan adalah lebih ceria dan happening. 
Sebab otak murid-murid dan guru dah kurang berdepan dengan tekanan bahang peperiksaan. 
Begitu juga dengan ibu bapa.
Hehehe. 

Ayah tak dapat cuti hari ini. 
Ayah ada worksyop. 
Its ok, mak budak4 ni kan bravo. 
Haahahaah.
So biar mak je yang pi.
Hari ini ayah keluar office seawal 6.25 pagi. 
Jadi terpaksalah mak yang menyupir anakanda ke sekolah. 
Setel urusan supir, mak dan Aisyah lepak di restoran ulam desa untuk sarapan pagi sambil menunggu tadika buka.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, Teacher Mas pun sampai. 
Hahaha jadi murid terawal lah Aisyah hari ini ye! 
Then mak pun terus ke sekolah. 
Anak-anak dah berpesan pada maknya dari minggu lepas lagi supaya hadir ke sekolah sempena hari sukan. 
Okey sure anak-anak.
Mak sentiasa support aktiviti anak-anak. 
Boys tak masuk apa-apa acara sukan hari ini. 
Mereka hanya terlibat dengan perbarisan manakala Awatif sukaneka. 
Moga kehadiran mak dapat memberi semangat dan menceriakan anak-anak. 
Alhamdulillah masih banyak lagi parking kosong ketika mak tiba di depan sekolah. 
Belum sempat buka pintu, tup-tup Teacher Azlifa wassup mak Ila. 
Ahaaaaaaa nak tergelak coz teacher hantar gambar comel anakanda berdua. 
Kihkihkih...... 
Taraaaaa.....

Paduka Datok Merah hahaha..... :) Teacher Azlifa kata, punya la payah nak suruh Syawal kecik ni senyum! 

Jejaka-jejaka kawad kaki perbarisan team merah. 

Berkumpul di bawah khemah sebelum perbarisan bermula.

Berlatih untuk teakhir kali agaknya. Hahaha. 

Ok tu dia ..... team merah in action.

Spot my boys..... 

Peserta perbarisan ..... 

Iqrar sukan by Aalee the olahragawan sekolah. 


Aksi team merah. Hei..... that was Adham..... never underestimate our kid! 


Pemandangan di astaka.

Ketika ini ketua pemuda Umno Shah Alam sedang berucap seterusnya merasmikan sukan SKTBS tahun ini. 

Berjalan pulang ke khemah rumah merah.



Wefie with the team. 

Suasana sekitar sekolah. 





Selesai upacara Azhad dan Adham sertai, mak pun beralih ke kawasan sukaneka tahun 3 diadakan. 
Mujurlah acara belum bermula lagi. 
Senyum ceria je anakanda nampak mak :)
So apa lagi, kita wefie dulu. 
Yeah! 





Sementara tunggu Awatif settle, boys wefie dulu. Mama, nak rm 5! Hahaha.




Bawa bola dengan kayu hoki. Masukkan bola ke dalam gelung rotan. Lompat berhalangan dan kemudian baling bola ke dalam bakul. Then patah balik! Hahaha. 
Alhamdulillah, team hijau Awatif dapat nombor tiga.



Sebelum balik, wefie dulu anak beranak. Tq brother sudi snap our picture. 

Jalan-jalan ke gerai jualan, terjumpa bff's Awatif. So wefie dulu. Kawan baik dari darjah satu ni - Raina Naura dan Dian Shazani. Gang Denai, Iqrak dan Sktbs. Mak panggil depa ni team Mak Temah!

Hahahaha..... wefie kenang-kenangan dulu sebelum balik.



Kami pulang ke rumah sekitar jam 10.30 pagi.
Tak tunggu habis acara sebab mak nak masak.
Selesai sudah satu hari yang penuh dengan kenangan.

Saturday, October 22, 2016

Karate Tournament Peringkat Zon Tengah Selangor 2016


Tepat jam 1.45 petang, kami pun keluar rumah. 
Destinasi petang ni ialah Dewan MBSA Shah Alam. 
Ad Am Tif ada tournament karate peringkat zon tengah petang ni.
Ini ialah tournament kedua yang disertai anakanda bertiga. 
Yang pertama hari tu telah diadakan pada Mei kalau tak silap mak la yang mana team karate SKTBS telah menggondol tempat kedua untuk acara kumpulan team basic. 

Untuk kali ini, peserta karate SKTBS hanya tinggal 5 orang daripada 13 orang.
Entahlah kenapa bilangan kian merosot. 
Mungkin sebab dah hujung tahun.... motivasi ibu bapa menghantar anak latihan karate pun dah berkurang. 
Tak pun mungkin sebab nak cut cost bayaran bulan2 hahahaha. 
Yang tu memang tak dapat dinafikan lah. 
Ayah pun terasa juga especially kami ada tiga anak sekaligus dalam aktiviti ini. 
Tapi tak pe.... rezeki anak sentiasa ada. 
Doa je ya. 

Tournament kali ini, anak-anak bukan sahaja diberi peluang untuk tunjukkan bakat dalam acara berkumpulan sahaja. 
Bahkan acara individu juga. 
Hahahaha.... serius mak cuak jugak sebab anak3 mak Ila bukanlah kategori yang kaki gaduh dan lasak begitu. 
Tapi tak pe. 
Ini pun part of learning. 
So kita beri peluang pada mereka untuk rasa pengalaman ini. 
Seriously, Mak Ila tak sangka betul anak2 ni merasa pengalaman sebegini. 
Bagi mak, cukup sekadar ada pendedahan basic untuk mempertahankan diri.
Alhamdulillah anak2 diberi peluang untuk kutip pengalaman begini.
Moga bertambah ilmu hidup anak2. 

Asalnya mereka bukan nak masuk karate!
Tapi mak yang paksa especially Azhad la. 
 Dia perlukan sijil as a proof yang dia aktif dalam bidang koko.
 Jadi adalah extra point untuk permohonan sekolah kawalan, SBP dan Mara. 
Antara sebab lain ialah... 
Kenapa ye mak Ila gigih paksa anak masuk karate? 
1) Skill yang perlu ada untuk anak2 zaman ini sebab terlalu banyak jenayah terhadap kanak-kanak. At least they know how to protect themselves.
2) To build extra confident dalam diri. 
3) Bagus untuk stamina anak-anak. 
4) This is the time for them to release tension after study for the whole week. 
5) Untuk lasak dan ganaskan anak2 mak Ila yang lembut ni. Hoi bukan pondan.... tapi a bit fragile.
6) Badan cergas, otak cerdas.
Hehehe.


Ini adalah acara berkumpulan. 
Low stamina memang tak boleh buat la. 
Mak tengok pun mengah anak oi. 
Hahahaha. 
Team group basic ialah team dari SK Subang Bestari 2, SK Pristana, SK Saujana Utama dan SK Simpang Lima. 
Semangat bagai api membara. 
Walaupun berlima tetapi kekuatan semangat dalam diri ini bagai beribu. 
Yes! SKTBS johan di kejohanan karate antara sekolah peringkat zon tengah 2016. 
Tahniah kids. 
Mak pun tumpang happy. 

Wajah-wajah ceria dapat gold. Tahniah. 

Eh ayah sendiri yang bagi hadiah! Hahahaha. Seorang wakil parent akan dipanggil untuk menjadi pemberi hadiah.

Bertambah lagi sijil Ad ye. Kena amend SBP form la. Hahaha.

Tahniah Awatif, Adham, Azhad, Ariana dan Wan Ariff. 
  

 Selesai acara berkumpulan.... 
Kini tiba acara individu. 
Yang ni mak dan ayah kena tunggu lama. 
Hukhuk. 
Perlawanan individu dibuat mengikut umur anak-anak. 
Tahun satu lawan tahun satu...
Begitulah seterusnya. 
Mak memang tak harap anak3 menang. 
Sebab tak percaya anak boleh buat. Hahahaha. 
Jahat kan mak ni. 
Kihkih.
Dan keputusannya ..... jeng-jeng......
Azhad naib johan untuk kategori tahun 6. Ariana tempat ketiga untuk kategori tahun 2. Adham, Awatif dan Wan Ariff saguhati aje. 
Tahniah kids. Next year try lagi. 
Pengalaman baru untuk anak-anak.
 Congrats 

Awatif sedang tunggu turn.

Ad, Am and Tif in action.


Gold, Silver and Bronze. Congrats.