AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family

Monday, April 26, 2010

Sukan Tahunan Tadika Cahaya Taqwa, Kota Damansara.

Huh.....lama beno tak berupdet. Sebab musabab memang sedia maklum.......aku busy campuq tak larat campuq tader story best!! Hehehe.... Tapi sebab semalam ada perkara menarik happened jadi kena jot down laaa jugak. Kalau tidak kenangan hanya tinggal kenangan. Ni kira experience pertama attend sukan sekolah anak2. Hahahaha......quite menarik jugak though keletihan.




Sudah seminggu rakyat berdua ni dok raptai untuk majlis sukan itu. Mmm teman ingatkan sukan kecik jek.... Pi semalam, mak aii beria laaa jugak. Tadika lama dolu tader pun aktiviti begini. Lebih kepada lawatan ada laa.... Ramai jugak laaa ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah cahaya pagi Ahad tu terang benderang. Mmm jadi memang lebih bersemangat la nampaknya anak2 tadika dan cikgunya untuk bersukan serta ibu bapa yang datang memberi semangat.

Acara bermula sekitar jam 8 pagi. Kami datang awal laa jugak. Ingatkan anak2 teman ni tak la masuk banyak acara. Mmm lagi plak depa ni pun tader plak laaa nak story mory!!! Mmm kalau tak pi memang tak tahu langsung laa. Azhad masuk 3 acara dan Adham masuk 4 acara. Azhad masuk perbarisan, lari dalam guni dan tolak bola dengan pemukul lalat. Manakala Adham masuk aerobik, lari superboy, tolak bola dengan pemukul lalat dan jom pi sekolah. Hahaha....

Ish....risau beno hati teman pagi tu tau!!! Yer laaa anak2 teman tu memang pemalu. Agak suspicious jugak laaa aku dibuatnya aihh!! Hehehe..... Tapi mungkin sebab depa pun makin beso, aku rasa sudah tiba tika dan waktu untuk depa tunjukkan kemajuan dalam diri masing2. Buang jauh2 rasa rendah diri dan malu di khalayak ramai itu!!! Kerana darah yang mengalir dalam diri kalian adalah darah mama yang biasa dan tak takut naik2 pentas zaman muda!! Haaa....serlahkan bakat yang ado!! Both of you pasti boleh!!! Yeehaaaa!!! Dan hasilnya quite impresive laa jugak. Dapat laa jugak hadiah. Hehehe..... Alhamdulillah. Kalau tak asik nyorok belakang ponggong mama je depa ni !!! Okey ni several pic. Ayah tangkap video jek banyaknya. Mmm tu pun masih tak diupload dalam laptop ini lagi. Hehehe..... Haaa layanz!!


Sementara tunggu anak2 tadika tu ready, kami posing dolu!!!


Haaa..... anak2 tadika sedang queue nak masuk padang. Aku dok cari kelibat Azhad dan Adham. Aiseyman, sempat jugak ayah dok snap kebuyungan aku. Ekekeke..... One month to go!!


Tu dia semua peserta perbarisan sudah ready. Fancy gila!!


Taraaa!!! Syawal Azhad jadi warrior!! Perang Badar lagik!! Sakit perut aku ketawa!!


Dan ni adiknya Syawal Adham - budak paling ketot dalam barisan. Dia sedang beratur untuk opening ceremony (aerobik) selepas bacaan doa.


Cameraman dok angle belakang. Tu dia siap dengan rambu2 lagik. Ekekeke...



Aku dan Awatif sedang tengok budak2 bersukan. Garang gila muka mokcik yer!! Mokcik sangat panas dan gatal badan. Hahaha..... Sabo jek laa. Allergik pregnant kali ni tak tahan panas. Pasti rasa miang satu badan.


Azhad is waiting untuk acara lari dalam guni. Tapi dia tak lari... Dia lompat dalam guni. Hahaha.


Dua beradik bertarung dalam acara tolak bola dengan pemukul lalat. Hehehe.....

Friday, April 16, 2010

Kisah Bedding Set Baby & Mak Buyung



At last sempat jugak aku siapkan si bedding set nih. Awalnya memang tak mau kubuat! Tapi bila fikir2 aku yang keboringan di rumah; jadi terpikir plak yang aku kena buat something jugak. So tak laaa aku mental cari gaduh dengan orang2 kat rumah ni ha!! Hehehe.... Almaklumlah emosi mak buyung tak stabil....suka sangat laa cari gaduh ngan orang. Gambar2 ni ada jugak kuupload dalam facebook. Thanks to all frens yang response..... Komen2 kalian buatku lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan di hari2 tak laratku ini. Amin.

Bermodalkan kain yang dibeli di Nagoya, Shah Alam, RM35.00, Alhamdulillah menjadi jugak projek aku yang ni. Aku jahit sikit...sikit. Janji siap. Ikutkan tak larat. Tapi sebab kutahu....yer aku mampu jugak untuk siapkannya; jadi buat jugak!!! Dan at last it's done. Thanks to Allah yang beri aku kekuatan untuk siapkannya. Baju2 baby pun dah kuborong masa balik Jerteh hari tu. Mmmm kali kena beli baru belaka since semua stok baju baby Awatif aku dah bagi kat adikku Lisa. Ingatkan tak bersalin dah aku nih......Hahaha......Rupanya ado lagi!! Ekekeke..... Aii nak buat macam ner kan......rezeki!!!

Komen aku, menjahit di saat2 akhir (trimester ketiga pregnancy) sangatlah mencabar. Bila duduk lama2 sakit pinggang hanya tuhan yang tahu. Bila berdiri pun tak kena jugak. Yang bestnya, sedang ralit menjahit ada makhluk comel menyepak @ menendang perut yang boyot dan kian sempit ini. Subhanallah. Ekekeke...... Terhibur jugak hatiku ini walaupun sakit sana sini. Mmm tatau laa aku ibu2 lain rasa tak apa yang aku rasa. Yang pastinya, aku rasa keterukkan aku ni berpunca dari bius yang masuk ke tulang belakang aku sebelum aku di czer. Lagipun pregnancy aku semuanya rapat2. Tak takut langsung kan?? Main redah jek!! Ekekeke.... Mmm ni baru 3 kali, kalau dah 4 dan 5 kali tu macam ner laaaa ek???

Cuma tu laa, since dah tak lama lagi dah nak tamatkan sessi ini, aku tak kisah dah.... nak sakit pun sakit laa. Yang penting semangat perlu kuat untuk harung hari2 terakhir ni. Tidur malam aku termimpi2 macam2 perkara. Mostly related dengan operation theater!! Aku memang takut!! Mmm nak nak, kali ni sah2 ada risiko tinggi. Doa aku moga selamat belaka hendaknya. Sekarang aku banyak rileks, tido, dengar orang2 ngaji kat internet dan spend masa dengan bahan bacaan yang memberi informasi berfaedah buat aku. Date untuk operation pun dah confirm. Aku will deliver the baby insyaallah on 3/6/2010. Fortunately kali ni husband is allowed to accompany his wife in operation theater. Bukan main seronok pokcik tu haaa. Jangan pengsan udah yer. Hahahaha.....

Tidurlah wahai puteri kesayangan mama dan ayah. Moga esok besar dikau jadi anak yang solehah. Amin.




Thursday, April 15, 2010

Nostalgia Rumah Orang Baru Kawin.......

Uish lama beno aku tak bersiaran @ membebel @ sok sek kat blog ni haaa!!! Apsal ek??? Aku busy dengan kisah nak pindah umah, bz ngan family yang berkunjung, bz ngan sewing baby bedding set dan jugak bz melayan pinggang aku yang amat laaa sakitnya ini!! Subhanallah. Itu tak keje tu!! Kalau aku keje......rasanya mc sokmo aku ni!!

Berat aku sekarang sangat berat. Kata DR gynae aku laa.....baby dalam perut aku 3 kilo sudah beratnya!! Uish no wonder laaa pinggangku makin sakit!! Tapi semangat untuk berjuang tetap kuat!! Janji, selagi hati kita mahu buat itu dan ini......pastinya boleh settle!!! Pastu kalau sakit pinggang; pandai2 laaa!!! Hahahaha!!!!

Disebabkan aku nak bersalin tak lama lagi yang mana sama naik dengan aktiviti nak pindah umah baru, jadi keje2 mensorting barang tak dipakai @ useless sudah start dari bulan lepas lagi... Sikit...sikit sudah dibuang!!! Mmmm punya laa barang yang tak dipakai yang kusimpan!!! Ntah apa ke hal laaa aku dok simpan.....aku pun tatau!! Hehehe..... At last hubby buang aje. Buat berat lori jek nanti eh. Mmmm kelmarin hubby kemas2 kotak lama, terjumpa plak koleksi album lama. Mmm best jugak layan gambo lama!! Nostalgia plak aku rasanya eh!! Ada gambar kawan2 study, gambar2 bercinta, gambar dating dan pelbagai gambar lagik laa.

Tapi 5 pic yang aku upload ni tader kena mengena semua tu. Gambar kali ni just nak buat perbandingan life berdua dan life berlima!! Hahaha!!! Dolu2 sekali kemas jek....umah akan rapi sampai petang! Barang pun hanya ada apa yang perlu. Sekarang ni, lebih banyak barang yang merepek2 pun ado!!! Lepas2 ni elakkan beli aksesori rumah yang massy!! Hehehe........ Pendek kata elakkan pembaziran!!

Sebelum apa2, aku nak tayang gambar romantika ni dolu!! Ekeke.... Baru 6 bulan kawin kot rasanya.... tak ingat dah la. Kat Taman Jepun, Bukit Tinggi. Aku suka gambar ni sebab body aku masih di tahap yang boleh dikawal lagi. Hahahaha!!!


Haaaa!! Gambar ni diambil selepas sebulan aku kawin. Hubby menyewa di apartment kos sederhana, Kota Damansara. Jadi pas kawin, aku memang apply stay luar bersama suami tersayang. Jimat duit tak payah bayar duit hostel. Hehehe. Mmm semua koleksi ni hubby beli before aku kawin dengannya!! Kagum jugak cuma aku memang tak kenan dengan sofa kuning pilihannya itu. Hahaha!!! Sampai laa ni tak reput2!!! Cuma memang banyak laa lukisan purba kat sofa tu.


Hahaha...meja makan ado bunga. Sekarang ni bunga tu pun aku dah buang. Semuanya kena kosong jek sebab dah ada anak yang suka panjat2 meja itu.


Comel jek almari ni!!! Tader barang sangat. Sekarang ni.....lagi ada barang ada kat situ!!! Pening aku tengok!!


Ni adalah tempat masak aku. Very simple!!! Sekarang ni makin banyak benda gantung2 tu. Hahaha!!! Sila abaikan lantai yang golap dan ponggong kuali aku yang itam itu. Sebab aku memang rajin gonyohnya!! Hahaha!!!


Friday, April 2, 2010

Al Fatihah Buat Din dan Peringatan Buat Kita.

Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad, 44 tahun disahkan meninggal jam 1235 malam tadi. Al - Fatihah!!! Beliau dimasukkan ke ICU gara2 denggi berdarah beberapa hari yang lepas sudah memang di tahap kritikal sejak petang semalam. Semoga arwah di tempatkan di tempatkan bersama mereka yang beriman!! Amin..... Al - Fatihah!!! - sumber dari Beautiful Nara Blog. -



Mmmm sejak dua menjak ni asyik dengar orang meninggal terkejut jek. Walhal dia sihat jek beberapa hari yang lepas!! Hari ni, seperti yang dijanji Allah, dia sudah tiada!! Subhanallah...... terasa baru sangat jek!! Din Beramboi yang menjadi pengacara raja lawak di episod final di dalam komennya ada mengatakan yang dia akan berhenti menjadi dj era!! (lebih kurang begitu laa....aku pun tak ingat sudah!!) Lalu si Afdlin Shauki pun menjawab - Oh tak tahu plak Din nak berhenti.!!! Tak sangka sungguh yer yang kata2 itu bukanlah lawak semata2. BENAR BELAKA!! Subhanallah.... Mmm sedih jugak hati ni pabila jadi begini. Tapi setiap yang hidup itu pastikan mati jua akhirnya. Mungkin semalam adalah gilirannya. Esok mungkin kita plak..... Hanya Allah yang tahu!!!



Topik ini baru kubahas bersama kawan2 di facebook baru2 ini. Kisah kawan2 dalam facebook yang zuhud dengan harta benda yang dimiliki hingga tak sedar yang harta @ nikmat yang ada itu jika ditarik oleh Allah SWT pasti akan ranap dalam sekelip mata. Orang2 difacebook galak mempromosikan apa yang mereka rasa...... dan mostly related dengan kebendaan. Jadi hal itu lah yang dipersoalkan oleh salah seorang kawan aku .... yang mereka2 ni tak ingat akan ajal yang mampu menjemput mereka secara tiba2!! Dan perbahasan kami itu dibuktikan plak dengan kisah kematian Din Beramboi yang berlaku secara tiba2 jugak. Mmmm Maha Suci Allah, ini sememangnya peringatan buat semua yang masih hidup!! Kerana mereka yang masih hidup sememangnya asyik alpa dan terlupa walhal tahu apa yang benar!! Subhanallah.

Cuma terpikir oleh aku sekiranya hal ini berlaku pada diriku sendiri. Mmmm aku amat takut!! Takutnya aku Ya Allah. Amalanku ini amatlah sedikit. Tak tahu apa aku nak jawab bila malaikat pun bertanya akan aku soalan yang pelbagai!! Ya Allah....tak dapat aku bayangkan bagaimana anak3 aku seandainya ajal aku disahut mengejut begitu. Mmm aku tak risau akan suami tetapi anak3 itu laaa yang buat aku tidak sanggup!!! Dan bagaimana plak nasibnya jika bukan pihak aku yang meninggalkan ahli keluarga? Jika suami plak?? Adakah aku bersedia??? Argghhh pastinya tidak untuk kedua2 itu walaupun aku tahu segalanya tak dapat kuelak!!

Mmmm cuma Allah itu tahu apa yang diaturkan. Mungkin jika ia berlaku sekalipun pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Jadinya LA TAHZAN.....INNALLAHAMA'ANA! Apa yang pasti, peliharalah hubungan kita sesama keluarga, berbuat baik pada semua mereka, hubungan kita dengan Allah sudah pastinya dan macam2 lagi..... kerana mungkin esok lusa dia atau kita sudah tiada!! Hanya dengan doa boleh merubah apa yang kurang baik untuk terjadi. Hikmah disebalik berita2 yang mengejutkan ini - kita yang masih hidup ini perlu perbaiki diri sebelum terlewat. Termasuk laa aku!!! Walaupun iman itu yazid wa yanqus.....tapi kuatkan hati dan perasaan jugak untuk kita terus bertahan. Semoga kita kan mendapat yang terbaik dari Nya... Amin Ya Rabbal 'Alamin!!!