AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Azhad. Show all posts
Showing posts with label Azhad. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

Happy Birthday Boys yang ke 12 dan 11


Happy Birthday to my beloved boys 13/11/2004 10.32 pagi & 13/11/2005 10.45 pagi. 
Same date but totally different characters. 
Semoga kalian panjang umur, dimurahkan rezeki, dipelihara Allah selalu, berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak baik serta soleh.
Hari ni tak leh gaduh2... tak leh lepuk2... tak leh nangis2 😊😊. 
Senyum je ok.
 Lau gaduh, confirm tak de present. Kihkihkih. 
Mama dan ayah sayang both of u. Happy birthday 12 & 11 anaks.



Azhad dan Adham macam mengharapkan surprise daripada kami ..... 
Tapi ntahlah.... 
Mak ngan ayah busy yang ntah apa-apa.... 
Jadi ayah kata, celebrate macam biasa then bawak kedai then pilih la apa yang korang nak beli.... ayah bayar je hahahaha. 
Heaven je dengarnya aih! 
Tapi budget hadiah besday anak-anak ialah rm100 seorang.
So let say nak beli harga lebih dari itu, pandai-pandailah korang ye. 

Ad Am di Jusco Klang. Item yang menjadi pilihan.... monopolu ultimate banking. Owh. 
 
Baker kegemaran mak pi holiday. Jadi terpaksalah kami beli kek ekspress aje. Kek oreo Secret Recipe manjadi pilihan boys. 







Wednesday, November 9, 2016

Majlis Graduasi Tahun 6 SKTBS 2016


Hari ni hari istimewa Azhad dan rakan-rakannya. 
Alhamdulillah...usai sudah program majlis graduasi tahun 6.
Tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan program ni.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini.
Semoga anak-anak yang di raikan hari ini akan maju jaya di masa hadapan.
Jelas di riak wajah masing-masing betapa gembiranya mereka. 
Apatah lagi dengan jubah graduasi baru. 
Haruslah semangat dan aura positif yang memang membara. 

Apa pun keputusan yang bakal anak-anak ini perolehi pada 17 november nanti, perlulah kita raikan mereka kerana mereka telah berusaha sungguh-sungguh dan hargailah usaha mereka ini.
Walaupun mungkin ada antara mereka yang tidak berjaya perolehi keputusan seperti mana yg kita harapkan, ucapkanlah tahniah dan teruskan memberi mereka dorongan dan harapan untuk terus berjaya pada masa hadapan....
Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu atas usaha gigih dan pengorbanan kalian utk memastikan anak-anak ini menjadi "orang".
Allah sahaja yang boleh balas segala jasa dan kebaikan kalian semua.
Doakan ibu bapa moga kalian halalkan ah ilmu yang diberi pada anak-anak ini....
Terima kasih wahai guru.
Tahniah anak-anak.......

Perjalanan untuk jadi orang yang berjaya masih jauh.
Jangan sesekali kalian patah semangat.
Tiada yang mudah dalam hidup ini.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jaga ibadatmu dengan Tuhan.
Insyaallah urusan kalian Allah mudahkan sentiasa.
Berbuat baik pada guru jangan dilupakan.
Semoga berjaya anak-anak.













6 Gigih with Cikgu Norhayati; guru kelas dan guru sains.





6 Gigih with Teacher Azlifa :)

6 Gigih with Cikgu Fadzilah; cikgu BM.

Thursday, October 27, 2016

Sukan Tahunan SKTBS yang ke 13 2016.


Minggu yang busy buat anak-anak. 
Raptai sukan lah, raptai persembahanlah, hari kanak-kanak lah dan hari ini hari sukan sekolah sktbs yang ke 13. 
Temasya sukan kali ini dilewatkan gara-gara gejala musim panas dan HFMD di sekolah hari tu. 
Jadi sukan yang sepatutnya bulan Julai telah dienjakkan ke hujung tahun. 
Mak rasa sukan tahunan selepas selesainya segala peperiksaan adalah lebih ceria dan happening. 
Sebab otak murid-murid dan guru dah kurang berdepan dengan tekanan bahang peperiksaan. 
Begitu juga dengan ibu bapa.
Hehehe. 

Ayah tak dapat cuti hari ini. 
Ayah ada worksyop. 
Its ok, mak budak4 ni kan bravo. 
Haahahaah.
So biar mak je yang pi.
Hari ini ayah keluar office seawal 6.25 pagi. 
Jadi terpaksalah mak yang menyupir anakanda ke sekolah. 
Setel urusan supir, mak dan Aisyah lepak di restoran ulam desa untuk sarapan pagi sambil menunggu tadika buka.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, Teacher Mas pun sampai. 
Hahaha jadi murid terawal lah Aisyah hari ini ye! 
Then mak pun terus ke sekolah. 
Anak-anak dah berpesan pada maknya dari minggu lepas lagi supaya hadir ke sekolah sempena hari sukan. 
Okey sure anak-anak.
Mak sentiasa support aktiviti anak-anak. 
Boys tak masuk apa-apa acara sukan hari ini. 
Mereka hanya terlibat dengan perbarisan manakala Awatif sukaneka. 
Moga kehadiran mak dapat memberi semangat dan menceriakan anak-anak. 
Alhamdulillah masih banyak lagi parking kosong ketika mak tiba di depan sekolah. 
Belum sempat buka pintu, tup-tup Teacher Azlifa wassup mak Ila. 
Ahaaaaaaa nak tergelak coz teacher hantar gambar comel anakanda berdua. 
Kihkihkih...... 
Taraaaaa.....

Paduka Datok Merah hahaha..... :) Teacher Azlifa kata, punya la payah nak suruh Syawal kecik ni senyum! 

Jejaka-jejaka kawad kaki perbarisan team merah. 

Berkumpul di bawah khemah sebelum perbarisan bermula.

Berlatih untuk teakhir kali agaknya. Hahaha. 

Ok tu dia ..... team merah in action.

Spot my boys..... 

Peserta perbarisan ..... 

Iqrar sukan by Aalee the olahragawan sekolah. 


Aksi team merah. Hei..... that was Adham..... never underestimate our kid! 


Pemandangan di astaka.

Ketika ini ketua pemuda Umno Shah Alam sedang berucap seterusnya merasmikan sukan SKTBS tahun ini. 

Berjalan pulang ke khemah rumah merah.



Wefie with the team. 

Suasana sekitar sekolah. 





Selesai upacara Azhad dan Adham sertai, mak pun beralih ke kawasan sukaneka tahun 3 diadakan. 
Mujurlah acara belum bermula lagi. 
Senyum ceria je anakanda nampak mak :)
So apa lagi, kita wefie dulu. 
Yeah! 





Sementara tunggu Awatif settle, boys wefie dulu. Mama, nak rm 5! Hahaha.




Bawa bola dengan kayu hoki. Masukkan bola ke dalam gelung rotan. Lompat berhalangan dan kemudian baling bola ke dalam bakul. Then patah balik! Hahaha. 
Alhamdulillah, team hijau Awatif dapat nombor tiga.



Sebelum balik, wefie dulu anak beranak. Tq brother sudi snap our picture. 

Jalan-jalan ke gerai jualan, terjumpa bff's Awatif. So wefie dulu. Kawan baik dari darjah satu ni - Raina Naura dan Dian Shazani. Gang Denai, Iqrak dan Sktbs. Mak panggil depa ni team Mak Temah!

Hahahaha..... wefie kenang-kenangan dulu sebelum balik.



Kami pulang ke rumah sekitar jam 10.30 pagi.
Tak tunggu habis acara sebab mak nak masak.
Selesai sudah satu hari yang penuh dengan kenangan.