Hari ni hari istimewa Azhad dan rakan-rakannya.
Alhamdulillah...usai sudah program majlis graduasi tahun 6.
Tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan program ni.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini.
Semoga anak-anak yang di raikan hari ini akan maju jaya di masa hadapan.
Jelas di riak wajah masing-masing betapa gembiranya mereka.
Apatah lagi dengan jubah graduasi baru.
Haruslah semangat dan aura positif yang memang membara.
Apa pun keputusan yang bakal anak-anak ini perolehi pada 17 november nanti, perlulah kita raikan mereka kerana mereka telah berusaha sungguh-sungguh dan hargailah usaha mereka ini.
Walaupun mungkin ada antara mereka yang tidak berjaya perolehi keputusan seperti mana yg kita harapkan, ucapkanlah tahniah dan teruskan memberi mereka dorongan dan harapan untuk terus berjaya pada masa hadapan....
Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu atas usaha gigih dan pengorbanan kalian utk memastikan anak-anak ini menjadi "orang".
Allah sahaja yang boleh balas segala jasa dan kebaikan kalian semua.
Doakan ibu bapa moga kalian halalkan ah ilmu yang diberi pada anak-anak ini....
Terima kasih wahai guru.
Tahniah anak-anak.......
Perjalanan untuk jadi orang yang berjaya masih jauh.
Jangan sesekali kalian patah semangat.
Tiada yang mudah dalam hidup ini.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jaga ibadatmu dengan Tuhan.
Insyaallah urusan kalian Allah mudahkan sentiasa.
Berbuat baik pada guru jangan dilupakan.
Semoga berjaya anak-anak.
Perjalanan untuk jadi orang yang berjaya masih jauh.
Jangan sesekali kalian patah semangat.
Tiada yang mudah dalam hidup ini.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jaga ibadatmu dengan Tuhan.
Insyaallah urusan kalian Allah mudahkan sentiasa.
Berbuat baik pada guru jangan dilupakan.
Semoga berjaya anak-anak.
![]() |
| 6 Gigih with Cikgu Norhayati; guru kelas dan guru sains. |
![]() |
| 6 Gigih with Teacher Azlifa :) |
![]() |
| 6 Gigih with Cikgu Fadzilah; cikgu BM. |


















No comments:
Post a Comment