AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Tempat menarik - Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Tempat menarik - Putrajaya. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Putrajaya Cruise

Ini aktiviti Sabtu....
Aktiviti yang sangat2 tak diplan..... berlaku apabila kami ikut kata hati :) 

Tengahari semalam mak dan family santap di restoran nasi arab TTDI Jaya, Shah Alam.
Usai makan, ayah pun tanya nak ke mana? 
Azhad pun kata - naik bot :) 
Tahu2 viva putih yang kami naiki dah pun menghala ke Putrajaya .... hihi. 
Plan nak naik cruise Putrajaya ni memang dah lama.
Idea nak naik cruise ni pastinya idea mak :) Ekekeke.... 
Mak tengok fb cikgu Azhad yang makan angin di cruise Putrajaya.... Wah pastinya menarik jika bawa anak4 mak ke sana. 
So apa lagi.... mak pun hasut lah ayah!! 
 Ayah yang termakan hasutan isterinya ini langsung berjanji dengan anaknya; hanya naik cruise selepas tamat exam. So semalam was the day :)

Semalam, Putrajaya ada fiesta belon panas yang ke 4.
Mmmm punya la ramai orang! Panas-panas pun orang gagah juga ya! 
Cuma time mak datang tu, tak de la pertunjukan belon panas tu sebab pertunjukan belon panas start at 8 pagi - 11 pagi dan jam 6 petang - 9 malam. 
Jadi memang tak de menjejak kaki kami ke tapak belon panas itu.
Tak kisah lah tu.....kita pergi tengok belon panas tahun depan plak :) 
Insyaallah. 

Usai ayah solat di masjid merah, kami pun langsung bergerak ke kaunter cruise. 
Family mak di caj rm88 (2 adults and 3 kids....sarah aisyah percuma).
Cruise kami bergerak jam 330 petang. Waktu kami membeli tiket adalah pada 250 petang. 
Hihihi..... masak lah juga menunggu. 
Haaa apa lagi, main2 tangkap gambar.
Sib baik angin Putrajaya semalam sangat2 la nyaman!! Kuat sangat. 


Cruise entrance. 


Sebelah kaunter ada kedai. Rasanya 3 kali kami masuk membeli air :) Panas ooo......




Yes....nak naik dah. Letih dah mundar mandir menunggu. Awek belakang tu dah macam2 posing dah :) Gigih bergambar.... Hihihi.


My family........


View inside the cruise. Kapten sedang bagi briefing tentang building dan scenery yang kelihatan sepanjang cruise ini. 


Ini pengalaman pertama anak mak naik bot..... sangat2 excited ok !! Tak abis2 nak senyum...... sweet! Pic taken at upper deck cruise.


Deck depan cruise..... 


Time ni mak risau2 jek nak keluar depan tuh!! Gayat plus risau jika ada yang terjatuh bagai. 


Hihi berani sudah !! Sangat nyaman ok..... Best!


Upper deck again...




Yo it's me!! 


Setelah 45 minit belayar sekitar tasik Putrajaya yang cantik itu, kami pun pulang. 
Sebelum tu, singgah di rumah adik ipar mak di Puncak Jalil.... 
Habis goreng pisang sepinggan, kami pun balik :) 

Sampai di rumah, mak terus masak dinner..... 
Ikan bilis tumis + telur rebus + kacang panjang tumis telur + nasi beras wangi..... 
Sangat menyelerakan..... 
Tamat sudah ..... :))