Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad, 44 tahun disahkan meninggal jam 1235 malam tadi. Al - Fatihah!!! Beliau dimasukkan ke ICU gara2 denggi berdarah beberapa hari yang lepas sudah memang di tahap kritikal sejak petang semalam. Semoga arwah di tempatkan di tempatkan bersama mereka yang beriman!! Amin..... Al - Fatihah!!! - sumber dari Beautiful Nara Blog. -

Mmmm sejak dua menjak ni asyik dengar orang meninggal terkejut jek. Walhal dia sihat jek beberapa hari yang lepas!! Hari ni, seperti yang dijanji Allah, dia sudah tiada!! Subhanallah...... terasa baru sangat jek!! Din Beramboi yang menjadi pengacara raja lawak di episod final di dalam komennya ada mengatakan yang dia akan berhenti menjadi dj era!! (lebih kurang begitu laa....aku pun tak ingat sudah!!) Lalu si Afdlin Shauki pun menjawab - Oh tak tahu plak Din nak berhenti.!!! Tak sangka sungguh yer yang kata2 itu bukanlah lawak semata2. BENAR BELAKA!! Subhanallah.... Mmm sedih jugak hati ni pabila jadi begini. Tapi setiap yang hidup itu pastikan mati jua akhirnya. Mungkin semalam adalah gilirannya. Esok mungkin kita plak..... Hanya Allah yang tahu!!!
Topik ini baru kubahas bersama kawan2 di facebook baru2 ini. Kisah kawan2 dalam facebook yang zuhud dengan harta benda yang dimiliki hingga tak sedar yang harta @ nikmat yang ada itu jika ditarik oleh Allah SWT pasti akan ranap dalam sekelip mata. Orang2 difacebook galak mempromosikan apa yang mereka rasa...... dan mostly related dengan kebendaan. Jadi hal itu lah yang dipersoalkan oleh salah seorang kawan aku .... yang mereka2 ni tak ingat akan ajal yang mampu menjemput mereka secara tiba2!! Dan perbahasan kami itu dibuktikan plak dengan kisah kematian Din Beramboi yang berlaku secara tiba2 jugak. Mmmm Maha Suci Allah, ini sememangnya peringatan buat semua yang masih hidup!! Kerana mereka yang masih hidup sememangnya asyik alpa dan terlupa walhal tahu apa yang benar!! Subhanallah.
Cuma terpikir oleh aku sekiranya hal ini berlaku pada diriku sendiri. Mmmm aku amat takut!! Takutnya aku Ya Allah. Amalanku ini amatlah sedikit. Tak tahu apa aku nak jawab bila malaikat pun bertanya akan aku soalan yang pelbagai!! Ya Allah....tak dapat aku bayangkan bagaimana anak3 aku seandainya ajal aku disahut mengejut begitu. Mmm aku tak risau akan suami tetapi anak3 itu laaa yang buat aku tidak sanggup!!! Dan bagaimana plak nasibnya jika bukan pihak aku yang meninggalkan ahli keluarga? Jika suami plak?? Adakah aku bersedia??? Argghhh pastinya tidak untuk kedua2 itu walaupun aku tahu segalanya tak dapat kuelak!!
Mmmm cuma Allah itu tahu apa yang diaturkan. Mungkin jika ia berlaku sekalipun pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Jadinya LA TAHZAN.....INNALLAHAMA'ANA! Apa yang pasti, peliharalah hubungan kita sesama keluarga, berbuat baik pada semua mereka, hubungan kita dengan Allah sudah pastinya dan macam2 lagi..... kerana mungkin esok lusa dia atau kita sudah tiada!! Hanya dengan doa boleh merubah apa yang kurang baik untuk terjadi. Hikmah disebalik berita2 yang mengejutkan ini - kita yang masih hidup ini perlu perbaiki diri sebelum terlewat. Termasuk laa aku!!! Walaupun iman itu yazid wa yanqus.....tapi kuatkan hati dan perasaan jugak untuk kita terus bertahan. Semoga kita kan mendapat yang terbaik dari Nya... Amin Ya Rabbal 'Alamin!!!
No comments:
Post a Comment