Terlalu lama menyepikan diri di ruangan ini.....
Macam2 dah jadi....
Tapi itu lah dia...
Mak memang tak de kekuatan nak update blog sehinggalah hari ini.
Punca utama - malas... dan ralit berkepoci di facebook ....langsung rumah lama ni terbiar sepi tanpa khabar.
Hihihi.....
Pagi tadi, usai mengemas apa yang patut....
Mak pun mengexplore blog sendiri setelah sekian lama tak buka.
Mmmm tetiba terbaca entry tahun 2009!
Owh nostalgianya laaaa!!!
Wajah anak3 mak semua kecil2 comel2.......
Dan lagi pasti badan mak dan wajah mak muda lagi vogue! Hahahaha.....
Serius berbeza dengan sekarang ni.
Tetiba je terasa mood bahagia aka nak rajin memblog kembali tau!!
Sebab bila belek2 entry lama2; eh eh ada jugak kisah2 yang mak sendiri pun dah lupa bila dan di mana.
Catatan blog mengingatkan kembali segala kenangan yang hilang itu.....
Owh serius mood nostalgia o!!
:)
Jadi entry come back ni, mak nak story pasal story garden mak.
Haaaa jangan tak tahu!
Sekarang mak bukan lagi peniaga tegar.
Kira boleh dikatakan mak ni ibu rumah tangga sejati la.
Jadi wujudlah hobby bergarden sebagai aktiviti luar rumah.
Mmmm dah setahun lebih menetap di rumah ni baru la mak berminat nak tanam2 pokok bunga ni....
Best jugak rupanya yer!!
Rasa aman gitu......
Jom layan gambar jek la..... :)
*
*
*
*
Ni adalah ros yang mak beli..... kembang2...... Selepas seminggu mak beli, mak pun balik kampung 4 hari..... dan hasilnya seperti gambar di bawah :))
Pokok ros masuk icu !! Hahahaha...... Mujur lah tak mati! Setelah dijaga kembali, kini pokok2 ros telah bertunas dan mengeluarkan daun baru. Harap berbunga kembali :))
Ni plak pokok gantung...... Masa balik kampung hari tu, pokok ni mak rendam dalam sinki wet kitchen. Alhamdulillah dia bertahan. Jika tak buat macam tu, rasanya memang arwah dah pokok manja ni. Hihihi.....
Jeng-jeng...... taman mini. Daripada apa yang mak baca dari gugel, untuk ada deko taman yang cantik, perlu susun pokok2 secara bertingkat. Tapi, tak de lak bahan nak tinggi rendahkan dia. Jadi langkah mudah, mak susun jek la. Nanti2 kita fikir macam mana nak tinggi rendahkan dia supaya nampak lebih cantik :)
This is the real gardener!! Gila rajin. Asal keluar jek cari penyapu dan penyiram...... Pastu dengan dia2 pun basah habis :))
Tak pastilah membantu ataupun menyibuk. Hihihi....
Mini garden dari side ini plak.......
Side ni plak..... :)
Side ni ada tanaman herba :) lengkuas, kari, pandan dan kunyit :)
Ni kan kira 2nd time la mak rajin bergarden.
Last time masa mak dan ayah baru pindah ke Desa Coalfield dolu.
Beli pokok banyak jugak....
Tahu2 terbako semua!!!
Hahahaha.....
Sejak tu, malas dah nak berpokok bagai ni.
Tapi tu la.....zaman tu mak muda remaja.
Baru umur 24 tahun gitu.
La ni dah 32 .....
Banyak pengalaman sudah......
Hihihi.....
Okey lah.....
Esok2 plak story morry.....
Nak pi amik kids dari school plak.
Da da ......
makin berseri-seri nampaknya rumahmu ila.. :)
ReplyDeletecik mas..... i miss u so much!! :)
ReplyDeletetq. berseri2 tp kdg2 serabut. hihi. nak taman jugak walaupun space limited :)
amboiiii berbunga bagai dah umah dia...pasni umah cik mas la plak...umah cikgu anis jgk yg terbiar huhuhu.....
ReplyDeleteHahahaha....baru mai mood nk berbunga2. umah cik mas bukan berbunga jek... berpokok2 bagai gitu. umah cikgu anis mmg sedap nak gantung2 bunga.... bukan 2, 6-7 pun boleh. tapi nak jaga tu yang letih jugak. hihi. tapikan bila bunga tu sihat, mmg best la ... nikmat gitu :))
ReplyDelete