AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Aisyah. Show all posts

Thursday, May 31, 2018

Happy birthday Hubby dan Sarah Aisyah.


Awatif exam fekah dan tauhid. 
Kat SKTBS dia exam maths dan TMK. 
Aisyah pulak exam maths dan sains. 
Huhuhu. 
Harapnya ok belaka la anak2 ni menjawab exam. 
Bulan puasa ni mak mampu guide sket2 je.

Hari ini juga hari bersejarah family ni... 
Hari ni birthday ayah yang ke 41 dan Aisyah yang ke 8. 
Rasa baru je lagi type dan rakamkan kisah pregnancy mak itu... 
Happy birthday kesayangan mak :)
Mak sentiasa mendoakan kalian dengan doa2 yang baik. 
Semoga Allah panjangkan umur, sihat, murahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, semakin kaya, semakin hensem dan jelita dan tercapai segala hajat yang diingini. 
Memandangkan ini bulan puasa, mak tak berapa banyak idea nak sambut besday ni macam mana. 
Otak beku dan banyak fikirkan hal lain. 
Huhuhu. 
Hari tu, ada Aisyah bayangkan surprise besday dia. 
Dia nak kami tutup lampu dan jerit surprise Happy birthday Aisyah. 
Hahahahaha... kemain hoi!
Puasa la Aisyah. Exam plak. Tak tau nak surprise macam mana. 
Selalunya kami akan makan2 meriah dan surprise gitu2 aje sempena besday. 
Hanya pada waktu petang tadi barulah mak dapat idea nak buat aktiviti apa sempena besday. 
Hahahaha. 
Jom kita pi KL Sentral jumpa ayah kat sana! 
Anak2 memang excited la. 
Kami park car di Kwasa Sentral dan naik MRT ke KL Sentral. 
Ayah tunggu kat sana. 

Memandangkan plan ni plan terkejut, jadi mak tak de buat any restaurant reservation. 
Gamble je. 
Jadi pastilah semua restoran dah penuh. 
Kami buka puasa air sahaja dulu, then terus solat maghrib. 
Selepas itu barulah kami ke Nu Sentral untuk makan. 
Anak4 memilih untuk makan di restoran kegemaran mereka, Fish Manhattan. 
Layan je la. 

Mak and girls bergambar sempena tunggu MRT.

Wajah2 excited nak makan2 besday.

Sedang gembira bersembang, tiba-tiba staff restoran busy nak buat surprise birthday kat ada satu meja tu. Bukan meja kami. Terus puteri bongsu dirundum sedih. Dia nak jugak hihihi. 

Dah sedih, terpaksalah mak bawak keluar hadiah birthday. Hahaha. 

Ahaaaa ayah plak bawak keluar hadiah. Hahahah.


Hahaaha..... sedih lagi tu. Tapi dalam hati happy sebab dapat smiggle tu. Kan ... kan... kan.... 

Wefie dengan abe Ad dulu. 

Tak mau snap pic jugak lagi..... Hahahaha. 

Lapar. Penni and salmon jadi pilihan. 

Antara hidangan yang diorder. 


Mak yang over kenyang sebab kena jadi penyelamat makanan. 



Supper kek malam ni. Kek Besday ni dibakar oleh auntie Fidot kesayangan Aisyah. Thank you sangat.

Saturday, November 12, 2016

Sarah Aisyah Exam Kemasukan Tahun 1 SRIP.


Hari ini hari Sarah Aisyah. 
Seawal 8 pagi, kami sekeluarga dah melepak di restoran Ulam Desa untuk makan pagi. 
Sarah Aisyah ada exam saringan kemasukkan ke tahun satu Sek Ren Islam Pintar Denai Alam. 
Semangat betul anak mak Ila ..... 
Macam tak sabar-sabar pun ye. 

Macam tak percaya je budak kenit ni dah nak masuk darjah satu.


As usual, golden daughter mesti wefie with golden daddy. 

Lebih kurang jam 8.45 pagi, kami sudah berada di depan SRIP. 
Wah nampaknya kami ialah orang ketiga yang hadir. 
Hahaha... semangat kan! 
Sesampai kami di sekolah, kami dikehendakki mendaftarkan nama. 
Then Aisyah pun terus duduk together dengan frens barunya ini. 
Bersalam-salaman... bukan main lagi yek! 
Hahahaha. 


Ada dua family yang memang kenal baik yang turut menghantar anaknya di sini. 
Mereka ialah mak Luqman, Cik Mas Moid dan Cikgu Rosnayani SKTBS. 
Kebetulan plak, anak cikgu Rosnayani pun namanya Aisyah jugak. 
Hahahaha. 
Sempat juga la kami bersembang tentang beberapa kisah anak2. 
Lebih kurang jam 9.15 pagi, peperiksaan pun dijalankan di tingkat atas sekolah. 
Ibu bapa tak dibenarkan untuk naik. 
Ujian yang dijalankan ialah ujian akademik, bacaan dan iqrak.
Tujuan utama ujian ialah untuk streaming kelas.
Kelas 1 Arif untuk mereka yang markah sangat tinggi.
Kelas 1 Bijak untuk mereka yang markah tinggi.

Tak lama kemudian, mak pun manghantar ayah dan boys pulang ke rumah dan mak kembali SRIP untuk mendengar taklimat dari pihak sekolah. 
Taklimat diberi oleh guru kanan SRIP BJ.
Guru besar tak hadir atas alasan kesihatan yang terganggu. 
Moga cepat sembuh Teacher Sally. 
Taklimat ini ialah tentang sistem persekolahan, tentang guru dan macam-macam lagi. 
Banyak jugak la soalan yang diajukan oleh ibu bapa ini. 
Masing-masing nak yang terbaik untuk anak mereka. 
Insyaallah. 
Actually mak Ila pun macam percaya dan tak percaya je. 
Ye laaaa ini kali pertama mak join sistem pendidikan swasta. 
Banyak jugak persoalan yang terlintas dalam otak ni ye. 
Hukhuk.... 


Taklimat ni habis jam 11.00 pagi dan exam dijangka tamat jam 
Mmm ada lagi sejam ni. 
So mak balik dulu la nampaknya. 
Sebelum balik, sempat jugak mak Ila mengintai anakanda di atas. 
Tekun je dia menjawab soalan. 
Hahahaha. 
Insyaallah berjaya Sarah Aisyah. 


Sunday, October 23, 2016

Ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor.


Hari ini kami tak ke mana-mana. 
Denai Alam ada gotong-royong untuk membersihkan dan membasmi tempat pembiakkan nyamuk denggi dan zika. 
Ayah yang pada mulanya bersemangat nak pergi tapi malangnya terlajak tidur. 
Penat outstation tak habis lagi tu. 
Mujurlah perwakilan teramai adalah dari lorong kami. 
Alhamdulillah. 

Hari ini kami sarapan dan makan tengah hari sekaligus. 
Sebab dah lewat kan...... 
Hehehehe. 
Kami makan di food court AEON Big Kota Damansara. 
Nasi ayam KD dan sup ani utara jadi pilihan kami sekeluarga,
Alhamdulillah kenyang. 
Then kami terus balik rumah berehat. 

Tapi macam boring le pulak tak ke mana-mana. 
Hahahaa. 
Tup-tup mak terasa nak bawak anak-anak ke perpustakaan Tun Raja Uda. 
Huh terlalu lama tak jejakkan kaki di sini. 
Last time ialah ketika Awatif konsert tadika Smart Reader. 
Hahahaha. 
Punya lah lama! 

Selepas solat zohor, kami ke perpustakaan tanpa ayah. 
Ayah nak berehat.
Penat balik dari Indonesia tak hilang lagi dan esok pagi-pagi ayah nak ke Johor pulak. 
Huhuhu..... 
Adham yang sememangnya tak berapa gemar keluar rumah memlih untuk temankan ayah di rumah.
Jadi tinggal lah mereka berdua.

Parking perpustakaan under construction. 
Punya lah payah nak dapatkan parking yang sesuai. 
Mak terpaksa pusing ulang-alik dua tiga kali juga. 
Dan Alhamdulillah akhirnya dapat parking depan-depan bangunan perpustakaan. 

Ke perpustakaan dengan anak-anak, ruangan yang dibenarkan masuk ialah ruangan kanak-kanak. 
Seronok datang ke sini. 
Macam-macam ada. 
Rasanya, daripada mundar-mandir di mall, baik la lepak di library. 
Ada sudut bercerita, sudut kinect x box, sudut internet, sudut tengok tv, lepak bawah pokok, mewarna dan macam-macam lagi. 
Seriously takkan boring. 
Banyak benda kids can explore here. 
Kanak-kanak under 12 tahun tidak dibenarkan ke tingkat atas. 
Asalnya mak bercadang untuk meminjam novel BI. 
Tapi, dah datang dengan anak2 yang tak boleh naik ke ruangan atas; jadi terpaksalah mak batalkan niat mak itu. 
Next time plak ye. 

Mak Ila sememangnya sudah membuka akaun pada tahun 2012.
Tapi hanya hari ini akaun itu diaktifkan. 
Hahahahaa. 
Mak juga telah membuka akaun untuk Azhad. 
Satu mykad @ mykid entitle untuk 10 buah buku pinjaman. 
Pinjaman boleh dibuat selama 3 minggu. 
Lewat pulang akan dikenakan denda. 
Dan jika ingin menyambung pinjaman, bolehlah membuat panggilan ke perpustakaan 3 hari sebelum tarikh terakhir yang tertera.
Mudah kan..... 
So apa lagi, jom ke perpustakaan - gedung ilmu hebat. 
Yeah. 

Ruangan yang memang menarik perhatian kanak-kanak :)

Khusyuk!
Aisyah ajak mama baca buku hehehe. 





Thursday, January 10, 2013

Sarah Aisyah Tak Sabar Nak Ke Sekolah :)


Dah seminggu setengah anak3 mak bersekolah untuk sessi 2013 ini....
Sekejap jek kan....
Rasa baru jek kalut2 hari pertama persekolahan.....

Dan dah seminggu setengah jugaklah anak bongsu mak Sarah Aisyah ni hidup dengan beg pinknya....
Makan pun beg.... tido pun beg.... Nak mandi pun beg jugak!!
Pening mak!  
Layanz.... sementara nak beso dan cerdik :)


Semoga bila sampai waktu Aisyah bersekolah, dia akan menten bersemangat macam ni jugak. :)



Ni lah rupa keadaan kereta viva mak setiap tengahari. Hari2 mak kena hantar anak2 ke sekolah. Macam2 kes..... Yang nyakat, yang bergaduh, yang monyot :) semua ada. Mak tak kisah macam mana keadaannya, janji anak mak selamat sampai ke sekolah. Hihi.



Wednesday, October 3, 2012

Sarah Aisyah warded last week....


Ni memang tabiat mak Ila okey.... 
Tenggelam lalu timbul. 
Hahahaha..... 

Dalam waktu terdekat ni ... macam2 yang jadi. 
Ada kisah sedih dan kisah gembira.... 

27/9 yang lepas, anak mak Sarah Aisyah kena warded gara2 semput.
Ni insiden pertama buat dia. 
Kalau tengok dia tu, macam tak caya je nak kena warded bagai. Dia menten cergas bermain. 
Cuma merengek jek la sikit. Plus perut yang turun naik apabila bernafas.


Ni aksi kali pertama Sarah Aisyah kena neb. Meroyan tahap hebat!!! Tak makan pujukan. Glamor la kejap. Badan dikeraskan.... Menolak-nolak badan!! Dan paling tak leh tahan, lagi ado nama dia panggil --- ad, kakak, kodek, mama, opah!!!! Hihihi. Mintak tolong gamaknya eh.                  


Asalnya dia selsema biasa jek. 
 Then  jadi batuk plak. 
Mmmm bila jadi batuk, haruslah ada kahak. 
Budak2 kan memang tak reti buang kahak. 
Ditambahkan lagi, maknya ada asthma juga, aiiii langsung kena sempot jugak la si Sarah Aisyah ini. 
Sian jugak..... 
Kata doktor pakar Tropicana Medical Centre itu - Dr Anushree, paru2 anak mak ada infection. Owhhhh serius terkejut. 
Dalam masa yang sama, macam2 la mak fikir. Infection dari apa? Mak hari2 vakum umah jugak.... Habuk dari jiran sebelah yang sedang reno umah ke? Wallahu'alam. 
Tapi itu andaian doktor jek.

Kat hospital, anak mak akan diberi neb gas setiap 4 jam. 
Tak lupa jugak neb prevention dan ubat. 
 Alhamdulillah hasilnya at last dalam masa 24 jam dia disahkan stabil. 
Dan dia pun dah tak takut dengan mesin nebulizer itu. 
Siap nak pegang sendiri lagi... 
Hihihi.... 
Servis hospital ni memang tip top. 
Makanan pun sedap2. Ekekeke.... 
Makanan bukan sahaja dijamu buat pesakit, bahkan buat penjaganya juga. 
Aiiishh mak yang kebetulan baru memulakan misi diet kembali, langsung ngelat la. 
Tak makan kang membazir kan? :)) 
Jadi mak pun makan..... 
Hahahaha. 


Aksi Sarah Aisyah sepanjang dok di hopital. Bila sihat sket, mula la aktif balik.... huhu. Kebetulan bilik kami tu berhadapan dengan playground nurseri. Aishhh asik nak ke situ jek la pun!! 


Ni waktu nak buat payment. Hikmah di sebalik ayah tak berhenti Malakoff, ni lah dia. Kalau tak, jenuh jugak la nak bayar. Pengubatan kami di hospital ni memang menggunakan benefit ofis ayah. Bil 24 jam warded adalah sekitar seribu lebih jugak. Huh. Tak pe, janji baik anak.... 


Walaupun dah balik, mak menten kena rawat Sarah Aisyah seperti yang diarahkan. 
Harap, insiden ni tak berulang kembali..... 
Serius hidup kami sekeluarga sedikit kelam kabut bila ada yang sakit macam ni. 
Mujur suami boleh cuti. 
Dia la yang menguruskan anak yang sekolah sepanjang mak meneman Aisyah di hospital. 
Bila huru hara macam ni, terasa jugak senangnya jika ada maid. Hihihi..... 
Time tu jek la mak rasa ok... time lain tak pasti la lagik. Hahaha. 
Mak kena bawak Sarah Aisyah follow up check up Isnin depan... 
Harap semuanya ok la hendaknya. 
Amin.

Tu jek la nak cakap.... 
Malam nanti mak jot down citer gembira plak. 
Da da..... 


Monday, June 6, 2011

Belated Birthday Ayah dan Sarah Aisyah :)

Semalam, jam 1030 pagi, umah mak dah ada tetamu :)
Alhamdulillah.....
Tetamu mak tu adalah kawan ayah - Suzaimi dan family dari Kuwait.
Mmmm lama tak jumpa.
Macam2 la yang kami borakkan.
Huhu lagi best kalau lebih lama.
Tapi apakan daya, mereka nak pulang ke kampung halaman di Terengganu.
Harap2 la umur panjang, then boleh la kita bertemu kembali.
Amin.


Plan asal, hari Ahad lepas mak nak wat makan2.
Tapi tetiba jek rasa tader nafsu nak masak2...
Sib baik la tak ajak orang lagi.
Hahaha.
Kalau tak, kena gagahkan jualah nampaknya.
Mak plan nak wat makan2 sempena birthday Sarah Aisyah dan ayah 31/5 yang lepas.
Mmmm ayah tu dah celebrate 3 kali la kiranya...
Hari tu informal kat umah opah, then kat opis lak. Then kat yang semalam :)
Amboiii dah mengalahkan celebrity glamer gitu.
Hahaha!!
Aisssshhhh terasa baru jek kan mak bersalin kan Aisyah....
Terasa baru sangat mak tumpah darah!! Lalu mak diliwat dan di seluk oleh mak gynae....
Adusss... semua itu jadi sweet memory dah yer......
Cepat betul la waktu berlalu!!!!


Okey nak cerita tentang kek lak ok.
Kek mak memang dah tempah dari awal bulan lagik.
Tujuannya sebab takut tukang buat kek tak terima tempahan kek.
Mak tempah kat mana??
Actually this is the first time tau mak tempah2 ni...
Usually kami beli kat kings confectionary atau Secret Recipe jek.
Tapi baru ni ada isu2 halal haram so mak pun kena cari option lain yang tak syubhah.
Mak pun tempah la kek dengan kastemer baju mak.
Mmmm dia pun bukan calang2 orang tau!!
Siap kuar tv gitu!!!
Last month dia keluar TV3 - WHI - demo apam polkadot :)
Haaa kelas !!
So semalam dapat lah mak merasa air tangan nya....
Sedap!!!
Next time memang boleh order la :))
Infonya leh dapat kat sini ya ---
Mak ni tamak,.... siap order roti jala gitu.
Bukan tak reti buat.
Tapi kalau mim alif lam sin datang.....sendiri mahu ingat la :))


Lepas amik kek jam 230 petang semalam,
Mak pun langsung ke rumah Mira adiknya ayah.
Sepatutnya dia yang mai umah mak.
Hahahaha....
Tapi disebabkan mak plak dah rasa lemas tak jalan2, so mak pun tukar la plan....
Celebrate besday kat sana :))
Sib baik la dia pun sporting.
Tq ma chik :)


So ni gambar2 sekitar majlis mini semalam.....




Mak memang konpius besday siapakan yang sebenonya aihhh :))



Ni la rupa keknya..... Chocolate Indulgence :)



Deko dari tepi..... ada pagar2 lak :))




Dan ini ? Ngee,.... ni kek red velvet si Ma Chik. Kebetulan dia baking kek mini pagi semalam :)) Dia pesan semalam, usah interprem kek dia kat alam cyber. Tapikan, mak rasa tak patut lak :) Kek ni sedap. Lemak berkrim... mak mkn byk jgk la :)) Next time kena wat lagik ......




Dan ini roti jala dari kedai Fifa :) rm 15 untuk sekilo tepung......



Habis lah kisah Sabtu dan Ahad :))
Mak sedang mood nak pi holiday....
Tapinya sangat2 la blur mana mahu pigi daaaa......
Ayah cuti start Rabu - Ahad.
Mungkin nak ke Cameron Highland lagik....
Tapi tatau laaaaa......
Ikut la ke mana roda odc berpusing....
Kita pegi aje :)))


Thursday, July 29, 2010

Botak Dah Kepala Saya!

Ni kisah last week actually.....
Tapi aku tader kekuatan nak ngeposnya ke dalam blog ni.
Sebab utamanya..... MALAS dan lagi OTAK AKU DOK FOKUS KAT SOMETHING NEW LATELY.
Haaa apa dia tu???
Nanti2 aku pasti story dalam blog aku yang berwajah baru ini ek....
Tapi bila dah jadi la .... Ni masih dalam berangan2 jek baru....
Hahahaha!!!


Anakku Sarah Aisyah kini sudah botak
Ahaaaa nampak cute plak bila botak
Nampak dia lega pun ada!!
Yer laa mana taknya....
Rambutnya mak aii rimbun bebeno kata orang Perak!!
Hehehe....
Aku makan apa laa ek sampaikan subur bebeno tumbuhnya rambut itu!!
Jadi sempat jugak laa aku dan hubby tangkap gambar dia sebelum dibotakkan.
Kononnya nak buat kenangan la .... hehehe.
Taraaaa ni dia .....


Macam masam jek bau minah ni kan? Hehehe...


Rambut original yang tebal .....


Owh berjaya trim sket jek.... Aisyah udah hangin maaa.


Dan at last pi kedai barber trus jek.... Trus botak cin..... Ngeh..ngeh.


Udah la mama oii. Rimas dah teman nak bergambarnya laa. Nak tido sangat dah ni rasanya. Hehehe...

Friday, July 16, 2010

Aiii Payahnya Mata Nak Lena Eh!!

Tatkala blog ni kukarang, biji mata aku rasa nak tersembul keluar.
Hahahaha!! Ganas kan!! Kenapa eh?
Aduiii walaupun cuaca semalam mendung dan hujan......
Cuaca yang sah2 sedap jika lena diulit intan.....
Tapi anakku Aisyah tak lena seperti biasa.
Asik nak jaga jek.....merengek manja plak tu.....
Bila diberi susu, aiii dia membebel2....
Bila didirikan, haaa senyap!!
Aduhhhh......dah la berat!!
Tapi tak per wahai anak bongsuku.....
As long as ko diam
Mama akan turutkan aje.


Lewat petang ayah pun balik dari ofis.
Keadaan Aisyah sama juga....
Tak berapa nak tido lagi.
Awatnya eh???
Sakit perut ke?
Tapi dah bubuh minyak yuyi cap limau.
Dan lagi Aisyah bukan la spesis perut kembung pun, Alhamdulillah.
Tapi hari ni berbeza sket sebab aku bedal nescafe susu.....
Aii nikmatnya laaa menghirup air nescafe itu......
Hahaha.....
Dan selepas makan malam, aku bancuh teh o
Haaa ni first time tau aku minum teh selepas aku bersalin....
Nikmat ooo.....
Nikmat menghirup hingga leh laa kalau nak jadi model iklan teh boh tu!!
Ekekeke......
Haaa sempat plak nak merepek meraban eh!! Hikhikhik......
Rupa2nya Aisyah nak lepak bersama abang dan kakaknya menonton tv...
Hahaha....
Gaya macam dah besar sangat.....Padahal baru sebulan setengah je pun!!
Aii sabo je laa.






Dah puas bersantai dengan adik beradik maka tibalah waktu untuk tido.
Jam sudah pukul 10 malam....
Aisyah still tak de petanda untuk lena tido nampaknya.
Aii kembong ke perut mike ni??
Tepuk2 perut tak plak unsur kembong tu.
Mmm maknanya dia memang nak buat pe el laaa.
Serba tak kena gitu....!!
Aku dah jangka yang dia macam nak ngamuk jek ni.


Jenuh aku dodoi....
Macam2 lagu!!
Lagu Siam, lagu kemboja pun ada, nasyid pun ada....
Tapi tetap oook eeek oook eeekkkk
Mmmm aduhaiii
Mulut aku ni dah berapa kali nguapnya!!
Dan suddenly terdengar bunyi meletup....
PREEEKKKKK
Owh Aisyah eyak rupanya!!!
Haaa ni lah puncanya agaknya eh.
Selesai menyalin, dia melalak sekuat hati......
Tak pernah lagi dia melolong macam gini....
Bengkak laa jugak matanya!!!
Around kol 1230 baru settle...
Tu pun setelah sejam lebih aku membuai
Tader pilihan lain untuk tenangkan dia...
Buai je laaa
Dah itu naknya ek
Nak buat macam ner.....

Haaa dan anak dah lena....Apalagi kan?? Tido jugak laa teman ni haaa!! Pinggang pun dah sakit gila!!

Mata merah macam nak bengkak dah!!!


Taraaa lena di sini. Kata orang jangan laa biasakan anak dalam buai. Takut gegar otak. Habis dah terpaksa nak buat macam ner? Tawakkal je laa. Tak rela aku nak dengar dia melalak. Sian ooo. Dan dalam kol 1 lebih pagi, dia meragam lagi. Kol 4 pun lagi sekali.....Dan kol 6 baru stabil.....Sabo je laa. Nasib laa teman dok umah jek. Kalau jadi pekerja seseorang, mahu jadi zombie kampung pisang kat opis hari ni. Hahahaha!!! To Aisyah, harap jangan diulang sudah. Letih mama nak handlenya laa. Huhuhu......

Sunday, July 4, 2010

Jadi Uploader Sat!

Sepatutnya, pagi ni pagi terakhir aku kena urut dengan tukang urutku itu....
Dua minggu lepas, baru settle 5 hari berturut-turut.
Stop a week since aku demam.
Owh bukan demam bentan.... tapi demam bengkak susu..... gara2 susu yang terlebih melimpah ruah.
Alhamdulillah kini aku sudah sihat dan milk production normal kembali....
Dan pagi semalam aku mula berurut kembali.
Sedap laa jugak!! Hikhikhik....
Aiii mana tak sedap?? Dalam pantang ni aku memang lasak laa jugak!!! Haruslah sakit2 badan kan!!
Untuk hari ni, ia ditunda ke sesi petang la plak atas sebab yang tak dapat dielakkan oleh tukang urut itu.
Jadi pagi ni, daku blur tatau nak buat apa....Hahahaha!!!
Nak pi ronda2 ke karnival masjid Kota Damansara ni, aku dalam pantang lagi. Hehehe...
Meriah gila tau!! Raihan pun mai..... Nak beli2 barang lagi laa banyak pilihan.
Tapi aku tak leh pi..... Jadi dengar aje updetnya dari Encik Shariff. Huhuhu.....
Sedang makan pagi tetiba jek dapat idea nak jadi uploader macam Lin Mohamad. Hikhikhik..... So wajah siapakah yang akan kuupload??
Jeng...jeng... taraaaaaaaaa .........
Pastinya wajah permata hati aku dan Shariff laaa....
Haaaa layanz!!!


Gambar ni disnap mama saya malam tadi sejurus saya selesai mandi. Saya pakai baju baru tau. Haaaa ada bau tak?? Hehehe.... Ni adalah present dari kawan baik ayah saya, Pak Din Johor. Thank you.....!! Mama kata, baju ni tak leh simpan dah..... sebab saya debab. Jadi sebelum ia jadi tak muat, saya pakai laa!! Hehehe.... Baju ni saiz 1 year.....dan saya sudah boleh pakai. Nak buat macam ner?? Jadi anak bongsu memang selalunya debab. Hehe....... Kenapa yer?? Mungkin saya terlebih segalanya. Terlebih kasih sayang, makan dan kegembiraan. Alhamdulillah.

Beratnya laa pipi!! Nak toleh kiri kanan pun take time!! Ekekeke....

Adakah wajah saya seiras ayah saya?? Nanti besday next year kita potong kek sama2 yer.



Dan as usual, Awatif mesti interprem. Petang semalam ayah beli doll untuk Awatif. Nama doll tu, Merliah sempena heroin movie barbie in mermaid. Sejak berjinak2 dengan koleksi barbie movies, Awatif sudah pandai posing gaya Barbie Doll tu jugak. Sabo jek!!!



Ni gambar pagi ini. Haaa lagi koleksi gift from Pak Din Johor. Cantik kan baju I??



Okey, saya dah tension dan letih nak tido balik ni. Mama....cepat laa!! Aisyah nak nenen ni.....



Tak ketinggalan kakak dan abang Long yang nak bergambar jugak. Mmmm depa busyuk tak mandi pagi lagi tu!! Okey laa, next time kita bergambar lagi. Bye.