AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, July 12, 2010

Aku Teringin Nak Beli.....

Alhamdulillah aku dah habis pantang Sabtu lalu. Sempena habis pantang yang terakhir ini, mama buat kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk aku dan baby. Kebetulan plak aku balik kampung last weekend. Meriah jugak la jamuan makan petang tu. Menu yang simple jek tapi cukup bermakna since dah lama tak jumpa sedara mara di kampung itu. Dan komen yang paling tak tahan aku nak dengar dari tetamu2 mama tu adalah - "eh beso beno kamu sekarang ni yer!! Dedolu kecik halus jek!!". Sabo je laa..... Badakkan telinga yer cik ila oit. Nak marah pun tak boleh....sebab memang kenyataannya begitu. Huhuhu......

Mmm sat je rasanya kan. Dan aku pasti will miss pengalaman berpantang ni. Aii nak buat macam ner, tara ni jek rezeki zuriat aku kan. Dan paling penting tetap harus bersyukur atas kurniaan dariNya ini. Dan lagi, perasaan aku macam ner ek?? For sure laa happy tapi sebenarnya pantang dan tak pantang tak jauh beza pun since aku ni tak laa pantang tara mana pun. Serius cakap ek, pantang kali ni laa pantang yang paling sesuka hati aku jek nak makan apa. Fuh, nasib baik la badan kebal, Alhamdulillah. Mungkin sebab aku makan ubat agaknya. At least ada la pertahanan badan sedikit sebanyak. Mmmm macam ner la nak pantang beria beno, anak3 ramai. Sat2 nak itu, sat2 nak ini...... Letih laa jugak. Nasib baik ada si maid. Boleh jugak dia bantu sedikit sebanyak. Thanks yeah.

Okey stop mumbling yer Mrs Shariff!!! Today aku nak share tentang produk kegunaan aku dan produk wishlist aku. Hehehe..... Ni bukan isu nak niaga yer.... tapi lebih kepada sharing. Gara2 sakit pinggang kronik aku, at last aku sambar satu bengkung khas untuk orang czer dari satu laman web glamer ni. Bukan sebab tu jek pun, sebab lain aku beli bengkung adalah untuk mengempiskan perut aku yang buncit ni haa. Hahahahaha!! Aii nak buat macam ner? 4 umat Muhammad dah hidup dari perut aku ni. For sure la saiznya tak macam saiz aku zaman anak dara dulu. Ekekeke.... Ni alasan cover jek!! Sebenarnya memang kuat makan pun! Actually aku ada premium beautiful. Tapi memang tak muat sangat la. Yer laa itu harta 5 tahun lepas. Beza saiz yang teramat2 nampaknya. Hahaha!!! Tu la dia!!



Aku beli bengkung ni sekali dengan gel sireh emas slim. Mmmm gila panas! Tangan aku ni more than 24 hours terasa pijarnya. Tapi memang sedap la. Nak plak dibalut dengan bengkung ni. Bengkung ni tak panas dan tak berubah2 dari kedudukan asalnya. Sangat comfort dan yang paling penting tak renyah nak dipakai. Sekejap je settle. Jadi memang sesuai la untuk aku yang memang running of time. Jadi kalau ada gang nak beli, boleh la singgah ke kedai seperti yang ada pada watermark gambar di atas.


Haaa....ni apa ke halnya kerusi urut plak!!! Hahaha..... Ni antara wishlist aku. Aii sedapnya laa jika selepas selesai buat kerja umah kita diurut oleh kerusi ni. Hehehe.... Kata orang, urut dek orang lagi best. Memang la. Tapi yang ni comfort sebab tak perlu nak jumpa orang. Buat sambil2 jek. Jadi amat sesuai untuk orang macam aku yang memang tader masa lebih nak dating2 dengan tukang urut. Maid dah nak balik.....lagi laa tader masanya kan. Huhuhu.... To Mr Shariff, take note ok, i nak kerusi ni in my house one day. Hahaha.... Sukati aku jek mengorder. Harus boss of the house pening! Hehehe.....



Dan wishlist terakhir aku kali ni adalah treadmill. Aiii harus cari gaduh ngan boss aku ni laa. Macam2 yang aku nak!!! Keje malas!! Hehehe..... Ni sekadar wishlist jek.... dapat tak dapat tu lain cerita. Tapi aku sentiasa doa apa yang aku teringin tu aku dapat la. Hehehe.... Kenapa aku nak ini? Mudah nak workout in order to keep me fit. Alasan bagus jek eh....



Apa moral of the story entry hari ni? Haaa terbukti laa selagi kita bernama manusia, sentiasa tak pernah rasa puas dengan apa yang kita miliki. Dengan kata lain, kurang bersyukur! Hanya dengan iman yang kuat, then baru laa konsep hidup secara qanaah lagi zuhud baru la hati kita akan tenang dan tak meminta-minta. Tapi tu la, kita sekadar bercakap sahaja. Macam aku ni, aku memang tahu kenyataannya!! Tapi tu la dia..... cabarannya pastilah nak melaksanakannya!! Moga diberi kekuatan dari Allah SWT. Tak salah nak beli barang2; cuma yang penting belanja berpada2. Usah sampai bergolok-bergadai dah laa.... Tu jek......

No comments:

Post a Comment