AdAmTifSyah Family

AdAmTifSyah Family
Showing posts with label Kisah Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nostalgia. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Ulang Tahun Pertunangan Yang ke 8, Shariffila.

Alhamdulillah aku masih sihat. Masih tiada tanda2 lagi untuk aku dimasukkan ke hospital nampaknya. Hehehe..... Though, aku memang mengharapkan situasi demikian; tapi disebabkan Insyaallah this is the last pregnancy, jadi kuambil peluang yang ada untuk lebih menghayati nikmatnya pemberian Allah SWT buat kaum hawa ini. Alhamdulillah...... Only 9 days to go!!! Semoga aku kuat semangat hendaknya. Amin.

Blog ini lama tak kuupdet gara2 aku disarankan untuk banyak berehat oleh gynae. Cewah!! Jadi aku banyak tidur dan layan anak3 yang sibuk dengan exam lately. Tapi yang sebenarnya aku memang tader story menarik nak kukongsi kat sini pun. Cuma peristiwa terbaru yang berlaku last week adalah mak mertua ku datang KL. Alhamdulillah adik ipar aku si Sapik ex Alam Shah itu, telah pun selamat mendaftarkan dirinya untuk program Asasi Sains setahun di Kampus UITM Puncak Alam, Shah Alam. Harapan kami, moga dia akan lebih berjaya dan cita2 untuk terbang ke negara orang seperti hubbyku itu kesampaian. Amin. Tahniah buat beliau!!

Hari ni, story aku lebih kepada kisah nostalgia aku dan suami aku. Hehehe..... Gara2 mensorting @ mempackaging barang untuk pindah, maka terjumpa lah kami akan album lama. Mmmm so nostalgic!!! Hehehe... Baru2 kawin dolu memang kuingat akan tarikhnya. Tapi bila anak dah macam keretapi ni, aku kian lupa....hinggalah terjumpa akan album pertunangan itu. Tapi wajah kami dalam tu memang amatlaaa kelakar campur kesian pun ado!! Hahahaha!!!! Wajah suci gitu....!! Hahahaha...... Sudah 8 tahun peristiwa itu berlalu..... Kami bertunang pada 25 Mei 2002. Di hari yang sama, mama buat majlis khatam Quran dan bersunat adik lelaki aku, Saiful Anuar. Dan tak kusangka, 8 tahun dari tarikh bertunangnya aku dan suamiku itu aku sudah ada anak 4!!! Hahahaha!!!!

So today, aku nak share wajah kami dedolu..... Buat hubby aku yang dicintai, thanks coz to be tunang yang baik buat daku though sesekali agak degil. Hahahaha!!! Hubby kini bukan tunang aku jek....tapi dia adalah kawan baik aku, kawan jahat aku, suami dan bapak kepada 4 beloved kids. Thank you yer Mr Shariff. Moga kasih kita kian berpanjangan. Amin!!!


Gambar ni diambil pada 3/8/2001. Mmm maknanya aku berusia 21 tahun time ni. Lokasi biarlah rahsia. Hehehe.....


Berdebar!! Tatkala ni ibu mertua menyarungkan cincin ke jari menantunya. Hehehe......


Ni lah wajah suci pasangan Shariffila. Gila panas time nih. Sorang mata ke lain.....sorang lagi kepala teleng. Hahaha!!!


My family..... Sekarang ni paling pendek among adik beradik.....aku laa. Hehehe....


Hantaran aku buat bakal suami aku. Orang Perak ni kalau bertunang, memang bagi manis2 manisan jek. Barang2 tu nanti kawin baru bagi. Hehehe.....


Aku dan Masrahha. Dia laa yang tolong2 make up kan aku. Tolong itu....dan tolong ini....


Dan ni gang uiam. Thanks for coming.


Friday, May 14, 2010

Wajah Anak3 Sehari Selepas Dilahirkan.

Rajin laa plak mak buyung sekarang ni!!! Hari2 nak updet blognya eh. Hehehe..... Tapi tu laa tader story yang menarik pun. Gara2 aku tak keluar ke mana2 pun, minda aku amat beku dengan kisah2 nostalgia dan yang ada sekitar rumah batu 2 tingkat ni je laaa nampaknya. Huhuhu.....

Kadang2 terfikir jugak dek akal aku yang udah tepu ini..... mmm cepat laa masa berlalu. Aku tak sabar nak bersalin, tak sabar nak pindah dan tak sabar untuk membereskan segala benda yang aku rasa buat otak aku ni rasa sempit. Hahahaa!!! Hah ayat pelik aku pun dah kuar.... sahih dah tu aku sangat blur + pening + jemu dengan situasi @ aktiviti aku sekarang. Tapi tak per, esok Sabtu..... nak paksa hubby bawak aku jalan2 jugak walaupun sebentar. Tapi nak ke mana yer?? Larat ke aku? Yang aku tahu sebelum bersalin aku nak makan fish and chip kat Ikano tu dan pizza. Hahaha!!! Truk betul kan?? Mengada sungguh plak tu..... Tapi tu laa sementara buyung ni laa nak makan2 high kalori pun. Esok2 sure kena particular bab nih. Kalau tak nanti aku akan labu dalam jangka masa yang panjang plak. Sure Encik Shariff tu bising. Ekekeke.......

Hari ni kisah nostalgia jek aku nak jot down dalam blog aku yang gelap ini. Lebih kepada kisah nostalgia dapat baby. Aii almaklumlah otak aku dok fikir kisah baby2 jek sekarang nih. Hehehe.... 7 tahun berkahwin, Alhamdulillah aku dimurahkan rezeki zuriat yang kerap laa jugak. Bukan tak merancang, tapi sudah tertulis di Luh Mahfuz aku akan ada anak ramai dalam usia yang muda. Hehehe..... Alhamdulillah. Jadi tak laa sunyi hidup aku suami isteri. Cuma letih tu hehehe sah2 tak dapat dinafikan. Hehehe.... Tapi, bila dikenang2 kembali nikmat betul laa rasanya!! Hehehe..... Aku pernah rasa menjaga baby yang sangat baik dan tak banyak ragam (Azhad), pernah juga menjaga baby yang tak henti2 menangis tanpa sebab hinggakan aku jadi trauma (Adham) dan pernah jugak menjaga baby yang sederhana (Awatif). Dan kali ni, tak tahu laaa style macam mana plak ragamnya. Tapi instinct aku kata, baby bongsu ini baby yang paling aktif yang akan aku ada. Haaaa tengok je laaa nanti. Hehehe.... Mama tak kisah laa wahai anak, yang penting ko sihat dan jadi anak yang soleh..... Alhamdulillah.

Okey laa, ni koleksi gambar anak2 aku dan hubby. Haaa nanti baby baru kuar, maka cukup laaa ruang. Hehehe..... So sweet bila dikenang2...... I like!!!!


Atas dari kiri Syawal Adham (3.3 kg) & Syawal Azhad (3.8 kg). Bawah yang paling tembam tu anak dara teman, Awatif Tasnim (3.5 kg). Hahaha...... Semoga anak4 ini bakal berjaya dibentuk menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amin....!! Maka akan tertunailah hasrat di hati ini.

Thursday, April 15, 2010

Nostalgia Rumah Orang Baru Kawin.......

Uish lama beno aku tak bersiaran @ membebel @ sok sek kat blog ni haaa!!! Apsal ek??? Aku busy dengan kisah nak pindah umah, bz ngan family yang berkunjung, bz ngan sewing baby bedding set dan jugak bz melayan pinggang aku yang amat laaa sakitnya ini!! Subhanallah. Itu tak keje tu!! Kalau aku keje......rasanya mc sokmo aku ni!!

Berat aku sekarang sangat berat. Kata DR gynae aku laa.....baby dalam perut aku 3 kilo sudah beratnya!! Uish no wonder laaa pinggangku makin sakit!! Tapi semangat untuk berjuang tetap kuat!! Janji, selagi hati kita mahu buat itu dan ini......pastinya boleh settle!!! Pastu kalau sakit pinggang; pandai2 laaa!!! Hahahaha!!!!

Disebabkan aku nak bersalin tak lama lagi yang mana sama naik dengan aktiviti nak pindah umah baru, jadi keje2 mensorting barang tak dipakai @ useless sudah start dari bulan lepas lagi... Sikit...sikit sudah dibuang!!! Mmmm punya laa barang yang tak dipakai yang kusimpan!!! Ntah apa ke hal laaa aku dok simpan.....aku pun tatau!! Hehehe..... At last hubby buang aje. Buat berat lori jek nanti eh. Mmmm kelmarin hubby kemas2 kotak lama, terjumpa plak koleksi album lama. Mmm best jugak layan gambo lama!! Nostalgia plak aku rasanya eh!! Ada gambar kawan2 study, gambar2 bercinta, gambar dating dan pelbagai gambar lagik laa.

Tapi 5 pic yang aku upload ni tader kena mengena semua tu. Gambar kali ni just nak buat perbandingan life berdua dan life berlima!! Hahaha!!! Dolu2 sekali kemas jek....umah akan rapi sampai petang! Barang pun hanya ada apa yang perlu. Sekarang ni, lebih banyak barang yang merepek2 pun ado!!! Lepas2 ni elakkan beli aksesori rumah yang massy!! Hehehe........ Pendek kata elakkan pembaziran!!

Sebelum apa2, aku nak tayang gambar romantika ni dolu!! Ekeke.... Baru 6 bulan kawin kot rasanya.... tak ingat dah la. Kat Taman Jepun, Bukit Tinggi. Aku suka gambar ni sebab body aku masih di tahap yang boleh dikawal lagi. Hahahaha!!!


Haaaa!! Gambar ni diambil selepas sebulan aku kawin. Hubby menyewa di apartment kos sederhana, Kota Damansara. Jadi pas kawin, aku memang apply stay luar bersama suami tersayang. Jimat duit tak payah bayar duit hostel. Hehehe. Mmm semua koleksi ni hubby beli before aku kawin dengannya!! Kagum jugak cuma aku memang tak kenan dengan sofa kuning pilihannya itu. Hahaha!!! Sampai laa ni tak reput2!!! Cuma memang banyak laa lukisan purba kat sofa tu.


Hahaha...meja makan ado bunga. Sekarang ni bunga tu pun aku dah buang. Semuanya kena kosong jek sebab dah ada anak yang suka panjat2 meja itu.


Comel jek almari ni!!! Tader barang sangat. Sekarang ni.....lagi ada barang ada kat situ!!! Pening aku tengok!!


Ni adalah tempat masak aku. Very simple!!! Sekarang ni makin banyak benda gantung2 tu. Hahaha!!! Sila abaikan lantai yang golap dan ponggong kuali aku yang itam itu. Sebab aku memang rajin gonyohnya!! Hahaha!!!


Wednesday, March 10, 2010

Gambar Kenangan Dinner Zaman Lampau

Hari ini anak2 aku tak pi kindy. Azhad diserang semput yang tak berapa kronik. Mmm tapi sebelum kronik, aku suh cuti laa dulu. Kebetulan hubby outstation Lumut; lagi laa aku takut kalau Azhad kena asthma kronik. Dan automatiknya, bila abang tak sekolah, adik pun tak sekolah. Hehehehe...... Bagus tul laa mama ni ek. Alhamdulillah selepas ke klinik pakar kanak2, Azhad yang diberi gas nebulizer pun okey. Sekolah ponteng...tapi tuisyen ngan mama tader istilah cuti melainkan mama diserang angin malas...then baru laa cuti. Hahahaha!!! Sian jugak laa kat depa. Tapi itu pun untuk kebaikan untuk anak2 jugak. Jadi ikut aje..... Karang mama ngamuk lagi payah!! Ekeke.....

Tengahari plak, aku jadi tenaga pengajar anak jiranku Nadiah mengendalikan kelas laman web onlinenya. Mmm secara tak langsung dengan aku pun belajar kembali!! Dah lama ditinggalkan.... Tengok dia semangat belajar, teruja jugak aku rasanya. Tapi web aku yang dah expired masih lagi tak diactivate. Mmm sudah seminggu kutunggu..... namun masih hampa. Mmm taper aku sabar. Cuma jangan lama sangat sudah laa.....ditakuti semangat yang panas ni sejuk....langsung aku bior je nanti. Ekekeke.....

Pagi tadi, plan aku nak update kisah sirah para sahabah kat blog ni. Tapi dah jadi cikgu si Nadiah langsung tergendala. Esok plak laa kot aku upkannya. Selesai solat, aku pun main ym dengan kawan baik aku di Pontian. Mmm hari ini kawan baik aku, Kak ilah kongsi gambar lama!! Hehehe......aku sendiri pun tak hengat bila. Kalau dia tak share ngan aku sampai bebila pun aku tak ingat. Hehehe..... Kelakar pun ada tengoknya!! Mmm zaman muda lah katakan....anak yang dikendong time itu pun kini sudah 25kg. Hahaha!!! Time ni kami masih duduk di Sg Buloh dan belum berpindah ke Pontian lagi... Rasanya awal tahun 2005. Begitu cepat masa berlalu. Subhanallah.... So aku nak share 2 keping gambar zaman muda aku. Hehehe....Nanti2 len kali aku share gambar2 lain plak ek......Hehehe!!


Pok Sarip & Pok Din menggendong anak sulong masing2, Azhad dan Hakim di majlis sport carnival Malakoff, Maybank Training Centre, Bangi tahun 2005

Dari kiri, Kak ilah dan hakim, Kak Lin dan Adam dan ujung sekali mokcik buyong yang yankee dan Azhad. Mokcik buyong sedang mengandung lagi - Syawal Adham.....Hahahaha!! Non stop.....

Wednesday, August 26, 2009

Nostalgia Ramadhan di SMKASAS

Jom...jom Dhuha!! Mmmm macam terngiang-ngiang je ayat tu!! Mmm setiap kali puasa memang aku alwiz teringat zaman sekolah. Nostalgia laa plak!! Macam2 aktiviti ada. Setiap waktu basically dipenuhi dengan amalan2 keagamaan gitu. Huhuhuhu.....Dan apa yang pasti tak semua aktiviti baik tu disambut baik oleh murid2 situ. Yer laaa kami kan budak2 ribena time tu. Masih tak nampak matlamat pengisian each activities. Apa yang ada dalam kepala otak ni banyak ikut orang je @ takut kena amik nama dek warden laa @ takut kena denda laa dan macam2 lagi ler!! Hahaha!!! Ramai jugak yang ok....tapi ada jugak yang ghuyub dengan kata lain escapism...ekekeke!! Usually wajah2 escapism tu wajah2 standard laaa...leh dikenal pasti gitu.

Bulan puasa di SMKASAS, memang buat aku tersenyum. Waktu rehat 10.15 pagi tu dipenuhi dengan solat dhuha berjemaah di masjid. Ia menjadi amalan sunnah yang diwajibkan untuk kami di bulan Ramadhan. Mmm time tu serius rasa malas pun ada kadang2 tu....Tapi bila dah tua2 ni mmm baru realize betapa pentingnya dan manfaatnya didikan @ training ustaz2 kat situ. Dhuha tu bagus diamalkan sebenarnya. Barang siapa yang tidak yakin....memang rugi. Time Dhuha adalah time yang paling sesuai memohon limpahan rezeki dari Allah swt. Tak kiralah rezeki material ke apa .... Tak caya, cuba amal.....insyaallah smooth je rezeki. Tapi take noted yeah; doa tanpa usaha takkan berjaya jugak... Those two element need to be accompany together....Insyaallah barakah!! Aminnnn!!!

Lepas prep petang plak, pastinya wajib Asar berjemaah. Mmm ada tadarus al quran with usrah masing2. Aaaaa time ni macam2 adegan ado. Ekekeke.....leh tersenyum bila kuingat!!! Ada yang tersengguk2 pun ada...ada yang semangat berapi....ada jugak yang ngelat!! Hikhik..... within one month each usrah wajib khatam quran. Ujung Ramadhan memang ada upacara khatam quran beramai2. Time ni memang best......Pasalnya akan makan juadah berbuka puasa sedap2. Kalau tahun tu bernasib baik, Sultan Perak atau Pemangku Sultan Perak yang hensem itu akan berbuka puasa dengan kami de dewan makan. Mmmm serius best.

Dan malam plak pastinya solat tarawikh wajib. Siapa escape alamat cuci longkang le esoknya!! Ekekeke..... Time ni aku and the gang memang semangat esp jika tok imam best!!. Imam solat terawikh usually brother2 yang bersuara emas. Mmmm time tu memang tak ngantuk laa...Walaupun imam membaca ayat quran yang panjang, solat rasa sekejap je. Antara imam yang top time tu Bro Faizan Tajwid (2nd runner kalamullah astro oasis 2009) dan Abd Muiz (kini alwiz jd imam masjid Taman Meru Ipoh). Bacaan mereka memang menusuk kalbu.... huhuhu...Hope salah sorang anak aku ada bakat macam mereka. Aminn. Tapikan kalau kena tok imam yang suara biasa2 je..... huhuhu....alwiz tertanya2 bila laa nak habisnya solat ni.. Ahaaaks...

Sekarang semua tu tinggal kenangan. Tapi apa yang pasti amalan tu memang tinggalkan kesan kat jiwa aku. Aku rasa bertuah coz dapat lalui semua tu. Arggghh rindunya rasa!! Rindu suasana zaman itu. Rindu kat kawan2 aku jugak!!! Arrggghhh rindu btul laa!!! Terima kasih jugak buat warden2 yang sabar mendidik aku dan rakan2. Kini bila aku dah berusia baru aku faham erti dan objektif utama semua aktiviti tu..... Baru sedar betapa penting dan baraqahnya hidup dengan Al Quran @ solah @ agama. Persoalannya sekarang....adakah amalan2 yang dah sebati 5 tahun itu tetap menjadi amalan aku dan rakan2 seperjuangan yer? Hope kalau tak semua, sedikit sebanyak tu perlu ada. Kerana itulah amalan yang buat hati dan minda kita tenang. Mmmm Aminnnn Ya Rabbal 'Alamin!!!

Thursday, August 6, 2009

Aku & zaman SMKASAS & matrik uiam

Dok layan facebook....suddenly aku rasa nostalgia plak kat zaman sekolah. Mmmm that is the best moment in my life I think!!! Yer laaa.....lama tu aku spent time kat situ. Zaman sekolah rendah pun best jugak....tapi time tu kita still tak matured. So lebih kepada kisah2 lucu @ kisah tak matured laa banyaknya!! Hahaha.....

Bagi aku zaman sekolah menengah memang ngetop...Yer laa macam2 benda happening. Hikhik.....Zaman form 4 & form 5 laaa yang paling best!! Yer laa teman udah senior. Prefect plak tu!!! Aku adalah prefect yang gang2 panggil GIPANG & SETAN KEMBAQ (refer tu Masrahha Adnan - bestfren aku lah ni. Setan kembaq tu gelaran yg diberi oleh budak laki yang anti kami.) Anehnya, aku ini at the same time perangai ala2 otai @ bagak laa jugak. Ekekeke....prep lambat, turun dorm lambat esp time aku tak duty laa. Only akan on time jika hari tu aku duty je. Ekekeke!!!! Jongoskan aku nih!!! Leh cerita sket2 je....kalau aku citer banyak kan, 5 pages pun tak genti abis. Wakaka!!!

Mmm aku masuk sekolah ni dari form 1. Plan nak keluar dari sekolah ni after PMR....tapi niat aku tu terpaksalah dibatolkan since result PMR aku memang tak leh apply SBP @ MRSM. Mmm aku dapat 7A 2B.....b untuk pendidikan islam dan sains. Huhuhu....tersangkut betul.....Jadinya menten situ aje sampai laaa SPM. Hikhik....Tapi okey laa jugak coz jadi antara top scorer kat situ. Eh aku zaman tu amatlah jiwa besi. Subhanallah. Kawan aku kata tension tengok aku zaman tu coz semangat terlebih utk study. Hahaha...Lawak2. Habis nak wat camno? Aku ni dilahirkan bukan genius. Aku perlu berusaha susah payah untuk make sure aku pandai. Tu la pasalnya. Hehehe.....Harap2 semangat besi aku tu akan membesi tak lama lagi!! Aku plan to do something which I can earn at least XXXX per month!! Apa dia itu??? Aku pun tatau lagi....tapi masih mencari...insyaallah will be discover next week. Hikhikhik.....

Sementara tu, aku sedang memaksa diri aku utk tingkatkan amal ibadat macam zaman aku kat sekolah dolu. 5 kali solat....5 kali quran. Al mathurat every asar..... Huhuhu....Eh zaman sekolah dolu tu kadang2 memang ada jugak aku ngelatnya tau!! Yer laaa sometimes malas jugak. Tapi bila dah tua2 ni, aku rasa tu laa yang perlu. No wonder laa zaman tu dolu apa yang kita nak insyaallah dapat je... Bila dah kawin2 ni...amalan berquran tu agak longgar. Aku pun dah tak solat on time. Tu yang rezki terbantut2 je. Hahaha!! Dolu zaman sekolah, waktu tak masuk lagi aku and the gang dah ada dalam musolla. Mmmm macam leh buat kesimpulan je kan.... untuk jadi orang berjaya dengan hati yang aman....kenalah berdampingan dengannya. Semoga aku leh paksa diri aku yang longgar @ lalai ini utk jadi seperti aku suatu masa lalu. Aminnnn!!! Cuma cabaran buat aku adalah nak istiqamah tu!!! Tapi tak per....aku akan try jugak....kuat semangat aku moga aku kuat!! Aminnnn.

Dalam dewan ni aku amik pmr & spm. Dan kat dalam ni jugak laa aku tertidoq time exam apa ntah...tak hengat. ekekeke!!

Zaman aku sekolah dolu, deko kat sini lain.....simple je.

Haaa ni gambar time form 5. Tapi kecik beno laaa ini gambar!! Si masrahha yang pakai kain itam tu. Aku no 7 dari kiri. Gila bolat je muka aku time tu. Spek mata pun bolat jgk. Nerd!! hahaha!!

Ni gambar form 4 agaknya. Aku pun tak ingat sangat. Aku dok row tengah....berdiri tepi sekali dari kiri. Hahaha.... Nerd jugak.

Yeehaaa!!! Ini zaman kat matrik uiam lembah pantai!! tahun 1998. aku yg dok no 3 dr kiri. Ni bergambar sempena Blok B sport carnival tak silap aku. Hikhik....

Haaaa....yang ni pun kat matrik jugak. Nak pi ronggeng kat sunway lagoon ni!! Hikhik. Ni dalam bas. Tengok aku .... time ni gilo slim je. Aku time ni masih tak kenal suami aku. 3 bulan pas ni baru la bermula segala yang indah lagi romantika. Hahaha!! Dan aku sejak tu more tu ladies wearer. Hikhik.....