AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Konon Nak Jaga Badan - Tapi Tak Berjaya Pun.. Show all posts
Showing posts with label Konon Nak Jaga Badan - Tapi Tak Berjaya Pun.. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

‎10 Makanan Paling Cepat Menggemukkan Di Malaysia.

SEMUANYA MAK SUKA!!! Owhh!! ............


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Monday, March 4, 2013

Diet Atkins :)

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet.
 Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com

Tuesday, July 31, 2012

Tamatnya diet detoks cycle 1 selama 7 hari.


Mak rasa entry ni entry desparado!!
Huhuhu.
Desperate to become slim wife, mama, etc....
Hahaha.

7 hari diet detoks sudah pun berlalu.....
Alhamdulillah. 
Maka start lah rest day buat mak 3 hari sebelum meneruskan diet dengan mana2 program diet yang banyak di Internet.
Hihihi. 
Hasilnya, within 7 days mendetokskan diri, berat mak menten hilang 3.3kg jek.
Jika dalam percentage, sekitar 4.9%. 
Tak sampai pun 5 - 8 kg as said in the artikel.
Mak tak tahu kenapa tak sampai 5 kilo tu....
Tapi instinct mak sangat merasakan yang mak kurang minum air last 3 days.
Awal2 program memang tak dinafikan mak minum 10 gelas.
Bila dah hujung2 tu mak macam ngelat.....
 Hihihi.
Umum pun tahu yang air adalah elemen penting dalam diet detoks ni.
Jika tidak cukup air, fat burn atau toxin tak mampu ditolak keluar 100% dari badan.
Tu la dia.....
Jap jap jap.....
Kenapa mak rasa cara mak bercakap macam seorang pakar je??!!!
Hahahaha....
It is fact ok.... Bukan merapu.
:))
Tak caya try le. 

Tapikan.... 
Walaupun tak achieved macam yang diperkatakan itu, mak tetap puas hati sebab ada penurunan jugak. 
Ini lebih baik dari mak tak ambil tahu dan tak jaga pemakanan langsung kan. 
Tiba2 teringat akan coach herbalife mak dolu.....
Jika berat tak turun as target expexted, dia selalu cakap..... mungkin tak nampak kat perubahan berat tapi body figure for sure berubah. 
Hahaha. 
Jadi mak rasa, mak nak pakai teori dia la sekarang ni supaya mak lebih semangat. 
Maka boleh disimpulkan la yang konon2nya berat mak hanya turun 3.3kg sahaja dan the best part is figure badan mak mengecil. 
Hahahaha.....
Mak pun tak tahu yer ke idak!!! 
Sebab tak amik pusing. 
Ekekeke. 
Layan jek la janji puas hati. 

Apa yang pasti dan mak yakin.....
Mak memang perlu workout at least 100 calorie burn per day jugak untuk burn more calorie. 
Sebab berat mak sekarang kini di takuk sempadan antara ok dan overweight.
Jadi rasanya dengan jaga pemakanan sahaja memang tak cukup jugak kot. 
Harap mak kuat semangat la hendaknya. 

Yang penting, usaha lagi dan jangan berhenti.
Kerana diet untuk loss weight ni something yang perlu keep going on. 
Once berhenti..... tu la punca kegagalan.
So kena start back dari awal.....
Mmmm terpaksa susah payah kembali.... 
Kali ni mak nak berusaha betul2..... 
Hingga berat mak duduk di zon selesa baru rasa puas hati. 
Amin..... 

Tapi satu jek.....
Diet detoks ni mengajar mak yang kita mampu hidup tanpa ambil nasi dan apa2 gantian nasi tiap2 hari pun. 
Okey jek pun.....
So long ur mind set kuat pendiriannya. 
Jangan sedih2.....
Jangan tension2....
Happy and enjoy hari2 mendatang. 
Dan yang paling penting doa banyak2....
Sebab dia yang menentukan hasrat anak adam itu tercapai ke tidak... 
Amin. 


Sunday, July 29, 2012

Plan Pemakanan Diet Detoks Yang Mak Follow Itu Ada Di Sini......


Mana pergi tak update several day ni? 
Hihihi.....
Ado jek. 
Tak hibernate pun...... cuma agak busy sket dua tiga hari ni. 

Mak masih lagi berdisiplin dengan diet detoks mak tu. 
Hahahaha. 
Program 7 hari jek.... 
Jadi gigih la nak ikut pun!! 
Cuba kalau 7 minggu.... 7 bulan.... owh tak pastilah jugak yer!! :)
Hari ni, mak dah on day sixth program. 
Setakat hari ini mak dah loss 3.3kg. 
Ok lah kot.....
Dengan berat hari ini mak dah ringan sket dari berat ayah. 
Jika tidak..... berat kami sama dan mungkin mak akan jadi lagi berat dari ayah ! 
Hahaha....
Jika lagi berat, haaaa usah berangan la nak ayah angkat mak macam dolu2 ok :)) 
Mahu patah pinggang kang. 
Haru!!
Cuma untuk menten dengan kg yang baru ini, memang kena monitor pemakanan betul2 lah selepas ini. 
Jika tidak, sia2 lah usaha selama 7 hari ini..... 
Mak plan, selepas tamat 7 hari.....dan rest daripada ikut program diet detoks 3 hari ini.....
Mak nak start balik day 1 till day 7. 
Tu hanya perancangan.... 
Harap jadi la. 

Sebab ramai kawan2 mak yang bertanya apakah dia diet detoks ini......
Jadi mak ambil keputusan untuk copy pastekan aje artikel email dari kawan mak tu....
Tapi artikel is in english.
Faham2 seniri la ek....
Tak susah pun.
Dan jika rasa gigih, leh la ikut buat sama.
Hihihi.....
The key point to succeed in this program adalah persediaan mental sebenarnya.
Mental kuat maka result will be positive, Insyaallah.

*
*
*
*
*
*


WEIGHT LOSS DIET

The program was developed in conjunction with the grant from U.S. Department of agriculture and their Food & Drug Administration. It was field tested at the John Hopkins Research Center and was approved by the Board of Directors of General Motor Corporation at a general meeting on August 15, 1995.

It is management's intention to facilitate a welfare and fitness program for everyone. This program is designed for a target weight loss of 5 to 6 Kgs per week.

It will also improve your attitude and emotions because of its systematic cleansing effects.

The effectiveness of this seven day plan is that the foods eaten burn more calories than they give to the body in calorific value.

This plan can be used as often as you like without any fear of complications. It is designed to flush your system of impurities and give you feeling of well being. After seven days you will begin to feel lighter by at least 10 pounds. You will have an abundance of Energy and an improved digestion.


DURING THESE SEVEN DAYS YOU MUST DRINK 10 GLASSES OF WATER EACH DAY.


Day One:
All fruits except bananas: Your first day will consist of all fruits you want. It is suggested you consume lots of melons the first day, especially water melons.


Day Two:
All vegetables: You are encouraged to eat until you are stuffed with all the raw and cooked vegetables of your choice. There is no limit of the amount or type. Avoid Oil and coconut while cooking vegetables. Have a large boiled potato for breakfast.


Day Three:
Any mixture of fruits and vegetables of your choice:  Any amount, any quantity. No bananas and no potatoes today.


Day Four:
Bananas and Milk: today you will eat as many as eight bananas and drink three glasses of milk. You can also have one bowl of vegetable soup.


Day Five:
Today is a feast day: You will eat 1 cup of rice. You also have to eat six whole tomatoes. Drink 13 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.


Day Six :
Today is another all Vegetables day. You may eat 1 cup of rice today. Eat all vegetables you want cooked and uncooked to your hearts content.


Day Seven:
Today your food intake will consist of 1 cup of rice, fruit juices and all the vegetables you care to consume.



Tomorrow Morning you will be five to eight Kgs lighter than 1 week ago. If you desire further weight loss, repeat the program again. Repeat this program as often as you like. However it is suggested that you rest for three days before every repetition.
You have your system under control now and it will thank you for all the purging and cleansing you just gave it. Even more that a diet programs it is good to follow this diet once in a while to clean your digestive system and remove toxic substances that have accumulated in the system.


 ADDITIONAL COMMENTS:

The most important element of the program is 10 tall glasses of water a day. You can also flavour the water with some lemon to make the drinking easier.

While on program take only black coffee.

Never more that 1 teaspoon of oil. Preferably do not use oil because of high calorific content. No fruit juices before day seven.

Here is what happens to your body while you are on this program and how and why it works.

Day One: you are preparing your system for upcoming program. Your only source of nutrition is fresh fruits. Fruits are nature's perfect food. They provide everything you can possibly want to sustain life except total balance and variety.

Day two: Starts with mix of complex carbohydrates in the form of boiled potato. This is taken in the morning to provide energy and balance. The rest of day two consists of vegetables, which are virtually calorie free and provide essential nutrients and fibers.

Day three eliminates the potato because you get your carbohydrates from fruits. Your system is now prepared to start burning excess pounds.

Day four bananas and milk sound the least desirable. Today is the day you can have coffee with milk. You are in for a surprise. You probably will not be able to eat all the bananas allowed. But they are there for the potassium you have lost and sodium you may have missed in last three days. You will experience a definite loss of desire for sweets and you will be surprised how easy this day will go.

Day five rice and tomatoes: The rice is for the carbohydrates and the tomatoes are for the digestion and the fiber. Lots and Lots of water purify your system. You should notice colorless urine today. Do not feel you have to eat 1 cup of rice, you may eat less. But you must eat the six tomatoes.

Day six is similar to five. Vitamins and fiber from vegetables and carbohydrates from the rice. By now your system is in a total weigh loss inclination. There should be noticeable difference in the way you look today compared to day one.

You may celebrate on day seven with Champaign. You may also have white wine instead of Champaign but in all practical programs and in all surveys done to measure success of the program, General Motors employees have always preferred Champaign to white wine.

More than 1 cup of coffee with milk is especially forbidden. No oil either. Milk and oil add empty calories to your diet. Avid coffee lovers can console themselves with black coffee.

However after the first week, it will help your digestion and settle your stomach. The key thing to remember is that you are not hungry at any time when dieting. The secret of this program is that you should never be hungry. If it is a vegetable day, eat as much vegetables that you are never hungry. If it is a fruits day, eat so much fruits that you are never hungry. You may be bored of eating vegetables all day, you should not be hungry. You can take any amount of General Motors wonder soup on any day.


WONDER SOUP

The following soup is intended as supplement to your diet. It can be eaten anytime of day in virtually unlimited quantities. You are encouraged to drink
large quantities of this soup:

Water
Large Onions
Green Peppers
Whole tomatoes
Cabbage
Bunch celery

Program is highly recommended for women and men above 40 for whom excess weight is especially dangerous. Excess weight for women arthritis problems and lead to rapid joint decay. Pain and deterioration can be lessened by weight loss as weight loss removes the stress on knee joints. Weight is the most critical factor in keeping good health and excess weight is responsible for the problems including coronary deceases, heart problem, arthritis and cancel among other serious life long diseases. Most serious health problems can be avoided by the single function of maintaining ideal weight. Daily mild exercise of 20 minuets is also essential. Do not tire yourself out being doing your exercise and maintaining an ideal weight goes a long way in ensuring a happy healthy and long life.

*
*
*
*

Ok la ek......
Nanti sambung lagi....
Waktu beribadat sudah tiba.
Da da.......




Thursday, July 26, 2012

Diet Detoks Day 2- Hari Sayur dan Ayam Bakar Mayonaise.


Sedar atau tak, dah 6 hari puasa eh....
Kejap jek. 

Erkkkk kenyang sudah :)
Mak baru sudah sahur Alhamdulillah. 
Pagi ni, anak2 dan ayah sahur nasi goreng ayam  instant keluaran Adabi. 
Mak just minum air 2 liter dan vitamin b complex serta vitamin c. 
Cukup lah...... 

Macam biasa, entry mak memang lewat sehari. 
Hahaha.... 
Berbuka semalam, mak sempaat jugak main masak2. 
Mak buat ayam bakar lada hitam mayonaise. 
Mak perap ayam malam kelmarin lagi. 
Jadi kiranya perapan mak tu hampir 24 jam jugak la. 
Ekekeke.... 

Rasa ok jugak.....
Ayah laju jek ngadap :) 
Lagi sedap dimakan bersama sos Nandos Peri-Peri..... :)
Jika kita google resepi ini.....
Memang ramai la pakar2 blogger masakan yang mengongsikannya. 
Dan yang kelakarnya.....semua ayat sama!!
Hahahahah.... sah2 copy paste :)
Dan mak pun tak tahu ayat resepi ini hak milik original siapa.... hahaha. 
Hari ni mak pun nak menambahkan bilangan mereka yang copy paste ok...... hihi. 





Bahan-bahannye ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)




Jika berkenan..... buat lah.... 
Memang tak menghampakan. 

Itu menu encik suami dan anak4....
Untuk mak hanya la sup sayur ok. 
Day 2 diet detoks adalah menu sayur day.
Dengan kata lain, fiber day. 
Makanlah unlimited sayur tak kiralah mentah atau masak. 
No oil.... no coconut ....
Hihihi..... 

Bagi mak tak de masalah kembang tekak lagi setakat ni. 
Sebab mak pun masih bersemangat meneruskannya... 
Ada lagi 5 hari untuk complete program..... 
Perut betul2 berehat dari memproses makanan berat. 
Tapi, element penting dalam diet ni adalah air.
Mak akan pastikan mak minum sahur sebanyak 2 liter...
Berbuka hingga jam 12 malam nanti lagi 2 liter. 
So complete lah 4 liter = 8 gelas.
Jika air tak cukup......
Memang akan rasa terliur nak cuit itu ini kat dapo tu!!
Hihihi....
Tak caya try la.




Okey lah..... subuh sudah.... 
Waktu untuk mengabdikan diri pada yang Esa.....
Nanti cakap lagi...
Da da...........

Wednesday, July 25, 2012

Diet Detoks 7 hari & Tayangan Menu Berbuka Day 4 Ramadhan.


Tayangan menu berbuka day 4 :)
Simple jugak.
Merajuk2 pun mak masih masak ok....
Rasanya panasnya rajuk ni pun udah hilang ...
Tu la dia. 


Ayam kurma, sayur campur dan kuih belian ayah. 


Actually, mak baru memulakan puasa Ramadhan semalam. 
Hihi...
Biasalah tu.... cuti mohor2 besar sebelum ni. 
Jadi kesempatan diambil oleh mak untuk memulakan diet! 
Mmmm jangan tak tahu... berat mak melambung tinggi di hujung2 Syaaban.
Kalah ibu mengandung!!
Ni gara2 mak makan sukati tak hengat la. 
Ikut program diet pun.... tak nak ikut betul2....
Haaa padan muke!

Program diet kali ini, lain dari yang lain. 
Tiada supplement....tiada ubat bagai. 
Serius semulajadi. 
Yang penting mental kuat. 
Program ni ambil masa 7 hari jek. 
Dijangkakan, jika kita berdisiplin, kita mampu menghilangkan sekitar 5- 6 kg. 
Huhuhu!!

Mak dapat artikel ni dari fren UIAM mak, Azlin Mohamad. 
Thank you dear. 
Mak pun dah send email pada beberapa orang fren mak yang lain.....
Mmm sah2 ada peminatnya laaa! 
Jadi semalam, mak dan 2-3 orang fren mak dah mula diet dengan gigihnya. 
Tahniah buat kami. 

Apabila mak teliti program diet ni......ada seperti diet detoks. 
Tapi ni detoks semulajadi....
Tak stress ok. 
Sebab kita masih boleh minum kopi, nescafe dan makan nasi. 
Setelah complete jadual pemakanan selama 7 hari, kita perlu rehat 3 hari dan makan seperti biasa. 
Jika masih mahukan penurunan secara semulajadi, ulangi jadual pemakanan yang diberi. 
Jika rasa tak mahu, ok berhenti jek. 
Hihihi.... 

Jika ikut berat mak sekarang, mak perlu hilangkan 10kg. 
Tapi kan.... mak tak pasti mak gigih ke idak!! 
Hahaha...
Cuma disebabkan ini Ramadhan, mak harap mak kuat semangat. 
Ayah sendiri yang tak overweight pun sangat particular akan makan dengan betul di bulan Ramadhan...
Dia dah hilang 2-3 kg oooo!!! 
Kita yang perempuan ni sepatutnya apatah lagi kan!! 
Tu yang mak panas lagi teruja tuh!

So semalam, menu berbuka mak ....
Ini jek .......
Tembikai....epal hijau dan jambu. 
:)




Menu day 1 diet program ni adalah -
Makan buah tanpa limit. 
Semua buah boleh kecuali pisang. 
Tapi digalakkan untuk ambil tembikai dalam dos yang banyak. 
Hihihi..... 

Ok jek....
Mak kenyang macam makan nasi jugak ! Hahaha.
It's all about mind set. 
Tak caya try la! 

Ada yang berminat nak dapatkan artikel ni? 
Please leave ur email here. 
Nanti mak emailkan. 

Ok la... Subuh sudah. 
Da da......


Monday, October 24, 2011

Setelah 2 minggu tak update......


Sekitar 2 minggu nggak update blognya !!! 
Tak tahu kenapa..... 
Tapi mengikut hemat aku, minggu pertama aku diserang sindrom bulan mengambang bendera merah...... Confirm dah tader mood!!
Minggu kedua plak busy dengan Azhad yang nak exam.... dan lagi time2 tu jugak la satu family sakit kecuali aku seorang. 
Pastinya capek banget....plus mental emosi tak stabil + tension....
Plus lagi dengan cuaca hujan tak henti2..... mmm asik lapo ajek kan....
Jadi pastinya tak de sukatan makanan yang betul dan exercise yang regular!! 
Dan semalam, apabila Coach datang...... jeng jeng ..........
Akibatnya berat aku ada sket demam..... 
Badan tak reshape / tiada pengecikan kecuali area ponggong dan peha sahaja berlaku slight short dari ukuran last two weeks. 


Dan coach pun mementor @ coaching aku itu ini.....
Harap2nya ada perubahan positif. 
Daku memang tahu kesalahan daku. 
Jadi admit it.... huhuhu..... 
Nak cantik mana boleh berehat aje......tetap kena jaga makan.... tetap kena exercise..... baru lah dikatakan diet yang tak membahayakan!!
Jadi apa lagik........semangat!!! 


So start minggu ini.......
Hari ni aku dah start marathon puasa. 
Menghabiskan sisa ramandhan lepas ada lagi 3 hari. 
Plannya nak la puasa sehingga Jumaat. 
Tapi tak pasti la..... sebab Rabu encik somi ada rumah. Usually time tu kami jalan2 makan2 ataupun masak2 :D
Harap berjaya la hendaknya. 


So jam 5 pagi tadi.... 
Aku bangun sahur. Makan 3 biji kurma.....air tea mix 500ml.... cappucino shake....dan 1 liter plain water. 
Alhamdulillah.......

*
*
*
*
*
*
Jam 1150, aku paksa diri aku yang malas ni bersenam di cross trainer.....
Berjaya mengayuh sebanyak 150 calories burn - 6.6km - selama 20.11 minit. 
Mmmm jadi la ek :)


Pas berbuka kang aku sambung writing lagi..... 
Ni nak siapkan Syawal Azhad ke sekolah..... 
Bye2 sebentar yek....

*
*
*
*
*

Haaaa sambung semula.....
Aku berbuka dengan kurma 3 bijik..... coklat shake..... dan 2 ketul puding jagung semalam.
Pas solat garib, aku minum air tea mix 500 ml.....
Then dalam kol 8 lebih,  roti + tuna 3 keping lah plak....... hehehe.
Sambil2 tu aku kena minum at least 2 liter untuk make sure total air dalam badan hari ni 3 liter..... Jika lebih, lagi la bagus......


Okey.....esok lah sambung.
Enough untuk kisah hari ini.....
Bye.





Tuesday, April 26, 2011

Misi Diet Saya........

Hari ni Azhad baru nak mulakan persekolahannya....
Berasa lama dia bercuti....
Huhuhu.....
Ada dia asik bertekak jek ngan mak ni....
Ada jek mende dia nak argue...
Hoho.....
Kenapa mama makan sikit? Kenapa mama nak kecikkan ponggong? Kenapa mama asik minum air? Ada2 jek soklannya la....
Pening nak jawab :)


Sekarang ni tido time 3 rakyat kecil mak.....
Tapi tak nampak pun petanda yang mereka nak lelapkan mata.
Sementara mereka bermain sesama mereka, mak update la belog mak sat yer :)


Cerita hari ni.....
Kisah diet mak :)
Cakap pasal diet ni, tahun ni sahaja rasanya dah 4 kali mak war2kan kat fb yang mak ni nak diet.....
Tapi sebanyak 4 kali jugak la... misi diet mak tersungkur di tengah jalan....
Hahahaha!!!
Tapi start last week, mak declared kembali misi diet + kempis perut ni.
Kebetulan plak kawan diet mak selama bertahun2, Cikgu Syidah dah pun nak bersalinkan anaknya bulan depan....
Dia berisi sebab alasan....
Jadi takkan lah mak yang tak peknen ni  sama beso dengan orang yang peknen....
Tak leh jadi tuh!! Hahaha!!
Jadi mak harap mak bolehlah selim sedikit sebanyak  time visit dia dan baby nanti.....
Ngeeee :))
Lagi satu yer.....
Misi ni mak rasa sangat perlu dijot down dalam blog ni.... in order buat mak lebih disiplin dalam berdiet....
Then mak akan dapat tengok progressnya macam mana.....
Dan kalau ada progress positif, secara tak langsung misi diet mak ni akan inspire kawan2 mak yang lain,
Insyaallah.


Projek mak ni dah nak masuk 2 minggu dah pun....
Alhamdulillah macam masih kuat semangat!!
Semangat mak nak diet ni memang susah benar nak dicari la!!!
Dari bersalin dolu hinggalah dekat setahun baby mak lahir barulah semangat yang hilang itu muncul betul2 seperti sekarang.
Hahahaha....
Ni semua gara2 mak diserang sakit lutut dan semput gila kronik....
Dan mak sangat risau makin banyak penyakit pelik2 hinggap kat badan mak ni!! Riso sangat!!
Sepanjang mak gemuk2 .... tak pernah lagik mak sakit lutut macam mokcik2....
Dan lagik...gemuk2 mak sebelum ni, perut mak tak pernah lagi selevel dengan dada mak....
Tapi kini ia sama.....
Uwaaaaaa!!!


Encik suami jenuh dah nasihat.....
Tapi mak buat dek jek....
Dia siap buat reverse psycho mak ni.....
Caranya - dia akan buh pati halia etc kat petut dia yang tak lobo tuh..... dia akan tak mkn malam....
Walhal,,,, dia memang tak perlu wat semua tuh...... sebab dia selim jek!!!
Agaknya memang dia nak suh mak diet sangat2 :))
Dan sejak mak diet ni, tak plak mak nampak dia berpati sireh @ pati halia sudaaaa.
Nampak beno misinya udah tercapai, agaknya....
Hahahaha.
Bagi dia alasan anak 4 tak leh diterima untuk gemuk....
Since ada je orang dah czer 5 - 6 kali menten selim.....
Jadi nak ngan tak nak jek la ...
Huhuhu......


Bila nak kuruskan badan.....
Mesti kena senaman ya.
Mak terpaksa memaksakan diri ini untuk curi2 jugak bersenam....
Paling koman pun 10 minit la.
Memang semput....
Tapi kena buat jugak!!!
Kerana mak sayangkan badan mak....
Sebelum dia jadi semakin gemuk, gelambir, lembik dan lenyo....
Okey, mak repair!!!
Hahahaha.... dah ayat macam orang desperate lah mak rasa!!!
Hihihi....
Dan lagi, mak nak selim sebab mak rasa risau lah jugak kan....
Orang laki in nature makin lama makin ensem.....
Wanita lak makin lama makin kutai....
Aii nak buat macam mana??? Dah memang gitu hormon Allah cipta.
Though umur encik suami dan mak beza 3 tahun, tapi kami nampak lebih kurang jek.....
Macam kan sebaya jek pun!!
Sebelum mak nampak lebih tua dari dia dan sebelum mak semakin membesar dari dia.......
Mak bela la apa yang patut.....
Mak tak de la suh jadi kurus kering....
So long sakit lutut mak ni hilang then ok laa.....
Dan lagik, perut buncit itu :)))
Tolongla kempis wahai perut!!
Hahahaha.....

.
Encik suami selalu cakap....
"My life begin at 40".....
Jadi make sure by 40 (jika diberi umur panjang) mak ni masih menawan.....
Masih menyelerakan di mata dia ...
Yeeehaaaa!!!
Itu pasal la mak risau....ekekeke.
Untuk encik suami, isteri sanggup buat semua.
Harap2nya usaha isteri dihargai oleh encik suami :))


Ok laa...
Ada yang nak join me???



Lauk lunch today..... amalkan menu dalam pantang :) Mudah, sedap dan menyelerakan yer. Malam kang kita makan epal jek..... Cut off time to eat is 7 pm............
Mak tak sekat pun pemakanan mak....cuma mak makan semua in small portion. Mak perlu makan since i am fully breastfeeding mother :)