AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Kisah Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sekolah. Show all posts

Saturday, October 22, 2016

Karate Tournament Peringkat Zon Tengah Selangor 2016


Tepat jam 1.45 petang, kami pun keluar rumah. 
Destinasi petang ni ialah Dewan MBSA Shah Alam. 
Ad Am Tif ada tournament karate peringkat zon tengah petang ni.
Ini ialah tournament kedua yang disertai anakanda bertiga. 
Yang pertama hari tu telah diadakan pada Mei kalau tak silap mak la yang mana team karate SKTBS telah menggondol tempat kedua untuk acara kumpulan team basic. 

Untuk kali ini, peserta karate SKTBS hanya tinggal 5 orang daripada 13 orang.
Entahlah kenapa bilangan kian merosot. 
Mungkin sebab dah hujung tahun.... motivasi ibu bapa menghantar anak latihan karate pun dah berkurang. 
Tak pun mungkin sebab nak cut cost bayaran bulan2 hahahaha. 
Yang tu memang tak dapat dinafikan lah. 
Ayah pun terasa juga especially kami ada tiga anak sekaligus dalam aktiviti ini. 
Tapi tak pe.... rezeki anak sentiasa ada. 
Doa je ya. 

Tournament kali ini, anak-anak bukan sahaja diberi peluang untuk tunjukkan bakat dalam acara berkumpulan sahaja. 
Bahkan acara individu juga. 
Hahahaha.... serius mak cuak jugak sebab anak3 mak Ila bukanlah kategori yang kaki gaduh dan lasak begitu. 
Tapi tak pe. 
Ini pun part of learning. 
So kita beri peluang pada mereka untuk rasa pengalaman ini. 
Seriously, Mak Ila tak sangka betul anak2 ni merasa pengalaman sebegini. 
Bagi mak, cukup sekadar ada pendedahan basic untuk mempertahankan diri.
Alhamdulillah anak2 diberi peluang untuk kutip pengalaman begini.
Moga bertambah ilmu hidup anak2. 

Asalnya mereka bukan nak masuk karate!
Tapi mak yang paksa especially Azhad la. 
 Dia perlukan sijil as a proof yang dia aktif dalam bidang koko.
 Jadi adalah extra point untuk permohonan sekolah kawalan, SBP dan Mara. 
Antara sebab lain ialah... 
Kenapa ye mak Ila gigih paksa anak masuk karate? 
1) Skill yang perlu ada untuk anak2 zaman ini sebab terlalu banyak jenayah terhadap kanak-kanak. At least they know how to protect themselves.
2) To build extra confident dalam diri. 
3) Bagus untuk stamina anak-anak. 
4) This is the time for them to release tension after study for the whole week. 
5) Untuk lasak dan ganaskan anak2 mak Ila yang lembut ni. Hoi bukan pondan.... tapi a bit fragile.
6) Badan cergas, otak cerdas.
Hehehe.


Ini adalah acara berkumpulan. 
Low stamina memang tak boleh buat la. 
Mak tengok pun mengah anak oi. 
Hahahaha. 
Team group basic ialah team dari SK Subang Bestari 2, SK Pristana, SK Saujana Utama dan SK Simpang Lima. 
Semangat bagai api membara. 
Walaupun berlima tetapi kekuatan semangat dalam diri ini bagai beribu. 
Yes! SKTBS johan di kejohanan karate antara sekolah peringkat zon tengah 2016. 
Tahniah kids. 
Mak pun tumpang happy. 

Wajah-wajah ceria dapat gold. Tahniah. 

Eh ayah sendiri yang bagi hadiah! Hahahaha. Seorang wakil parent akan dipanggil untuk menjadi pemberi hadiah.

Bertambah lagi sijil Ad ye. Kena amend SBP form la. Hahaha.

Tahniah Awatif, Adham, Azhad, Ariana dan Wan Ariff. 
  

 Selesai acara berkumpulan.... 
Kini tiba acara individu. 
Yang ni mak dan ayah kena tunggu lama. 
Hukhuk. 
Perlawanan individu dibuat mengikut umur anak-anak. 
Tahun satu lawan tahun satu...
Begitulah seterusnya. 
Mak memang tak harap anak3 menang. 
Sebab tak percaya anak boleh buat. Hahahaha. 
Jahat kan mak ni. 
Kihkih.
Dan keputusannya ..... jeng-jeng......
Azhad naib johan untuk kategori tahun 6. Ariana tempat ketiga untuk kategori tahun 2. Adham, Awatif dan Wan Ariff saguhati aje. 
Tahniah kids. Next year try lagi. 
Pengalaman baru untuk anak-anak.
 Congrats 

Awatif sedang tunggu turn.

Ad, Am and Tif in action.


Gold, Silver and Bronze. Congrats. 

Monday, October 10, 2016

Tokoh Murid HEM Sept 2016 dan Kelas Terbersih.


Hari ini anak2 bersekolah seperti biasa. 
Hari ini anak2 tahun 5 exam UPKK di sekolah agama. 
Ramai lah yang tak datang ke sekolah kebangsaan sebab ustaz dan ustazah di sekolah agama mengadakan kelas tambahan saat akhir. 
Adham tak ambil sebab dia tak ke sekolah agama. 
Jadi dia ke sekolah seperti biasa. 
Ada hampir sekelas jugak la apabila dicampur2 dengan semua murid tahun lima yang tidak mengambil UPKK. 
Tapi untuk kelas Adham, hanya dia je yang datang. 
Yang tak ambil UPKK nampaknya mengambil peluang untuk study for exam di rumah sahaja. 
Hihihi..... 

Isnin ialah hari perhimpunan anak-anak di SKTBS. 
Ada kejutan terjadi. 
Hahahaha. 
Punya la excited Azhad Adham cerita kat mama sejurus sahaja masuk ke kereta tengah hari tadi. 
Jeng-jeng...... 

Azhad dapat tokoh murid HEM bulan September bagi pihak murid lelaki. Kata Cikgu Fadzilah, pemilihan diambil berdasarkan ketrampilan dan kekemasan diri murid. Hahahaha... 


Tahniah Azhad. Moga lebih bersemangat ye. 
Oooopsss itu bukan piala Azhad ye. 
Itu piala Adham. 
Eh bukan Adham yang punya jugak tu hahaha!
Tapi kelas Adham yang punya!
Hahahaha. 
Kelas Adham dapat anugerah kelas terbersih tahap 2. 
Gara-gara kawan2 lain absent, Adham lah yang kena naik pentas ambil trofi pusingan. 
Hahahahaha..... 
Dan yang bestnya, piala tu dia bawak balik. 
Sabo je la anak. 
Nanti Jumaat mak nak suruh dia pulangkan ke sekolah. 
UPKK habis Khamis. Jadi Jumaat kehadiran anak-anak ke sekolah insyaallah penuh. 
Jumaat Adham akan ke sekolah. 
Selasa hingga Khamis, mak nak cutikan Adham. 
Study kat rumah je. 
Hihihi..... 

Okey laaa bye diary. 


Wednesday, October 5, 2016

Permohonan ke SRIP Denai Alam.


Sejak malam tadi, mak Ila busy dengan urusan nan satu ini. 
Apa itu? 
Isi borang sekolah anakanda Aisyah. 

Eh baru nak isi ke? 
Kan ke dah settle sepatutnya. 
Sabar je lah baru sibuk2 nak isi! 

Untuk pendaftaran sekolah kerajaan negeri Selangor, mak Ila dah pun settle sejak tengah tahun lagi. 
Tapi ni permohonan sekolah integrasi. 
SRIP Denai Alam ni ialah cawangan SRIP BJ dan Green Hill. 
Di BJ memang dah bertapak lama, Alhamdulillah. 
Di Denai ni baru 2 tahun dibuka. 
Mak dan ayah dah ronda ke sekolah Khamis lepas.
Ini pertama kali mak melawat sekolah swasta. 
Ok la.... selesa. 

Mak Ila terpanggil untuk mengisi permohonan atas beberapa sebab. 
Sebab-sebabnya :- 
1) Untuk meneruskan Islamic environment Sarah Aisyah. Now Baghdadi then Srip. Mak nampak big improvement Sarah Aisyah yang agak drastik di Baghdadi. Agak impress juga. Jadi ini telah mendorong mak untuk meneruskan apa yang telah dicorakkan ke atasnya di Baghdadi. 
2) Timing school SRIP yang mesra jadual supir mak. Tahun depan workload mak telah meningkat di mana terdapat keperluan untuk supir ke luar dari kawasan Denai Alam. Supaya tiada huru hara dan risiko keselamatan travel with kids, jadi better la anakanda Aisyah di situ sahaja. Jadi unsur2 mak terkejar-kejar di jalan raya dapat dikurangkan. Mak Ila juga bakal menjadi guru sekolah menengah. Jadi, banyak subjek yang otak mak akan proses hahahaha. Jika silap langkah boleh stress o. 
3) Tahun depan sekali lagi ialah tahun yang kritikal untuk mak di mana anak mak Ila yang special itu, Adham akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak special ini lebih menuntut mak Ila supaya lebih fokus dan jiwa besar serta semangat yang kuat. Jadi mak Ila perlu pastikan mood diri sendiri stabil dan fizikal yang tak letih dengan kerja2 remeh temeh supaya proses PDP berjalan dengan lancar dan jayanya. Mak perlu memikirkan cara belajar yang sesuai dengan anak nan satu ini. Kena tukar2. Sebab anak nan satu ini, spesis mudah jemu dan payah fokus. 
4) Mak Ila nak follow jadual jogging dan kuliah di MTAJ dengan disiplin. Apabila waktu supir 10.30 pagi tiada dalam jadual, mak Ila tak la rushing terkejar2. Sebabnya ada juga ustaz yang datang lambat ke kuliah walaupun tertulis jadual kuliah bermula jam 9.15 pagi. Mak Ila bukannya nak follow semua sessi kuliah. Tapi at least 2 kali seminggu pun dah cukup untuk mendidik jiwa kita yang lalai. 
5) Supaya mak Ila ada me time sesekali. Kut nak berspa ke sopink barang dapo ke basuh car ke dan macam-macam kut lagi. 

Lagi satu yang penting dan perlu difahami.... 
Mak mohon sekolah ni bukan sebab sekolah kerajaan tak bagus ye. 
Mak sendiri sayang akan sekolah boys yang banyak mendidik anak2 mak sebelum ini. 
Nak nak pulak mak memang dah kenal ramai guru2 di sana. 
Guru sekolah kerajaan memang terbaik.... well trained. 
Program yang disusun untuk memastikan kejayaan anak juga bagus2. 
Memang tak dapat dinafikan. 
Dengan group PIBG yang sentiasa aktif dan tak kering idea. Haaa lagi lah!
Tabik spring. 
Syawal Adham masih di sekolah kerajaan. 
UPSR tahun depan. 
Cuma.... untuk girls kali ni..... mak nak corakkan mereka dengan cara yang berbeza dan atas sebab2 di atas. 
 Sesekali memang rasa takut juga sebenarnya. 
Tapi disebabkan dah ada pengalaman mengharungi anak sekolah kerajaan dan periksa UPSR di sana, mak jadi kuat dan yakin yang mak boleh bantu anak mak sekiranya ada kekurangan dalam sistem pembelajaran di SRIP nanti. 
Sentiasa ada pro and con dalam pilihan yang kita buat. 
Dan kita perlu sentiasa ada cara untuk selesaikannya dengan cara yang baik. 
Doa yang terbaik. 
Semoga pelaburan ilmu ini ada kebaikan untuk anakanda puteri.

Ada syarat kemasukan. 
Ni butiran pembayarannya. Macam bayar tadika.
Anggaran bayaran buku. 

Borang permohonan. Jika berminat bolehlah isi. 



Ahaaaa dah isi :) 
Nak masuk tahun satu ni kena exam. 
Mmmmm mak redho je la. 
Jika dapat, alhamdulillah rezeki. 
Jika tak dapat, redho je la. 
Apa2 keputusan, pasti tu lah yang terbaik. 
Dan lagi..... 
Jika Sarah Aisyah lulus, Sarah Awatif pun insyaallah akan mak tukarkan ke SRIP juga. 
Doa banyak2 lah. 
Moga Allah permudahkan. 
Amin..... 


Monday, August 15, 2016

Banner motivasi UPSR 2016.



Hari ni hari Isnin. 
Dah menjadi kebiasaan hari Isnin, trafik ke pejabat ayah akan jem luar biasa. 
Jadi mak Ila dengan secara sukarela offer diri untuk menghantar boys ke sekolah. 

Pukul 7 pagi, mak pun memecut lagi. 
Kereta beratur bergilir-gilir turunkan anak di depan pagar murid. 
Tup2 terpandang akan sesuatu yang Wauuuu!
Banner 6A untuk murid-murid SKTBS. 
Terasa bahang UPSR .... 
Hari ini genap lagi 20 harI UPSR sebenar Azhad. 
Huhuhu..... 


Good luck anak-anak. 
Kuatkan semangat kalian di saat akhir ini. 
Doa banyak-banyak pada Allah SWT. 
Insyaallah rezeki 6A milik kalian jua. 
Amin.