Hari ni mak tak posa pun....
Plan memang nak posa sebenarnya.
Kunci jam 430 pagi untuk sessi minum air @ sahur.... tapi time tu jugak la Aisyah nak nenen.
Mmmm nenen2 langsung mak pun tertido la.
Tahu2 udah pukul 640.
Huhuhu....
Sedih rasanya.
Anak mak Sarah Aisyah dah dua tahun sebulan.
Mmm tapi serius tak de tanda2 nak berhenti breastfeed.
Dah makan nasi kenyang2 pun mintak "nak nenen" :)) Siap leh demand nak side mana lagik.
Hahahaha.
Tak kisah lah tu.
Apa pun mak rasa berbangga pada diri sendiri kerana berjaya menyusukan anak mak... Alhamdulillah.
Disebabkan hari ni tak puasa....
Mmmm rasa macam macam2 benda masuk dalam perut ni la.
Hihihi.....
Tu la mak kata.... hanya puasa jek yang dapat tahan mak dari ngunyap2 nih.
Hai ntahlah....
Sendiri sedar akan masalah sendiri...tapi sendiri tak dapat mengawalnya.
Nasib lah tu! :)
Semalam puasa mak hanya bukak puasa dengan sandwich tuna jek.
Aaaa gila2 menjaga kalori!!
Tu la dia....bila kita pose, perut ni pandai jek disiplin tau.
Macam hari ni tak puasa.....haiyaaaa hampeh ...
Ekekeke....
Sandwich berbuka puasa semalam - roti massimo + cheddar cheese + tuna mayonaise + salad + tomato..... Erkkkk kenyang :)
Malam dan tengahari ni, mak dan keluarga santap resepi sempoi jek....
Menu utama adalah ikan pin gang dan sayur campur.
Ahaaa kenapa pelik sangat bunyinya??
Ni resepi adalah gabungan resepi ikan singgang dan pindang.
Dan hasilnya marbeles jugak.
Bila masak lauk macam ni, mak memang tak de kekuatan nak tahan dari makan malam.
Sebab masak air2 cair2 macam ni memang feveret mak gitu.
So makan la kenyang2 ...
Hihi....
Ikan Pin Gang :)
Resepinya mudah jek....
Ikutkan tak payah share pun tak pe.
Sebab sangat lah simplenya aiii.
Tapi sebab nak panjangkan entry mak ni.....so mak share lah ek :))
(Blogger macam ni pun ado eh....hahaha)
Dan lagi, ni bagus dimakan jika sedang menurunkan berat badan dan dalam pantang.
Resepi ikan Pin Gang (pindang + singgang)
Halia sket
Bawang putih
lengkuas
kunyit hidup
serai
asam keping
air
ikan kembung
garam
pati ikan bilis
cili api buh seketul2.
Campurkan semua..... rebus dan makan la dengan nasi panas :))
Okey la......
Jam 10 sudah.
Mak nak siap2 untuk beradu.
Risau esok tak terbangun sahur macam tadi lagik.
Da da..............
No comments:
Post a Comment