Tatkala blog ni kukarang, biji mata aku rasa nak tersembul keluar.
Hahahaha!! Ganas kan!! Kenapa eh?
Aduiii walaupun cuaca semalam mendung dan hujan......
Cuaca yang sah2 sedap jika lena diulit intan.....
Tapi anakku Aisyah tak lena seperti biasa.
Asik nak jaga jek.....merengek manja plak tu.....
Bila diberi susu, aiii dia membebel2....
Bila didirikan, haaa senyap!!
Aduhhhh......dah la berat!!
Tapi tak per wahai anak bongsuku.....
As long as ko diam
Mama akan turutkan aje.
Lewat petang ayah pun balik dari ofis.
Keadaan Aisyah sama juga....
Tak berapa nak tido lagi.
Awatnya eh???
Sakit perut ke?
Tapi dah bubuh minyak yuyi cap limau.
Dan lagi Aisyah bukan la spesis perut kembung pun, Alhamdulillah.
Tapi hari ni berbeza sket sebab aku bedal nescafe susu.....
Aii nikmatnya laaa menghirup air nescafe itu......
Hahaha.....
Dan selepas makan malam, aku bancuh teh o
Haaa ni first time tau aku minum teh selepas aku bersalin....
Nikmat ooo.....
Nikmat menghirup hingga leh laa kalau nak jadi model iklan teh boh tu!!
Ekekeke......
Haaa sempat plak nak merepek meraban eh!! Hikhikhik......
Rupa2nya Aisyah nak lepak bersama abang dan kakaknya menonton tv...
Hahaha....
Gaya macam dah besar sangat.....Padahal baru sebulan setengah je pun!!
Aii sabo je laa.
Dah puas bersantai dengan adik beradik maka tibalah waktu untuk tido.
Jam sudah pukul 10 malam....
Aisyah still tak de petanda untuk lena tido nampaknya.
Aii kembong ke perut mike ni??
Tepuk2 perut tak plak unsur kembong tu.
Mmm maknanya dia memang nak buat pe el laaa.
Serba tak kena gitu....!!
Aku dah jangka yang dia macam nak ngamuk jek ni.
Jenuh aku dodoi....
Macam2 lagu!!
Lagu Siam, lagu kemboja pun ada, nasyid pun ada....
Tapi tetap oook eeek oook eeekkkk
Mmmm aduhaiii
Mulut aku ni dah berapa kali nguapnya!!
Dan suddenly terdengar bunyi meletup....
PREEEKKKKK
Owh Aisyah eyak rupanya!!!
Haaa ni lah puncanya agaknya eh.
Selesai menyalin, dia melalak sekuat hati......
Tak pernah lagi dia melolong macam gini....
Bengkak laa jugak matanya!!!
Around kol 1230 baru settle...
Tu pun setelah sejam lebih aku membuai
Tader pilihan lain untuk tenangkan dia...
Buai je laaa
Dah itu naknya ek
Nak buat macam ner.....
Haaa dan anak dah lena....Apalagi kan?? Tido jugak laa teman ni haaa!! Pinggang pun dah sakit gila!!
Mata merah macam nak bengkak dah!!!
Taraaa lena di sini. Kata orang jangan laa biasakan anak dalam buai. Takut gegar otak. Habis dah terpaksa nak buat macam ner? Tawakkal je laa. Tak rela aku nak dengar dia melalak. Sian ooo. Dan dalam kol 1 lebih pagi, dia meragam lagi. Kol 4 pun lagi sekali.....Dan kol 6 baru stabil.....Sabo je laa. Nasib laa teman dok umah jek. Kalau jadi pekerja seseorang, mahu jadi zombie kampung pisang kat opis hari ni. Hahahaha!!! To Aisyah, harap jangan diulang sudah. Letih mama nak handlenya laa. Huhuhu......


abang kakak masih isap botol lagi.. aisyah rilek jer ea... :)
ReplyDeletehehehe....abg2 tu pun patut tak isap dh pun...tp tak leh lepas lagik.
ReplyDelete