AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Tuesday, March 31, 2009

Lagi parenting tip to follow

Source dari blog Diyana di New Zealand... Gud info on parenting tip... Jom kongsi!!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah.
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

Sunday, March 29, 2009

Jalan2 hujung minggu - MPH Ikano

Alhamdulillah aku dah pun menduduki exam KPLI tu. huhuhu... Rasa ringan je otak dan badan aku lepas selesai .... Boleh lulus ke cik Ila kali ni ek??? Kwang..kwang... tatau laa!! At least aku dah usaha habis baik (tak laa baca gila babas...tp baca laa jgk..sempat laa jgk buat2 soalan yg ada tu). Jadinya apa yg perlu aku buat adalah berdoa moga ada rezeki itu ada. Tapi tak kisah laa... jika gagal pun aku redho coz aku yakin Allah dah aturkan something yang lebih sesuai dengan aku. Amin....

Aku exam di my hometown, Ipoh. Malam tadi balik Kuala Lumpur balik. Cuaca sepanjang perjalanan hujan renyai2. Mmm aku macam biasa laa akan tidur selepas separuh perjalanan. Sunyi laa kereta coz anak2 yang gaduh tak abis2 tu pun tertidur jgk. Hubby je laa yg drive sambil layan alunan ayat2 al quran... (my hubby punya habit..kalau drive malam2 mmg pasang cd ngaji...ekekeke! Takut jembalang melekap kat cermin kot..ekekeke...gurau je ek...!! Dengar alunan al quran kan ke dapat pahala..tu pasal dia pasang...ekekeke)

Today..as usual kami bekpes dengan nasi kerabu yang sedap tu... So yummy!! Pagi2 lagi dah chit chatting ngan jiran sebelah sementara tunggu hubby pulang dari pasar. Macam2 laa yang kami kongsi..kisah itu..kisah ini. Jiran aku ni bagus. Dia ni motivator aku laa jugak.. kalau time dia down aku laa tempat dia kongsi story. At least ada tempat dan kawan nak ngadu2..hehehe...

Setelah selesai...around 11 am...kami sekeluarga ke Ikano. Actually nothing to buy...tapi bila dah sampai sana ada je yang kami beli.. hehehehe... Projek hari ini ke POPULAR bookstore... Mmmm ramainya orang!! Aku sempat laa jugak sambar several book to read. Untuk anak2 we buy story book...kononnya nak baca during bed time ler. hehehe!! Hubby beli buku motivasi. Mmm masuk kedai buku tu..anak2 aku yang sebelumnya ok terus jadi macam tak tentu hala. Mmm so excited tengok books. Depa ni mmg suka read a book ... Mmm kadang2 terlebih dos jugak. Time kami berdua nak tengok berita tu pun depa minta bacakan books. huhuhu.... Kanak2 memang ada eager yang tinggi nak explore. So kita laa yang kena develop lagi hobi depa tu...hopefully akan bagi manfaat kat depa ....


Awatiff, abang2 pun baru je baca book 1A & 1b..dia dah 1ob..wakakakaka


Haaa..apa lagi nak amik tu weh!!
Mmm mama... I find Thomas!!




Bila plak laa ada orang snap pic ni.. ??

Apsal laa sedih je ni? Risau ke bini beli buku banyak... Duit lagi..ekekekeke

Keluar dari Ikano...kami pun bergerak ke tempat mainan kanak2 ni.. Both of them as usual mesti nak ride this kind of thing.. Ekekeke... Bayar je laa mama!! Tak kisah laa ..yang penting enjoy!!!


Sementara tu ...sempat jugak laa aku dan Awatif posing.. hehehe


Ni books yang aku beli tadi ... kira2nya nak upgrade myself laa kononnya. ekekeke!!

This 2 books aku beli last Thursday di bookstore Giant kota damansara. Aku recommend all of u to read cinta jodoh perkahwinan written by eddie rosyadi. Gud utk kita mengenali pasangan dan rakan. Banyak laa teori diperkenalkan... All based on birth date. Baru di pasaran tau!!

Ni hubby's book. As trainer dia memang collect books like this.

Yang ni plak kasut my girl yg dibeli di warung kasut kanak2 Ikano. Tak cantik..tp looks cute. Tu pasal aku yg beria-ria nak beli. Lagipun dia memang minah kasut!! ekekeke...

Yang ni plak koleksi makanan kesihatan amalan aku utk kebahagiaan aku suami isteri... wakakaka!! Baru dihantar oleh upline tadi... hehehe.. Tq yer!!

Friday, March 27, 2009

Kisah KPLI ....

Mmm dah lama tak update. Apa nak story today ek? Esok exam KPLI. Tatau laaa macam mana resultnya. KPM announce nama hari rabu ... maknanya just ada 2 hari je utk preparation...! Waduh2 ... pening betul. Mmm nak study hard sekarang2 ni btul2 mencabar..uji kesabaran. Mmm my baby Awatif tu pun nak sudy sama. Habis buku dia campak ke bawah. huhuhu...

Esok aku exam kat Sekolah Megat Khas Ipoh. Mmm sengaja amik exam kat Ipoh. Jadi tak laa risau kat anak2 time exam tu.. coz tahu mama leh take care depa. hehehe. Lagipun aku dah familiar ngan area Ipoh. So tader laa masalah nak cari sekolah tu.

Tatau laa apa perasaan aku sekarang ni. Mmm nak kat berkobar2 nak jawab exam pun tak rasanya coz byk lagi nak pick up. Masa pun terhad. Tatau la.. Nak berdoa tapi usaha tader pun no point jgk. Jadinya try jgk laa cari2 ruang yg terhad ni..belek2 formula ke... dan yg penting cari ketenangan. Aku pun tak harap sangat nak dapatkan KPLI ni... tapi kalau dpt sekali lagi ...tu dikira bonus laaa.. Aku ni sometimes rasa semangat .sometimes tak. huhuhu. Tatau dan konpius dgn diri sendiri. Konpius adakah kerja as keperluan? terdesak? saja2 gatal? ibadah? lari dr tanggungjawab aku yg sedia ada ni? atau apa2 je laaa?? konpius amat sih!! Asben aku pun neutral je... tader nk bg semangat ... tader nak halang. huhuhu..Tp dari gaya bahasa dia mcm tak prefer jer. huhuhu.. No idea. Anyway just try laa dulu.

Apa2 pun pray for me yer... aku redho je ..dapat ok..tak dapat pun ok jgk. Tak dapat bukan bererti kita malang...tp jika tak dapat tu maknanya ada urusan yang lebih baik yang Allah janjikan untuk kita. Jika kita percaya pada takdir Allah tu insyaallah tader tension2 ni. Believe me...

Wednesday, March 25, 2009

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

I like this email very much. Just quote from my best friend ... Boleh laa direnung2 untuk difikirkan.....


"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan di pertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah* Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). * membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5.. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.

*Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebihbaik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.

*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelakidan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Kisah Mama & Abah

Salam my diary...

Alhamdulillah aku dah pun selamat sampai dr kg di Ipoh. Mmm rasa berdosa laa jugak coz my sons ponteng sekolah dua hari2 gara2 nak balik kg. Shariff ada kerja di Prai Port... that is why he suggested we all sefamily blk kg. Mmm tak laa rugi sgt coz expenses balik kg tu secara tak langsung will be claim dlm mileage claim dia. hehehehe....

Balik kg kali ni mmg rasa letih sangat la.. Dari Taman Meru ke Kuala kangsar. Esoknya ke Parit coz abah ada urusan di Pejabat Risda. Enjoy laa coz spent masa dgn family. Tapi pasal my children yang lasak dan aktif buat aku jadi pening betul laa... Tired dok kawal depa tu laa....

Mmm rumah aku di Ipoh tu 2 tingkat. Kini rumah atas telah mama sewakan pada sepupu aku yang baru bekerja di Ipoh... So kami just go around umh bwh je laaa. huhuhu... Rasa sempit laa jugak coz ada brg dr umah atas yang dah diturunkan ke bawah. huhuhu...

Mama abah tu dah tak berapa happy nak stay longer kat Taman Meru tu. Abah pun dah pencen... Jadi most of the time dia senggang. Tak tg tv..sapu2 halaman rumah. Dan lagi tidur. Mmm tak baik untuk kesihatan tu.... Lagi tua patutnya kita lagi aktif... Atas alasan tu lah mama dan abah selesa dok di kg mama aku di Kuala Kangsar. Umah Taman Meru tu dah jadi macam rumah weekend mama abah je la. Kampung opah aku yang dulu mcm malap coz semak sana sini kini dah jadi ala2 taman bila mama dan abah menetap kat sana. Kebun mama tu terang .... rumput2 pendek hinggakan kami boleh duduk picnic bawah pokok buah-buahan. Best jugak laa. Tapi untuk aku..kalau balik sekejap2 enjoy laa jgk. Cuma kalau lama2 tu tak best kot.. hehehe.. yer laa coz aku dah biasa dok surrounding bandar yg havoc dan dkt dgn segala facilities. Mama abah sekarang dah lebih pentingkan kepada ketenangan... Tu yg depa suka dok sana tu.

Nak jadi story lagi...sekarang mama dan abah ada projek baru - Projek buat pembenihan ikan keli. Nampak grand laa jugak coz tgk equipment tu mcm beria. Hope ada pulangan yg baik coz kat situ ramai org ternak keli tapi amat laa payah nak dptkan benih keli. hehehe...Mama, kak yong doakan. Cuma bila mama abah dah ada projek tu payah laa aku nak ajak mama dtg KL. hehehe.... Tapi tak kisah la... as long as depa happy...just go on laa...

Okey laa diary.. aku nak mandi dan settlekan projek kerja aku. Dua hari tergendala... ada order yang tak pos. Hari ni all my work should be done completely... Amin...

Sunday, March 22, 2009

Aktiviti Ahad ....

Mmmm tengahari ni ila sekeluarga ke Jeram, Kapar untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan hubby. Alhamdulillah cuaca cukup cerah dan panas. Tetamu ramai... Ada laa jugak muka2 warga opis hubby dari KL dan Penang yang datang. Tema perkahwinan Ina & suaminya adalah warna coklat. Nampak berseri sangat young engineer nih. Hehehehe... Ila tak sempat nak snap gambar pengantin coz awatiff merengek kepanasan.. huhuhu... Lepas makan dan tgk pengantin...kami pun bergerak balik.

Lepas makan2 kami pun trus ke Denai Alam. Hubby nak submit aggreement S&P umah. Semalam dah pi tapi ila tak ikut jadi bwk blk aggreement utk ila sign.. hehehehe...On the way balik tu hubby ajak ikut dia pi outstation esok. ekekeke....takde laa. Ila & anak2 akan blk ipoh. Sementara tu dia ke Penang. hehehe...Maknanya my sons akan ponteng tadika 2 hari ler. Rabu br start sekolah. Opah pun tak bantah. Mmmm rindu lah tu.

Berbalik ke kisah Denai Alam tadi...Sales gallery hari ini penuh dengan orang yang nak beli umh. After submit apa yg patut kami pun trus pulang ke Kota Damansara coz dh dekat kol 4 - masih tak solat zohor lagi. Hurry .....!! Ni ada laa gambar yg di snap sket je utk kenangan aktiviti hari ini.










Awatiff ni tengah demam. Sian laa ...mata kuyung!!


Lepas solat Zohor..ila pun buat cucur bwg untuk hidangan minum petang. Cicah dengan mayonis + kari. Hehehehe.. Yummy!! Balik Ipoh lepas magrib....Rabu baru ada.

Thursday, March 19, 2009

Minggu jalan-jalan.

Khamis minggu lepas family asben dari Terengganu datang ke umah anaknya. Mmm nenek dan ayah su melawat kami yang dah lama benar tak balik. Rasanya sudah 4-5 bulan jugak laa tak jejak kaki ke Jerteh. Anak-anak busy dengan sekolah...mama dengan kisah perniagaan & rumah tangga dan pastinya ayah dengan meeting, workload dan other hot issue kat opis.

Bertemu nenek dalam masa yang singkat betul2 menyeronokkan though letih. Macam2 cerita kami dok kongsi...kisah itu ini...kisah sedih pun ada jugak. hehehehe.... Sesekali berkumpul nikmat jugak laa rasanya. As usual...ila as dapur officer menjamu tetamu dengan juadah yang sedap2. Insyaallah. Berdebar jugak...yer laa mak mertua mai; service mesti tip top maa. hehehehe....

Menu hidangan yang ila sediakan simple je...

Day 1
- Bekpes - nasi goreng
- Lunch - nasi, sup ayam, ikan bakar, budu dan bendi rebus.
- Dinner - Ikan terubuk bakar & sup tghr tadi....

Day 2
- Bekpes - nasi lemak ikan bilis
- Lunch - jalan2
- Dinner - Asben beli satay kajang.

Day 3
- Tak masak coz jalan dan tido umh adik ipar di Seri Kembangan.

Day 4
- Dinner - Siakap sweet sour, kailan ikan masin dan daging masak hitam.

Sedap laa kot coz kelihatan biras, adik2 ipar, suami dan mak mertua makan bertambah. hehehe... Kira ok laaa... Alhamdulillah.

As usual ronda2 KL...tempat kali ni sekitar KL Tower, KLCC (wajib), Aquaria, Putrajaya dan byk lagi. Aktiviti jalan2 kali ni seronok coz kebetulan time family datang..asben ila dapat bonus. So rancak jugak laa jln2nya. Hehehehe...rezeki adik ipar laa. Okey ni gambar jln2 hari tu.




Adham nampak beno excitednya kat Aquaria. Dia ketawa besaq...habis org keliling dok tgk. Mmm tu menurun ila laa kaki ketawa beso ..... wakakakaka!!!


Mak balik Isnin malam menaiki bas Mahligai W13 ke Jerteh. Cucunya nangis coz still tak puas lagi spent masa dgn nenek mereka. Adham nangis start kat Putra lagi....Azhad nangis bila kami masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Kedua2nya melalak sampai laaa ke Kota Damansara. Huhuhuhu...Sabo je!!! Mmmm to anak2...nnti kita balik Jerteh....korang main / sembang / spent masa puas2 ngan nenek, aki, ayah su dan ayah teh .... baru kita balik KL semula.... Hehehe

Wednesday, March 18, 2009

I've been tagged...jom layan!!

mmmm gara2 lama tak memblog...akibatnya ila tak sedar ila ditagged. Wakakaka.... okey kak lin ila akan menjawab tagged akak. Cuma tagged kali ni quite unik sket ... hehehe...Taper2 layan....

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Ai yoo kak lin.... folder keenam...gambar keenam adalah gambar ila ler. Alamak mcm ner ni? Segannya laa... Rasa nak ngelat je.... Tapi tak baik kan. So upload je gmbar tu... Huh...ini minah perasan cun ler. wakakakaka.... Jom layanzzz

Actually ini gambar baru .... hehehe... Baru je last week ila amik. Gambar ni diambil oleh asben ila tatkala kami menemani anak2 dan adik ipar dari Terengganu mandi-manda di kolam KLCC ahad yang lepas.

Ila agak letih time gambar ni diambil ..yer laa mana taknya dah 2 hari berturut2 we all spent masa jln2. Mmm bwk family jalan2...tp it's okey laa coz letih berjalan bukan selalu pun. So enjoy jugak laa rasanya.

Apa lagi ila nk describe gambar ni ek? Rasanya tader apa laa kot...Hehehehe... Cuma rasa kelakar sket tgk gmbar ni coz nampak seketul je haku ni. Wakakakaka...

So siapa yer yg ila nak tagged kali ni? Mmmm as usual :-

- diyana musli
- lin mummy irfan
- kak ina kl
- kwn uia mama balqis
- kwn uia si obai