Huh.....lama beno tak berupdet. Sebab musabab memang sedia maklum.......aku busy campuq tak larat campuq tader story best!! Hehehe.... Tapi sebab semalam ada perkara menarik happened jadi kena jot down laaa jugak. Kalau tidak kenangan hanya tinggal kenangan. Ni kira experience pertama attend sukan sekolah anak2. Hahahaha......quite menarik jugak though keletihan.
Sudah seminggu rakyat berdua ni dok raptai untuk majlis sukan itu. Mmm teman ingatkan sukan kecik jek.... Pi semalam, mak aii beria laaa jugak. Tadika lama dolu tader pun aktiviti begini. Lebih kepada lawatan ada laa.... Ramai jugak laaa ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah cahaya pagi Ahad tu terang benderang. Mmm jadi memang lebih bersemangat la nampaknya anak2 tadika dan cikgunya untuk bersukan serta ibu bapa yang datang memberi semangat.
Acara bermula sekitar jam 8 pagi. Kami datang awal laa jugak. Ingatkan anak2 teman ni tak la masuk banyak acara. Mmm lagi plak depa ni pun tader plak laaa nak story mory!!! Mmm kalau tak pi memang tak tahu langsung laa. Azhad masuk 3 acara dan Adham masuk 4 acara. Azhad masuk perbarisan, lari dalam guni dan tolak bola dengan pemukul lalat. Manakala Adham masuk aerobik, lari superboy, tolak bola dengan pemukul lalat dan jom pi sekolah. Hahaha....
Ish....risau beno hati teman pagi tu tau!!! Yer laaa anak2 teman tu memang pemalu. Agak suspicious jugak laaa aku dibuatnya aihh!! Hehehe..... Tapi mungkin sebab depa pun makin beso, aku rasa sudah tiba tika dan waktu untuk depa tunjukkan kemajuan dalam diri masing2. Buang jauh2 rasa rendah diri dan malu di khalayak ramai itu!!! Kerana darah yang mengalir dalam diri kalian adalah darah mama yang biasa dan tak takut naik2 pentas zaman muda!! Haaa....serlahkan bakat yang ado!! Both of you pasti boleh!!! Yeehaaaa!!! Dan hasilnya quite impresive laa jugak. Dapat laa jugak hadiah. Hehehe..... Alhamdulillah. Kalau tak asik nyorok belakang ponggong mama je depa ni !!! Okey ni several pic. Ayah tangkap video jek banyaknya. Mmm tu pun masih tak diupload dalam laptop ini lagi. Hehehe..... Haaa layanz!!
Sementara tunggu anak2 tadika tu ready, kami posing dolu!!!
Haaa..... anak2 tadika sedang queue nak masuk padang. Aku dok cari kelibat Azhad dan Adham. Aiseyman, sempat jugak ayah dok snap kebuyungan aku. Ekekeke..... One month to go!!
Tu dia semua peserta perbarisan sudah ready. Fancy gila!!
Taraaa!!! Syawal Azhad jadi warrior!! Perang Badar lagik!! Sakit perut aku ketawa!!
Dan ni adiknya Syawal Adham - budak paling ketot dalam barisan. Dia sedang beratur untuk opening ceremony (aerobik) selepas bacaan doa.
Cameraman dok angle belakang. Tu dia siap dengan rambu2 lagik. Ekekeke...

Aku dan Awatif sedang tengok budak2 bersukan. Garang gila muka mokcik yer!! Mokcik sangat panas dan gatal badan. Hahaha..... Sabo jek laa. Allergik pregnant kali ni tak tahan panas. Pasti rasa miang satu badan.
Azhad is waiting untuk acara lari dalam guni. Tapi dia tak lari... Dia lompat dalam guni. Hahaha.
Dua beradik bertarung dalam acara tolak bola dengan pemukul lalat. Hehehe.....
Best nursery / taska area Kota Damansara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana
ReplyDeletehttp://insuransprudential.wordpress.com/2010/05/16/best-nursery-taska-area-kota-damansara-mutiara-damansara-damansara-perdana/
I just want to share my blog entries :)
Nak tahu your opinion about this taska and tadika? Plan nk hntar anak next year 2011 kat sana dari segi pembelajaran, pengisian etc? Tqvm. It will help us much uas parents so as too many kindergarten to choose in that area
ReplyDelete