Ayah ke Filipina semalam 19 July 2016 ......
Tinggallah mak dan anak-anak 5 beranak.
Mak tak terasa sunyi pun ayah fly kali ni.
Sebab anakanda Azhad sedang trial exam UPSR kan......
Jadi hari-hari mak penuh dengan ulangkaji bersama anakanda Azhad je.
Ayah naik Malaysia Airlines 804 jam 5.20 petang.
Kami tak hantar pun ke KLIA.
Macam biasa, car ayah park di basement office aje.
Hehehe.
Gigih beno anakanda ni track ayahandanya kat mana.
Dia cari flight number kat web mas. Then dia cari plak kat flight radar.
Awak solat maghrib dulu wahai anak.
Allah jaga ayah awak. Selamat pergi dan balik; Insyaallah.
Ni gambar ayah masa sedang beri talk tentang supercritical power plant.
Ayah head of technical training department.
Jadi dah memang one of the scope lah jadi speaker masa conference.
Dan ni bukan kali pertama ayah jadi speaker.
Kita yang tengok ni aih laaa !!
Kecut jugak perut ni ha.
Tadi ayah wassup gambar ayah makan2.
Wah bukan main lagi!
Kata ayah, biasa2 je masakan kedai ni.
Tapi tengok gambar, wow!!
Seronok memilih seafood kan.
Khamis nanti ayah balik......
Yeah!






