AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Resepi Kek Batik Mudah / Resepi Ikan Singgang Aye @ Tongkol / Resepi Karipap Keledek Sedap @ Kurmapap :)

Panjang gila tajuk entry mak pagi ni !!!
Hahahaha....
Tak pernah-pernah update blog di pagi Sabtu, tapi hari ini mak update ok :)
Pinggan masak memasak tak basuh lagi penuh dalam sinki tu haa!
Tak pe, own sweet time, so mak nak update dolu le.
Entry kali ni memang marathon masak-masak semalam dan pagi ini.... :)
Bila mak masak-masak. memang sah la idak diet!!
Kwang-kwang.
Seniri ingat la.....
Petang semalam, mak wat kek batik milo.
Entah apa demam ntah la !!
Plannya nak makan-makan sambil tengok maharaja lawak mega malam tadi :))
Memang gila..... tak ingat langsung akan berat badan yang menakutkan tuh!!
Huhu....
Alasan lain buat kek batik ni adalah sebab nak habiskan stok butter yang ada.
Hihihi......
Kali ni, resepi bukan resepi yang mak selalu buat.
Saja mencari kelainan tekak....
Jadi, hasil carian gugel, mak berkenan untuk try resepi dari blog dapur Malaysia.
Sempoi btul caranya.
Komen mak ---- sedap.
Tapi dia agak kurang lembab dari resepi kebiasaan mak tu.
Mungkin kerana guna butter separuh je instead of seketul....
Ok lah kan.... sebab less fat sket.
Hihihi
Ni lah rupanya sebelum kek batik mak ni dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Resepi kek batik mudah ni. Source - http://dapurmalaysia.com/resepi-kek-batik/

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo (MAK GUNA SERBUK MINUMAN COKLAT DUTCH LADY)
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara :-
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Malam tadi plak, mak wat ikan singgang aye @ tongkol.
Tak pastilah tongkol hitam ke putih!!
Mak memang tak kenal.
Hihihi.....

Menu ni kegemaran anak-anak dan ayah.
Mak belajar resepi ni pun dengan mak mertua mak......
Dah kahwin ngan orang pantai Timur, lauk ni sokmo wujud di dapur mak ......
Memang lauk diet o....
Lauk orang tak sedap mulut pun sesuai jugak......
What ever, mak memang suka lauk nih.....




Resepi ikan singgang aye @ tongkol :-

2-4 potong ikan tongkol/kayu/aya (ikan lain pun boleh juga)            
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3-4 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cili padi ikut citarasa
Serbuk pati ikan bilis secukup rasa
Air ( agak2 - kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)
Gula kerek @ nisang (mak lupa nak bubuh daaa)
Cara-caranya :- 
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan - ikan, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih yang telah dihiris/diketuk, asam keping, garam dan ajinamoto ke dalam periuk tadi.
  3. Rebus sehingga ikan betul2 masak, seterusnya campakkan cili padi ke dalam periuk. Then sayur bendi. Boleh terus hidangkan. Makan semasa panas. Simpan esok lusa semakin sedap :))
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dan pagi-pagi ni plak, mak buat kurmapap :)
Patutnya pojek semalam....
Tapi, malas beno semalam.....
So mak tunaikan request boys pagi ni ok......

Kenapa namanya kurma?
Sebab intinya kurma keledek dan bukan kari keledek :)
Anak4 mak kata kari pedas.....
Kurma ok la....








Resepi macam biasa, mak akan guna resepi http://hanamemories.blogspot.com :)
Sedap dan mudah.
Dan yang paling utama, resepinya adalah dalam kuantiti yang sedikit je.
Tu yang best tu.....
Konpem makan dan habis trus.

Cara nak membuatnya adalah :-

Bahan-bahan

250g tepung gandum (2cwn penuh)
2 sudu besar minyak msk
2 sudu besar butter@marjerin
garam
air
Bahan inti.
1 biji keledek - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan ikan bilis
2 sudu makan serbuk kurma
hirisan daun sup
garam dan gula
air

Caranya :-
  • Utk membuat kulit karipap - Panaskan@microvawekan minyak, butter@marjerin, shortening sehingga menjadi 1/4 cawan.Masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan garfu (sbb minyak panas) sehingga menjadi crumble. Bancuh air dan juga garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.

  • Utk membuat inti - Blend@kisar bwg besar, bwg putih dan ikan bilis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan skali garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.

  • Ambil adunan tepung tadi. Canai. Terapkan dengan mulut cawan besar atau apa2 terap yang bulat. Ambil satu, masukkan inti dan kelim seperti biasa. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan. Pastikan api sederhana sahaja. Angkat dan toskan.

  • Siap dihidang.



Ahaaaa siap !!!!
Okey la, mak nak pi MPH Ikano Power Centre beli buku rujukan anak3
Senang nak buat revision....
Nanti cakap lagi...
Da daaaaa.




Wednesday, December 7, 2011

Muffin Koko Milo Kukus .......



Walaupun 2-3 hari lepas mood mak dilanda kesedihan gara2 kek velvet yang tak jadi, tapi hari ni......
mood mak hari ni sangat ceria.....Alhamdulillah. 
Sebab hari ni mak nak pi holiday dengan kids dan bapak kids :D 
Destinasi dekat aje..... 
Hehehe...
 Pi sini aje.... http://www.gcr.com.my/
Harap best la.... 
Kalau best, mak akan wat entry grand2..... kalau tak, biasa2 jek la eh. 
Hihihi. 


Hari ni, mak nak update kisah muffin coklat semalam. 
Mmmm barang tak kemas lagik nih... tapi masih sempat nak jot down blog. 
Hehehe. 
Lantakkan..... ! 
Cuti2 sekolah ni, mak macam suka kukus2....bako2..... hihihi. 
Sebab utama, anak mak suka buat sama. 
Dan depa ni sat sat lapo. 
Jadi bila buat kuih2 macam ni, senang la. 
Buat pagi, esok2 pun leh makan lagik. :D
Sambil2 tu mak leh la belajar jugak..... 
Tapi letih sebab kena mop lantai 2-3 round sehari.....
Kadang2 tak larat jugak..... 
Mak bior kan aje . 
Hahahaha. 
Yang pasti, bapak yang tension la. 
Habis nak wat macam ner? Dah nama pun beranak kecik kan... Layanz jek la. 




Resepi ni mak guna sukatan cup yang baru mak beli.... 
Dapat 30 butir. 
10 bagi jiran..... 20 kami makan anak beranak. 
Portion yang bagi jiran tu, memang version muffin coklat mekar. Hahaha. 
Yang portion kami nak makan2 sendiri, 7 mekar dan 13 okey :D 
At last manage jugak tak nak bagi dia mekar. 
Huhuhuhu..... 
Though dah pakai api kukusan paling kecil, tapi nak kena jaga timing la air la.... huhuhu. 
Tak pe yang penting, belajar dari pengalaman. 
Ni dah buat baru la tahu ragamnya macam mana kan ....... 


Thank you pada Zaiti Amirah yang guide aku sikit sebanyak rahsia bako2 dan kukus2 nih..... 
So ada la ilmu sket2 
Hahahaha. 
Bawah ni  tekstur muffin......
 Sedap jek nak telan.... 
Lembut sangat!! Seriusly recommended untuk dibuat........
Hahahaha......



Yang putih kat bawah tu adalah kepingan cheddar cheese. Sengaja dibubuh, sebab kids memang cheese maniac. Hihihi 


So resepi ni, mak tak ingat amik mana.....
Tapi memang bukan dari mak la. 
Ni dia ....
Kalau ada kelapangan, leh la cuba buat kudap2....... 
Bye.... 



Resepi :- 

Bahan A - Ayak semuanya

2 cawan tepung
1 cwn serbuk koko. (mak guna 1/2 serbuk koko jek sebab habis. Then mak top up ngan milo 1/2 cup) 
2 sudu kecil baking powder.


Bahan B 

4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir
1 cawan air suam.


optional..... mak tambah cheddar cheese kiub last skali...... 


1) Pukul bahan B semuanya kecuali air suam. 
2) Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. 
3) Masukkan air suam last sekali. 
4) Kalau kukus dalam loyang jek.... kukuslah 1 jam..... usah bukak2..... 1 jam baru bukak ya. 
5) Kalau kukus mcm muffin, kukus sekitar 20 -30 minit. Depend pada api dapo macam mana. 



Selamat mengukus..... 




Thursday, December 1, 2011

Kek Marble Keju Cheddar



Hampir 6 bulan mak tak update blog wanita besi...
Apa yang mak busykan, mak pun tak tahu laaaaa......


Entah apa angin, hari ini mak rajin la plak ...... 
Siap memberi nama baru pada blog diariwanitabesi kepada nama baru plak tu aihhh......
Actually, mak dah combinekan blog diet mak + wanitabesi.
Tujuannya untuk easily manage......
Lagipun cerita pun lebih kurang sama jek kan :D


Nama kali ini, sah2 la vocab arabic..... !!
MIN MATBAKHI ALBAIDHAK
Yang bermaksud - Dari Dapurku Yang Putih
Huhuhu.......
Macam nak jadi blog masak jek aihhh!! 
Saja2 jek...... Tak de keje......
Blog ni tetap menten carca marba.
Tapi kalau rajin, ada jugak niat di hati nak lebihkan entry masak-memasak ni :))
Bukan pandai masak pun.....
Hari2 masak pun resepi yang simple mimple jek.....
Tapi dah memang spesies suka heboh2.....jadi nak jot down jugak la...... 
Ngeeeee. 


So hari ini, sesudah tido selepas subuh, mak wake up kembali at 11 o'clock in the morning....
Anak4 pun sama jugak.... 
Aman gitu.....
Bangun2 langsung jadi terajin nak membaking la plak......
Tara..... hari ini mak masak - Kek Marble Cheddar.
Ni cubaan keempat buat kek ni.
Alhamdulillah, memang resepi ni boleh diguna pakai.....
Sedap yer!! 


Resepi asal adalah dari Mat Gebu....
Tapi mak modified jadi marble since anak suka bebenda yang berwarna coklat nih. 
So jadi la seperti yang ada di gambar bawah ni.....
Rasa sedap!! Lemak2.....manis2.....sesuai sangat la nak naikkan berat badan mak ni haa.... ekekeke. 
Esok kita bersenam yer!!



Abaikan corak marble setompok tuh..... Mak memang sukati jek letaknya. Heehehehe....


Kat sini mak copy paste resepi asalnya yer....
Kalau ada bahan..... buat la ok...
Senang aje. 

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )

  • 250 g mentega
  • 230 g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
  • 100 ml susu UHT
  • 280 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder

Cara-cara

  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....). 


p/s - Sebab mak buat marble, so sebelum masuk loyang, kita bahagikan adunan. 
Satu menten jek....lagi satu campurkan serbuk koko...... 


Selamat mencuba.........