AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Kisah Gardening. Show all posts
Showing posts with label Kisah Gardening. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Bunga Gantung Hiasan.



Patutnya ni entry semalam....
Tapi mak diserang ngantuk amat...
Tak dapat la nak menolong...... 
Hanya layan mata ni berehat jek la sudahnya :)) 

So pagi ni sebelum mak sibuk dengan rutin harian.... 
Mak nak upload gambar mak snap petang semalam. 
Ni la bunga gantung mak......
Dari dua kini empat sudah. 
Hihihi.....
Satu pasu rm10 jek. 

Sekali tengok macam cantik. 
2 - 3 kali tengok serabai pun yer jugak. 
Hahahaha..... 
Sejak beli, mak tak pernah potong atau trim pokok ni lagi. 
Sebabnya mak nak tengok tara mana dia boleh memanjang. 
Dua minggu sekali, mak akan pastikan pokok bunga gantung mak ni dibubuh baja bunga seperti yang dipesan oleh bangla kedai bunga dolu. 
Agaknya tu yang menyebabkan bunganya berebut2 nak keluar ..... 
Hihihi....... 
Pertumbuhan pokok ni agak cepat jugak la. 
Panjang pokok ni hampir mencecah bumbung viva mak o. 
Ekekeke.... 
Mak akan siram pokok mak 2 kali sehari. 
Pagi2 selepas hantar anak ke sekolah agama, mak siram lah pokok. 
Petang2 plak waktu menyiram adalah sebelum mak ambil anak dari sekolah kebangsaan.

Jom jamu mata...... 


 




Deko kali ni adalah ilham encik suami saya. 
Dolu2 tiap2 bulan kami akan ubah susun atur perabot dalam rumah. 
Sekarang semua perabot adalah perabot yang berat2. 
Sah2 la tak leh ubah kan.... 
Akibatnya, kami ubah pokok pasu kat depan umah la plak. 
Hahahaha....... 

Kat bawah ni collage girls mak ...... 
Ala - ala gadis dan bunga gitu..... hihi.
Hobi baru mereka adalah kutir bunga mak mereka. 
Dan hobi kedua adalah siram pokok bunga sampai basah kuyup baju. 
Huhuhu!




Okey, sambung later ya. 
Da da ...... 

Thursday, June 21, 2012

My Mini Garden.....


Terlalu lama menyepikan diri di ruangan ini..... 
Macam2 dah jadi.... 
Tapi itu lah dia... 
Mak memang tak de kekuatan nak update blog sehinggalah hari ini. 
Punca utama - malas... dan ralit berkepoci di facebook ....langsung rumah lama ni terbiar sepi tanpa khabar. 
Hihihi.....

Pagi tadi, usai mengemas apa yang patut....
Mak pun mengexplore blog sendiri setelah sekian lama tak buka. 
Mmmm tetiba terbaca entry tahun 2009! 
Owh nostalgianya laaaa!!! 
Wajah anak3 mak semua kecil2 comel2....... 
Dan lagi pasti badan mak dan wajah mak muda lagi vogue! Hahahaha..... 
Serius berbeza dengan sekarang ni. 
Tetiba je terasa mood bahagia aka nak rajin memblog kembali tau!! 
Sebab bila belek2 entry lama2; eh eh ada jugak kisah2 yang mak sendiri pun dah lupa bila dan di mana. 
Catatan blog mengingatkan kembali segala kenangan yang hilang itu..... 
Owh serius mood nostalgia o!! 
:) 

Jadi entry come back ni, mak nak story pasal story garden mak. 
Haaaa jangan tak tahu! 
Sekarang mak bukan lagi peniaga tegar. 
Kira boleh dikatakan mak ni ibu rumah tangga sejati la. 
Jadi wujudlah hobby bergarden sebagai aktiviti luar rumah. 
Mmmm dah setahun lebih menetap di rumah ni baru la mak berminat nak tanam2 pokok bunga ni.... 
Best jugak rupanya yer!! 
Rasa aman gitu......

Jom layan gambar jek la..... :) 

*
*

Ni adalah ros yang mak beli..... kembang2...... Selepas seminggu mak beli, mak pun balik kampung 4 hari..... dan hasilnya seperti gambar di bawah :))


Pokok ros masuk icu !! Hahahaha...... Mujur lah tak mati! Setelah dijaga kembali, kini pokok2 ros telah bertunas dan mengeluarkan daun baru. Harap berbunga kembali :))


Ni plak pokok gantung...... Masa balik kampung hari tu, pokok ni mak rendam dalam sinki wet kitchen. Alhamdulillah dia bertahan. Jika tak buat macam tu, rasanya memang arwah dah pokok manja ni. Hihihi..... 


Jeng-jeng...... taman mini. Daripada apa yang mak baca dari gugel, untuk ada deko taman yang cantik, perlu susun pokok2 secara bertingkat. Tapi, tak de lak bahan nak tinggi rendahkan dia. Jadi langkah mudah, mak susun jek la. Nanti2 kita fikir macam mana nak tinggi rendahkan dia supaya nampak lebih cantik :)


This is the real gardener!! Gila rajin. Asal keluar jek cari penyapu dan penyiram...... Pastu dengan dia2 pun basah habis :))


Tak pastilah membantu ataupun menyibuk. Hihihi....


Mini garden dari side ini plak....... 


Side ni plak..... :) 


Side ni ada tanaman herba :) lengkuas, kari, pandan dan kunyit :) 


Ni kan kira 2nd time la mak rajin bergarden. 
Last time masa mak dan ayah baru pindah ke Desa Coalfield dolu. 
Beli pokok banyak jugak.... 
Tahu2 terbako semua!!! 
Hahahaha..... 
Sejak tu, malas dah nak berpokok bagai ni. 
Tapi tu la.....zaman tu mak muda remaja. 
Baru umur 24 tahun gitu. 
La ni dah 32 ..... 
Banyak pengalaman sudah...... 
Hihihi..... 

Okey lah..... 
Esok2 plak story morry..... 
Nak pi amik kids dari school plak. 
Da da ...... 



Thursday, August 6, 2009

Projek tanaman Azhad

Wah cuaca yang sangat cerah hari ni......!! Semalam punya laa mandom!!! Jerebu, ujan semua ada....!! Dengan aku2 sekali mandom tak da mood. Tapi ilang mood tahap biasa laaa tak laa kronik macam hari tu. Hikhik....

Ni nak story kisah pokok!!! Aku teruja tengok kangkung si igloo mama dan pokok kak Hana di Jepun itu!!! Mmmm tgk depa dok menanam rasa syiok laa plak! Yer laaa dok Arab & Jepun semangat nanam...inikan kita di Mesia yang sah2 kalau tanam pokok akan segar-bugar. So kebetulan mak mertua aku mai hari tu, aku pun order laaa benih2 sayur2an dari nenek Sarip. Mmm nenek dia ni tokey benih di pasar Jerteh. Korang jangan tak tahu....umuq nenek ni dah 80 thn tp masih gagah untuk berniaga macam orang muda gitu. Sebut aje benih apa yang kita nak...semuanya ada!!! Tapi tu laa...aku seniri tak tahu pokok apa yang dah grow tu.... Pasalnya benih bercampur. Jadi Ad just tabur ikut dan dia laa....Hikhik.....

Dan yang paling menariknya...semai 2 hari udah tumbuh!!! Haaaaa tu yang best tu. Lagi teruja anak3 aku laa. Pasal ni projek depa sebenarnya. Hikhik....

Azhad kata " Ooo my plant is already growing today! I want to water my plant".....

Eh eh dia ni speaking laa plak!! Tapi ayat tu macam biasa kedengar laaa. Owh...itu ayat mickey mouse. Hahahaha!!! Menyerap jugak. So jika anak kita suka tengok kartun....biar je laaa. Dari kartun depa leh belajar jugak. Tapi kena pilih kartun yang membantu laa. Kalau kartun yang lawan2 tu no point jugak. Hehehehe......

Okey, ni several pic plant projek si Azhad tu. Meh laa tengok!!!

Tu dia tersenyum coz tengok pokok dia tumbuh subur........Lagi 5 minit school nak mula dia menten kat umah lagi. Hahaha!!!

Ni pasu pertama.....Pokok apa pun aku seniri tatau....



Ni pasu kedua....

Yang ni pokok import limau purut dan pandan dari Jerteh. Ni air tangan bapak mertua aku. Sebab tu pokok ni sihat. Usually apa yang dia tanam memang subur2....